Penulisan Akademik.docx

  • Uploaded by: Hui Fong Goh
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,084
  • Pages: 10
1.0 PENGENALAN Bilik darjah mesra budaya dapat melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid dan guru. Mesra budaya ialah perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran (Noriati, 2014). 2.0 PENAMBAIKAN BILIK DARJAH DARI SEGI PERSEKITARAN FIZIKAL Berdasarkan tinjauan saya di bilik darjah Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA), saya telah menyediakan beberapa cadangan penambahbaikan bilik darjah prasekolah yang mesra budaya. Yang pertama sekali, ialah susunan perabot dan peralatan. Susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak meyempitkan ruang. Pada tinjauan saya terhadap bilik darjah Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA), saya telah meninjau ada sebuah rak buku diletakkan pada tengah bilik darjah (Sila merujuk lampiran 1). Saya berasa lokasi rak buku ini tidak berapa sesuai kerana hal ini akan meyempitkan ruang bilik darjah. Tambahan pula, budak berminat untuk berlari, kalau rak buku itu berada di tengah bilik darjah, hal ini akan menyebabkan kecederaan kanak-kanak. Untuk menambahbaikan situasi ini, guru hendaklah menggerakkan rak buku itu ke tempat bilik darjah. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.Salah satu cara bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif ialah melalui susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran di dalam bilik darjah perlu menarik dan meyokong aktiviti pembelajaran di dalamnya. Ruang pembelajaran di dalam bilik darjah dirangka supaya ada ruang persendirian , ruang untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan ruang untuk alat bantu belajar yang kondusif kepada murid-murid. Seterusnya, dalam tinjauan saya, bilik darjah Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman tidak menyediakan sudut multimedia. Terdapat alat bantu mengajar yang tidak menyesuaikan tahap murid di prasekolah ini terletak di tengah bilik darjah, iaitu model tubuh badan (Sila rujuk lampiran 2). Untuk menambaikan bilik darjah prasekolah yang mesra budaya, guru mestilah menyediakan sudut multimedia. Pada sudut multimedia, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada dibahagian tepi dinding bilik darjah prasekolah berdekatan dengan meja guru. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk 1

memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini serta pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.Tambahan pula, Peti pertolongan cemas juga sangat penting dalam sesebuah kelas prasekolah. Saya tidak nampak peti pertolongan cemas dalam bilik darjah. Untuk menambahbaikan situasi ini, peti pertolongan cemas ini perlu disediakan dan diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan (Burden, 1994). 3.0 PENAMBAHBAIKAN BILIK DARJAH DARI SEGI PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI Pengurusan

Sosio-Emosi

yang

berkesan

akan

menjadi

perangsang

dan

membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran dan lain-lain. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Apabila saya meninjau pengajaran guru terhadap murid-murid, saya telah mendapati bahawa guru hanya berkomunikasi dengan murid yang berada pada depan sahaja. Murid yang berada pada belakang tidak memberi perhatian kepada guru. Terdapat beberapa murid yang berada pada belakang sedang bersembang dan bergaduh. (sila rujuk lampiran 3) Untuk menambahbaikan situasi ini, guru mestilah bersifat adil dan mengambil berat terhadap semua murid di dalam bilik darjah ini. Guru boleh berdiri dan berjalan-jalan apabila menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama. Perlembagaan Persekutuan perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia. Malaysia merupakan negara yang majmuk dan terdapat pelbagai kaum di Malaysia, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan Kaum India. Noriati (2014) menyatakan bahawa guru memikul tanggungjawab besar dalam memastikan murid-murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan seharian mereka dalam suasana harmoni dan mengamalkan nilai-nilai murni rakyat Malaysia. Pemupukan terhadap nilai-nilai perpaduan antara etnik perlu menjadi antara fokus dan matlamat pengajaran di dalam bilik darjah. Apabila saya meninjau bilik darjah Prasekolah IPDA, saya mendapati bahawa murid di Prasekolah ini

2

hanya terdapat kaum Melayu sahaja. murid tidak dapat berinteraksi dengan kaum lain. Oleh itu, cadangan yang saya kemukakan untuk menambahbaikan sitausi ini ialah guru boleh menamparkan maklumat tentang budaya lain pada papan kenyataan. Contohnya, gambar tentang Tahun Baru Cina atau Hari Deepavali, asal usul perkataan Cina dan India. Hal ini disebabkan saya mendapati bahawa terdapat semua maklumat dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab pada papan kenyataan . (Sila rujuk lampiran 4). Di samping itu, untuk menambahbaikan situasi hubungan antara etnik, disebabkan prasekolah IPDA tidak mendapati murid yang kaum Cina dan kaum India. Oleh itu, pihak sekolah boleh meminta Cikgu berbangsa Cina untuk menjalankan aktiviti pdp terhadap murid di prasekolah IPDA. Seterusnya, pakaian murid di sekolah boleh bertukar kepada pakaian tradisional kaum lain (Gay, 2000). Contohnya, murid Orang Melayu boleh memakai cheongsam dan baju sari pada setiap hari Rabu. Hal ini murid dapat memahami tentang budaya tradisional kaum lain dan menghormati budaya tradisional kaum lain (Sila rujuk lampiran 5). 4.0 KESIMPULAN Bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan bilik darjah prasekolah IPDA yang mesra budaya, peranan guru amatlah penting untuk menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid. Selain itu, susun atur perabot dan peralatan amat penting untuk memastikan tidak menyempitkan ruang. Di samping itu, perkembangan sosiobudaya dan pemahaman terhadap kepentingan hubungan etnik amat penting untuk mencapai matlamat ini. 983 Patah Perkataan

3

5.0 RUJUKAN Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994), Methods for Effective Teaching, Boston: Allyn Bacon, Inc. Gay, G. (2000), Culturally Responsive Teaching: Theory, Research, & Practice, New York: Teachers College Press. Noriati A. R. & Boon Pong Ying (2014), Budaya dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini, Selangor: Oxford Fajar Ralp Linton (1945), The Four Skills of Cultural Diversity Competence, Belmont: An International Thomson Publishing Co. Woolfolk (1990), Educational Psychology (8th Ed.), Boston: Allyn and Bacon, Inc.

4

6.0 LAMPIRAN Lampiran 1

5

Lampiran 2

Lampiran 3

6

Lampiran 4

7

Lampiran 5

8

Rujukan

9

Lampiran

10

Related Documents

Penulisan
April 2020 41
Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Penulisan Akademik.docx
October 2019 50
Latihan Penulisan
April 2020 17
Penulisan Refleksi.docx
December 2019 25

More Documents from "Lossini"

Muka+depan+edup3073.docx
December 2019 24
Esei.docx
December 2019 16
Penulisan Akademik.docx
December 2019 6
Kertas Kerja Latest.docx
December 2019 4
Senarai Rujukan.docx
December 2019 9