FOLIO BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
Nama
:_______________________________________________
Tingkatan
:_______________________________________________ Disediakan oleh: R.Subramaniam ISI KANDUNGAN FOLIO PUTERA GUNUNG TAHAN.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Bil
Tajuk dipelajari
1 2 3 4
Biodata pengarang Sinopsis novel. Bab 1 - 11 Plot novel • Eksposisi (Permulaan) • Perkembangan cerita • Perumitan (Konflik) • Klimaks (Puncak) • Peleraian cerita Tema Persoalan Watak Utama / Wakatak Protagonis:Ratu Bongsu • Perwatakan watak utama • peranan watak utama Watak sampingan: • Robert • William • Perempuan Tua Nilai kemanusiaan Nilai kemasyarakatan / Citra masyarakat / Gambaran masyarakat / Unsur kemsyarakatan / latar msayarakat Latar novel • Latar masa • Latar tempat • Latar masyarakat Unsur pengajaran Nilai kemanusiaan Soalan tahun-tahun lepas SPM Contoh jawapan Soalan Percubaan SPM 2005 Soalan Percubaan SPM 2006 Latihan Kendiri
5 6 7
8
9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
Tarik h
Ulang kaji
Soalan SPM
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
KENALI WATAK DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
RATU BONGSU WILLIAM
ROBERT
ALI DAN AWANG (JURUPANDU)
Ali mati dipatuk ular tedung. Awang mati kerana kesejukan dan sakit perut.
PEREMPUAN TUA
PEREMPUAN SAKAI
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
SINOPSIS Bab 1 Negeri Pahang merupakan sebuah negeri tersohor di Semenanjung Tanah Melayu. Seorang gabenor yang memerintah Tanah Melayu pernah mengatakan bahawa Pahang merupakan sebuah negeri terbesar dengan sungai, harimau, gajah, dan hutan rimba yang besar. Negeri Pahang juga memiliki pahlawan yang handal dan hebat seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Tanah Melayu. Diceritakan bahawa orang-orang Melayu yang kalah menentang Sikh (askar British) dalam peperangan telah melarikan diri ke dalam hutan dan Gunung Tahan. Seorang anak raja yang berasa malu atas kekalahan orang Melayu telah naik ke Gunung Tahan dan tinggal di situ. Baginda dikenali sebagai Putera Gunung Tahan. Oleh itu, pengarang memberi judul novel ini Putera Gunung Tahan. Bab 2 Tuan Robert dan Tuan William datang ke Kuala Tembeling sekitar 1926. Mereka merupakan pakar ilmu tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Mereka ditugaskan untuk mencari tempat peranginan bagi pegawai tadbir Inggeris. Ali dan Awang ditugaskan menjadi jurupandu. Dalam perjalanan menuju ke puncak gunung, hujan turun dengan lebat siang dan malam. Ali mati kerana dipatuk ular tedung sementara Awang mati kerana sakit perut dan kesejukan. Hujan turun selama tujuh hari. Robert dan William terpaksa bermalam di dalam gua. Pada hari ketujuh, hujan mulai reda. Robert telah keluar merayau-rayau menyaksikan keindahan hutan tetapi telah ditangkap oleh orang-orang sakai. Tuan William berusaha mencarinya tetapi hanya terjumpa kesan-kesan dan garisan-garisan di permukaan tanah menunjukkan ada pergelutan berlaku. William menduga bahawa Robert telah diserang oleh orang asli. Oleh itu, William kembali ke gua dan bermalam di situ. Pada keesokan harinya, William terjumpa sehelai sapu tangan dengan tulisan darah memaklumkan bahawa Robert telah ditangkap oleh orang sakai. Walau bagaimanapun, William tetap mempercayai bahawa Robert masih hidup kerana arang asli di Tanah Melayu tidak memakan daging manusia. Bab 3 Tuan Robert merayau-rayau di luar gua tempat persembunyian kerana hendak mengambil gambar pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dia dikepung oleh orang sakai. Robert tidak melawan kerana tidak sempat menggunakan pistolnya. Dia menyerah diri. Dia dibawa ke perkampungan orang sakai. Terdapat beberapa pondok di situ. Robert berpendapat orang sakai di situ sudah maju kerana terdapat tanaman ubi kayu, jagung dan padi huma. Walaupun Robert tidak dapat berkomunikasi dengan orang-orang sakai, Robert dilayan dengan baik. Dia diberi makan
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
ubi bakar. Pada waktu malam, diadakan majis jamuan dengan nyanyian dan sorak-sorai. Hidangan yang disediakan termasuk dua ekor babi gemuk, buah-buahan dan umbut-umbut tumbuhan di dalam hutan. Di situ terdapat seorang perempuan tua keturunan Melayu yang tidak makan daging babi yang dihidangkan. Orang tua itu meminta jasa baik Tok Batin memberitahu Robert bahawa tujuan jamuan itu bagi meraikan Robert yang dilantik sebagai ‘Batin Putih’, iaitu penghulu kepada masyarakat sakai di situ. Bab 4 Selepas jamuan, Robert masih tidak berpuas hati walaupun dilantik sebagai penghulu kerana jawatannya itu tidak menjanjikan sebarang ganjaran dalam bentuk wang. Tujuannya datang ke Tanah Melayu bersama-sama dengan William adalah untuk mendapatkan ganjaran lima ribu paun yang dijanjikan kerajaan Inggeris sekiranya mereka berdua berjaya mendapatkan kawasan peranginan di puncak gunung itu. Perempuan tua menceritakan asal-usulnya kepada Robert iaitu beliau berasal dari Kampung Marhum, Pekan, Pahang. Suaminya meninggal dunia dalam pertempuran dengan askar Inggeris. Dia amat kecewa dengan orang-orang Melayu kerana mereka tinggalkan perempuan tua yang sarat mengandung di dalam hutan dan melarikan diri apabila diserang oleh askar Inggeris. Dia diselamatkan oleh orang-orang sakai. Setelah bersalin, dia memencilkan diri di dalam hutan dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat sakai. Puteranya yang bernama Tahan dibawa oleh orang-orang sakai untuk mempelajari pelbagai ilmu. Perempuan tua juga meluahkan perasaan bencinya terhadap orang Inggeris. Bab 5 Semasa Robert datang ke rumah perempuan tua, dia sedang mengajar agama Islam kepada perempuan-perempuan sakai. Perempuan tua menjelaskan kepada Robert bahawa sebagai balasan orang-orang sakai mengajarnya ilmu dunia seperti ilmu pengasih, pembenci, dan uabtubatan. Robert tidak percaya akan ilmu-ilmu itu dan ingin mengajar agama Kristian. Perempuan tua marah dan mengenakan ubat pengasih (cenuai) dalam minumannya. Perbuatan ini menyebabkan Robert tergilagila akan seorang gadis sakai. Dia ingin mengahwininya dan terpaksa akur dengan adat istiadat masyarakat sakai. Dia terpaksa lari berkaki ayam menangkap perempuan sakai yang lari mengelilingi busut jantan sebanyak tujuh kali. Dia gagal menangkapnya. Lalu, dia terpaksa memanjat pokok untuk menangkapnya. Robert tergelincir dan jatuh lalu mati. Bab 6 William cuba mencari sahabatnya yang hilang dan terjumpa dengan Kusina, orang bunian yang berpakaian lengkap dan bertombak. Kusina memperkenalkan diri sebagai pengiring Ratu Bongsu. Kusina mengenakan syarat bahawa William tidak boleh turun dari puncak Gunung Tahan apabila tiba di puncak gunung. William bersetuju dengan syarat yang
