Pengenalan Statistik.docx

  • Uploaded by: Unit BTM Jun 2015
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Statistik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 288
  • Pages: 1
Pengenalan Statistik Dunia maklumat berkembang dengan pesat. Sebaran maklumat kini hanya memerlukan beberapa saat. Apabila maklumat melaporkan nilai berangka, contohnya harga gula meningkat sebanyak 20% pada bulan ini berbanding dengan bulan lepas, impak maklumat lebih besar berbanding dengan maklumat tanpa nilai berangka kerana nombor menunjukkan sejauh mana perubahan berlaku. Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita. Webster’s Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik”. Dari sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus ini. Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.

Walau

bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya. Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian. Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data. Terdapat beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik. Antaranya ialah sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data. Selain itu, perkataan statistik juga digunakan sebagai cabang matematik, kursus atau disiplin yang melibatkan statistik. Seterusnya, angka-angka yang dikira ( contoh, purata) daripada data yang dikumpul juga merupakan salah satu penggunaan perkataan statistik.

Related Documents

Pengenalan
October 2019 67
Pengenalan
June 2020 41
Topik1-pengenalan
July 2020 19
Pengenalan Pengaturan
June 2020 13
Pengenalan 1
December 2019 26
Pengenalan Statistik.docx
December 2019 34

More Documents from "Unit BTM Jun 2015"