Pembelajaran Berbantukan Komputer

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembelajaran Berbantukan Komputer as PDF for free.

More details

  • Words: 1,020
  • Pages: 6
1.

Pengenalan Kepada Artikel Artikel yang hendak diulas ini berkaitan dengan kajian terhadap

Pembelajaran Berbantukan Komputer: Aras Penguasaan Kemahiran Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah yang ditulis oleh Saifullizam Puteh, Mohd Zairulniza Jaludin dan Ahmad Rizal Madar dari Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara umumnya artikel ini menyentuh berkaitan dengan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang dapat meningkatkan prestasi pelajar. Di samping itu juga, maklumat yang terdapat dalam artikel ini boleh digunakan bagi membimbing tenaga pengajar dalam mengaplikasikan pembelajaran berbantukan komputer dalam proses pengajaran mereka. Berdasarkan artikel ini, objektif yang hendak dicapai adalah untuk mengetahui aras kemahiran yang dikuasai oleh pelajar dalam menggunakan kaedah PBK dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakannya. Selain daripada itu, ianya juga mengenai pasti penggunaan PBK sebagai satu alat kognitif yang boleh digunakan dalam penjanaan kemahiran penyelesaian masalah. Terdapat beberapa masalah yang telah digariskan oleh penulis berkaitan kaedah pengajaran tidak menggunakan komputer dalam menjana kemahiran menyelesaikan masalah terutamanya dalam bidang kejuruteraan elektrik. Antaranya ialah pelajar mengambil masa yang lama semasa membuat pendawaian dan kadangkala berlaku masalah pada komponen. Ini menyebabkan proses pembelajaran terbantut. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kaedah tradisional, kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pelajar dijana melalui perbincangan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari atau dengan kata lain, pengajar memberikan soalan kepada pelajar dan meminta pelajar menyelesaikannya dimana ianya menyukarkan proses penjanaan kemahiran penyelesaian masalah kerana pelajar bergantung kepada pengajar untuk

mendapatkan jawapan. Selain daripada itu, kaedah tradisional lebih berpusatkan pengajar. Ilmu yang hendak disampaikan tidak diterima sepenuhnya oleh pelajar. Menurut kajian Menn (1993) hanya 30% sahaja ilmu yang diperolehi oleh pelajar daripada kuliah yang di sampaikan oleh pengajar di dalam kuliah. Salah satu alat yang boleh membantu proses kognitif dan penerimaan ilmu yang disampaikan oleh pengajatr ialah simulasi komputer. Oleh itu, penggunaan simulasi komputer boleh membantu dalam penjanaan kemahiran penyelesaian masalah. Kemahiran itu boleh diperolehi oleh pelajar dengan menggunakan simulasi komputer kerana pembelajaran menggunakan simulasi membawa pelajar ke arah pembelajaran menggunakan kaedah penemuan. Penulis mengkaji samaada penggunaan PBK memberi kesan terhadap keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Elektrik 1 berdasarkan daripada latar belakang masalah yang digariskan. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan simulasi komputer melalui perisian elektronik workbench untuk menyelesaikan masalah analisis litar. Terdapat tiga persoalan kajian telah dibangunkan oleh penulis iaitu mengenai aras kemahiran yang dikuasai oleh kumpulan pelajar yang menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench berbanding dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakannya, kesan penggunaan simulasi komputer Electronic Workbench terhadap kumpulan pelajar yang menggunakannya berbanding dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakannya dan kesan terhadap keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah. Kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan membahagikan sampel kajian yang terdiri daripada pelajar diploma kejuruteraan elektrik, Politeknik Ungku Omar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Instrument kajian pertama adalah satu set soalan matapelajaran

elektrik sebagai ujian pos dan soal selidik untuk menyokong hasil dapatan instrumen pertama. Soal selidik dibangunkan berdasarkan model ARCS yang berkaitan dengan motivasi.Data-data dianalisis menggunakan ujian t dan ujian skor min.

2.

Aras Kemahiran Yang Dikuasai Oleh Pelajar

Yang Menggunakan

Simulasi Komputer Menurut artikel ini, terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan aras kemahiran di antara kumpulan pelajar yang menggunakan simulasi komputer

Electronic

Workbench

dengan

kumpulan

pelajar

yang

tidak

menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench. Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa bahan multimedia interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional (Crowe dan Palmera-Leynes, 1995).

3.

Kesan Penggunaan Simulasi Komputer Terhadap Pelajar Berdasarkan hasil analisis data, terdapat perbezaan yang signifikan

pencapaian markah ujian di antara kumpulan pelajar yang menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench. Di universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin (1999) telah berusaha membangunkan perisian multimedia untuk pelajar yang mengambil jurusan pendidikan. Pakej CERDIK IT, akronim untuk Computer Based Education Resource dan Development In Information Technology, dihasilkan dan melalui

penilaian formatif dan sumatif (Alderman, Appel dan Murphy, 1978) untuk mengkaji kesannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini, terdapat peningkatan dari segi pengetahuan pelajar mengenai komputer dan teknologi maklumat serta aplikasinya dalam pendidikan selepas mereka menggunakan pakej tersebut. Antara lain, terdapat sikap yang positif terhadap penggunaan pakej sebagai bahan bantuan pembelajaran kendiri.

4.

Kesan Terhadap Keupayaan Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah Data-data yang diperolehi di dalam artikel menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan tahap keupayaan dalam penyelesaian masalah di antara kumpulan pelajar yang menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakan simulasi komputer Electronic Workbench. Dalam penyelesaian masalah, pelajar diberi masalah untuk diselesaikan. Ianya seperti simulasi dengan proses kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal serta penaakulan diperlukan. Menurut Lockard, Abrams dan Many (1990),

terdapat

empat

langkah

dalam

penyelesaian

masalah

iaitu

mengenalpasti, merancang, membuat kerja dan melaksana. Langkah ini mungkin tidak dilakukan satu persatu tetapi mungkin dengan menyeluruh secara interaktif.

5.

Kesimpulan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu

pendekatan pembelajaran yang berasaskan model pendidikan yang berkisar pada persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (Jonassen, 1999). PBM mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960-an di

McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Dalam PBM, penemuan masalah merupakan langkah pertama dalam proses pembelajaran. Dan masalah seterusnya menjadi penggalak atau fokus pada penggunaan kemahiran-kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan mendorong kepada pencarian maklumat baru dan menyusun pengetahuan yang sedia ada agar masalah itu dapat diselesaikan. Pengajaran dan pembelajaran melalui sistem komputer telah berjaya menarik minat ramai pihak dan dijangkakan ianya akan memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa akan datang. Terdapat kemungkinan di mana pengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer.

Rujukan Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000). “Siri Modul Pembelajaran Teknologi Pendidikan”. Skudai: Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Fauziah Sulaiman & Hanafi Atan (2005). “Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Web :Kajian Perbandingan Antara Jantina”. Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-18, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Saifullizam Puteh, Mohd Zairulniza Jaludin & Ahmad Rizal Madar (2005). “Pembelajaran Berbantu Komputer: Aras Penguasaan Kemahiran Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah”. Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-18, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Siti Salbiah Ahmad (2007). “Pembangunan Laman Web Mata Pelajaran Mekanik”. Tesis Projek Sarjana Muda, Universiti Tun Husseim Onn Malaysia.

Related Documents