1.0 Pendahuluan
Globalisasi berasal daripada kata dasar ‘global’ yang daripada sudut Bahasa bermaksud dunia, luas, menyeluruh atau sejagat. Dengan kata lain ia bermaksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat (Kamus Dewan 2000). Globalisasi ini juga telah mencetuskan pelbagai cabaran baharu kepada dunia kerana ia telah memberi kesan postif dan negatif terhadap dunia. Namun begitu, perkara seperti ini bukanlah suatu masalah kepada agama Islam menurut Amran (2013) yang berkata bahawa “cabaran ini bukanlah suatu proses baru kerana agama Islam itu sendiri adalah agama yang fleksibel dan universal untuk sepanjang zaman”. Islam sama sekali tidak menolak pembaharuan secara keseluruhan,sebaliknya seorang yang beragama islam perlulah mempunyai daya pemikiran yang tinggi serta memiliki ilmu agar dapat menghadapi dan mengadaptasi cabaran yang bakal menimpa. Oleh itu, dalam tugasan ini akan menerangkan apakah kesan positif dan negatif globalisasi terhadap Malaysia dan peranan guru muslim dalam menangani cabaran globalisasi. 2.0 Kesan Positif dan negatif globalisasi terhadap Malaysia. Antara perkara positif yang kita boleh ambil daripada kesan globalisasi adalah kita dapat mempelajari nilai positifi daripada negara lain seperti cara hidup atau budaya mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, menurut artikel yang dikarang oleh Paula Gerhold (2013) yang berhudul “The top 10 words to describe Japanese people (according to foreigners)”, Jepun merupakan negara yang terkenal dengan budaya saling hormat-menghormati. Mereka sangat menghormati orang yang lebih tua kerana bagi mereka makin umur meningkat, makin pandailah seseorang itu dan lagi dihormati untuk itu. Mereka menunjukkan tanda hormat itu dengan menundukkan kepala dan menggunakan bahasa formal semasa berinteraksi dengan orang tua yang bukan daripada keluarga mereka. Hal ini kita perlu contohi dan terapkan nilai ini dalam diri rakyat Malaysia walaupun perkara ini sudah kian lama diajarkan dalam ajaran agama Islam tetapi apa salahnya kalau kite perteguhkan lagi dalam aspek-aspek seperti ini agar dapat mencapai keamanan sejagat di bumi Malaysia yang berbilang kaum dan melahirkan generasi yang memengtingakan kehormatan terhadap orang yang lebih tua.
Namun begitu, terdapat juga caraban yang timbul melalui aspek budaya yang berlaku di Malaysia akibat kesan daripada globalisasi ini. Antaranya adalah timbulnya pelbagai isu-isu perlakuan negatif pelajar Malaysia yang terpengaruh dengan budaya remaja barat yang banyak dipaparkan di media-media pada masa kini. Sebagai contoh, menurut Berita Harian Online pada 6 Julai 2018 dalam artikel yang berjudul “Pesta liar di 2 kondominium digermpur”, terdapat suatu pesta liar dianjurkan di sebuah kondominium di Jalan Ampang yang menawarkan bayaran serendah RM 100 hingga RM 200 bagi individu yang ingin keserononok dari segi dadah, arak dan seks bebas melebihi 12 jam tanpa henti yang dipromosikan melalui aplikasi WeChat. Parti seperti ini biasanya dibuat di negara barat seperti Amerika Syarikat yang telah menjadi suatu budaya bagi remaja di sana sebagai satu fasa bagi seorang remaja patut lalui sebelum menjejaki ke alam dewasa atau berkeluarga. Hal ini juga telah menular dan bukan sahaja Malaysia malah negara lain seperti di Indonesia, Singapura dan lain-lain juga. Hal ini juga membawa kepada banyak keburukan seperti AIDS dan HIV, masalah ketagihan dadah dan kemalangan lalu lintas akibat mabuk yang dapat mengancam akidah atau akhlak orang islam di Malaysia dan rakyat “non-muslim” juga. Selain itu, tedapat aspek lain yang dikatakan sebagi cabaran globalisasi iaitu ledakan maklumat yang tiada batasan. Melalui globalisasi, ayat dunia tanpa sempadan ini tidak asing lagi untuk zaman kini kerana semuanya