Peristiwa Penting Novel Putera Gunung Tahan (pgt)

  • Uploaded by: gan tong hock a.k.a ganos
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peristiwa Penting Novel Putera Gunung Tahan (pgt) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,418
  • Pages: 3
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN 1.

Sebelum Pahang jatuh ke tangan Inggeris, berlaku peperangan antara pembesar Melayu dengan orang putih (Inggeris). Antara pembesar Melayu yang terlibat menentang penjajahan Inggeris ialah Tuk Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

ASPEK PENTING DALAM PERISTIWA

Persoalan Peperangan

2.

Putera Gunung Tahan merupakan anak raja , iaitu waris kerajaan turus tonggak negeri Pahang yang lari ke Gunung Tahan ketika Pahang huru-hara akibat penentangan terhadap penjajahan Inggeris.

Latar masa – zaman penjajahan Inggeris di Pahang

3.

Semasa berlindung di dalam gua kerana hujan lebat ketika mendaki Gunung Tahan, Tuan Robert keluar untuk merakamkan gambar air terjun dan keadaan sekitar. Apabila Tuan Robert tidak pulang, Tuan William cuba menjejakinya dan akhirnya menemukan sapu tangan yang tertulis bahawa dia diculik sekumpulan orang Sakai.

Watak antagonis – Tuan Robert dan Tuan William.

4.

Setelah gagal menjejaki Tuan Robert , pada sebelah pagi keesokannya, Tuan William keluar lagi mencari Tuan Robert sehinggalah dia kehilangan kesan tapak kaki di sebatang anak sungai.

5.

Sebenarnya, Tuan Robert ditangkap oleh sekumpulan orang Sakai yang tidak mempengapakannya ,sebaliknya ditempatkan di sebuah pondok, diberi makanan dan dilayan mesra. Tuan Robert diraikan oleh penghulu orang Sakai dan perempuan tua Melayu serta dilantik menjadi penghulu dengan gelaran “Batin Putih”.

6.

Tuan Robert tidak begitu gembira atas pelantikannya itu kerana tujuan asalnya adalah untuk mencari kekayaan memandangkan dia diupah lima ribu paun jika dapat menjadikan puncak Gunung Tahan sebagai kawasan peranginan orang Inggeris.

7.

Tuan Robert ingin membeli kulit, kuku dan taring harimau putih daripada perempuan tua supaya apabila kembali nanti dia akan mengatakan bahawa dialah yang menangkap harimau itu tetapi perempuan tua itu enggan menjualnya. Perempuan tua itu juga memarahinya kerana ingin berbohong.

8.

Perempuan tua menjelaskan bahawa dia berasal dari Kampung Marhum, Pekan. Dia dan suaminya menentang Inggeris yang datang ke Tanah Melayu. Ketua mereka ialah Datuk Bahaman. Suaminya mati dalam pertempuran dengan pihak Inggeris. Dia dan rakan-rakan lari pula ke Kampung Pulau Tawar dan berketuakan pula Tuk Gajah. Ketika melarikan diri ke Gunung Tahan bersama-sama lima orang rakan yang lain, dia yang sedang sarat mengandung melahirkan anak dan ditinggalkan mereka . Dia amat marah akan rakan-rakannya itu kerana tidak berbudi.

9.

Perempuan tua diselamatkan oleh kumpulan orang Sakai dan anaknya, TAHAN dibawa ke puncak Gunung untuk diajar ilmu ghaib. Sebagai membalas jasa kumpulan orang Sakai itu, perempuan tua itu mengajar mereka ilmu agama Islam di samping ilmu pengasih, pembenci dan ubat-ubatan.

10. Tuan Robert cuba bercerita tentang kemajuan yang dibawa oleh Inggeris dan kebaikan agama Inggeris kepada perempuan tua dan memperlekeh agama Islam. 11. Perempuan tua yang marah akan perilaku dan egoisme Tuan Robert cuba mengenakannya dengan ilmu batinnya agar menggilai seorang perempuan muda Sakai. Rancangan itu direstui oleh Tuk Batin. Perempuan muda yang cantik dipilih dan disuruh membawa makanan yang dicampur dengan ramuan ubat pengasih dan “cenuai” kepada Tuan Robert. 12. Tuan Robert terkena ubat “cenuai”, kemudian dia jatuh cinta dan menemui perempuan tua untuk meminta pertolongan agar mengahwinkannya dengan perempuan muda Sakai itu. Tuan Robert dikehendaki mematuhi syarat dan adat, iaitu memberitahu Tuk Batin terlebih dahulu. Antara adat perkahwinan itu ialah Tuan Robert perlu mengelilingi sebuah busut jantan sebanyak tujuh pusingan. Kalau dia dapat menangkap perempuan idamannya itu, dapatlah dia berkahwin secara sah. 2007  ganos novel PGT.doc

13. Sebulan selepas ditunangkan, upacara atau adat mengelilingi busut diadakan. Perempuan muda itu disapukan minyak dan disuruh berlari cepat. Tuan Robert gagal menangkapnya dan memohon untuk mencuba lagi. Ujian kali ini ialah memanjat pokok dan memegang perempuan itu. Ketika perempuan itu memanjat, Robert cuba mengikut tetapi terjatuh lalu mati. 14. Tuan WILLIAM meninggalkan gua untuk menjejaki Tuan Robert dengan menyusuri tebing sungai. Dia terserempak dengan seorang lelaki muda, iaitu KUSINA. Kusina memberitahunya bahawa Robert sudah mati. Mereke berjalan ke puncak Gunung Tahan. Di pertengahan jalan, Kusina menghilangkan diri kerana pergi memberitahu Putera Gunung Tahan. Kusina kembali memberitahu William bahawa RATU BONGSU sedang menunggunya. 15. Ketika berdepan dengan Ratu Bongsu, dia ditanyakan tujuannya datang ke situ. Ratu Bongsu bertegas tidak membenarkan tempat itu dijadikan tempat peranginan orang barat. 16. Tuan William cuba memujuk Ratu Bongsu dengan menawarkan wang lima ribu ringgit setiap bulan di samping disediakan istana yang indah. Ratu Bongsu tetap menolak tawaran lumayan itu, sebaliknya berkata bahawa dia bersyukur dengan apa yang ada walaupun Tuan William memberitahu kemajuan yang dinikmati oleh 9 buah negeri di sekitar Gunung Tahan itu. 17. Ratu Bongsu menunjukkan buluh gading berwarna kuning yang dapat dijadikan teropong yang mampu melihat benda-benda halus walaupun di luar negara. Tuan William menggunakan "teropong" itu untuk meninjau kawasan rumahnya sendiri dan dilihat isterinya sedang berbual-bual mesra, berdakapan dan berkucupan dengan seorang lelaki muda. Tuan William amat geram melihat kecurangan isterinya. 18. Ratu Bongsu memberitahu Tuan William bahawa cara hidup orang barat telah menyebabkan rumah tangganya diganggu. Tuan William tidak bersetuju dan mengatakan bahawa lima puluh peratus orang Melyu sudah mengikut cara hidup barat. Tuan William menyuruh Ratu Bongsu meneropong pusat hiburan di sebuah bangunan milik Haji Adam , seorang hartawan yang pada mulanya ingin dijadikan tempat mengaji tetapi menukarnya kemudian sebagai tempat hiburan kerana ingin mendapat keuntungan. Diceritakannya lagi bahawa ada seorang atasan, iaitu Tengku Aishah yang telah rosak akhlak, dan Ratu Bongsu tidak sanggup mendengarnya lagi, sebaliknya menyalahkan bangsa Tuan William sebagai penyebabnya. 19. Seorang perempuan tua yang menjaga pohon beringin menasihati Ratu Bongsu supaya berhati-hati atau berwaspada terhadap Tuan William kerana dia orang asing. Perempuan tua bergelar “maharani” itu menyuruh Ratu Bongsu beringat-ingat kerana baginda terlalu baik melayan tetamunya itu. 20. Ketika meneropong ke sana sini, teropong itu menghala sekali lagi ke rumah Tuan William. Dengan bantuan seurat akar ‘pohon beringin bercakap’ itu, Tuan William dapat mendengar perbualan antara isterinya dengan “kekasihnya”. Lelaki muda itu mengatakan bahawa William telah mati kerana sudah setahun meninggalkan isterinya tanpa berita. 21. Ratu Bongsu menawarkan pertolongan untuk membantu William yang ingin menghantar surat kepada isterinya, iaitu menggunakan “burung pesuruhjaya” yang boleh menyampaikan surat dengan cepat. 22. Tuan William tidaklah terlalu memikirkan sangat akan isterinya itu, sebaliknya memikirkan cara untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan 23. Teropong Tuan William menghala pula ke sebuah rumah pegawai Melayu di Selangor dan mendengar perbualan antara orang Inggeris dengan pegawai itu yang antara lain mengatakan bahawa Inggeris dapat meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Ratu Bongsu tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan tetap bertegas tidak mahu menyerahkan Gunung Tahan kepada orang Inggeris. ganos novel PGT.doc2007

