Penghapusan Dan Dendaan

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penghapusan Dan Dendaan as PDF for free.

More details

  • Words: 555
  • Pages: 2
Perbezaan Antara Penghapusan Dan Dendaan Atau Hukuman Penghapusan merupakan gerak balas yang wujud akan berperingkat-peringkat terhapus apabila peneguhan dan ganjaran tidak diberikan lagi. Contohnya, sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat akan terhapus lama-kelamaan. Manakala, dendaan pula apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau langsung terhapus. Contohnya, kanak-kanak yang tidak mahu membantu ibunya tidak diberi peluang bermain bola lagi (iaitu, mengentikan keseronokannya serta-merta). Keburukan Penghapusan Dan Dendaan Penghapusan tingkah laku timbul apabila tingkah laku menghasilkan akibat-akibat yang tidak efektif. Penghapusan juga boleh berlaku pada sifat atau tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Contohnya, kanak-kanak yang biasa membaca dengan nada suara yang kuat lama kelamaan hilang minatnya untuk membaca apabila seringkali dikatakan membingitkan suasana rumah. Akibatnya penghapusan sifat positif tersebut berlaku. Ia melibatkan kegugatan konsep kendiri dan kehendak kanak-kanak tersebut semakin terpadam. Motivasi seseorang juga merundum dan penghasilan suatu tingkah laku yang baik terlupus. Ini merupakan suatu kelemahan yang timbul akibat penghapusan. Jika berlaku penghapusan terhadap sikap negatif, ia merupakan suatu kebaikan dan petanda perubahan tingkah laku ke arah positif akan berlaku. Namun begitu, perasaan kecewa tetap timbul kerana tingkah laku dan kehendak diri terhalang. Tetapi ia tidaklah mendatangkan kemarahan yang keterlaluan berbanding dengan hukuman. Bagaimana pun dendaan, sekiranya seseorang mengalami estim kendiri yang rendah terutamanya, dendaan akan mengakibatkan kerugian. Contohnya kanak-kanak akan bersifat selalu berkhayal, termenung, atau melahirkan penipuan kerana ingin pengelakan daripada hukuman. Kelembapan, kebosanan dan kesedihan dalaman juga berlaku serta penghindaran sama ada terhadap sesuatu penglibatan atau berkenaan dendaan.

1

Dalam perkembangan individu, dendaan mempengaruhi proses kognitif seseorang. Dendaan juga memberi kesan konsep kendiri, tingkah laku, sikap, attribusi terhadap diri sendiri, kemarahan, kekecewaan dan berputus asa. Akibatnya melebihi implikasi penghapusan. Hubungan interpersonal menjadi renggang dan interaksi minda dengan keluarga mahupun masyarakat terhapus kerana rasa tidak puas hati atau sakit hati. Kebaikan Penghapusan Dan Dendaan Menentukan sama ada baik atau buruk , bergantung kepada tindakan hukuman atau penghapusan tersebut. Walaupun ganjaran adalah baik, dan hukuman adalah buruk, kedua-duanya berdasarkan kepada niat individu atau pihak tertentu. Kuasa pihak tertentu sama ada di sekolah atau undang-undang negara berhak menentukan sama ada betul ataupun salah. Moral yang betul bermakna tidak melanggar undang-undang dan dapat mengelakkan hukuman dikenakan. Manakala, individu yang sewajarnya dikenekan hukuman sememangnya telah melakukan kesalahan dan menyebabkan pelbagai kerosakan. Oleh itu, remaja yang sesuai diberi hukuman sepatutnya perlu diberi hukuman yang setimpal agar sesuatu yang lebih buruk dan lebih besar tidak berlaku pada masa akan datang. Didikan dan pendedahan tentang hukuman juga perlu diterangkan dengan lebih mendalam kerana apabila mereka dewasa nanti mereka juga pasti dihukum lebih berat lagi jika melanggar undang-undang. Implikasinya, pihak berwajib tidak akan dipersalahkan kemudian hari kerana tidak mampu membendung gejala tidak sihat dan undang-undang merupakan suatu elemen yang dapat memelihara keamanan dan keharmonian sesebuah sekolah. Bagaimana pun, tidak ramai kanak-kanak dan remaja harus diperlakukan dengan dendaan. Kaedah kaunseling, mentor-menti, aktiviti unsur-unsur dakwah, keperihatinan dan kemesraan guru, nasihat dan kasih sayang ibubapa boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu perubahan tingkah laku kanak-kanak dan remaja di sekolah mahupun di rumah. Kaedah-kaedah tersebut lebih tenang, aman dan berpanjangan. Sudah tentunya masih ramai di antara mereka boleh berubah dan berpelakuan baik. Tetapi yang segelintir itu tidak kurang bahayanya dan melibatkan keruntuhan yang besar jika tidak dibendung.

2

Related Documents


More Documents from "setiawan"