Pengaplikasian Teori Pembelajaran Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (ppbk)

  • Uploaded by: Rahima Azman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengaplikasian Teori Pembelajaran Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (ppbk) as PDF for free.

More details

  • Words: 515
  • Pages: 3
5.1 Pengaplikasian Teori Pembelajaran Ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 5.1.1 Teori Pembelajaran Kognitif 5.1.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 5.1.3 Teori Pembelajaran Behaviourisme 5.1.4 Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence'

5.1.1 ******************** DALAM PEMBINAAN **************

5.1.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Konstruktivisme menggalakkan pelajar-pelajar atau individu untuk navigasi, mencipta dan membina pengetahuannya. PPBK yang dibangunkan boleh menggunakan ciri-ciri konstruktivisme seperti mengadakan pembelajaran bersifat latihan perantisan, di mana tugasan, kemahiran dan pengetahuan bertambah kompleks. Penerokaan maklumat boleh diterap dalam PPBK kerana penerokaan merupakan pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuannya yang lalu. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi pembelajaran konstruktivism (Knuth & Cunningham 1993) sebaiknya meliputi perkara-perkara di bawah : 1. Menyediakan maklumat yang mudah dicapai, berbetnuk alternatif/media/organisasi. 2. Menyokong proses kognitif, pemikiran yang efektif, menjadikan pengalaman yang bermakna. 3. Menyokong refleksi, metakognitif. Secara kritikal membuat refleksi tentang pembelajaran, pengetahuan dan tindakan. Contoh-contoh konstruktivism PPBK

(rujuk rajah)

1. Hypermedia. Contoh intermedia di Universiti Brown, hypermedia dengan pelbagai

2. 3. 4. 5.

pelajar dan pengarang staf. Penyusunan grafik dan menu yang menarik. Groupware dengan struktur idea. Nota elektronik berkonsepkan pemetaan (map editor) Menggunakan 'bubble dialogue' (kotak dailog buih) supaya pelajar dapat berfikir dan menaip jawaban.

5.1.3 Teori Pembelajaran Behaviourisme Terdapat lima dasar Behaviourisme yang boleh diterapkan dalam PPBK iaitu bermula dengan menentukan matlamat tingkah laku, mengenalpasti peneguhan yang digunakan, memilih prosedur untuk mengubah tingkah laku, implemen prosedur bagi mengubah tingkah laku dan penilaian berterusan dan ulangi selagi diperlukan. Mengikut teori behaviorisme, guru sebaiknya menyediakan persekitaran belajar yang selesa agar ianya dapat menggalakkan pelajar untuk memberi tindak balas dengan sempurna. Tokohtokoh Behaviorisme menyatakan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Rajah menunjukkan lima dasar yang boleh digunakan dalam program mengubah tingkah laku

PPBK yang akan dibangunkan berasaskan pendekatan latihtubi dan tutorial.

Pelajar boleh mengulang sebanyak mungkin latihtubi apabila menggunakan PPBK, secara tidak langsung perlaziman ini dapat menghasilkan tingkah laku yang kekal dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Di samping itu, pelajar mampu mengingat kembali maklumat yang terdapat di dalam PPBK. Memberi peneguhan positif kepada pelajar akan menghasilkan tindak balas(respon) atau perubahan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku ini akan berkekalan. Menurut Ormrod (1995) ciri-ciri behaviorisme iaitu penekanan terhadap pengulangan dorongan dan tindakbalas boleh digunakan dalam latihtubi. Hasil dari pengulangan(repetition) dan latihan(practice), pembelajaran dan perubahan dalam tingkah laku akan berlaku. Dalam tutorial, pemeringkatan isi pelajaran mengikut tahap susah ke senang dalam PPBK dapat memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih isi pelajaran atau latihan mengikut tahap kebolehan sendiri. Motivasi adalah satu bentuk dorongan yang dapat menggalakkan dan mengekalkan minat seseorang pelajar ke arah mencapai matlamat tertentu. Motivasi dapat mengubah sikap, minat dan tingkah laku seseorang. Dalam PPBK, penggunaan ganjaran, insentif dan peneguhan akan digunakan sebagai motivasi dalam proses pembelajaran. Misalnya apabila pelajar berjaya menjawab soalan maka ganjaran akan diberi kepada pelajar. Ganjaran boleh berbentuk audio " Syabas" akan kedengaran atau paparan teks "Taniah!, Anda Berjaya". Ganjaran boleh juga berbentuk satu permainan misalnya setiap jawapan betul akan membentuk binaan rumah sebaliknya jawapan salah akan menyebabkan binaan rumah runtuh. Nnedu (1997) menyatakan bahawa motivasi adalah satu peneguhan dalam behaviorisme. 5.1.4 Teori Pembelajaran 'Multiple Intellingence' ******************** DALAM PEMBINAAN ************** Diambil pada 6/4/09 daripada: http://www.geocities.com/siti_ros/strategi5.htm

Related Documents


More Documents from "Mustafa Kamal Md Yusof"