Falsafah - Individu.docx

  • Uploaded by: 0Max
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah - Individu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,488
  • Pages: 6
1.0 PENGENALAN Falsafah Pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Setiap negara mempunyai falsafah Pendidikan negaranya yang tersendiri dan berbeza daripada falsafah Pendidikan negara lain. Misalnya, di Indonesia, falsafah pendidikannya merupakan hala tuju sistem pendidikan di negara tersebut yang dibina berdasarkan Pancasila. Ia mengandungi lima prinsip dan menjadi pedoman hidup rakyat Indonesia. Hal ini amat berbeza dengan falsafah pendidikan di Malaysia yang merupakan halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015). Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga merupakan gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan (Ishak Ramly, 2005). Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dari asepk jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) (Salhah Abdullah, 2008). Falsafah pendidikan kebangsaan yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh guru serta pihak sekolah adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada dunia.

2.0 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN 2.1.1 Definisi falsafah. Terdapat pelbagai definisi falsafah yang diberikan oleh tokoh-tokoh falsafah. Menurut Socrates, falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan. Menurut Plato pula, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya unruk mencapai hakikat kebenaran. Aristotle mendefinisikan falsafah sebagai disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Al-Farabi pula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya. Manakala menurut AlGhazali, falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal agama dan ketuhanan sematamata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif berdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam. Ahli falsafah juga mencari kebenaran seperti mana ahli sains. Namun begitu, pencarian ahli falsafah tidak melibatkan sebarang ujikaji makmal mahupun kajian lapangan. Sebaliknya, mereka menggunakan penaakulan. Maka, dapat disimpulkan bahawa falsafah merupakan satu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan.

2.1.2 Falsafah Pendidikan Barat. Dalam falsafah Pendidikan barat, terdapat empat mazhab utama yang perlu diperincikan iaitu perenialisme dan esensialisme yang merupakan mazhab tradisional dalam falsafah Barat. Selain itu, progresivisme dan rekonstruksionisme iaitu mazhab moden falsafah Barat. Perenialisme adalah berasaskan pemikiran Aristotle dan Plato. Ia berpendapat bahawa kebenaran adalah sejagat dan tidak berubah dari satu generasi ke generasi seterusnya (Abdul Fatah Hasan, 2007). Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban manusia. Justeru itu, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas dalam pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke arah kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semua pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadap kesusasteraan, kemanusiaan, bahasa, sejarah dan matematik. Guru sebagai pusat pembelajaran dan murid hendaklah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru dan tidak boleh dipersoalkan. Esensialisme pula menekankan bahawa pendidikan adalah bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama. Mazhab ini berpendapat bahawa ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk disampaikan kepada generasi muda (Abdul Fatah Hasan, 2007). Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) ditekankan di peringkat sekolah rendah, manakala peringkat sekolah menengah pula memberi fokus kepada mata pelajaran matematik, sains, Bahasa, kesusasteran dan ilmu kemanusiaan. Guru adalah pakar dan role model, maka mereka perlu dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015). Progresivisme meletakkan persekitaran dan masyarakat sebagai faktor penting dalam pembentuk generasi masa hadapan. Kurikulum adalah berfokuskan kepada mata pelajaran sains sosial dan merentas disiplin. Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri (Abdul Fatah Hasan, 2007). Oleh itu peranan guru adalah sebagai fasilitator membantu pelajar mencari jalan penyelesaian. Mazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Proses pembelajaran merupakan proses yang aktif. Pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah

sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing

untuk

membantu

pelajar

mencari

cara

penyelesaian

dan

tidak

mengulanginya kembali. Sekolah pula berperanan dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015).

2.1.3 Falsafah Islam. Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Dari sudut metafizik, kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah swt. Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran atau wahyu Allah swt (Ghaali Basri, 2012). Epistemologi dalam falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan kemampuan akal manusia (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015). Walaupun seseorang itu bijak dan cemerlang, terdapat perkara-perkara tertentu yang di luar kemampuan akal dan mindanya untuk difikirkan (Ghazali Basri, 2012). Namun begitu, penggabungan ilmu wahyu dan ilmu akal adalah bagi membolehkan manusia memahami setiap peraturan atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dari sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang telah ditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat (Ishak Ramly, 2005). Nilai seperti ketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia. Dari segi logik, walaupun manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional, namun manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata (Ghazali Basri, 2012). Setiap tindakan hendaklah merujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas walau sebijak mana sekalipun seseorang itu.

2.1.4 Falsafah Timur. Falsafah Pendidikan Timur pula digolongkan kepada tiga aliran iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India) (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015). Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasaskan kepada pemikiran Confucius (551-479 S.M). Falsafah Pendidikan China menerangkan kesempurnaan tingkahlaku. Menurut Wang Shouren (1472-1528) semasa dinasti Ming, beliau berpendapat ilmu intuitif terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Beliau juga menentang hukum dera dan mengurung kanak-kanak serta menyarankan teknik peneguhan dan motivasi (Ninian Smart, 1999). Bagi Falsafah India pula, menurut Rabindranath Tagore (1861-1941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini

banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dankecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran (Mohd. Salleh bin Mahat et. al., 2015). Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif (Ishak Ramly, 2005).

3.0 PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA. Falsafah pendidikan di Malaysia merupakan unikkerana mempunyai ciri tersendiri. Hal ini kerana, falsafah di Malaysia mengandungi unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam. Perlu ditekankan bahawa falsafah Pendidikan di Malaysia menolak konsep dualisme dan menyatukan falsafah melalui pengenalan KBSM pada tahun 1988 (Ishak Ramly, 2005). Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dengan tiga kaum utama yang ada iaitu Melayu, Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan (Ishak Ramly, 2005). Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan

seperti

melaksanakan

Dasar

Ekonomi

Baru

yang

bertujuan

untuk

menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip utama. FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini (Ishak Ramly, 2005).

4.1 RUMUSAN Kesimpulannya, proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

Rujukan Abdul Fatah Hasan. 2007. Mengenal Fasafah Pendidikan. Klang: YEOHPRINCO Sdn. Bhd. Abdul Rahman Haji Abdullah. 2005. Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep Asas dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ghazali Basri. 2012. Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi. Brunei: Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Ishak Ramly. 2005. Siri Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional. Mohd. Salleh bin Mahat et. al. 2015. Modul Pembelajaran EDUP2013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ninian Smart. 1999. Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Salhah Abdullah. 2008. Kecerdasan Pelbagai – Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Related Documents


More Documents from "nurulainbarahim"

Falsafah - Individu.docx
December 2019 11
Moral.docx
June 2020 4