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
dikenakan itu. Kusina memberitahu William bahawa Robert telah mati. Selepas dua hari dua malam, mereka berdua sampai ke puncak gunung. William terdengar suara ayam berkokok, kambing mengembek, suara burung dan suara manusia tetapi semuanya tidak dapat dilihat. Tiba-tiba Kusina menghilangkan diri. Namun, William gembira kerana dapat sampai ke puncak gunung. Bab 7 Pada keesokan harinya, apabila terjaga daripada tidur, William mendapati ada beberapa orang lelaki muda bersenjatakan keris dan tombak memberitahunya bahawa Ratu Bongsu sedang menunggunya di istana. William memberitahu Ratu Bongsu bahawa kerajaan Inggeris sanggup membayar lima ribu ringgit kepadanya setiap bulan sepanjang hayatnya dan suatu kawasan yang luas untuk membina istana yang cantik kalau Ratu Bongsu sanggup melepaskan Gunung Tahan. Ratu Bongsu menolak tawaran William dan William dibenarkan tinggal di situ buat selama-lamanya. Bab 8 Selepas sebulan tinggal di situ, William berasa bosan. Pada suatu hari, Ratu Bongsu memberi teropong ajaib yang dibuat daripada buluh dan William meneropong untuk melihat isterinya yang berada di England. Dia berasa kesal kerana dapat melihat isterinya sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Ratu Bongsu menyalahkan budaya barat yang menggalakkan pergaulan bebas. Dengan berbekalkan teropong itu juga, Ratu Bongsu dapat melihat tingkah laku masyarakat Melayu yang mengamalkan pergaulan bebas, berkunjung ke tempat tari-menari, bersuka-ria, dan mengandung anak di luar nikah. Pengaruh barat telah membawa musibah kepada masyarakat Melayu. Bab 9 Sebelum Maharani (seorang perempuan tua) memberi kebenaran kepada Ratu Bongsu untuk menggunakan beringin bercakap, baginda dinasihati agar berhati-hati dengan William. William dapat melihat dan mendengar perbualan antara isterinya dengan pemuda tersebut. Isterinya mengadu bahawa William tidak bertanggungjawab kerana langsung tidak mengutus berita dan mengirim wang selama setahun. Pemuda itu andaikan bahawa William sudah mati. kemudian, Ratu Bongsu menawarkan khidmat burung pesuruh jaya yang boleh membawa surat William kepada isterinya yang berada di London. William sebenarnya menulis surat meminta kerajaan Inggeris menghantar bantuan bagi menawan Gunung Tahan. Ratu Bongsu dan William dapat meneropong tingkah laku orang Melayu yang telah memeluk agama kristian dan pergi ke gereja. Bab 10 Selepas tiga bulan, datanglah dua buah kapal terbang ke tempat itu. Namun, Ratu Bongsu mengesan hal itu terlebih dahulu dan mengarahkan rakyatnya agar bersembunyi dan meninggalkan tempat itu. Ratu Bongsu
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
mengarahkan William agar mengambil Teropong dari bilik khazanahnya. Ketika itu, Kusina telah menguncikan pintu bilik istana. Kapal terbang telah tiba dan mengebom istana Ratu Bongsu dan puncak Gunung Tahan. Kedua-dua kapal terbang Inggeris terhempas semasa hendak mendarat. Daripada tujuh orang anak kapal, hanya isteri William, iaitu Mem William terselamat. Setelah dijampi dan dirawat, isteri William sedar tetapi masih terkejut. Bab 11 Selepas tiga bulan, Ratu Bongsu membina sebuah bangunan yang kecil tetapi comel sebagai tempat tinggal Mem William. Dia berasa insaf kerana berlaku curang. Selepas tiga tahun tinggal di puncak Gunung Tahan, Ratu Bongsu berkahwin dengan Mem William.
Tema dan Persoalan:
Maksud Tema
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Maksud Persoala n
TEMA Novel Putera Gunung Tahan karya _____________________________ bertemakan nasionalisme orang Melayu menentang penjajah Inggeris. Buktinya, pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjuang menggadai nyawa menentang penjajah Inggeris. Ratu Bongsu juga digambarkan sebagai seorang yang tetap mempertahankan Gunung Tahan daripada diserah kepada Inggeris walaupun dijanjikan pelbagai kemewahan. PERSOALAN
Perlunya sikap antipenjajah
Buktinya ialah____________________________________ ________________________________________________
Pembesar Melayu berdiam diri setelah disogok
Buktinya ialah ____________________________________ ________________________________________________ Buktinya ialah ____________________________________
Tipu muslihat yang dilakukan oleh penjajah.
Kelemahan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial
________________________________________________ Buktinya ialah ____________________________________ Watak dan ________________________________________________ Perwatakan
RATU BONGSU / PUTERA GUNUNG TAHAN
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Ratu
Bongsu
merupakan
anak_____________________________.
Baginda
dilahirkan di __________________.Semasa usia baginda sepuluh tahun, baginda dibawa oleh _______________________ untuk diajar pelbagai ilmu. Baginda seorang yang tegas. Buktinya___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Seorang yang baik hati. Buktinya __________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________.