telah dimudahkan dengan akses internet dan teknologi di seluruh dunia yang berada di hujung jari sahaja serta mempunyai kesan positif dan negatif sendiri. Oleh itu, umat islam perlu memanfaatkan peluang ini untuk menguasai ilmu pengetahuan yang tersebar luas di dunia ini dengan cara memahiri cara untuk mendapatkan informasi yang benar dan tepat dari sumber internet disamping dapat menyebarkan maklumat yang benar melalui dakwah atau sebagainya menerusi media seperti pendakwah-pendakwah yang membuat video dalam laman sosial dan media seperti rancangan ”Tanyalah Ustaz” dan lain-lain lagi. Hal ini kerana terdapat pelbagai informasi yang salah dan diskriminasi tentang suatu kebenaran yang membawa kepada pelbagai keburukan seperti penipuan, provokasi, jenayah siber dan penyesatan fahaman. Menurut Dr. Ahmad Sanusi Azmi (2018) dalam artikelnya yang berjudu ”Memburukkan imej Islam”, beliau mengatakan bahawa terdapat ancaman daripada sebahagian media yang dilihat secara konsisten memberikan imej yang negatif terhadap Islam. Menurut beliau lagi, terdapat agenda menghina agama Islam dalam sesetengah drama yang turut membina watak dan plot aneh yang memberikan persepsi buruk terhadap Islam. Perkara ini telah menunjukkan, bahawa terdapat banyak penyelewengan
dalam informasi yang dicatatkan dalam internet bahkan orang kafir sendiri yang memegang media di seluruh dunia. Oleh itu, semua pihak perlu ambil cakna tentang kebenaran suatu informasi dan cara untuk mendapatkan sumber yang sohih.. Akhir sekali, globalisasi ini dapat meningkkatkan ekonomi Malaysia dengan kemajuan teknologi yang membantu pelbagai industri di tanah air ini. Menurut Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman (2018) selaku Timbalan Naib Canselor di UKM, beliau berkata pembangunan ekonomi digital berupaya bertindak sebagai faktor penarik kepada pelabur, pembinaan modal insan dan penyelidikan dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur yang khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi peralihan kepada industri berteraskan teknologi. Selain itu juga, terdapat kemudahan yang berteraskan teknologi membantu dalam sektor ekonomi negara seperti E-dagang dan E-pebankan di mana pemindahan wang ini dapat dilakukan dengan mudah. Hal ini kerana dengan kemajuan teknologi dan telekomunikasi , urus niaga atau perdangan dengan negara lain akan lebih mudah. Para peniaga berpeluang untuk meluaskan perniagaannya di taraf antarabangsa menerusi laman sesawang seperti Ebay, Lazada dan Shopee. Perkara ini dapat menggiatkan lagi aktiviti import dan eksport barangan antara negara di seluruh dunia. Secara tidak lansung, perkara ini dapat menarik pelabur dari serata dunia untuk melabur di Malaysia dan dapat mempertingkatkan lagi ekonomi negara serta pelbagai aspek lain seperti teknologi, kemahiran dan lain-lain. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif yang wujud dalam perdagangan antarabangsa sebagai contoh produk tempatan terbantut kerana kemasukan produk dari negara-negara luar. Hal ini kerana, ramai pengguna lebih suka untuk menggunakan produk di luar negara akan kualiti dan kesannya berbanding produk tempatan. Meskipun itu, kandungan produk luar negara masih lagi menimbulkan rasa ”syubhah” kerana selalu berlaku kontroversi terhadap bahan-bahannya. Namun, produk luar negara ini selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia sedangkan produk yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam kurang diberikan perhatian serta diabaikan. Menurut Azlah et al. (2003) kesan daripada globalisasi ini peniagapeniaga tempatan terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga dari luar negara yang juga merupakan syarikat-syarikat multinasional (MNC) demi mengekalkan perniagaan sedia ada.
