Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
1.0 PENGENALAN
Terdapat dua artikel yang telah diulas. Artikel yang pertama bertajuk Aplikasi eLearning dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia: isu dan perlaksanaanya adalah tulisan daripada Wahyu binti Idrus dan Yahya Buntat dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Artikel ini mengupas berkenaan dengan definisi e-learning, perkembangan e-learning di Malaysia, perbandingan antara pembelajaran tradisional
dan
pembelajaran
e-learning,
faktor,
strategi,
isu
dan
permasalahan
pengaplikasian e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta cadangan dan penyelesaian masalah yang dihadapi. Artikel yang kedua pula merupakan artikel dalam bahasa Inggeris, iaitu Children and Computer Technology: Analysis and Recommendations. Artikel ini yang ditulis oleh Margie K. Shields dan Richard E. Behrman telah diterbitkan dalam journal The Future of Children Vol. 10, No.2 pada tahun 2000. Tujuan utama artikel ini adalah tentang kegunaan komputer dan kesannya kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan psikologi kanak-kanak. Secara khusus artikel ini mengupas tentang kepentingan dan risiko penggunaan komputer, keperluan mengehadkan masa di hadapan komputer, jenisjenis aktiviti komputer, langkah-langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada bahan internet yang tidak bersesuaian, akses kepada komputer dan keperluan latihan dan perkembangan guru serta sokongan dari organisasi luar.
Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
1
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
2.0 ULASAN ARTIKEL 1: Aplikasi e-Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia
Menurut penulis, secara umumnya e-learning adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Di Malaysia, e-learning masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat. Ia lebih terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya ditawarkan di peingkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal. Namun begitu, Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan pula adalah antara yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda e-learning kebangsaan ini.
Seterusnya, penulis menghuraikan secara ringkas tentang perbezaan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran e-learning. Menurut mereka, pembelajaran tradisional adalah berpusatkan guru dan dijalankan secara formal di dalam kelas. Guru dianggap orang yang serba tahu, boleh menggunakan konsep suap, tipu sunat, mahupun berasaskan teori behaviorisme atau konstruktivisme.
Modul pengajarannya hanya
bergantung pada buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar malu untuk bertanya, maka pelajar akan kekal dengan tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Malah, guru tidak dapat memberi perhatian secara individu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Berlainan dengan konsep e-learning, yang berpusatkan pelajar, ia melatih pelajar untuk berdikari dalam usaha mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
2
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
maklumat pula tidak terbatas, malah pelajar dapat memilih bahan pelajaran mengikut kesesuaian diri sendiri. Selain itu, pelajar dapat mengulangi aktiviti pembelajaran sekerap yang mahu tanpa rasa malu sehingga mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain daripada kelebihan-kelebihan e-learning yang telah dinyatakan di atas, e-learning juga perlu diaplikasi di sekolah kerana dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar sewaktu menimba ilmu. Dengan menggunakan ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video, elearning diyakini mampu menyalurkan sumber makumat dengan lebih berkesan dan menarik.
Kemudian, penulis menyenaraikan empat jenis model yang telah dicadangkan untuk perlaksanaan e-learning. Pertama, Selective Model dilaksanakan apabila bilangan komputer sangat terhad, dan bahan e-learning ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demostrasi sahaja. Pelajar juga diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on. Kedua, Sequential Model pula dilaksanakan apabila bilangan komputer adalah sedikit. Pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain dan diberi peluang untuk mendapat pengalaman hands-on. Ketiga, Static Station Model juga dilaksanakan apabila bilangan komputer adalah sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala kumpulan pelajar yang lain menggunakan sumber lain untuk mencapai objektif pelajaran yang sama. Keempat, Laboratory Model dilaksanakan apabila komputer mencukupi untuk semua pelajar.
