Gunung

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gunung as PDF for free.

More details

  • Words: 1,795
  • Pages: 5
GUNUNG Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu : 1. Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun. 2. Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya. 3. Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahanrekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi. 4. Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.

DATARAN TINGGI Dataran tinggi adalah tanah tinggi yang terangkat dan yang mempunyai permukaan rata yang luas dan biasanya menurun dengan curam ke kawasan rendah di sekelilingnya. Berdasarkan asal pembentukkan dan sifat-sifat fizikalnya, dataran tinggi boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu : 1. Dataran tinggi tektonik - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada pergerakan bumi yang menyebabkan berlakunya penimbulan. Biasanya dataran tinggi ini mempunyai saiz yang besar dan seragam tingginya. . Ini termasuklah bongkah-bongkah benua seperti Dataran Tinggi Deccan di India. Apabila dataran tinggi di kelilingi oleh gunung-gunung lipat, maka dataran tinggi itu dikenal sebagai dataran tinggi antara gunung. 2. Dataran tinggi gunung berapi - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada lava cair melimpah keluar dari kerak bumi dan mengalir di permukaan bumi lalu membentuk beberapa lapisan yang dinamakan lava basol . Lava yang beku ini membentuk dataran lava .

3. Dataran tinggi berkelar-kelar - Dataran tinggi yang luas sedikit demi sedikit akan terhakis akibat dari proses luluhawa dan hakisan yang terus-menerus dilakukan oleh air yang mengalir, ais dan angin. Oleh yang demikian, permukaan dataran itu menjadi tidak sama rata. Di kawasan dataran tinggi yang beriklim lembab, sungai dan kadangkala glasier menyebabkan lurah-lurah yang dalam dan sempit terjadi, dataran tinggi yang mengalami kejadian seperti ini dinamakan dataran tinggi berkelar-kelar. Di negeri-negeri yang beriklim kering, hakisan menegak yang dilakukan oleh sungai dan geselan yang dilakukan oleh angin akan memecahkan dataran itu dan membentuk bongkah-bongkah seperti meja yang bertebing curam yang disebut mesa dan butte. Kawasan ini diselangseli oleh kanyon yang dalam.

TANAH PAMAH Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya : 1. Dataran bentuk bumi - Ia merupakan kawasan yang telah terlekuk dari segi bentuk muka buminya lalu menjadi kawasan dataran semula jadi yang paling luas di dunia. Dataran ini terbentuk daripada batu-batan yang mendatar dan boleh dikatakan tidak tersentuh oleh pergerakan kerak bumi. 2. Dataran mendap - Dataran jenis ini terbentuk daripada bahan-bahan mendapan yang dibawa oleh berbagai-bagai anasir pengangkutan. Dataran ini boleh dikatakan rata tetapi semakin meninggi hala ke kawasan tanah tinggi. Kesuburan dan perkembangan ekonomi kawasan ini banyak bergantung kepada jenis-jenis mendapan yang terkumpul. Beberapa dataran mendap yang paling luas dibentuk oleh sungai-sungai yang besar. Hakisan yang pesat di bahagian hulunya menyebabkan sungai-sungai itu banyak membawa lanar ke bahagian hilirnya. Lanar itu dimendapkan sehingga menjadi dataran lanar, dataran mendap dan dataran delta yang Iuas. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling subur di dunia dan digunakan untuk pertanian secara giat. Penduduknya juga sangat padat. Glasier dan litupan ais juga dapat memendapkan lapisan pasir dan batu kelikir yang bercampur-aduk lalu membentuk dataran lanar ais. Glasier juga dapat menimbunkan lanar batu tongkol, iaitu campuran di antara batu-batu tongkol yang berbagai-bagai rupa dengan lanar lalu membentuk satu dataran lanar batu tongkol. Dataran lanar ais selalunya merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan tetapi lanar batu tongkol pula mungkin merupakan satu kawasan pertanian . Di kawasan pula pantai, ombak dan angin biasanya menyeret bahan-bahan pantai seperti lumpur, pasir atau batu lada ke kawasan dataran pantai. Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.

Angin mungkin membawa butir-butir halus yang dinamakan loes. Bahan ini dibawa dari kawasan gurun pedalaman atau kawasan tandus dan ditimbunkan di bukit-bukit, lembah-lembah atau di dataran- dataran hingga membentuk dataran tinggi loes, seperti di barat laut negara China dan tanah pamah loes, seperti di kawasan Pampas di Argentina. Tanah loes ini meratakan kawasan yang beralun dengan cara menimbunkan kawasan-kawasan lurah dan lekukan. Kebanyakan kawasan yang diliputi oleh bahan loes di dunia ini merupakan kawasan pertanian yang subur. 3. Dataran hakis - Dataran ini dibentuk oleh agen-agen hakisan. Hujan, sungai, ais dan angin dapat meratakan permukaan bumi yang tidak rata. Dalam jangka masa yang panjang iaitu berjuta juta tahun lamanya, gunung yang tinggi sekali pun akan diruntuhkan hingga menjadi satu dataran rendah yang beralun. Dataran gondolan ini dinamakan peneplain yang hampir menyerupai dataran. Sungai yang mengalir dari hulu ke hilir akan memperdalam lembah dan melebarkan tebingnya. Susuh-susuh bukit yang menganjur ke sungai akan terpenggal dan ini meluaskan lagi kawasan rata di tebing sungai itu hingga menjadi rendah. Di samping itu tanah tinggi yang terletak di antara sungai itu lama-kelamaan akan menjadi rendah. Bagi kawasan yang telah mengalami tindakan glasier, dan litupan ais telah menggesel dan meratakan muka bumi dan membentuk dataran hakis ais. Sekarang lekukan-lekukan yang dibentuk oleh glasier itu telah menjadi tasik-tasik. Di kawasan kontang dan hampir kontang, sebahagian besar daripada bahan yang telah terhakis diterbangkan oleh layangan angin. Oleh kerana itu aras kawasan itu menjadi rendah lalu membentuk dataran luas, umpamanya dataran kontang berbatu kelikir atau berbatu-batu yang disebut reg di Afrika Luluhawa mekanikal di kawasan kontang dan hampir kontang telah meluruhkan cerun-cerun yang tinggi hingga menjadi pediplain

