MENGIMBAU SENARIO KEJAYAAN MALAYSIA PADA ERA PASCAKEMERDEKAAN Oleh : Anak Bumi Kelantan
S
ELURUH
warga Malaysia yang celik hati dan mensyukuri nikmat
kemerdekaan tidak akan “membutakan mata” dan “memekakkan telinga” untuk menerima hakikat bahawa Malaysia pada hari ini bukanlah seperti mana Malaysia lima dekad yang lalu ataupun pada era prakemerdekaan. Kita boleh melihat kejayaan demi kejayaan dicipta untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mewujudkan kelompok etnik yang majmuk tetapi hidup harmoni di bawah panjipanji kemerdekaan sejati.
Persoalannya kini, kenapakah segala kejayaan yang dirintis melalui pelbagai dasar dan perancangan jitu itu hanya dilihat sebelah mata atau didengar sebelah telinga oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan ? Adakah kita sedar bahawa pencapaian gemilang negara kita dalam tempoh yang singkat begitu dicemburui oleh kuasa-kuasa asing dan konco-konconya ? Mungkin juga pihak berkenaan sengaja tidak menerima hakikat sedemikian kerana tergolong dalam kelompok manusia yang sudah tersemai bibit-bibit kebencian, kekecewaan dan ketaksuban, atau melihat kejayaan demi kejayaan itu tiada ertinya kerana mereka itu bukan sebahagian daripada barisan pemimpin yang mewarnakan senario kejayaan itu. Biar apa pun tanggapan orang lain, segala-gala yang kita raih itu telah menggambarkan kejayaan negara hasil daripada perencanaan sepadu dan kesepakatan barisan kepemimpinan negara yang tidak pernah berputus asa mewara-warakan dan melaksanakan pelbagai dasar dan usaha bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan bumiputera.
Sambil itu, cubalah berpijak di alam realiti dan merenung sejenak beberapa senario kejayaan Malaysia sama ada di persada antarabangsa mahupun di pentas 1
tempatan dalam tempoh
lima dasawarsa ini.
Semua ini saya lakarkan
secara
kronologis mengikut era kepemimpinan negara yang mapan bermula dengan era kepemimpinan Perdana Menteri yang pertama, yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
Setelah
Almarhum
Tunku
Abdul
Rahman
mengisytiharkan
kemerdekaan pada 31 OGOS 1957 di Stadium Merdeka, Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu ) terus mengorak langkah demi langkah bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang dinamik, aman , bertoleransi dan bersikap pragmatik. Semua ini direncanakan dengan penuh teliti oleh para pemimpin negara ketika itu. Mungkin kata – kata Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi suatu perangsang kepada mereka. Antaranya, “Untuk mencapai kemerdekaan, tidaklah sukar tetapi untuk mengisi kemerdekaan, bukanlah suatu kerja yang mudah…”. Lantaran itu, pelbagai program dan perancangan digubal untuk meletakkan negara dalam persaingan global.
Salah satunya, memastikan negara menjadi ahli
negara Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1957. Seterusnya, Tentera Laut Diraja Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1958 untuk memartabatkan kedaulatan negara.
Pelepasan cukai selama lima tahun kepada
syarikat perindustrian bertaraf perintis turut dilaksanakan untuk membolehkan kita berdikari. Bagi memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu (BM), kerajaan mula menggunakan BM sebagai bahasa penghantar dalam semua urusan rasmi kerajaan.
Selain itu, kita juga berjaya menjalinkan persahabatan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Hasilnya, aspek keselamatan serantau dan hubungan diplomatik berjaya diperkukuh. Pada tahun 1960, darurat yang diisytiharkan sejak tahun 1948 lagi terhadap petualang negara, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya ditamatkan. Usaha ini merupakan suatu tindakan awal bagi menandakan kemenangan terhadap perjuangan komunis . Dari segi pendidikan pula, 2
mulai 1962 kemudahan pendidikan rendah percuma dinikmati oleh rakyat. Kempen basmi buta huruf “End-IT” yang melibatkan hampir 180 000 orang mulai digerakkan dengan harapan setiap lapisan rakyat dapat mengikuti arus pembangunan pesat selepas ini.
