Moral.docx

  • Uploaded by: 0Max
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Moral.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,594
  • Pages: 6
1.1 PENGENALAN Masalah ponteng sekolah sememangnya sudah lama menjadi “duri dalam daging” dalam sistem pendidikan di negara kita. Masalah ini membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara kita pada masa hadapan. Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan, 2005). Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Secara umum, ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Sebelum meneroka punca dan langkah penyelesaian kepada isu ini, teori etika moral perlu diteliti terlebih dahulu.

2.1 FAKTOR GEJALA PONTENG. 2.1.1 Sikap Pelajar. Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajarpelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Punca berlakunya ponteng di kalangan pelajar sekolah mungkin kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. Pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai personaliti tidak baik dan perbuatan mereka itu tidak dapat diterima. Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.

2.1.2 Pengaruh Rakan Sebaya. Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Sesuatu perbuatan yang baru bagi seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain. Sekiranya seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut. Pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain (Mohd Amin, 1998).

2.1.3 Faktor Ekonomi Keluarga. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Dapatan daripada analisis kajian ini mendapati pelajar-pelajar tidak datang ke sekolah sebab ibu bapa menyuruh mereka menjaga adik-adik apabila mereka keluar bekerja. Ramai ibu responden bekerja sambilan untuk membantu meringan beban keluarga. Jadi terpaksa anak-anak yang lebih dewasa membantu menjaga adik-adik dirumah. Selain itu, pelajar-pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa membantu keluarga membuat kerja harian dirumah. Status sosioekonomi keluarga yang ditentukan oleh pekerjaan ibu bapa menjadi penyumbang kepada pelajar untuk melakukan salah laku ponteng sekolah. Daripada dapatan kajian ini juga mendapati ibu bapa responden tidak dapat memberikan duit poket yang mencukupi untuk berbelanja di sekolah. Mutalib (1986) menyatakan bahawa saiz keluarga ada hubungan dengan kehadiran pelajar ke sekolah. Keluarga besar didapati mengalami masalah kesulitan wang dan aspek sosiologi yang tidak teratur.

2.1.4 Peranan Guru. Faktor guru merupakan faktor yang utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru suka mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar semasa memarahi pelajar-pelajar. Ini akan menimbulkan kebencian pelajar terhadap guru seterusnya menyebabkan mereka tidak suka untuk datang ke sekolah. Peraturan dan disiplin yang ketat boleh mengakibatkan berlakunya ponteng (Ismail Darus, 1981). Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh mengakibatkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong pelajar melakukan salah laku ponteng sekolah.

3.1 INTERVENSI PONTENG MELALUI PENERAPAN TEORI ETIKA MORAL. 3.1.1 Teori Etika. Teori etika adalah “a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right”. Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betul atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala Teori Deontologikal ialah

tindakan atau jenis tindakan itu. Seorang pelajar harus mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi agar dapat membuat keputusan tanpa merugikan diri sendiri dan orang lain.

3.1.2 Teori Kemoralan Sosial. Teori ini cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Nilai atau peraturan adalah ukuran dan persetujuan masyarakat manakala individu bukanlah matlamat kemoralan. Kemoralan Sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Teori ini juga mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Sebagai seorang pelajar, individu tersebut haruslah mematuhi semua peraturan dan etika yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah agar gejala ponteng sekolah dapat dibendung.

3.1.3 Teori Keperibadian Mulia (Virtue). Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian,sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini pada awalnya diperkenalkan oleh Aristotle. Teori ini menatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan “jalan tengah”, iaitu suatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Teori ini juga menyatakan bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna”. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seorang pelajar harus mempunyai sifat peribadi yang mulia agar tidak mengambil jalan mudah apabila berhadapan dengan masalah, khususnya guru di sekolah. Guru-guru di sekolah juga haruslah memupuk sikap baik hati agar dapat mendidik pelajar di samping menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah.

3.1.4 Teori Teologikal. Teori ini mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah perbandingan perkara-perkara baik atau betul yang yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk atau betul dan salah. Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Ia boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu

utilitarianisme dan egoisme. Semua pihak sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa khususnya harus dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Misalnya, ibu bapa haruslah mengutamakan pendidikan anak-anak mereka berbanding mencari pendapatan. ibu bapa harus juga memikirkan tentang kehidupan harian anak-anak sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sungguhpun demikian ibu bapa perlu perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak yang kian meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

3.1.4.1 Utilitarianisme Teori Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti. Hal ini bermaksud, individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan maksimum kepada setiap orang atau membawa kebahagiaan maksimum kepada majoriti. Sesuatu perlakuan itu dianggap baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh. Ia terbahagi kepada dua, iaitu utilitarianisme tindakan dan utilitarianisme peraturan. Di bawah utilitarianisme tindakan, setiap orang patut melakukan tindakan yang membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan tersebut. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. Manakala utilitarianisme peraturan pula menyatakan bahawa setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Melalui teori ini, pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran.

3.1.4.2 Egoisme. Ia merupakan satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul;” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoism bertujuan untuk realisasi kendiri (selfrealization) dan terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika. Maka, pelajarpelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa pun keadaan.

3.1.5 Teori Deontologikal. Teori ini bercanggah dengan teori teologikal. Dalam teori ini, akibat atau kesan sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa yang lebih penting ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsic, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Ia juga mempunyai dua aspek, iaitu tindakan dan peraturan.

3.1.5.1 Teori Deontologi Tindakan. Ia menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Misalnya, “Pelajar itu pelajar kelas hujung dan bermasalah disiplin, mustahil untuk aku ajar dia. Abaikan saja dia.”. Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk sebarang peraturan. Peranan guru dalam menangani ponteng sekolah amat diperlukan. Guru merupakan model bagi pelajar-pelajar untuk meneruskan kerjaya mereka dimasa hadapan. Jadi guru-guru haruslah sentiasa menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua pelajar bagi meneruskan harapan negara untuk melahirkan insan yang cemerlang.

3.1.5.2 Teori Deontologi Peraturan. Teori ini pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu. Di bawah teori ini, ia dibahagikan pula kepada dua prinsip

utama

iaitu

Prinsip

Eksistensialisme

dan

Prinsip

Kewajipan.

Prinsip

Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Manakala Prinsip Kewajipan pula menurut Immanuel Kant (1724-1804) menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Menurut beliau lagi, sesuatu tindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal. Seperti mana dalam teori deontology tindakan, guru perlu mendidik pelajar bukan atas dasar tanggungjawab semata-mata, namun guru juga perlulah mendidik pelajar dengan penuh kasih sayang agar mereka tidak kekok dengan guru. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada para pelajar dan dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah.

4.0 PENUTUP.

Ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius dikalangan pelajar sekolah menengah. Masalah-masalah disiplin yang lain akan timbul sekiranya masalah ponteng ini tidak dibendung dan dikawal. Semua pihak mestilah bekerjasama dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Penerapan dan pengamalan nilai-nilai moral nescaya dapat membantu dalam mengurangkan masalah ponteng sekolah.

More Documents from "0Max"

Falsafah - Individu.docx
December 2019 11
Moral.docx
June 2020 4