Setiap batu-batan mempunyai kepentingannya sendiri. Batu-batan boleh mempengaruhi bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan corak petempatan. Terdapat dua pengaruh besar batu-batan kepada kehidupan manusia iaitu dari segi ekonomi dan bentuk muka bumi.

Ekonomi Tanah Dan Bekalan Air Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung pada tanah di kawasan tersebut. Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk. Kawasan yang mempunyai batubatan yang keras dan telah mengalami sedikit hakisan tidak sesuai untuk pertanian dan penduduknya juga kurang. Batu-batan muda menghasilkan tanih yang subur dan sangat sesuai untuk pertanian serta secara tidak langsung akan menarik lebih ramai penduduk ke kawasan ini. Sifat batu-batan juga mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan. Faktorfaktor seperti jenis rekahan di dalam batu batan, ketelapan, jenis lapisannya dan batu induk akan mempengaruhi peredaran air dalam tanahy pembentukan mata air dan saliran kawasan itu. Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai untuk

petempatan. Kolam air buatan atau semula jadi hanya boleh dibina di lembangan lembangan yang mempunyai batu md keras di bawahnya untuk mengelakkan tirisan.

Bahan Api Kandungan galian dan organan di dalam batu batan menyebabkannya sangat bernilai daripada segi ekonomi. Batu-batan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah gambut, arang batu perang (lignit), bitumen dan arang batu wap, antrasit dan minyak galian. Bahan api ini dijadikan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah dan di kilang kilang. Pengkarbonan arang batu menghasilkan arang kok dan gas arang batu. Arang kok digunakan di relau bagas, manakala gas aran batu di unakan di rumah untuk memasak. Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan letupan. Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat penting untuk perusahaan pengangkutan dunia. Plastik adalah hasil sampingan petroleum yang boleh dijadikan berbagai barang kerana ia ringan dan tahan lama.

Pembinaan Terdapat banyak batu batan yang boleh digunakan sebagai bahan pembinaan. Contohnya granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat. Granit (batu igneus keras) digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling dan batu pengasah. Batu kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kapur dan tanah liat penting sebagai bahan mentah membuat simen. Pasir juga digunakan di dalam relau bagas dan untuk membuat gelas. Tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.

Perusahaan Batu-batan mengandungi berbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam perusahaan. Garam-garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak. Contohnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia, kalium karbonat (potash) di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan pantai Laut Mati.

Logam Batu batan juga kaya dengan kandungan logam. Bijih logam lazimnya didapati di celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan. Bijih logam boleh dihasilkan daripada haba yang kuat dan pemampatan. Haba ini diperolehi dari tindakan gas yang sangat panas, magma dari jalar dalam gunung berapi. Bijih logam juga terdapat dalam magma yang cair. Apabila magma ini keluar dan memasuki lubang lubang batu, ia akan menyejuk perlahan-lahan mem~ bentuk alur bijih atau celahan. Perlombongan bijih logam dijalankan di kawasan- kawasan yang mempunyai logam yang banyak dan boleh didapati dengan mudah dan murah. Contohnya, di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga di Congo dan Australia Barat dan Tengah. Terdapat galian-galian seperti bijih besi dan bauksit yang menggalakkan pembentukan perusahaan-perusahaan besar seperti di Timur-laut Amerika Syarikat dan Pennsylvannia. Terdapat juga bijih logam yang dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya timah aluvium, emas dan platinum. Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan air telah mengasing-asingkan bijih

dan dimendapkan di dasar-dasar aluvium atau kelikir. Pengasingan ini dipanggil lampan bijih. Contohnya timah aluvium di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung Malaysia dan emas aluvium di sungai-sungai di barat daya Amerika Syarikat. Terdapat juga bijih logam yang berpadu dengan unsur-unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen menjadi oksid timah. Contoh oksid timah seperti kasiterit, mangganam oksid dan feras oksid (limonit, hematit dan magnetit).

Batu Permata Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima, nilam dan zirkon.

Bentuk Muka Bumi Batu-batan lembut seperti tanah liat dan kapur menghasilkan keadaan tanah yang beralun kerana tidak tahan kepada hakisan dan luluhawa manakala batu-batan yang boleh telap air dan larut seperti batu kapur dan kapur mewujudkan permukaan bumi yang gersang dan tandus. Batu-batan keras seperti granit dan batu pasir menghasilkan bentuk muka bumi yang kasap kerana tahan kepada hakisan dan luluhawa dan batu-batan yang berlapis-lapis dengan jaluran jaluran keras dan lembut pula menghasilkan pemandangan darat yang bertingkat-tingkat.

Related Documents

Gunung
June 2020 33
Gunung Rinjani
October 2019 42
Sangkan Gunung
July 2020 23
Gunung Tua.docx
October 2019 25
Gunung Kelud
November 2019 26
Gunung Srandil.docx
December 2019 26