Kedudukan dan imej negara semakin terserlah apabila Malaysia ditubuhkan secara serentak dengan kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Televisyen Malaysia dilancarkan sebagai penanda bermulanya era telekomunikasi negara. Pada tahun yang sama, Masjid Negara dibina sebagai simbol perpaduan pelbagai kaum. Paling gemilang,
pada era Almarhum Tunku Abdul Rahman,
Bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan dan alat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang bukan sahaja berbeza dari segi kaumnya, malah mempunyai pelbagai dialek.
Era
Allahyarham Tun Abdul Razak pula menyaksikan pelancaran Dasar
Ekonomi Baru(DEB) yang berupa suatu acuan istimewa dalam usaha menaikkan taraf hidup kaum Bumiputera yang ketika itu jauh terpinggir daripada arus pembangunan akibat penjajahan yang terlalu lama. Tahun 1971 memperlihatkan kejayaan serantau apabila Deklarasi Kuala Lumpur diumumkan oleh ASEAN untuk mengadakan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) di Asia Tenggara. Agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) digerakkan untuk mengeluarkan biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada kaum bumiputera.
Selain itu, Lembaga
Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 % dalam sektor pembangunan dan aktiviti industri negara.
Sementara itu, pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama dibina di Seremban, Negeri Sembilan untuk melahirkan generasi bumiputera 3
yang mempunyai latar belakang jurusan sains.
Pada era ini juga kita menyaksikan
kewujudan agensi RISDA pada tahun 1973 dengan sasaran utama untuk membantu sektor pertanian negara.
Program Buku Hijau
Allahyarham Tun Abdul Razak
yang dilancarkan sendiri oleh
menandakan suatu revolusi pertanian negara.
Demikian juga dengan PETRONAS yang diasaskan pada tahun 1974 berjaya menyelaras dan mengatur pembangunan industri petroleum negara. Pendek kata, memang tepat benarlah kalau era ini meletakkan Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan Negara.
Era kepemimpinan
Allahyarham Tun Hussein Onn juga tidak kurang
hebatnya . Beliau meneruskan DEB dan mengutamakan integrasi sosial menerusi DEB. Pelancaran Rukun Tetangga dilakukan pada tahun 1977 dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula diasaskan penubuhannya pada tahun 1978. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang kini memainkan peranan utama dalam menggerakkan ekonomi rakyat Malaysia, khususnya bumiputera dilancarkan pada tahun 1979. Sesuatu yang menggembirakan kita, pada tahun 1979 setiap lapisan rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang semakin baik berbanding generasi terdahulu. Apa tidaknya, pada tahun itu negara mengalami pertumbuhan luar biasa hasil eksport, iaitu peningkatan hampir 40 % dan semua ini merupakan suatu tanda aras awal kejayaan negara dalam melaksanakan dasar perindustrian negara. Lebih memberangsangkan, pada tahun 1980 negara kerdil ini muncul sebagai negara pengeksport semikonduktor yang terbesar, dan menjadi pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia.
Seterusnya, beralih pula kepada era kepemimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia keempat) yang dikira sebagai era yang paling agresif
dengan pelbagai
kemajuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai anjakan 4
paradigma, reformasi pengurusan , pengukuhan dasar dan visi agung hasil cetusan minda
beliau tidak dinafikan telah
terdahulu
memartabatkan negara
mempercepat
matlamat
kepemimpinan
Malaysia di persada dunia. Setelah menjadi
Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981, beliau melancarkan Dasar Pandang Ke Timur dan seterusnya menyelaraskan masa antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Usaha yang dilakukannya ini mempunyai mesej tersirat, iaitu janganlah terlalu mengharapkan kuasa barat yang belum tentu ikhlas dari segi persahabatan. Mungkin juga beliau terpanggil untuk mengagumi sejarah negara Jepun yang bangkit semula sebagai negara maju dalam masa 40 tahun sahaja setelah “runtuh” dari segi ekonominya selepas tewas dalam Perang Dunia Kedua. Biar apa pun yang tersirat dalam minda beliau, sejarah telah membuktikan bahawa dasar itu amat berkesan dan kini kita boleh melihat sendiri `siapa kawan dan siapa lawan kita.`
Usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, khususnya bumiputera bertambah pesat setelah terilhamnya Amanah Saham Nasional (ASN) yang juga merupakan detik permulaan dana amanah saham terbesar di dunia. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja dikagumi dari segi ketokohan, malah beliau telah meletakkan Malaysia kepada tahap yang terlalu tinggi , iaitu hampir setaraf negara maju yang lain. Banyak pemikiran dan idea bernasnya cuba diselami oleh pemimpin dunia yang lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau menjadi idola bagi para pemimpin dunia ketiga atau negara-negara lain yang sudah lama “tertindas” oleh percaturan kuasa barat.