Oleh itu, bahan e-learning dapat
digunakan oleh setiap pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Dalam artikel ini, penulis turut menyisipkan mengenai Sekolah Bestari. Pada peringkat awal, Projek Rintis Sekolah Bestari dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS). TSS ditubuhkan pada Jun 1999 untuk menerajui Projek Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC. Dua aspek penting yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang akan dinaik taraf menjadi Sekolah Bestari Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
3
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
ialah kemudahan infrastruktur IT dan latihan guru. Sehingga 31 Januari 2003, terdapat hanya 87 buah Sekolah Bestari dan 300 buah lagi bakal diwujudkan sehingga 2005.
Penulis turut menghuraikan secara ringkas mengenai isu dan permasalahan dalam perlaksanaan e-learning. Masalah pertama yang dihuraikan adalah mengenai akses dan kos pengendalian. Sebanyak 60% masyarakat di bandar dan 83% masyarakat di luar bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Daripada 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Selain itu, tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan e-learning. Masalah kedua yang dihadapi adalah mengenai kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu. Hal ini kerana, hampir 80% laman web adalah dalam bahasa Inggeris. Seterusnya adalah masalah berkaitan kos bahan/ infrastruktur. Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan, perisian dan kos membaik pulih komputer yang rosak. Perisian melibatkan kos yang tinggi kerana satu perisian adalah untuk satu komputer sahaja. Perkakasan komputer pula sentiasa berubah (Pentium 4) kerana tidak mungkin perisian terkini memakai Pentium 486 atau Pentium 2. Kemudian, penulis menyentuh tentang masalah latihan tenaga pengajar. Ia dikatakan bermasalah kerana guru gagal mengaplikasi strategi, teknik dan pendekatan pengajaran ke dalam bahan pengajaran berasaskan komputer. Selain itu, kebanyakan guru tidak mempraktikkan ilmu yang diprolehi semasa kursus-kursus yang dihadiri.
Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
4
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
Dalam artikel ini juga penulis turut menyentuh tentang cadangan dan penyelesaian perlaksanaan e-learning di Malaysia. Terdapat empat cadangan dan beberapa pecahan dalamnya. Penyelesaian pertama adalah dengan menghasilkan bahan P&P yang baik dan berkesan. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran.
Screen design issues perlu ditingkatkan kerana ia amat membantu
meningkatkan pemahaman pelajar. Hal ini kerana pelajar membaca 20% hingga 30% lebih perlahan di atas skrin berbanding di atas kertas. Selain itu, ayatnya perlu ringkas dan padat serta perkataan yang berwarna warni. Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Kos bahan juga perlu dititik beratkan supaya harganya setimpal dengan kualiti dan isi pelajarannya. CD ROM pembelajaran ‘elearning’ yang original agak mahal, contohnya Practis Jaya Smart UPSR Virtual School yang berharga RM39.90. Hanya golongan yang berkemampuan, berkomputer dan mementingkan pelajaran anak-anak mereka sahaja yang akan membelinya. Oleh itu, disarankan agar pihak sekolah yang membelinya dan memberi pinjaman kepada pelajar secara bergilir untuk dibawa pulang ke rumah. Penyelesaian kedua adalah mengenai Education Learning Management System (ELMaS). ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan di mana guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. Cadangan penyelesaian yang ketiga adalah mengenai program dan naiktaraf infrastruktur. Antaranya adalah dengan meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga 10GB sesaat dan memperkenalkan Sistem Pengurusan Rangkaian untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Selain itu, Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan akan turut dilancarkan. Cadangan penyelesaian yang keempat pula adalah mengenai sumber dan alternatif lain untuk e-learning yang mana beberapa sumber bahan e-learning boleh didapati di dalam bilik darjah. Antaranya adalah bahan Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
5
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
percuma yang menarik dan berkualiti dari internet, bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama konsotium tempatan dan bahan yang dihasilkan oleh pihak swasta. Namun, sekiranya di sekolah tiada kemudahan komputer dan internet, maka bahan e-learning perlu diperkenalkan dengan cara lain kepada pelajar seperti TV interaktif, audio/video dan CD Player boleh digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada pembelajaran e-learning.
