Pengurusan Bilik Darjah

  • Uploaded by: nadia burn
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Bilik Darjah as PDF for free.

More details

  • Words: 263
  • Pages: 2
1

ISL 6 Huraikan perkara-perkara yang boleh diamalkan dalam pengurusan bilik darjah dari aspek : 1. Amalan kebersihan 2. Keceriaan dan kekemasan 3. Susunatur peralatan

Berdasarkan gambarajah di atas, kita dapat melihat bahawa amalan kebersihan kelas tersebut adalah sangat baik. Hal ini kerana, kawasan persekitaran kelas seperti lantai dan dinding adalah dalam keadaan bersih dan kemas. Ini menunjukkan murid-murid di dalam kelas berkenaan mengamalkan amalan kebersihan yang sihat dan baik. Menyapu sampah setiap hari, membuang sampah ke dalam tong sampah, membersihkan papan hitam dan memastikan tong sampah tidak penuh merupakan antara perkara-perkara yang dititikberatkan dalam amalan kebersihan. Seterusnya, keceriaan dan kekemasan juga merupakan aspek yang penting dalam bilik darjah. Merujuk gambarajah bilik darjah di atas, keceriaan yang ditunjukkan agak memuaskan. Hal ini kerana, papan kenyataan yang terdapat di belakang kelas adalah menarik namun tidak menceriakan. Amalan keceriaan dan kekemasan yang boleh dibuat adalah seperti memenuhkan papan kenyataan dengan lebih banyak maklumat dan

2

artikel yang perlbagai warna, gambar atau carta, menghias dinding kelas dengan meletakkan carta organisasi atau gambar ahli kelas, menggunakan langsir tingkap yang menarik, meletakkan alas meja di atas meja guru dan sebagainya. Berikutnya adalah mengenai susunatur peralatan. Berdasarkan gambarajah tersebut, susunatur peralatan seperti meja, kerusi dan meja guru adalah dalam keadaan yang baik dan tersusun. Susunatur bilik darjah yang baik ialah apabila susunan segala perabot di dalam bilik darjah adalah dalam keadaan yang tersusun, tidak menganggu laluan guru dan murid, tidak membahayakan murid dan sentiasa memastikan ia kemas dan boleh digunakan. Hal ini kerana susunatur peralatan di dalam bilik darjah juga merupakan faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Related Documents


More Documents from "KaromiRahman"