Hasil kelantangan beliau mengkritik sikap barat yang
“bertalam dua muka” dalam pelbagai forum antarabangsa meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Biarpun sumbangan beliau menjadi bahan kritikan dan dicemburui, sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia amat beruntung kerana memiliki seorang pemimpin seperti beliau. Tidak hairanlah ada cendekiawan 5
barat yang mengatakan bahawa Malaysia terpaksa menanti 100 tahun lagi untuk memiliki pemimpin yang ideal dan berkarisma seperti beliau. Tidak syak lagi jika dikatakan beliaulah mujahid sebenar dalam abad ini.
Berbalik kepada senario kejayaan Malaysia, kita berasa tidak adil jika tidak disenaraikan segala dasar dan perancangan
yang dilaksanakan Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad. Pada tahun 1983, Dasar Penswastaan Malaysia dilancarkan dan projek kereta nasional diumumkan. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang kini dianggap jambatan terpanjang di Asia Tenggara menjadi kenyataan pada tahun 1985. Kereta Proton Saga pertama kali meluncur di jalan raya pada tahun yang sama. Nama Malaysia terus “gah” apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan SelatanSelatan. Komitmen Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam persidangan antarabangsa pula semakin terserlah apabila beliau dipilih sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa Mengenai Penyalahgunaan dan Pengedaran Najis Dadah di Vienna, Austria.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sering kali “menitiskan air mata” sebagai tanda rasa bangga dengan pelbagai kejayaan Malaysia. Antaranya pada tahun 1988, kita mulai memiliki Stesen Satelit Bumi dan kereta nasional, Proton Saga pula mendapat pengiktirafan dan pelbagai anugerah antarabangsa. Selain itu, Malaysia terus popular menjadi destinasi utama para pemimpin negara persidangan.
menghadiri persidangan demi
Buktinya, Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-
Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 1990. Kemudiannya, Malaysia diamanahkan menjadi penganjur Persidangan Ketua Kerajaan G15, dan ini
merupakan suatu
pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia, sebuah negara yang dahulunya tersisih dalam segala aspek.
6
Pada tahun 1991, Wawasan 2020 dilancarkan. Gagasan ini lebih dikenali sebagai pelan jangka panjang yang bakal merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju.
Yang menariknya, negara maju yang kita impikan ini
meletakkan sembilan cabaran utama yang perlu direalisasikan, dan jika matlamat ini tercapai nanti, kita akan pastinya menjadi negara maju ala Malaysia bukan seperti negara-negara maju sekarang yang hanya “gah” dari segi ekonomi tetapi “runtuh” dari segi moral dan tatalakunya.
Tidak adil jika Malaysia dalam era kepemimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir ini tidak mengambil kira kemajuan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) . Projek Jaring mulai dilancarkan pada tahun 1991. Kini projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pula menjadi kenyataan, dan ini membuktikan kemampuan sebenar negara kita dalam apa-apa sahaja bidang. Kita yakin kita mampu bersaing dengan negara seperti Amerika Syarikat yang sudah memiliki Lembah Silikon itu. Pokoknya, kita perlu yakin akan kebolehan kita
sendiri.
