Diambil pada 6/4/09 daripada: http://ilyasak.blogspot.com/2008/11/teori-dan-strategipengajaran.html Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK. a) Teori Tingkahlaku (behavioris) Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai . Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan. Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah . a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya akviti dijalankan secara individu. b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindakbalas . Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru. c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ ,
‘jawapan anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian . d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar. e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada jawapan yang disediakan . Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar. Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran , a) menarik perhatian b) menyatakan objektif pelajaran c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar e) memberikan bimbingan f) tugasan dan soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Dalam merekabentuk perisian PPBK ini ,pendekatan menggunakan teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut a) Perisian yang dibangunkan oleh penulis haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini dimasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian pengguna Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa” sebuah gambar mampu menggantikan seribu perkataan”. Grafik merupakan blok pembangunan utama dalam pembangunan multimedia.(Vilamil-
Casanova&Molina 1997) Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada pengguna untuk terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. b) Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Pernyataan objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik sama ada melalui teks ataupun dalam bentuk animasi yang menarik . Dalam perisian ini matlamat dan objektif serta apa yang hendak dicapai daripada pengguna perisian ini diakhir nanti akan dinyatakan . Keadaan ini akan memberikan rangsangan kepada pengguna untuk terus mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer sepertimana yang terdapat dalam tajuk asas perkakasan komputer. c) Melalui perisian ini pengguna akan dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan dan bertulis,dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan induk, mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh membuat jangkaan masalah untuk membaikpulih komputer.
d) Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemenelemen yang boleh mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan ikon –ikon tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga
berkesan untuk menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponenkomponen komputer juga dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa fungsi komponen komputer dapat membantu pengguna khususnya yang sukar untuk membaca teks. e) Berapa latihan ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz yang mencabar minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk mengesan kemajuan ataupun tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir kemajuan yang telah dicapai oleh pengguna khususnya dalam topik-topik tertentu semasa menggunakan perisian ini . Setiap jawapan kepada soalan latihan akan disediakan maklumbalas yang positif . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas positif ini dapat menimbulkan minat , rangsangan dan motivasi kepada pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Pengguna akan diberi peluang untuk menunjukkan penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran sebelum melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas . Jawapan boleh diberikan melalui penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan kekunci. Jawapan yang diberikan adalah lebih mencabar. Pengguna juga dikehendaki memberikan jawapan atau tindakbalas terhadap soslan-soalan dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna tidak dapat menjawab atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer akan mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan kebenaran untuk menjawab semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain. f) Perisian ini juga mengambilkira faktor penilaian akhir peristiwa pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz dalam perisian ini. Komputer akan menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas tahap penguasaan pelajar ini boleh mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuannya dalam
situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar. b) Teori Konstruktivisme Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut. a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. b) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah e) Pembelajaran berpusatkan pelajar f) Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina j) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai k) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori l) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan
m) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar n) Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru o) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar p) Pelajar bekerja dalam kumpulan
c) Teori Kognitif Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .