Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,770
  • Pages: 9
PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0

Pendahuluan

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ’Pengurusan Bilik Darjah Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti’, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

1.1

Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu , bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut. 1

Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari

yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan

mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Ciri-ciri bilik darjah KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalahseperti berikut; •

Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,



Murid

dibahagikan

mengikut

kumpulan

tertentu

berdasarkan

kobolehan

tersendiri, •

Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,



Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,



Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid,



Hasil kerja yang dipamerkan di dalam bilik darjah memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan



1.2

Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik Darjah Prasekolah

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

2



Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.



Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.



Murid-murid dapat

memilih

ruang

kegemaran mereka

semasa mereka

menjalankan aktiviti bebas. •

Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk, warna dan sebagainya. Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah

prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah; •

Pusat bahasa,



Pusat manipulatif,



Pusat drama atau main masak-masak.



Pusat seni dan kraf,



Pusat kognitif (sains dan matematik),



Pusat teknologi,



Pusat kerohanian dan moral, dan



Pusat perbualan awal. Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh

menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan pusat-pusat yang penting sahaja.

2.0

Kajian Kes

Soalan: Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda. 3

Rajah 1: A room arrangement with potential problems 2.1

Masalah

Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk darjah, guru seringkali buntu untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi murid-murid malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada prestasi akademi murid. Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah yang telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut; 4

(a) Guru mengajar dari kawasan berhampiran dengan papan tulis, murid di

kawasan lain berada agak jauh dari papan tulis dan guru. Ini menyebabkan murid sukar untuk melihat bahan yang ditulis di papan hitam dan guru sukar untuk mengawal murid. Pada masa yang sama, pergerakan guru menjadi terhad serta tiada ruang yang mencukupi untuk pelajar menyimpan bahan. (b) Laluan lalu lintas agak sempit di kawasan rak buku dan juga dalam

perjalanan menuju ke tandas dan tempat mengasah pensel. Ini menyulitkan keadaan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, murid-murid juga tidak dapat bergerak secara aktif di dalam bilik darjah serta menyukarkan pergerakan murid dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

(c) Meja “small group” di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan

meja murid. Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat mereka, malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid. Ini menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah. (d) Lokasi tempat menyimpan buku menyebabkan kawasan tengah bilik darjah sukar untuk diawasi. (e) Sesetengah murid membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan.

Murid-murid

yang

duduk

membelakangi

papan

tulis

dan

kawasan

pembentangan terpaksa menoleh ke tempat tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini akan menyebabkan murid-murid tersebut mungkin mengalami masalah kerana sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa. 5

Seterusnya hasil pembelajaran tidak dapat dicapai 100% kerana mungkin ada murid-murid yang bosan kerana terpaksa menoleh ke belakang iaitu menoleh ke papan tulis dan kawasan pembentangan yang membelakangi tempat duduk mereka. (f) Guru mengalami masalah untuk memerhatikan murid lain di dalam bilik darjah semasa sedang membantu murid lain di dalam bilik darjah semasa sedang membantu murid di meja mereka. (g) Meja yang terpinggir, yang terletak berhampiran dengan bilik rehat perempuan merupakan sumber berpotensi kepada masalah. Ia menghalang laluan ke pintu tersebut. Murid yang duduk di meja berhampiran akan terganggu dan menjadi gangguan kepada murid lain yang keluar dan masuk ke dalam bilik darjah. Selain itu, lokasi meja menyukarkan guru mengawasi bilik darjah.

2.2

Cara Atasi Masalah

Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi murid-murid.

Kunci utama pengurusan bilik darjah yang baik; •

Pastikan kawasan tumpuan bebas daripada sesakan.



Pastikan bahawa kesemua murid–murid boleh dilihat oleh guru.



Simpan ABM dan peralatan mengajar yang sering digunakan di tempat yang mudah.



Pastikan bahawa murid boleh melihat persembahan pengajaran dan bahan pameran.

6



Jangan meletakkan meja atau perabot lain di hadapan pintu ataupun tempat lain yang menjadi tumpuan.



Cuba elakkan daripada murid mengahadap sumber gangguan; tingkap ataupun bahan pameran yang menarik perhatian.



Pastikan ada ruang yang mencukupi di antara murid supaya guru boleh menghampiri murid untuk membantu mereka semasa menjalankan aktiviti P&P.



Pastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi dan sentiasa mengganti dan memperbaiki perabot yang telah rosak.

Berikut adalah cadangan susunan fizikal bilik darjah prasekolah yang sesuai sebagai penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1.

Rajah 2: Susunan bilik darjah prasekolah yang sesuai Berdasarkan daripada bilik darjah prasekolah yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas; (a) Meja murid disusun secara berkelompok, berbanding dalam bentuk

barisan. Tiada

pelajar

yang

membelakangi

kawasan

pengajaran

utama

(major

instructional area). Jika guru meletakkan pameran di skrin projector, semua murid boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat duduk masing-masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin. (b) Terdapat dua pintu di dalam bilik darjah ini. Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah sebagai pintu keselamatan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan laluan keluar masuk. Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku sebarang kecemasan. (c) Tingkap di kiri dan kanan bilik darjah. 7

Kedua-dua tingkap dibina di kiri dan kanan bilik darjah untuk pengaliran udara dan cahaya di dalam bilik darjah. (d) Book centre dan reading centre.

Book centre dan reading centre diletakkan di bahagian tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap memudahkan murid-murid untuk membaca dan mendapatkan pencahayaan yang cukup semasa membaca dan mencari bahanbahan di bahagian tersebut. (e) Ruangan circle time.

Ruangan ini menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana di ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin dan sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Kebanyakan aktiviti di bilik darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini memudahkan guru untuk mengawal bilik darjah. (f) Kedudukan meja guru dan rak fail. Meja guru dan rak fail diletakkan di sudut bilik darjah memudahkan guru melihat pergerakan murid-murid dalam bilik darjah dari sudut yang lebih luas. 3.0

Rumusan

3.1

Kesimpulan

Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga pendidik menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah murid yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad. Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan murid yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada murid yang lemah dan sederhana saja sehingga mengabaikan murid yang cerdas. Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada murid yang cerdas sehingga murid lain terabai. 8

Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

3.2

Rujukan

Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E. Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and Bacon, USA. Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2007); Panduan Pendidikan Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003); Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

9

Related Documents