Era pembangunan mapan juga
diketengahkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1993, Langkawi International Maritime dan Aerospace (LIMA) dilancarkan. Nasional Berhad (TNB)
Selain itu, penswastaan Tenaga
dilaksanakan dalam usaha untuk melancarkan kecekapan
agihan kuasa elektrik ke seluruh negara dan sebagai persediaan asas menarik pelaburan asing dalam sektor perindustrian. Program Kontraktor Binaan Berwibawa juga digerakkan untuk menaikkan taraf , mutu kerja dan kemampuan kontraktor bumiputera. Sesuatu yang dikira memeranjatkan kita adalah apabila kereta nasional kita terus mendapat sambutan sedangkan industri kereta asing mengalami kesuraman ekonomi. Buktinya, pada tahun 1993, PROTON berjaya mengeluarkan sebanyak 120 000 buah kereta biarpun baru sahaja beroperasi. Lebih menceriakan keadaan, kereta nasional kedua , Perodua Kancil pula dilancarkan.
7
Dari segi kemudahan infrastruktur, Lebuh Raya Utara – Selatan (PLUS) siap dibina pada tahun 1994. Stadium Shah Alam yang dikira terbesar di rantau ini juga siap dibina. Tempias kejayaan ekonomi setelah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat selama lapan tahun berturut-turut turut dinikmati oleh pelbagai lapisan rakyat. Buktinya, rakyat Malaysia mula memanfaatkan Internet pada tahun 1995. Kebanggaan lain ialah satelit pertama Malaysia – MEASAT 1 dilancarkan ke angkasa pada tahun 1996, Menara Berkembar Petronas, iaitu bangunan tertinggi di dunia (pada masa itu) siap dibina pada tahun 1997 dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) beroperasi pada tahun yang sama.
Projek – projek gergasi atau mega ini pernah dianggap sebagai suatu pembaziran bagi mereka yang cemburu akan pelbagai nikmat kemerdekaan dan kejayaan serta komitmen tinggi para pemimpin negara. Apa-apa pun pandangan orang lain, saya merumuskan segala kritikan itu dalam suatu epilog ringkas, iaitu “Semua ini tidak mungkin dicapai dan dinikmati sekiranya pemimpin kita berfikiran jumud.” Atas dasar pemikiran yang berencanalah, maka pada tahun 1998, Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM) terakhir pada abad itu. Kompleks Sukan Bukit Jalil yang dibina khas untuk kejohanan itu menjadi mercu tanda kecemerlangan sukan negara. Lebih membanggakan, prasarana sukan yang disediakan itu mendapat pujian negarawan –negarawan asing sehingga Presiden IOC mencadangkan agar kita menganjurkan pula Sukan Olimpik.
Seperkara yang mengagumkan kita, dalam keadaan negara dilanda kegawatan ekonomi kerajaan kita masih meneruskan dasar liberal dan “mesra rakyat”. Lantaran itu, kesan kegawatan tidaklah terlalu parah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang sebilangan masa masih mengikut telunjuk formula atau ramuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang “mencekik darah” itu. Pendek kata, kita masih 8
dianggap negara makmur sehinggakan dalam keadaan itu pun masih ramai buruh asing yang menongkah lautan untuk mencari rezeki di negara kita. Dalam soal ini, kita amat berterima kasih kepada kepemimpinan negara yang sedia ada kerana dapat menghidu
musibahnya jika menerima
formula asing (IMF) yang belum tentu
berkesannya itu. Sesungguhnya kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana rakyat kita juga tidak mudah melatah dan sanggup bersama-sama pemimpin negara memberi sokongan moral dan material. Kesannya, kita terus menikmati suasana kehidupan yang aman, damai dan harmoni. Di samping itu, dalam “kelemasan” ekonomi pun kita masih berjaya mendirikan Putrajaya yang kini dianggap antara mercu kejayaan negara dalam alaf ini.
Kejayaan demi kejayaan tidak akan datang menggolek begitu sahaja tanpa komitmen yang jitu daripada barisan kepemimpinan negara. Kita harus ingat segala yang dianggap mitos telah pun direalitikan. Sebagai contohnya, Datuk Azhar Mansor, anak Malaysia telah menjadi manusia pertama berlayar secara solo mengelilingi “DUNIA” (bukannya Lautan Pasifik) melalui laluan Timur-Barat.