24. Tuan William meneropong ke arah gereja dan digambarkan orang putih sedang menyembah Nabi Isa. Di situ juga kelihatan seorang perempuan peranakan Jawa (orang tempatan) beragama Kristian. 25. Tuan William menulis surat kepada ketuanya di London dan memaklumkan bahawa Ratu Bongsu, iaitu penunggu puncak Gunung Tahan enggan menyerahkannya, dan mencadangkan agar tempat itu diambil secara kekerasan, iaitu dengan menghantarkan beberapa buah kapal terbang dan diigugurkan bahan letupan. 26. Tuan William pergi berjumpa dengan Ratu Bongsu untuk meminta pertolongan mengirimkan surat. Ratu Bongsu yang menyangka William mahu menghantar surat kepada isterinya telah membantu dengan menggunakan khidmat ‘ burung pesuruhjaya’. Surat diikat pada kaki burung, dan burung itu terbang ke tengah kota London 27. Tiga bulan setelah menghantar surat itu, terdengar bunyi deruman kapal terbang di kawasan Gunung Tahan. Ratu Bongsu menyedari bahaya yang akan menimpa kemudian menyuruh rakyatnya bersembunyi. Ratu Bongsu menyuruh Tuan William mengambil teropong untuk meninjau keadaan sebenarnya. 28. Ketika Tuan William pergi mendapatkan teropong terus itu, dia terserempak dengan Kusina, dan Kusina menyuruhnya mengambil di bilik khazanah Ratu Bongsu. Semasa William masuk ke bilik itu, Kusina terus menutup pintu menyebabkan William terperangkap di dalamnya. 29. Tuan William menyedari bahawa dia telah terperangkap dan berasa menyesal lalu memohon ampun daripada Nabi Isa dan Tuhannya. Kemudian William mati terkena bom yang digugurkan oleh kapal terbang Inggeris. 30. Kedua-dua buah kapal terbang yang cuba mendarat telah terhempas menyebabkan semua di dalamnya mati kecuali isteri Tuan William terselamat. Ratu Bongsu keluar menyelamatkan Mem William. 31. Setelah tiga bulan dalam keadaan tidak sedar, Mem William pulih. Ratu Bongsu menjaganya dengan baik dan membina sebuah bangunan kecil dan taman untuknya. 32. Mem William didatangi oleh beberapa orang perempuan dan diberitahu bahawa Ratu Bongsu jatuh hati kepadanya. Secara rahsia, dia amat marah dan berhasrat akan mengambil tempat itu secara lembut., sebagai menyambung usaha suaminya sebelum ini. 33. Ratu Bongsu ke tempat Mem William. Tiba-tiba perasaan Mem William berubah dan jatuh hati kepada Ratu Bongsu. Dia juga tidak mahu pulang ke England lagi. Alasannya, dia enggan meninggalkan kubur suaminya. Dia juga rela hidup bersama Ratu Bongsu dan berhasrat memperoleh seorang anak yang bakal memerintah tempat tersebut. Selepas itu , mereka pun ……………. NOTA :

Peristiwa-peristiwa ini penting dan perlu diingati untuk dijadikan contoh ketika menjawab soalan .

ganos novel PGT.doc2007

Related Documents


More Documents from ""