Pengenalan 1

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 373
  • Pages: 2
PENGENALAN Negara sedang dilanda arus perubahan yang begitu cepat lebih-lebih lagi dalam teknologi maklumat yang menjadi pemangkin utama kepada pengglobalisasian dunia. Kita haruslah mengikuti arus perubahan yang berlaku agar tidak tersingkir dan ketinggalan. Arus globalisasi ini sedang mengubah cara kita berfikir, cara kita berurusniaga, dan yang paling penting sebagai seorang pendidik ialah cara kita mengajar. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan lebih efisyen jika seseorang guru itu mempunyai perancangan yang teliti mengenai apa yang hendak disampaikan kepada anak didiknya. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap gurunya, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif Apabila guru memikirkan tentang apakah kaedah atau reka bentuk pengajaran yang akan digunakan untuk mengajar sesuatu tajuk, guru pasti akan memikirkan kesesuaiannya terhadap pelajar yang hendak diajar. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dan guru harus bijak memilih kaedah yang sesuai bagi dirinya dan pelajarnya. Seseorang guru mungkin dapat menghargai keperluan rekabentuk pengajaran. Keupayaan guru untuk mengajar dengan berkesan merupakan suatu kemahiran yang mempunyai kepentingan tersendiri. Terdapat guru yang memang mempunyai kebolehan dan gaya yang semulajadi dari awal lagi. Mereka mempunyai kebolehan menimbulkan minat murid secara semulajadi dan dengan cara yang tersendiri Perlu diingatkan bahawa tiada satu kaedah lebih baik atau lebih berkesan digunakan berbanding kaedah yang lain walaupun pada keadaan tertentu penggunaan sesuatu kaedah mungkin mendatangkan hasil pembelajaran seperti yang diharapkan. Namun pada masa yang sama, keadaan dan bagi kumpulan yang lain, kaedah yang sama mungkin mendatangkan kesan yang kurang efektif. Guru haruslah merancang penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai untuk membolehkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan mudah dan berkesan. Berdasarkan kepada dua Contoh Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan bolehlah dibuat perbandingan tentang penggunaan media yang sesuai serta kaedah yang boleh digunapakai mengikut tahap pencapaian kelas tertentu.

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang betul

dan

tetapi

atau

serta

sambil

maka

lalu

1. Emak pergi ke pasar membeli ikan, udang ……………… ayam. 2. Awak hendak ke Melaka ………………….. Pahang? 3. Aminah membaca buku …………………….. mendengar radio. 4. Kakak masuk ke bilik ……………………. membaca buku. 5. Walaupun Pak Mat seorang hartawan ………………… beliau seorang yang

pemurah.

6. Aminah, Rosli ……………….. adiknya telah pergi menonton wayang. 7. Oleh kerana Ramli malas mengulangkaji …………….. dia gagal dalam peperiksaan.

Related Documents

Pengenalan 1
December 2019 26
Pengenalan
October 2019 67
Pengenalan
June 2020 41
1.pengenalan Ko
October 2019 15