Seorang
pemerintah yang peka. Buktinya ________________________________________________ ___________________________________________________________________________
PEREMPUAN TUA
Perempuan Tua merupakan bonda _______________________. Perempuan Tua seorang yang kehilangan suaminya dalam pertempuran menentang penjajah _____________. Dia seorang yang berpendirian tegas. Buktinya _____________________________________ ___________________________________________________________________________ ______________________________________. Seorang yang berpegang kuat pada ajaran agama. _____________________________________________________________________ __________________________________________________________. Seorang yang benci akan penjajah. Buktinya _______________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________.
TUAN ROBERT
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Tuan Robert merupakan seorang pakar botani dan haiwan. Seorang yang tamak. Buktinya___________________________________________________________________ __________________________________________________________________________. Seorang yang suka berpura-pura. Buktinya ________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ____________________________________. Seorang yang suka bercakap besar. _________ ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________.
TUAN WILLIAM
Tuan William, teman baik Tuan Robert. William seorang yang tamak. Buktinya ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Buktinya ______________________________ ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________.
Seorang yang sentiasa
mempunyai niat jahat. Buktinya _________________________________________________ ___________________________________________________________________________ __________________________________________________________.
Nilai Kemanusiaan dan Unsur Pengajaran
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Nilai Kemanusiaan
Unsur Pengajaran
1
Kasih sayang. Perempuan Tua Kita hendaklah _______________________________ mengambil berat tentang hal puteranya dan menasihati Ratu ___________________________________________ Bongsu agar jangan terlalu ___________________________________________ mempercayai Tuan William. ___________________________________________
2
Semangat patriotisme. Kita hendaklah _______________________________ Pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat Kilau dan Tok ____________________________________________ Gajah sanggup menentang ____________________________________________ penjajah Inggeris. ____________________________________________
3
Tolong-menolong. Kita hendaklah ______________________________ Masyarakat sakai menolong Perempuan Tua yang sarat ____________________________________________ mengandung dan ditinggalkan ____________________________________________ di dalam hutan seorang diri.
4
Keberanian. Ratu Bongsu Kita hendaklah _______________________________ berani berhadapan dengan serangan orang-orang Inggeris ____________________________________________ yang menggunakan dua buah ____________________________________________ kapal terbang. ____________________________________________.
5
Belas kasihan. Ratu Bongsu Kita hendaklah _______________________________ membantu mengeluarkan Mem William daripada kapal ____________________________________________ terbang yang terhempas. ____________________________________________ ____________________________________________
PLOT
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Tuan William menulis surat kepada kerajaan British untuk menghantar dua buah kapal terbang pengebom untuk menawan Gunung Tahan.
KLIMAKS ` PELERAIAN PLOT EKSPOSISI
Pada mulanya diceritakan kemasyhuran negeri Pahang termasuk para pahlawan yang menentang pihak penjajah Inggeris. Robert dan William mencari tempat peranginan untuk pegawai Inggeris.
Kapal terbang berkenaan telah terhempas dan William mati di dalam istana. Ratu Bongsu menyelamatkan Mem William. Mem William bersetuju menjadi permaisuri Ratu Bongsu.
L A T A R
LATAR Latar Masyarakat TEMPAT Latar Masa Di kawasan Gunung Tahan, sama ada diMasyarakat kaki bukit, pertengahan terdiri Sebelum dan daripada di berlaku banjir besar pada puncak masyarakat gunung. orang Jugaasli, berlaku orangtahun diMelayu Gua 1926. Peristiwa berlaku Batu. dan Peristiwa penjajah. jugaJuga berlaku sebelum terdapat di kemerdekaan Tanah perkampungan masyarakat bunian orangyang sakai. tidak Melayu. Juga boleh Peristiwa juga berlaku pada berlaku dilihatdidengan sekitarmata istana kasar. Ratu Bongsu. waktu siang dan malam.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Soalan Tahun-tahun lepas Tahun Nov. 2001
Kewajaran
Soalan (a) pengakhiran
Soalan (b) sebuah Persoalan
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
novel Sinopsis Tema Klimaks dan peristiwa kesudahan cerita. Contoh persoalan kegigihan Cabaran watak utama Tiga nilai kasih sayang
Jun 2002 Nov. 2002 Jun 2003 Nov. 2003 Jun 2004 Nov. 2004
Empat nilai murni Latar Masyarakat Latar Tempat
Menghuraikan watak utama Empat unsur pengajaran Peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik Watak sampingan Tiga peristiwa yang dapat diteladani. Nilai murni dalam novel Perbandingan latar tempat dalam dua buah novel. Dua peristiwa yang menunjukkan Berdasarkan dua buah novel, pertentangan antara watak dalam jelaskan dua nilai kemasyarakatan sebuah novel. daripada setiap novel. Unsur Pengajaran dalam sebuah Berdasarkan dua buah novel, novel. jelaskan satu Persoalan daripada setiap novel.
Jun 2005 Nov. 2005 Jun 2006 Nov. 2006
Jun 2007
Tema
Nilai
Jelaskan dua peristiwa yang dapat Berdasarkan dua buah novel yang dikaitkan dengan persoalan maruah. anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
Nov. 2007
Aspek Kajian Sastera: • • • • • • • • • • • • • • •
Sinopsis (Jul 2002) Tema (Nov 2002) (Jun 2007) Persoalan(Nov 2001, Nov 2003),(Nov, 2006) (Nov 2007) Watak & Perwatakan (Nov 2003, Jun 2004, Jun 2005, Jun 2006) Plot (Nov 2001, Jul 2003) Konflik (Nov 2004) (Nov 2007) Latar (Nov 2002, Jul 2003), Latar tempat - Banding 2 novel (Nov 2005) Nilai (Jul 2002, Nov 2004, Jun 2006) (Jun 2007) Pengajaran (Jun 2004), (Nov, 2006) Peristiwa/Teladan (Jun 2005) Gaya Bahasa Watak Perempuan Biodata Pengarang Teknik Plot
Bentuk Soalan •
Soalan 4.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
•
15 markah diperuntukkan. Gabungan markah ialah 8 dan 7 atau gabungan lain yang seimbang.
•
Soalan ini wajib dijawab.
