TAJUK: PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI BIDANG FIZIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 1.0 Pendahuluan
Dunia hari ini telah banyak berubah seiring dengan kemajuan dalam bidang sains fizik. Pengenalan kepada pelbagai teknologi baru yang lebih canggih dan moden ini menjamin peningkatan kualiti hidup manusia. Ia membantu manusia dalam menjalankan kehidupan seharian yang lebih sempurna. Antara teknologi yang akan dibincangkan ialah teknologi nano, enjin hybrid, teknologi pertanian dan perubatan serta teknologi kitar semula.
2.0 Perkembangan Teknologi Fizik dalam Kehidupan Seharian
2.1 Teknologi Nano dalam Pembuatan Bahan “Nano” berasal daripada perkataan Latin yang bererti sesuatu yang sangat kecil (dwarft) (Firda Yanuar, 2014). Manakala istilah “nanoteknologi” pula ditakrifkan sebagai suatu pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul (Norio Taniguchi, 1974). Nanoteknologi ini merupakan sebuah cabang ilmu yang berfokus pada bahan-bahan pada ukuran antara 1 hingga 100 nanometer (1nm=10^-9)
(Teknologi
Nano
di
Bidang
Pangan,
2013).
Hakikatnya,
nanoteknnologi ialah membawa perkembangan pelbagai bidang sains yang sedia ada kepada skala nano. Skala yang terkecil ini akan meningkatkan nisbah luas permukaan dengan volum yang mana ia akan memungkinkan penciptaan bahanbahan baru yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru.
Dalam kehidupan seharian, kita dikelilingi oleh pelbagai produk nanoteknologi dan antara penciptaan terbaru adalah dalam bidang perubatan. Pengenalan virus yang bertindak sebagai nano kamera telah banyak membantu para ahli perubatan untuk mengesan dan mendapat gambaran mengenai rangkaian proses hidup sel virus tersebut serta cara ia berkerja. Pengesanan yang pantas ini membolehkan para sainstis untuk merangka cara bagi mengatasi penyebaran dan serangan virus tersebut terhadap sistem tubuh manusia dan juga haiwan. Nanoteknologi juga telah banyak membawa pembaharuan dalam bidang tekstil ataupun pakaian. Antaranya ialah pengenalan pakaian kalis air. Kain yang digunakan untuk menciptanya adalah dilengkapi dengan elemen teknologi nano pada gentian
1
fibernya. Ini mengakibatkan molekul-molekul air tidak dapat menembusi fabrik berkenaan kerana adanya lapisan udara mikroskopik yang menghalangnya daripada membasahi fabrik itu. Fabrik ini juga telah dilapisi oleh berbilion-bilion partikel silika (Baju Kalis Air, 2017). Sebelum menggelongsor jatuh ke bawah, molekul-molekul air ini akan membentuk sfera. (Rujuk rajah 1 dan 2)
RAJAH 2
RAJAH 1
2.2 Teknologi Enjin Hibrid Sejarah industri automotif dunia telah mencatatkan penciptaan kenderaan bermotor. Namun malangnya, penggunaan kenderaan bermotor ini telah menyebabkan pembebasan gas beracun iaitu gas karbon monoksida berlaku
secara
berleluasa.
