BIL 1 2 3
KANDUNGAN Pengenalan Kemahiran Asas untuk Berdikari Pengenalan Analisis Tugasan Analisis Tugasan Penanaman Cili secara Fertigasi
4
•
Penyediaan anak benih
•
Pembajaan
•
Penjagaan Pokok
•
Meracun
•
Memungut Hasil
• Rumah Lindungan Hujan Rujukan
M/S 1 4
7
16
PENGENALAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI •
Konsep
Bermatlamat melahirkan insane yang berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. •
Kepentingan
1) Supaya murid Pendidikan Khas dapat berdikari iaitu menjalankan aktiviti seharian dalam kehidupan tanpa bantuan orang lain 2) Dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian. 3) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran. 4) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar. •
Komponen Kemahiran Asas untuk Berdikari
1) Peraturan dan keselamatan di bengkel Mempelajari dan memahami peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup serta penggunaan alatan yang betul dan selamat 2) Keusahawanan Mempelajari tentang pengurusan kewangan, penghasilan dan pemasaran produk mengikut kesesuaian . 3) Kemahiran urus diri
Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri seperti amalan kebersihan tubuh badan dan tandas, kemahiran memakai pakaian dan kasut serta berdandan .
4) Keselamatan diri dan adab bertatasusila Mengenalapsti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri di beberapa premis peribadi dan tempat awam. 5) Pengurusan rumah tangga Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumah tangga mengikut analisis tugasan seperti amalan kebersihan bilik, dapur dan pengurusan perkakas/perabot serta amalan pemakanan yang sihat. 6) Kemahiran memasak Mempelajari teknik memasak seperti menggoreng, merebus, membakar dan memanggang mengikut langkah analisis tugasan. 7) Kemahiran jahitan Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya, mempelajari asas jahitan dan menghasilkan prosedur keselamatan menjahit serta menghasilkan projek jahitan. 8) Kemahiran pertukangan Mengenalpasti perkatan pertukangan dan kegunaannya serta menghasilkan projek berdasarkan analisis tugasan. 9) Kemahiran berkebun
Mengenalpasti dan menyenarai perkakas perkebunan, menghasilkan prosedur keselamatan berkebun dan mengaplikasikan kemahiran berkebun dalam kehidupan. 10)Kemahiran memelihara haiwan Kenalpasti dan senaraikan peralatan memelihara haiwan dan aplikasikan kemahiran memelihara haiwan.
PENGENALAN ANALISIS TUGASAN
Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara berturutan yang mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang
berkaitan
pengetahuan
untuk
atau
mengenal
kemahiran
pasti
murid.
peringkat
Kaedah
penguasaan
analisis
tugasan
atau amat
membantu guru dan murid Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses pengajaran
dan
pembelajaran.
Pengajaran
dan
Pembelajaran
akan
dijalankan mengikuti langkah-langkah kecil dari perkara yang memecahkan perkara-perkara kompleks menjadi sesuatu yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar sesuatu perkara secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran sasaran. Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas. Pertama, kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan menyusun atur sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal ini kerana guru harus menyediakan semua arahan, peralatan dan tempat yang sesuai dan betul supaya murid dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan baik. Kedua, kaedah
analisis tugasan amat membantu murid dalam
memahami dan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid dapat melakukan
aktiviti
secara
berperingkat
dan
membolehkan
mereka
menguasai sesuatu tahap pengajaran atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara ini juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih panjang.
Seterusnya, kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan menilai tahap pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam kelasnya. Guru dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan muridnya dengan lebih mudah melalui kaedah analisis tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih mudah. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting dalam membantu ibu bapa untuk mendidik dan membantu anak mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam menjalankan pengurusan kemahiran diri dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru
memainkan
peranan
yang
penting
dalam
menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas mereka.
TAKRIF FERTIGASI Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.
ALATAN ASAS FERTIGASI 1. Polytank
3. Main pipe poly 32mmx100m
2. Pam
4. Poly tubing 13 mmx300m
5. Dripper
7. Media cocopeat
9. Polybag
11. Timer digital 1 minit cutoff
13. Benih
15. Disk Filter 1’
6. Nipple
8. Media sekam bakar
10. Tong baja
12. Tray semai anak benih
14. Baja
16. Tanah semaian
PENYEDIAAN ANAK BENIH I. Gunakan dulang semaian
II. Basahkan cocopeat
III. Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman IV. Kambus semua biji benih
V. Memeram biji benih yang disemai
VI. Pindahkan Anak benih ke takung yang besar VII.Siram dan beri baja mengikut keperluan
PEMBAJAAN
I. Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air.
II. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok
daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah. III. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium
nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat). IV. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang
berlainan
untuk
mengelak
berlakunya
tindak
balas
kimia
dan
terjadinya mendakan. V. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam
air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang dialirkan ke dalam polybag
PENJAGAAN POKOK
I. Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat. II. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan III. Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja. MERACUN
I. Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat. II. Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:
•
Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun.
• I.
Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian
Meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.
MEMUNGUT HASIL
I. Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah. II. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada
bilangan pokok. III. Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok untuk dijual. IV. Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut: a. Semasa buah masih hijau b. Semasa buah sedikit kemerahan c. Semasa buah sudah merah V. Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas beberapa hari dipungut. VI. Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.
RUMAH LINDUNGAN HUJAN
I.
Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili.
II. Ia bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan
bagi kawasan yang taburan hujannya tinggi untuk mengelakkan air hujan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan tanaman.
RUJUKAN
Abdul Murad Hamid, Analisis Tugasan, muat turun pada 30 September 2009, dari http://www.pdfcoke.com/doc/19743272/ANALISIS-TUGASAn-pendidikankhas-UPLOAD-BY-abdul-murad-hamid-smk-sri-rahmat-johor-bahru Analisis Tugasan, muat turun pada 30 September 2009, dari http://epkhas.ses.usm.my/content/analisis-tugasan Penanaman Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://www.sabah.gov.my/tani/ips/FERTIGASI.htm Projek Cili Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://myagrobiz.blogspot.com/ Tanaman Cili Fertigasi, muat turun pada 29 Septemebr 2009, dari http://teknologipertanian.com/2009/02/11/tanaman-cili-fertigasi/ Sistem Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://www.sabakagro.com.my/oscomm/catalog/index.php?cPath=26