3.0 Peranan guru muslim dalam menangani cabaran globalisasi Antara peranan guru muslim dalam menangani cabaran yang tibul akibat kesan globalisasi adalah guru perlu menyampaikan suatu perkara dengan cara yang berhemah bagi memudahkan pelaksanaan atasi cabaran tersebut. Firman Allah S.W.T: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (Surah An-Nahl:125) Sebagai contoh, guru perlu menggunakan bahasa dan cara percakapan yang sesuai dan mesra kepada pelajar dalam peneguran atau pengajaran mengenai budaya negatif yang mungkin terdapat segelintir pelajar amalkan. Meskipun perkara ini perlu diberi penegasan, namun sentuhan yang lembut juga perlu dilakukan dahulu bagi mengambil hati pelajar tersebut untuk tertarik ke arah kebaikan. Guru perlu memberi penerangan tentang budaya Islam secara terperinci dan membudayakannya di dalam bilik darjah mahupun luar agai bi’ah solehah dapat diwujudkan dan melahirkan pelajar yang mementingkan kehidupan yang sihat dan berlandaskan agama. Hal ini dapat dijayakan dengan guru menjadi role-model yang mempunyai personaliti seorang muslim yang sejati. Menurut Ibn Manzur (1996) dalam Lisan al-Arab mendefinisikan personaliti atau akhlak sebagai tingkah laku seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakan suatu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Hal ini dapat menarik pelajar berasa yakin dan dapat mengikuti gurunya yang mempunyai perwatakan yang menarik, baik dan dipercayai kerana pegangannya yang benar iaitu Islam. Seterusnya, guru perlu mahir dalam penggunaan TMK dalam pengajaran. Kaedah pengajaran perlulah berkembang seiring dengan perkembangan semasa (Teknologi) agar dapat melincinkan lagi proses PdPc dan dapat menarik minat para pelajar untuk belajar dan memahami pembelajaran pada hari tersebut. Di samping itu juga, guru perlu memberi pendedahan tentang ancaman, keburukan, kebaikan dan kesan yang terkandung dalam dunia internet agar para pelajar dapat menggunakan internet dengan selamat dan betul. Selain itu juga, guru boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah melalui video berunsur agama di hadapan
kelas agar murid terus bermotivasi dan sentiasa dalam jalan yang berteraskan kebaikan dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang makruf (baik),serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang Berjaya”. (Surah Ali Imran :104) Hal ini dapat melahirkan generasi yang celik akal dalam penggunaan teknologi dan meluaskan lagi skop bidang penyebaran agama Allah iaitu agama Islam di medan sesawang dengan lebih luas agar dapat memberi imej yang baik tentang Islam kepada seluruh dunia di samping mengajak manusia ke arah kebaikan. Akhir sekali, guru juga perlu menggalakkan pelajar untuk lebih menggunakan barangan atau produk tempatan berbanding menggunakan produk dari luar negara. Hal ini dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dan rakyat Malaysia serta dapat membangunkan perniagaan saudara Islam di bumi Islam ini sendri. Tambahan pula, barangan tempatan lebih diyakini halal dalam kandungan bahan yang digunakan berbanding dengan kandungan luar negara yang dihasilkan oleh orang bukan Islam yang tidak tahu akan halal dan haram. Oleh itu, guru perlu memberi pendedahan tentang barang-barangan yang menggunakan bahan haram dan cara untuk melihat kandungan dan info suatu barangan yang disahkan oleh JAKIM. Meskipun begitu, terdapat juga segelintir para peniaga tempatan yang menggunakan cara yang kotor dan bercanggah dalam sistem jual beli Islam. Oleh itu, guru perlu memberi pendedahan tentang cara untuk mengenalpasti pengesahan penjualan berlandaskan Islam dan cara untuk menegur si peniaga itu dengan berhemah supaya dapat menerapkan generasi Islam yang bersemangat dalam pembentukan ummah yang sihat, selamat, berdisiplin dan cemerlang. Cara teguram perlu dilakukan berlandaskan al-Quran dan sunnah kerana ; Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W” (Muwatta’ Malik No:1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)
4.0 Kesimpulan. Kesimpulannya, globalisasi adalah satu fenomena yang berlaku dalam kehidupan hari ini. Tidak ada mana-mana masyarakat yang bertamadun di seluruh dunia dapat mengelakkan diri daripada mengalami dan merasai fenomena globalisasi ini. Jadi apa yang penting adalah masyarakat perlu memanfaatkan apa yang dibawa oleh globalisasi dan kemudiannya mengadaptasikan kesannya dalam cara (aqidah) kita sendiri. Jadi setiap individu muslim juga perlu menjadikan proses globalisasi ini medium mengembangkan agama Islam supaya agama Islam itu lebih dikenali dan tidak disalah tafsir oleh masyarakat lain.
Rujukan
Paula Gerhold. (2013). The top 10 words to describe Japanese people (according to foreigners). Diakses pada 22 March 2019 di https://japantoday.com/category/features/lifestyle/the-top-10-words-to-describejapanese-people-according-to-foreigners
Nurul Hidayah Bahaudin. (2018). Pesta Liar di 2 Kondominium Digempur. BH Online. Diakses pada 22 March 2019 di https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447123/pesta-liar-di-2-kondominiumdigempur
Ainul Illia. (2018). Memburukkan Imej Islam. Ismaweb. ISMA. Diakses pada 22 March 2019 di https://www.ismaweb.net/2018/12/25/memburukkan-imej-islam/
Nabil Basaruddin. (2018). Ekonomi Digital Dapat Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara. BH Online. Diakses pada 22 March 2019 di https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2018/11/499511/ekonomi-digital-dapatmerancakkan-pertumbuhan-ekonomi-negara
Solahuddin Abdul Hamid. (2018). PEMBENTUKAN PERSONALITI GURU AGAMA SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED). Universiti Utara Malaysia. Kedah.