Justeru,
pengenalan
enjin
hybrid
telah
menyelesaikan sedikit sebanyak permasalahan yang timbul. Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Prof. Ir. Dr Azhar Abdul Aziz, kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga untuk memacu kenderaan bergerak di atas jalan raya dengan lebih menjimatkan, berbanding kaedah biasa yang digunakan sekarang (Utusan, 2009, Mei 07). Struktur enjin hybrid dibina untuk menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api yang mana bahan api disalurkan ke enjin dan dalam masa yang sama bateri membekalkan kuasa elektrik kepada motor elektriknya. Antara komponen yang terdapat di dalam kereta berenjin hybrid ialah enjin pembakaran dalam, motor Generator 1 (MG1), motor Generator 2 (MG2), planetary gear set,iInverter, HV battery, HV ECU (Komponen Utama Kenderaan Hibrid, 2013). (RAJAH 3)
2
RAJAH 3 Kereta hybrid berfungsi melalui pengeluaran tenaga iaitu voltan yang disimpan dalam bateri dan kemudian tenaga ini akan disalurkan kepada penjana kuasa yang juga bertindak sebagai motor elektrik. Pergerakan motor ini, akan membolehkan roda berputar dan memacu kenderaan di atas jalan raya. Apabila tenaga susut daripada bateri, enjin akan dihidupkan kembali bagi membolehkan proses mengecas bateri diteruskan. Kereta hybrd ini mampu untuk bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum dicaj semula. Pengenalannya telah berhasil untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon monoksida yang mana ianya 80 % lebih rendah berbanding kenderaan konvensional. Hal ini membuktikan bahawa kereta berenjin Hybrid ini tidak mencemarkan alam. Antara kereta hybrid yang sudah berada dalam pasaran adalah seperti model Toyota Prius (RAJAH 3), Honda Civic hybrid dan Ford Fusion Hybrid.
RAJAH 3
3
2.3 Teknologi Fizik dalam Perubatan Apabila berbincang tentang teknologi Fizik dalam bidang perubatan, kita akan mudah teringat akan teknologi ultrasonik (gelombang bunyi) ataupun kini telah dinaiktaraf dengan gelaran ultrasonografi kerana ia mampu memaparkan imej pada skrin. Teknologi ini digunakan untuk menyiasat keadaan organ pesakit dan keadaan bayi dalam kandungan ibu. Ultrasonik merupakan suara atau getaran dengan frekuensi yang terlalu tinggi untuk didengar oleh manusia iaitu kira-kira 20 kHz ke atas. Justeru, gelombang ini hanya dapat dikesan dengan menggunakan beberapa peralatan khas seperti transduser yang menyalurkan pantulan gelombang yang telah ditangkap, monitor untuk memunculkan gambar dan mesin USG untuk mengubah pantulan gelombang suara menjadi gambar di monitor (RAJAH 4). Gelombang ultrasonik mampu untuk merambat dalam medium yang padat, cair dan gas.
RAJAH 4
2.4 Teknologi Fizik dalam Bidang Pertanian Teknologi fizik juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pertanian. Antaranya ialah “Genetically Modified Crops”. Tumbuhan-tumbuhan ini diubah struktur dalamannya dengan menyuntik genetik daripada serangga, haiwan dan bakteria. Tumbuhan yang terhasil adalah sangat berbeza dengan makanan yang asli. Teknologi ini sangat penting untuk menambah ketahanan tumbuhan terhadap serangan serangga atau perubahan iklim. Buah pertama yang berjaya dihasilkan melalui teknologi ini ialah tomato. Tomato ini mampu bertahan selama 45 hari tanpa sebarang kerosakan (Rajah 5). Ketahanan ini adalah tiga kali ganda lebih lama berbanding buah biasa yang hanya mampu untuk bertahan selama 15 hari
4
(Kate, 2010). Teknologi ini amat berguna kepada penduduk sewaktu Perang Dunia ke-3 bagi memenuhi peningkatan keperluan makanan (Perry, 2003).
Kini,
kawasan tumbuhan yang ditanam dengan kaedah “GM Crops” di seluruh dunia meliputi 52.6 juta hektar terutamanya di USA, Argentina, Canada, China dan Australia.
RAJAH 5
2.5 Teknologi Fizik dalam Kitar Semula Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 627), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran baru (Latifah, 2018). Teknologi ini mampu untuk meminimalkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah baru, penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), pencemaran air (tapak pelupusan) dan pengeluaran gas rumah hijau. Antara bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, logam, bahan elektronik dan juga fabrik. Bahan fabrik ini sangat wajar untuk dikitar semula kerana ia diperbuat daripada serat tiruan campuran petrokimia seperti nilon, polyester, akrilik dan spandex yang apabila dibakar akan mengeluarkan gas metana iaitu gas rumah hijau yang berbahaya (Harian Metro, 2017). Proses pengitaran semula bahan fabrik buangan ini akan menghasilkan aksesori fabrik lain. Dalam masa yang sama, teknologi fizik juga digunakan untuk mengitar semula bahan tertentu yang mahal seperti plumbum daripada kereta dan emas daripada komponen komputer.
5
3.0 Penutup Konklusinya, perkembangan bidang fizik telah banyak mempengaruhi kemajuan dalam bidang-bidang lain. Hal ini berlaku seiring dengan permintaan, keperluan dan kehendak manusia dalam menjalani kehidupan yang semakin moden dan canggih ini. Dari bidang pembuatan sehinggalah kepada bidang perubatan semua teknologi yang ada adalah mustahil tanpa perkembangan dalam bidang ilmu fizik. Fizik bukan sahaja muncul dengan alat-alat atau gajet-gajet canggih semata-mata tetapi ia juga membawa kita kearah teknologi yang lebih mesra alam.
(1010 patah perkataan)
6
RUJUKAN Latifah Abdul Manaf. (2018). Kitar Semula. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka Firda Yanuar. (2014). Pemanfaatan Nanoteknologi Dalam Pengembangan Pupuk Dan Pestisida Organik. Jurnal Sains dan Teknologi. Joen N. Perry. (2003). Genetically Modified Crops. Journal of Science. S & CB (2003), 15,141–163 0954–4194 Kate Davelin. (2010). Article on Scientists create GM tomatoes 'which stay fresh for a month longer than usual'. Fazurawati Che Lah. (2018. Ogos 18). Kitar Semula Fabrik. Metro. Diambil dari https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/01/308132/kitar-semula-sisa-fabrik. Diakses pada 23 Ogos 2018 Laupa Junus. (2009, Mei 07). UTM Majukan Teknologi Hibrid. Utusan Malaysia.
Apa itu Teknologi Hybrid. Diambil dari http://www.serv.my/APA-ITU-TEKNOLOGIKERETA-HYBRID.html. Diakses pada 21 Ogos 2018 Baju Kalis Air dilengkapi Teknologi Nano. Diambil dari http://mb.erabaru.com.my/2017/02/06/baju-kalis-air-yang-dilengkapiteknologi-nano-ini-boleh-membuatkan-anda-tampil-lebih-yakin/. Diakses pada 21 Ogos 2018 Henry Purnobasuki. (2004). Teknologi nano untuk kenali virus. Diambil dari http://www.nano.lipi.go.id/utama.cgi?cetakartikel&1104874677. Diakses pada 20 Ogos 2018
7
Komponen Utama Kenderaan Hibrid. Diambil dari http://notaautomotif.com/2013/11/komponen-utama-kenderaan-hibrid.html. Diakses pada 21 Ogos 2018 Norio Taniguchi dalam https://app.schoology.com/course/1639310657/materials/gp/1642002993. Diakses pada 20 Ogos 2018 Teknologi Nano di Bidang Pangan. Diambil dari file:///C:/Users/Windows%2010/Downloads/Teknologi-Nano-Nanotechnologydi-bidang-PANGAN-PH-Okt-2013-Compatibility-Mode.pdf. Diakses pada 21 Ogos 2018
8
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan
1
2.0 Teknologi Fizik Dalam Kehidupan Harian 2.1 Teknologi Nano Dalam Pembuatan Bahan
1-2
2.2 Teknologi Enjin Hibrid
2-3
2.3 Teknologi dalam Perubatan
4
2.4 Teknologi dalam Pertanian
4-5
2.5 Teknologi Kitar Semula
5
3.0 Penutup
6
4.0 Rujukan
7-8
9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING,SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
FIZIK AM SCES3193
TAJUK TUGASAN: PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI BIDANG FIZIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
NAMA NUR SAKINAH BINTI WAHAB
NO KAD PENGENALAN 990511-06-5822
KUMPULAN / PROGRAM
: PISMP SEJARAH (SK) JUN 2017
SEMESTER
: SATU
TAHUN
: SATU
NAMA PENSYARAH
: DR TAN MING TAN
TARIKH HANTAR
: 30 OGOS 2018
10
NO MATRIK 201706083