Kali ini sekadar berkongsi tentang reka bentuk kajian yang agak jarang dipilih oleh para pengkaji iaitu tentang reka bentuk kajian Eksperimental. Sebenarnya ada beberapa situasi dan keadaan yang memerlukan kajian eksperimental dijalankan dan bukanlah kajian tinjauan. Namun, ia bukanlah suatu kajian yang mudah dilakukan walaupun jumlah sampelnya lebih sedikit berbanding dengan kajian tinjauan. Kajian eksperimental ini merupakan kaedah terkawal yang memerlukan penelitian dan juga kecekapan pengkaji itu
sendiri dalam mengendalikan
kajian
yang agak complicated.
Apa
yang
membezakannya, kita perlu mengawal pemboleh ubah kajian. Namun, dalam bidang Sains Sosial, kebanyakan ahli penyelidik kerap menggunakan kajian kuasi-eksperimental berbanding dengan kajian eksperimental benar (true experimental). Saya pun sebenarnya tidak pernah melakukan kajian eksperimental benar. Mungkin masih belum mahir dan berkepakaran dalam melaksanakan kajian sebegini. Namun, kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat mengenai kajian kuasi-eksperimental yang mana sering digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Bagi saya kajian kuasi-eksperimental ini lebih mudah diuruskan dan dilaksanakan berbanding kajian eksperimental benar kerana kumpulankumpulan responden kajian tidak semestinya sama jumlahnya. Dalam kajian ini juga, reka bentuk pre & post design yang paling kerap dan biasa dengan saya. Dua reka bentuk lain iaitu regresi tidak bersambungan dan reka bentuk siri masa, sememangnya saya tidak mempunyai kepakaran tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui pembacaan saya terhadap buku-buku metode sahaja. Dalam reka bentuk ujian pre dan post ini, terdapat dua kumpulan kajian yang dinamakan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ciri-ciri yang dipilih oleh kedua-dua kumpulan ini seharusnya hampir sama. Jangan bimbang kerana bagi kajian kuasi-eksperimental ini tidak memerlukan pensampelan secara rawak. Oleh itu, jangan terikat dengan ujian parametrik kerana reka bentuk kajian ini ada ujian yang tersendiri yang boleh kita gunakan seperti ujian ANCOVA.