Selain itu,
ekspedisi menawan puncak Gunung Everest oleh dua orang pendaki muda kita merupakan kejayaan awal rakyat Malaysia yang bepegang kuat pada slogan Malaysia Boleh. Penganjuran Perlumbaan Kereta Formula 1 di Litar F1 Sepang bukan sahaja suatu penganjuran hebat dalam menjulang nama negara ke seantero dunia , malah mempamerkan kemakmuran negara kepada hampir 300 juta orang penduduk dunia.
Usaha Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dibarisi oleh anakanak Malaysia sendiri pada tahun 1998 juga tidak boleh dipandang remeh. Kewibawaan mereka menangani masalah ekonomi negara tanpa tunduk kepada telunjuk mana-mana pihak yang berkepentingan amat dikagumi. Eulogi demi eulogi, sepatutnya dihadiahkan kepada mereka dan bukannya cemuhan liar.
Dengan kata 9
lain, rakyat Malaysia perlu
berterima kasih dan menghargai sumbangan mereka
kerana hasil kegigihan merekalah kita kini telah terkeluar daripada lingkaran kegawatan ekonomi. Kawalan Modal Terpilih yang pada mulanya dikecam oleh pemimpin dan kapitalis barat ,termasuk Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat ( yang kononnya berpengetahuan tinggi ), dan Presiden IMF, Michael Camdesus ternyata suatu formula atau ramuan ekonomi yang hebat. Allah s.w.t telah menunjukkan kebesaran-Nya, dan mereka yang benar ditunjukkan kebenarannya. Kini dunia baru sedar bahawa formula negara yang sering dipandang sinis, iaitu Kawalan Modal Terpilih ciptaan Malaysia amat hebat dan berkesan dalam merangsang semula ekonomi ke landasan asal, iaitu kadar pertumbuhan ekonomi yang positif.
Legasi kecemerlangan Malaysia diteruskan pula oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kelima, yakni Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Dengan gaya sederhana beliau, Malaysia kian dikagumi oleh negara-negara Islam dan negaranegara dunia ketiga yang lain. Sumbangan Pak Lah ini memperlihatkan Malaysia terus gah sebagai negara contoh. Syarikat Penerbangan Air Asia berkembang pesat menjadi syarikat kebanggaan negara. Bank Negara Malaysia dipuji di persidangan bank antarabangsa sebagai badan pengawal sistem kewangan negara yang efisien dan lebih membanggakan, syarikat petroleum negara, PETRONAS memperkembang pengaruh di serata dunia. walaupun seketika
semakin mantap
Pendek kata, sumbangan Pak Lah
berjaya menaikkan imej negara sebagai negara yang suka
memakmurkan negara sahabat. Harapan kita
untuk melihat kegemilangan negara
terus berkekalan pastinya adalah kepada Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak yang mulai menerapkan gagasan Satu Malaysia sebagai teras transformasi kepemimpinan beliau untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih gemilang.
10
Kesimpulannya, jika bukan kita rakyat Malaysia siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk memartabatkan maruah Malaysia yang tercalar atau sengaja mahu dicalarkan. Orang tua-tua pernah berpesan , Tuhan memberi kita sepasang mata . Oleh itu, nilailah sesuatu dengan kedua-dua belah mata, bukannya sebelah mata. Dengan erti kata mudah, gunakanlah sebelah mata lagi kalau tidak mahu dianggap cacat penglihatan. Tegasnya, resipi kejayaan Malaysia selama lima dekad ini sepatutnya tidak dipandang enteng kerana semua ini tidak bisa diraih dalam sekelip mata. Lagipun, ini merupakan
hasil kesinambungan
perancangan
mantap dan
pakatan agung pemimpin dan rakyat Malaysia yang sememangnya menolak unsur keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstremisme. Hakikatnya, itulah FORMULA MALAYSIA ….. Oleh Kita Untuk Kita !
NorEsei.formulamsia.doc
Insya-Allah.
2K
MENGIMBAU SENARIO KEJAYAAN MALAYSIA
11
DALAM ERA PASCAKEMERDEKAAN
12