2.0ULASAN ARTIKEL 2: Children and Computer Technology: Analysis and Recommendations
Menurut penulis, kemahiran penggunaan komputer adalah sangat penting kerana pada masa kini, komputer boleh didapati di mana-mana sahaja. Pada zaman sekarang, komputer telah diintegrasikan kedalam kehidupan manusia, tidak kira di sekolah atau di tempat kerja. Ibu bapa juga sedar akan kepentingan ini dan percaya bahawa komputer dan internet dapat membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah serta memberi peluang untuk meneroka dan mempelajari perkara-perkara baru.
Walau bagaimanapun, penulis juga menyatakan risiko-risiko jika penggunaan komputer tidak terkawal. Ia boleh memberi kesan yang tidak elok kepada kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, sosial dan psikologi mereka. Penulis menerangkang bahawa kanak-kanak memerlukan aktiviti fizikakl, interaksi sosial serta kasih saying dan petunjuk daripada orang dewasa.
Pendedahan kepada skrin komputer yang terlalu lama boleh
mengurangkan masa kanak-kanak bermain sukan dan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan interaksi sosial dan yang akan seterusnya memberi faedah kepada perkembanagna mereka. Selain itu, kanak-kanak mungkin akan terdedah kepada bahan komersial yang tidak sesuai dan laman web yang berunsur seksual atau keganasan. Maka bagi mengelakkan Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
6
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
perkara-perkara seperti ini, penulis mencadangkan bahawa masa kanak-kanak di depan komputer perlu ditetapkan dan perlu dikawal.
Berkaitan dengan masa kanak-kanak di hadapan skrin komputer, penulis menyatakan bahawa kanak-kanak antara umur dua hingga lima tahun menghadap skrin komputer lebih kurang 27 minit sehari. Penulis menambah lagi bahawa ini tidak termasuk pededahan kanakkanak kepada skrin televisyen dan permainan video. Secara purata, seorang kanak-kanak akan menghadap suatu skrin lebih kurang lima jam sehari. Hal ini membahayakan kesihatan mereka kerana menggantikan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang perkembangan kesihatan mereka dan seterusnya meningkatkan risiko mereka menghadapi obesiti. Disamping itu, pendedahan kepada komputer terlalu lama juga boleh membahayakan penglihatan, belakang dan pergelangan tangan mereka. Penulis berkata bahawa kanak-kanak pada umur tujuh tahun membentuk kemahiran interpersonal dan sosial melalui keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat dan media massa. Pada masa sekarang, komputer juga termasuk dalam pembentukan ini. Maka penulis menasihatkan ibu bapa untuk mengehadkan masa anak mereka di hadapan komputer, permainan video dan media lain kepada satu hingga dua jam sehari dan menggalakan aktiviti-aktiviti alternatif seperti permainan imaginatif dan sukan.
Di samping itu, jenis aktiviti yang digunakan oleh kanak-kanak juga boleh mempengaruhi perkembangan intelek, sosial dan psikologi mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang disenaraikan oleh penulis ialah penggunaan komputer untuk permainan, kerja rumah, melayari internet dan komunikasi.
Namun bagi kanak-kanak prasekolah, mereka lebih
menggunakan komputer untuk permainan dan melayari internet. Bagi permainan, penulis menyatakan bahawa penggunaan komputer secara sederhana untuk permaianan tidak memberi impak yang besar kepada perhubungan keluarga dan rakan. Tetapi, jika kanakRahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
7
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
kanak bermain permainan yang berunsur keganasan, kanak-kanak tersebut secara tidak langsung akan dipengaruhi dan meningkatkan tingkah laku agresif salam diri kanak-kanak. Manakala bagi melayari internet, penulis telah mencadangkan beberapa laman web yang khas untuk kanak-kanak supaya mereka dapat meneroka dunia melalui internet. Antara contoh laman web tersebut ialah Yo! Youth Outlook, Parents and Children Together Online dan Planet Youth. Namun begitu, kebanyakan laman web telah dipenuhi dengan bahan komersil dan secara tidak langsung menggalakan kanak-kanak menjadi konsumer pada usia yang awal. Selain itu, kebanyakan maklumat internet tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Penulis
mencadangkan beberapa langkah bagi melindungi kanak-kanak daripada bahan internet yang tidak sesuai.