•
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada 8 novel berikut: o
Terminal Tiga karya Othman Puteh
o
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
o
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
o
Bukit Kepong karya Ismail Johari
o
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
o
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
o
Julia karya Abu Hassan Morad
o
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
•
2 soalan akan dikemukakan.
•
Soalan pemahaman terhadap kandungan novel menyoal berasaskan kata tanya berikut:
•
o
Apa...
o
Siapa...
o
Di mana...
o
Mengapa/Kenapa...
o
Bagaimana...
Terdapat juga soalan yang mengemukakan satu pernyataan terlebih dahulu dan diikuti oleh soalan yang bermula dengan arahan berikut: Jelaskan... Terangkan... Huraikan secara ringkas... Gambarkan ... Aspek kesusasteraan yang bakal disoal meliputi: o o o o
• o
Tema dan persoalan
o o o o o o
Watak dan perwatakan (Dinamik, statik dsb) Plot Latar (Tempat, masa dan masyarakat) Gaya bahasa Sudut pandangan Nilai dan pengajaran.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Pendekatan menjawab soalan
•
Memandangkan tiada petikan diberi seperti soalan KOMSAS lain, anda perlu menjawab berdasarkan bacaan dan ingatan anda terhadap teks novel yang telah dipelajari.
•
Pilih satu novel sahaja.
•
JANGAN mencampuradukkan jawapan anda seperti soalan 1 dijawab berdasarkan satu novel manakala soalan kedua berdasarkan novel yang lain.
•
Fahami apa yang terkandung dalam teks novel yang dipilih terutama mengikut aspek struktur kesusasteraan yang telah disenaraikan di atas.
•
Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
•
Jangan terkeliru dengan pernyataan awal soalan. Ia mungkin menggambarkan apa yang dikehendaki atau mungkin sebaliknya.
•
Pastikan manakah aspek struktur kesusasteraan yang dikehendaki.
•
Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
•
Contohnya: o
Jika soalan berkehendakkan anda menghurai 2 pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari, setiap pengajaran diberi 1 markah manakala huraian dan contoh diberi 1 markah lagi, menjadikan semuanya 4 markah. Markah bahasa 4, menjadikannya 8 markah.
•
Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
•
Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
•
Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
•
Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
•
Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih daripada 20 minit untuk menjawab kedua-dua soalan dalam bahagian ini.
Contoh Soalan dan Jawapan 1. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik dan meninggalkan kesan terhadap pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang paling menarik dan berkesan bagi diri anda. Jelaskan mengapakah anda berpendapat sedemikian. Tuan Robert dikenakan cenuai dan tergila-gilakan perempuan Sakai. Tuan Robert menghina kehidupan orang Sakai. Perempuan tua mengenakan cenuai sehingga dia tergilagilakan perempuan Sakai dan ingin mengahwininya. Tuan Robert mengikut segala adat resam orang Sakai hingga akhirnya diperbodoh-bodohkan malah dia mati akibat terjatuh dari pokok. Serangan kapal terbang Inggeris terhadap Gunung Tahan. Tuan William mati manakala Gunung Tahan selamat. Tuan William membelot terhadap Ratu Bongsu dan menggunakan burung pesuruhjaya untuk menghantar maklumat ke London dan meminta pihak Inggeris menyerang Gunung Tahan. Ratu Bongsu menyeru Kusina memerangkap Tuan William di dalam bilik hingga dia menjadi mangsa pengeboman oleh bangsanya sendiri. Peristiwa ini menarik kerana membuktikan kebijaksanaan Ratu Bongsu menyelamatkan Gunung Tahan dan orang Bunyian. 2. Huraikan mana-mana satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Di Hadapan Pulau: Afidah: Sensitif. Selalu menangis apabila pergi ke kubur datuknya. Mudah bersimpati. Bersimpati dengan nasib malang Aziz. Penyayang. Dia sayangkan datuknya. Dia meraung kesedihan apabila datuknya terkorban akibat terkena bom askar Jepun. Taat. Dia mematuhi nasihat datuknya supaya bermalam di rumah Mak Ketong. Tuk Marzuki: Bertanggungjawab. Dia yang menjaga Aziz. Bijak. Bercerita tentang sejarah silam. Berani. Ke Merlimau ambil beras walaupun suasana perang. Putera Gunung Tahan:
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Tuan Robert: Tamak. Ingin menawan puncak Gunung Tahan kerana hadiah lima ribu paun. Sombong. Dia memperbodohkan masyarakat Sakai dan bermegah tentang cara hidupnya. Penipu. Dia ingin membeli kulit harimau putih daripada perempuan tua dan memberitahu kawan-kawannya di London bahawa dia yang memburu harimau putihitu. Tuan William: Berani. Sanggup menempuh cabaran di dalam hutan belantara bersendirian. Penipu. Menagih simpati Ratu Bongsu untuk mengirim surat kepada kerajaannya agar menawan Gunung Tahan secara kekerasan. Pemaaf. Dia memaafkan isterinya yang berlaku curang terhadapnya. 3. Semangat setiakawan sering ditonjolkan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Robert dengan William. Mereka berdua bersama-sama menempuh segala cabaran semasa mendaki Gunung Tahan. Perempuan Tua dengan Orang Sakai. Apabila perempuan tua ditinggalkan di dalam hutan seorang diri dan ketika sarat mengandung, maka orang-orang Sakailah yang membantu dan menyelamatkannya. Ratu Bongsu dengan orang bunian. Apabila menyedari pihak Inggeris akan mengebom istananya, Ratu Bongsu memberitahu orang-orang Bunian agar menyembunyikan diri supaya tidak menjadi mangsa pengeboman. 4. Huraikan empat pengajaran. Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa luar. Contohnya Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang bangsa sanggup berkorban demi membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Sebagai seorang isteri janganlah berlaku curang terhadap suami. Contohnya Mem William berlaku curang terhadap suaminya di London ketika suaminya berada di Tanah Melayu. Kita hendaklah menjaga maruah diri kita. Contohnya Tengku Aisah bergaul bebas dengan lelaki dan didapati mengandung di luar nikah. Kita hendaklah mempunyai pegangan agama yang kuat. Contohnya perempuan tua tetap menganut agama Islam dan menyebarkan agama Islam di kalangan orang-orang Sakai. 5. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh watak utama dalam sesebuah novel. Bandingkan sebab-sebab kejayaan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai pendirian yang kuat sehingga William tidak dapat membeli puncak Gunung Tahan daripada Ratu Bongsu. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz pula rajin. Dia selalu membantu Syed Fikri di kebun sayur. Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai sifat baik hati dan bersifat penyayang. Dia memberi khidmat teropong ajaib, beringin bercakap dan burung pesuruhjaya kepada William. Aziz dalam novel Di Hadapan Pulau turut memiliki sifat baik hati ataupenyayang. Dia memicit-micit tengkuk Syed Fikri selepas dia mengadu sakit setelah bekerja di kem Jepun. Nilai-nilai yang diamalkan oleh watak-watak ini yang membawa kepada kejayaan mereka.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
6. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang menarik perhatian anda. Nyatakan contoh-contoh yang sesuai. Di Hadapan Pulau: Semangat bekerjasama dan bergotong-royong. Penduduk kampung bergotong-royong membina shelter. Kesempitan hidup akibat peperangan. Penduduk kampung menghadapi kekurangan makanan sehingga Taksiah sanggup menggadai maruahnya. Kekejaman tentera Jepun. Jepun menyeksa penduduk dan memaksa meeka bekerja sebagai buruh paksa. Putera Gunung Tahan: Penentangan terhdap penjajah. Walaupun negeri Pahang mundur, rakyat tidak rela negeri itu dijajah oleh Inggeris. Pahlawan-pahlawan seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Mat Gajah sanggup berkorban dalam usaha menentang penjajah. Sikap orang Melayu yang bermuka-muka. Ada sebilangan orang Melayu yang menjadi tali barut orang Inggeris dan memihak mereka dan menentang orang Melayu sendiri. Sikap sombong orang Inggeris. Orang Inggeris memandang rendah terhadap orang Melayu. Robert memberitahu perempuan tua bahawa agama kristian lebihbaik daripada Islam. Orang Melayu mudah terpengaruh dengan cara hidup barat. Haji Adam menjadikan rumahnya sebagai tempat hiburan yang menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, Tengku Aisah mengandung di luar nikah. 7. Huraikan teknik penceritaan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Teknik Penceritaan: Dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas muka, imbas kembali, suspens / kejutan. Teknik dialog. Perempuan tua berbual dengan Tuan Robert. Teknik monolog dalaman. Tuan Robert bercakap dalam hatinya kenapa dia boleh terjatuh cinta dengan perempuan Sakai padahal dia pernah jumpah ramai gadis yang cantik. Teknik pemerian. Ishak Hj. Muhamad menceritakan keadaan negeri Pahang secara panjang lebar. Teknik imbas kembali. Perempuan Tua menceritakan kepada Tuan Robert kisah 30 tahun dahulu sebelum bersama orang-orang Sakai. Teknik suspens/kejutan. Peristiwa dua buah kapal terbang menyerang puncak Gunung Tahan. 8. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari dibangunkan secara realistik. Dalam novel Putera Gunung Tahan watak utama ialah Ratu Bongsu. Baginda dilahirkan di dalam hutan oleh perempuan tua dan menjadi pemerintah di puncak Gunung Tahan. Novel ini berlatarkan zaman penjajah dan tidak hairanlah Perempuan tua membawa Ratu Bongsu ke dalam hutan. Ini disebabkan pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu memang ramai melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah. Ratu Bongsu dilukiskan sebagai seorang yang bersemangat patriotisme. Sebagai keturunan raja baginda memang wajar memiliki ciri-ciri ini. Baginda digambarkan sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan harta atau kekayaan. Walaupun William menawarkan pelbagai ganjaran yang lumayan, baginda tetap menolak tawaran berkenaan. Ini merupakan ciri-ciri masyarakat tradsional ketika itu. Mereka hidup secara kolektif dan sentiasa mementingkan kebajikan masyarakat dan bukan individu. Ratu Bongsu digambarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Walaupun William
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
berniat jahat, baginda tetap memberi layanan yang baik kepadanya. Ini memang masuk akal kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. 9. Latar sesebuah novel merupakan rakaman ciri-ciri masyarakat dan budaya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari huraikan secara mendalam latar masyarakat dan budaya yang digunakan. Dalam novel Putera Gunung Tahan, terdapat masyarakat Melayu yang sanggup menentang penjajah seperti Perempuan Tua, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain. Bagi golongan ini kedaulatan tanah air jauh lebih diutamakan daripada memikirkan keselamatan diri dan keluarga. Ada juga ahli masyarakat Melayu yang bersubahat dengan kaum penjajah dan menyokong mereka semata-mata untuk mendapatkan jawatan dan pangkat. Mereka hanya memikirkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Mereka langsung tidak memperlihatkan semangat patriotisme. Kehadiran kaum penjajah iaitu Inggeris telah mengubah cara hidup dan budaya sebilangan kecil masyarakat Melayu.Golongan ini diwakili oleh Tn.Hj.Adam dan Tengku Aishah. Rumah yang sepatutnya dijadikan surau telah dijadikan tempat hiburan. Tengku Aishah mewakili masyarakat Melayu elit yang terjerumus dalam budaya liar barat dan mengandung tiga bulan akibat pergaulan bebas. 10. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari dibangunkan secara realistik. Dalam novel Putera Gunung Tahan watak utama ialah Ratu Bongsu. Baginda dilahirkan di dalam hutan oleh perempuan tua dan menjadi pemerintah di puncak Gunung Tahan. Novel ini berlatarkan zaman penjajah dan tidak hairanlah Perempuan tua membawa Ratu Bongsu ke dalam hutan. Ini disebabkan pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu memang ramai melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah. Ratu Bongsu dilukiskan sebagai seorang yang bersemangat patriotisme. Sebagai keturunan raja baginda memang wajar memiliki ciri-ciri ini. Baginda digambarkan sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan harta atau kekayaan. Walaupun William menawarkan pelbagai ganjaran yang lumayan, baginda tetap menolak tawaran berkenaan. Ini merupakan ciri-ciri masyarakat tradsional ketika itu. Mereka hidup secara kolektif dan sentiasa mementingkan kebajikan masyarakat dan bukan individu. Ratu Bongsu digambarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Walaupun William berniat jahat, baginda tetap memberi layanan yang baik kepadanya. Ini memang masuk akal kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Ratu Bongsu juga digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh. Ciri-ciri ini harus ada pada seorang raja. Sebagai pemerintah seharusnya mempunyai visi dan misinya sendiri. Sehubungan ini, Ratu Bongsu meyedari akibat dan kesan buruknya kalau masyarakat Melayu membenarkan orang Inggeris menjajah Tanah Melayu. Ratu Bongsu juga digambarkan sebagai seorang pemimpin yang cerdik. Sebagai seorang pemimpin sifat ini amat dimiliki oleh seseorang. Ciri-ciri ini terserlah apabila baginda berjaya memerangkap William di dalam istana dan berjaya menyelamatkan diri dan kaum Bunyian apabila dua buah kapal terbang mengebom istananya. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan di atas jelaslah bahawa pengarang melukiskan watak Ratu Bongsu secara realisitik. 11. Huraikan nilai negatif masyarakat yang dapat anda perhatikan dalam novel yang telah anda pelajari.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Dalam novel Putera Gunung Tahan terdapat ahli masyarakat yang rosak akhlak. Contohnya dapat kita lihat apabila Tn.Hj.Adam membuka sebuah tempat hiburan. Tengku Aishah yang selalu mengunjungi tempat ini telah mengandung tiga bulan akibat pergaulan bebas dengan kaum lelaki. Dalam novel ini juga terdapat ahli masyarakat yang tidak berpegang teguh pada ajaran agama. Terdapat beberapa orang Melayu memasuki gereja bersama-sama dengan orang inggeris. Juga terdapat ahli masyarakat yang tamak akan harta dan kekayaan dunia. Willian dan Robert mewakili golongan ini. Mereka berdua sanggup menggadai nyawa mereka demi menawan puncak Gunung Tahan. Malah William sanggup membunuh Ratu Bongsu dan masyarakat Bunyian apabila menghubungi kerajaan di London untuk menghantar dua buah kapal terbang untuk mengebom istana Ratu Bongsu. Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang tidak mengenang budi. Masyarakat Melayu tinggalkan perempuan tua yang sarat mengandung di dalam hutan apabila melarikan diri ke dalam hutan setelah dikejar oleh pihak Inggeris. Perempuan tua diselamatkan oleh kaum Sakai. Terdapat juga ahli masyarakat yang memandang hina pada kaum lain. Contohnya Robert memandang hina akan kaum Sakai setelah ditawan oleh mereka. Akhirnya dia dikenakan minyak cenuai dan Robert tergilakan perempuan Sakai yang dihinanya. Akibatnya dia mati dalam keadaan yang hina. Selain itu, terdapat ahli masyarakat yang menjadi tali barut orang Inggeris dan menganiaya kaumnya sendiri. Didapati ada ahli masyarakat yang menyokong orang Inggeris dan menganiaya pejuang bangsa. 12. Huraikan unusr pengajaran yang dapat anda peroleh melalui novel yang telah anda pelajari. Dalam novel Putera Gunung Tahan terdapat banyak unsur pengajaran. Sebagai rakyat tercinta negara ini, kita hendaklah mempertahankan negara kita daripada diceroboh oleh kaum asing. Contohnya Ratu Bongsu dan Perempuan Tua mempertahankan tanah air daripada dikuasai oleh orang-orang Inggeris. Suami perempuan tua meninggal dunia dalam usaha menentang penjajah dan perempuan tua sendiri melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangannya. Kita hendaklah menolong seseorang yang memerlukan bantuan. Contohnya Ratu Bongsu menolong William mendapatkan khidmat teropong terus, beringin bercakap dan burung pesuruh jaya. Kusina membantu William mendaki gunung Tahan dan bertemu dengan Ratu Bongsu. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang kuat. Contohnya Perempuan tua dan Ratu Bongsu tetap tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk tidak menyerahkan Gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun dijanjikan ganjaran yang lumayan. Kita hendaklah bersikap jujur. Contohnya Robert mahu menipu bahawa dialah yang menangkap harimau putih. Kita hendaklah menjaga maruah diri. Contohnya Tengku Aishah mengandung tiga bulan kerana pergaulan bebas dan bertindak di luar batasan dengan terikutikut budaya barat yang liar. Kita hendaklah berpegang kuat pada agama kita. Contohnya perempuan tua tetap beragama Islam walaupun tinggal bersama orang Sakai. 13. Watak protagonis biasanya memiliki nilai murni yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan nilai murni yang dimiliki oleh watak berkenaan. Watak protagonis dalam novel Putera Gunung Tahan ialah Ratu Bongsu. Ratu Bongsu memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Nilai murni ditonjolkan oleh Ratu Bongsu ialah baik hati. Ini dapat dilihat apabila beliau membantu William mendapatkan khidmat teropong, beringin bercakap, dan burung pesuruh jaya.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Cintakan tanah air. Dalam novel ini, Ratu Bongsu mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada terlepas ke tangan penjajah. Beliau menggagalkan segala usaha William untuk menawan Gunung Tahan. Ketegasan. Ratu Bongsu mempunyai ketegasan dalam mempertahankan Gunung Tahan walaupun akan dibayar dengan harga yang tinggi oleh William. Kepintaran. Dalam novel ini, kepintaran Ratu Bongsu dapat dilihat apabila mampu memerangkap William sehingga William mati akibat pengeboman kapal terbang negaranya sendiri. Bertanggungjawab. Ratu Bongsu bertanggungjawab kepada penduduk Bunyian. Apabila dua buah kapal terbang menyerang istana baginda, baginda mengarahkan penduduk di bawah jagaannya tidak menjelma atau bersembunyi supaya tidak membahayakan nyawa masing-masing. 14. Pengarang yang berpengalaman akan menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam menghidupkan karyanya. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam novel Putera Gunung Tahan secara keseluruhannya adalah mudah difahami. Terdapat perkataan klasik seperti “kotak pemukul gambar.” Juga terdapat penggunaan bahasa Arab seperti “Alhamdulillah.” Ada juga penggunaan kata-kata Inggeris seperti “Good morning old lady.” Pengarang juga menggunakan simpulan bahasa seperti “Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.” “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.” Ada penggunaan gaya bahasa simile.Contoh “seperti beruk patah kaki.” 15. Perjalanan cerita sesebuah novel banyak bergantung kepada kebolehan pengarang mewuudkan konflik pada watak-watak utamanya. Huraikan konflik sedemikian pada watak-watak utama dalam novel yang telah anda pelajari. Terdapat banyak konflik yang diwujudkan oleh penulis dalam novel Putera Gunung Tahan. Pada permulaan cerita Robert hilang dan William tertanya-tanya tentang nasib Robert dan memikirkan tentang nasib kawannya apabila ditangkap oleh kaum Sakai. Pembaca turut tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Robert. Sebenarnya dia diberi layanan yang baik malah diberi jawatan sebagai batin putih. Konflik turut dialami oleh William yang beriaia hendak mengetahui akan hal isterinya yang berada di London. Melalui teropong ajaib didapati isterinya bermadu kasih di atas ranjang dengan lelaki lain. Konflik turut dapat dirasai apabila istana Ratu Bongsu ingin dibom oleh dua buah kapal terbang Inggeris. Pembaca tertanya-tanya adakah niat jahat william akan berjaya atau sebaliknya. Pembaca tertanyatanya apakah Ratu Bongsu dapat menyelamatkan diri dan kaum Bunyian daripada komplot William itu. 16. Sesebuah novel sering memperlihatkan beberapa latar tempat yang berbeza. Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Dalam novel Putera Gunung Tahan cerita berkisar sekitar beberapa latar tempat yang berbeza. Kebanyakan kisah berlaku di dalam hutan dan puncak Gunung Tahan tempat tinggal Ratu Bongsu.Peristiwa pengeboman dua buah kapal terbang berlaku di situ. Kebanyakan kisah juga berlaku di perkampungan orang asli di mana Robert telah ditangkap dan ditahan oleh kaum Sakai. Kisah seperti Robert mengejar perempuan muda dengan berkaki ayam dan peristiwa memajat pokok untuk menangkap perempuan muda sakai turut berlaku di sini.Kisah juga berlaku di kota London apabila William meneropong untuk
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
mengetahui akan hal isterinya semasa ketiadaannya di rumah. Ketika itu didapati isterinya berasmara dengan lelaki lain. Cerita juga berlaku di kawasan perkampungan, di rumah Tn.Hj.Adam, gereja dan pusat hiburan kunjungan Tengku Aishah yang mengamalkan cara hidup bebas akibat pengaruh barat.
Soalan Percubaan 2005 1. Negeri Johor 1.1 Nyatakan dua latar tempat dalam novel yang anda kaji dan huraikan peristiwa yang berlaku di tempat itu. 1.2 Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan persoalan-persoalan yang menarik perhatian pembaca dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai. 2. Negeri Sembilan 2.1 Huraikan latar masa dalam satu novel yang anda kaji. 2.2 Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan watak utama dalam kedua-dua novel itu. 3. Negeri Melaka 3.1 Kejayaan dan keberkesanan sesebuah novel bukan disebabkan peranan watak utama semata-mata tetapi disokong dan dibantu oleh watak sampingan. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak sampingan perempuan yang terdapat dalam novel tersebut. 3.2 Latar masyarakat mempengaruhi kehidupan bermasyarakat. Merujuk kepada novel yang anda pilih, jelaskan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam keduadua buah novel tersebut. 4. Negeri Terengganu (Percubaan Pertama) 4.1 Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai daripada dua buah novel yang anda pelajari, nytakan empat persoalan yang mempunyai ciri-ciri persamaan. 4.2 Peranan watak-watak sampingan banyak membantu penceritaan sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peranan watak sampingan yang membantu perkembangan watak utama. 5. Negeri Terengganu (Percubaan Kedua)
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
5.1 Tema merupakan mesej utama pengarang untuk dipersembahkan kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema secara jelas. 5.2 Latar masa dalam sesebuah novel dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang masa berlakunya sesuatu peristiwa. Jelaskan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. 6. Penang Free School 6.1 Watak dan perwatakan merupakan perkara yang amat penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan mengapakah watak antagonis ditonjolkan oleh pengarang? 6.2 Huraikan empat latar tempat dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda kaji. 7. Negeri Kedah 7.1 Huraikan tiga persoalan kebijaksanaan dalam novel yang anda pelajari. 7.2 Latar masa dalam sesebuah novel dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang masa berlakunya sesuatu peristiwa. Jelaskan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. 8. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 8.1 Teknik imbas kembali dan teknik imbas muka sering digunakan oleh penulis dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berikan dua contoh peristiwa bagi menggambarkan setiap teknik plot tersebut. 8.2 Huraikan latar masa serta peristiwa menarik yang berlaku pada masa berkenaan seperti yang terdapat dalam novel yang anda kaji. 9. Negeri Perak 9.1 Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan bagaimanakah pengarang memulakan ceritanya dan apakah keistimewaan permulaan cerita itu? 9.2 Huraikan latar masa bagi novel yang telah anda kaji. 10. Negeri Kelantan 10.1 Berdarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua buah novel tersebut. 10.2 Teknik suspens sering digunakan oleh pengarang sebagai teknik penceritaan dalam sesebuah novel. Huraikan penggunaan teknik tersebut berdasarkan novel yang anda kaji.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Soalan Percubaan 2006
1. Negeri Johor 1.1 1.2
Dalam sesebuah novel terdapat watak sampingan yang bertindak membantu watak utama. Pilih satu watak sampingan berkenaan dan huraikan tindakantindakan watak sampingan yang tersebut untuk membuktikan kenyataan di atas. Bekerjasama ialah nilai murni yang sering ditemukan dalam sesebuah novel. Buat perbandingan tentang nilai tersebut berdasarkan peristiwa-peristiwa dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
2. Negeri Melaka (Percubaan) 2.1 2.2
Kerjasama merupakan salah satu nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Buktikan penyataan tersebut. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan tema novel-novel berkenaan.
3. Negeri Melaka (PRA SPM) 3.1 3.2
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menimbulkan suspens kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan daripada setiap novel.
4. Negeri Perak 4.1
4.2
Pengarang sering mengemukakan teguran tentang amalan yang tidak sihat dalam masyarakat melalui karyanya bagi menimbulkan kesedaran dan melahirkan masyarakat yang harmoni. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua teguran yang dikemukakan oleh pengarang. Teknik plot yang lazim digunakan oleh pengarang dalam sesebuah karya ialah teknik imbas kembali. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa imbas kembali bagi setiap novel.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
5. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 5.1
5.2
Terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novelnya. Antaranya ialah teknik suspens. Huraikan dua peristiwa yang menggunakan teknik suspens dalam satu novel yang telah anda pelajari. Apakah kesan unsur suspens tersebut kepada pembaca? Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu persoalan dalam setiap novel dengan memberikan contoh yang sesuai.
