Sinopsis Putera Gunung Tahan
Novel Putera Gunung Tahan menceritakan tentang kisah beberapa watak yang saling berkaitan antara satu sama lain di dalam situasi yang berbeza. Kisah utamanya berkisar tentang watak utamanya iaitu Ratu Bongsu yang juga merupakan Putera Gunung Tahan. Novel ini sarat dengan semangat nasionalisme dan semangat cintakan tanah air yang ditonjolkan oleh watak seperti Putera Gunung Tahan dan juga Perempuan Tua. Watak penjajah yang rakus dan mementingkan diri digambarkan oleh Watak seperti Tuan Robert dan Tuan William. Mereka digambarkan sebagai penjajah yang licik dan tamak serta mementingkan diri sendiri. Kisah ini bermula dengan tugas yang diberikan kepada Tuan Robert dan Tuan William untuk meninjau keadaan puncak Gunung Tahan untuk pihak penjajah. Kemudiannya berlaku satu situasi yang menyebabkan mereka berdua terpisah antara satu sama lain dan menyebabkan Tuan Robert diculik oleh sekumpulan orang Sakai. Rentetan daripada kejadian itu tuan Robert telah dilantik menjadi ketua kepada penduduk Sakai tersebut atas saranan Perempuan Tua. Namun disebabkan oleh sikap Tuan Robert yang tamak itu perempuan tua mengunakan ubat untuk membuatkan Tuan Robert jatuh cinta kepada seorang perempuan sakai yang muda. Usaha Tuan Robert untuk berkahwin dengannya telah menyebabkan kematiannya akibat terjatuh daripada pokok. Sementara itu, Tuan William yang telah terpisah denganTuan Robert berusaha untuk mencari rakannya itu. Sewaktu mencari rakannya, Tuan William telah telah ditemukan dengan Kusina, seorang orang bunian yang juga orang bawahan Ratu Bongsu. Kusina menjadi tukang pandu arah dan menjadi teman kepada Tuan William untuk sampai ke puncak Gunung Tahan dan berjumpa dengan Ratu Bongsu. Sewaktu berjumpa dengan Ratu Bongsu, Tuan William telah menyebabkan kemurkaan Ratu Bongsu apabila dia meminta Ratu Bongsu untuk menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada penjajah dan dihukum untuk tinggal di atas puncak Gunung Tahan. Sewaktu Tuan William tinggal di puncak tersebut, Ratu Bongsu telah menunjukkan pelbagai barangan ajaib kepadanya. Antara barang ajaib tersebut ialah buluh yang dijadikan teropong yang dapat melihat segalanya, akar pokok yang membolehkan bunyi dari tempat yang jauh dan juga burung pesuruhjaya yang mampu terbang ke tempat yang jauh. Melihatkan keadaan itu, Tuan William telah bertindak untuk mengunakan kebaikan Ratu Bongsu untuk kebaikannya dengan menghantar surat untuk menyerang puncak Gunung Tahan mengunakan burung pesuruh jaya. Namun tindakan Tuan William itu dapat diketahui oleh Ratu Bongsu dan Ratu Bongsu bertindak untuk membiarkan Tuan William terperangkap di dalam serangan yang diaturkannya menyebabkan Tuan William terkorban. Serangan tersebut juga dapat dihentikan dengan kesaktian Ratu Bongsu. Tetapi dalam serangan tersebut Mem William, isteri Tuan William telah terselamat daripada terkorban dan Ratu Bongsu telah bertindak untuk memperisterikanya. Watak-watak di dalam novel Putera Gunung Tahan
Ratu Bongsu Ratu Bongsu merupakan watak utama di dalam novel ini. Dia juga dikenali sebagai Putera Gunung Tahan. Dia digambarkan sebagai seorang yang memiliki ilmu yang tinggi dan amat bijak. Dia juga memiliki pelbagai kesaktian yang menakjubkan. Merupakan seorang yang amat baik kerana melayan dengan baik tetamunya walaupun tidak mengenalinya. Dia juga seorang yang amat tegas dalam menyatakan pendapat dan tidak takut untuk menyatakan kebenaran. Dai juga merupakan seorang pemerintah yang amat cintakan tanah airnya dan tidak rela mengadaikannya untuk kepentingan diri. Perempuan Tua Merupakan ibu kepada Ratu Bongsu. Merupakan seorang yang tegas ini dapat dibuktikan melalui tindakkannya yang tidak mahu menjualkan kulit harimau putih tersebut kepada Tuan Robert kerana berasakan yang Tuan Robert ingin berniat jahat. Dia juga merupakan seorang yang amat tabah walaupun ditinggalkan bersendirian didalam hutan untuk melahirkan anaknya. Merupakan seorang yang amat berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan tetap mengamalkannya walaupun di dalam hutan. Tuan William Merupakan salah seorang daripada pegawai yang dihantar oleh penjajah Inggeris untuk menyiasat keadaan puncak Gunung Tahan dengan harapan mendapatkan kekayaan dan pangkat. Dia digambarkan sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi dugaan. Sangat pandai memujuk dan membuat tipu helah untuk kepentingannya. Dia juga tidak mudah berputus asa untuk mencapai cita-citanya. Tuan Robert Merupakan salah seorang yang pegawai yang ditugaskan menyiasat puncak Gunung Tahan dan merupakan teman kepada Tuan William. Dia digambarkan sebagai seorang yang tamak dan sanggup melakukan segalanya untuk mendapatkan apa yang dihajati. Seorang yang mudah marah apabila apa yang dihajatinya tidak dapat diperolehi. Dia juga suka berpura-pura dihadapan orang lain.