6. Penang Free School 6.1 6.2
Kehadiran watak sampingan adalah untuk memperkukuh pernyataan tema, persoalan dan nilai dalam sesebuah karya kreatif. Huraikan dua nilai kasih sayang yang dimiliki oleh watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda kaji. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persoalan-persoalan yang berbeza daripada kedua-dua novel tersebut.
7. Negeri Sembilan 7.1 7.2
Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah kaji. Peranan watak sampingan banyak membantu perkembangan plot sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan perwatakan watak sampingan dalam setiap novel itu.
8. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 8.1 8.2
Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda kaji. Latar masa merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.
9. Negeri Terengganu 9.1
9.2
Pelbagai kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang cuba didedahkan oleh pengarang. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang cuba didedahkan oleh pengarang daripada setiap novel tersebut. Plot memainkan peranan penting dalam sesebuah novel kerana plot yang baik dapat menarik perhatian pembaca untuk terus membaca dan menghayati hasil kesusasteraan. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan plot yang terdapat dalam novel tersebut.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
TEMA - Semangat cinta _________________dan perjuangan _____________________ tanah air daripada dijajah oleh Inggeris. Pahlawan-pahlawan Melayu seperti _______________________________berjuang bermatimatian menentang ___________kerana tidak mahu negeri Pahang dijajah oleh___________. Orang Melayu banyak yang tinggal di dalam hutan kerana benci kepada Inggeris dan Perempuan Tua sanggup tinggal dengan ________________di kaki Gunung Tahan. Beliau juga benci kepada bangsanya sendiri yang mementingkan diri. Ratu Bongsu sanggup hidup dengan ______________________di puncak Gunung Tahan dan memerintah negerinya dengan penuh patriotik. Ratu Bongsu
berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan
Gunung Tahan daripada penjajah walaupun ditawarkan oleh Tuan William dengan tawaran yang________________. Kejayaan Ratu Bongsu yang jelas diperlihatkan dalam novel ini ialah menggagalkan cubaan Inggeris menyerang Gunung Tahan dan memungkinkan ________________jatuh cinta kepadanya. PERSOALAN 1. Sifat tamak penjajah Inggeris di Tanah Melayu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Sikap Penjajah Inggeris yang sombong. ________________________________________________________________________
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________ 3. Pengaruh Inggeris dalam kehidupan masyarakat Melayu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Penentangan terhadap Inggeris. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Sikap orang Melayu yang belot dan mengkhianati tanah air sendiri. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 6. Adat istiadat dan cara hidup orang Sakai. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Keindahan dan keajaiban di puncak Gunung Tahan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
PLOT Binaan Plot 1. Permulaan cerita - pengenalan negeri _____________pahlawan-pahlawan yang gugur dalam peperangan menentang Inggeris dan watak-watak orang melayu yang telah tewas dalam peperangan tersebut di Gunung Tahan. 2. Perkembangan cerita - Tuan Willian dan ____________mendaki Gunung Tahan dan situasi Tuan Robert di perkampungan orang Sakai sehingga kematian Tuan Robert. 3. Perumitan / konflik cerita - Tuan William berkonflik dengan ___________dalam mempertahankan hak.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
4. Kemuncak cerita - Kedatangan dua buah ____________menyerang puncak Gunung Tahan dan kesan serangan itu terhadap istana dan penduduk negeri tersebut. 5. Peleraian cerita - percintaan _________________dengan Ratu Bongsu berakhir dengan perkahwinan.
LATAR 1. Latar Tempat ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Latar Masa ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Latar Masyarakat ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
NILAI ( Isikan tempat kosong dengan contoh yang sesuai) 1. Cinta akan tanah air. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Keberanian. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Kasih Sayang.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Kebijaksanaan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Belas Kasihan. ________________________________________________________________________ 6. Berpendirian Tegas. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
7. Taat Kepada Agama. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 8. Nasihat-menasihati. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ PENGAJARAN (Isikan tempat kosong dengan contoh yang sesuai) 1. Kita hendaklah insaf tugas sebagai warganegara untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada dijajah. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Kita hendaklah mempertahankan kesucian agama. ________________________________________________________________________
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________ 4. Kita hendaklah mematuhi adat istiadat masyarakat setempat. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua / orang yang lebih berpengalaman. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
6. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan sesama insan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 8. Kita janganlah tamak akan harta kekayaan hingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 9. Kita jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup orang barat yang negatif. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 10. Kita janganlah belot dan mengkhianati tanah air tercinta. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 11. Kita janganlah bersikap sombong hingga menyakiti hati orang lain. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 12. Kita janganlah melakukan perbuatan maksiat yang ditegah oleh agama.
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 13. Kita janganlah berlaku curang pada suami. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
14. Kita janganlah bertindak keterlaluan hingga mengakibatkan kemusnahan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 15. kita janganlah menggunakan jasa keturunan nenek moyang untuk mendapatkan sesuatu kepentingan bagi diri sendiri. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
GAYA BAHASA 1. Gaya Bahasa a. Gaya bahasa dialog. b. Gaya bahasa bercerita.
2. Keragaman Bahasa. a. Ayat yang digunakan oleh pengarang _____________________________ b. Diksi atau pemilihan kata oleh pengarang seperti berikut : i. Pemilihan kata-kata klasik - contohnya, ___________________________ ii. Pemilihan kata-kata asing - contohnya, _____________________________ iii. Pemilihan kata-kata yang ___________ - contohnya, ...sedang berenang dengan tenang dan senang... c. Peribahasa- contohnya, ____________________________________________________
FOLIO NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
d. Simile - contohnya;_______________________________________________________ e. Hiperbola - contohnya; ____________________________________________________ f. Personifikasi - contohnya;__________________________________________________
3. Fungsi Unsur Gaya Bahasa. i.
Dapat mengindahkan karya dan memungkinkan bunyinya sedap didengar.
ii. Dapat memberi gambaran yang jelas. iii. Dapat memberi kesan yang mendalam dan menarik minat pembaca. iv. Unsur gaya bahasa dapat memperkaya bahasa. v. Dapat menghidupkan cerita. vi. Dapat menunjukkan pengarang memperoleh identiti tertentu.