Langkah pertama ialah melindungi kanak-kanak. Penulis mengesyorkan ibu bapa dan guru supaya mengehadkan masa kanak-kanak menggunakan komputer dan juga mengawasi kandungan komputer yang terdedah kepada kanak-kanak, termasuk permainan, perisian dan internet. Langkah kedua pula berkaitan dengan usaha untuk memperbaiki kualiti perisian dan media. Perisian bukan sahaja sepatutnya menggalakkan kanak-kanak menjadi konsumer yang boleh membantu ekonomi tetapi juga perlu memainkan peranan dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, terutamanya dalam menjadi seorang warganegara yang dapat memberi sumbangan terhadap negara. Langkah yang terakhir ialah galakan celik komputer bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dalam kalangan ibu bapa dan guru. Penulis menyarankan supaya sekolah dan masyarakat menyediakan latihan celik media untuk guru dan ibu bapa mudah-mudahan mereka akan memahami motif-motif yang terdapat dalam perisian program dan internet serta dapat membantu kanak-kanak dalam membuat pemilihan antara yang baik dan buruk.
Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
8
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
Seterusnya, penulis menyentuh tentang akses kepada komputer dan internet yang tidak sama rata. Penulis menyatakan bahawa pendedahan komputer di rumah bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Bagi mengatasi masalah ini, penulis menyarankan kerajaan membantu keluarga-keluarga ini mendapat peluang memperoleh komputer dan internet. Selain itu, masyarakat boleh mengajurkan program yang memberi akses kepada komputer melalui perpustakaan dan pusat teknologi masyarakat.
Sekolah juga perlu memainkan
peranan yang penting. Kedudukan komputer di sekolah, sama ada di dalam bilik darjah, di makmal atau di perpustakaan, memberi kesan kepada cara dan peluang yang berbeza untuk kanak-kanak menggunakannya. Guru harus merancang aktiviti yang menggunakan komputer namun tidak tersasar daripada kurikulum. Apabila memilih perisian program, guru harus bijak dan memilih yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan usia kanak-kanak.
Isi yang terakhir yang telah disentuh oleh penulis ialah keperluan latihan dan perkembangan guru serta sokongan dari organisasi luar. Penulis menyatakan bahawa ibu bapa mempercayai kualiti pengalaman pembelajaran anak mereka bergantung kepada kualiti guru.
Maka, strategi-strategi yang memfokus kepada kemahiran dan kebolehan guru
diperlukan untuk menjamin kejayaan pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu dilatih supaya dapat memilih program-program yang sedia ada dan besesuaian dengan kelas serta kurikulum.
Guru juga boleh bekerjasama dengan guru-guru yang lebih mahir bagi
meningkatkan kemahiran mereka. Manakala organisasi luar juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan penggunaan komputer. Selain membantu guru memahirkan kegunaan komputer, organisasi luar, sekolah dan masyarakat juga boleh membantu guru dengan memperbaiki komputer atau memberi latihan membaiki komputer andainya terjadi apa-apa dengan komputer tersebut.
Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
9
Ulasan Artikel PPS215 PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
3.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, artikel pertama banyak mengupas mengenai pembelajaran berkonsepkan ‘e-learning’ dari pelbagai sudut positif dan negatif. Namun bagitu, ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang kebaikan pengaplikasian ‘e-learning’ dalam proses P&P di sekolah-sekolah.
Kita tidak seharusnya menunggu sehingga semua infrastruktur
telekomunikasi, perkakasan dan perisian ‘e-learning’ siap sebelum ianya diperkenalkan kepada kita. Walau bagaimanapun, ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah kerana guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar kita. Manakala artikel kedua mengupas tentang pelbagai cara untuk menjamin kanak-kanak menggunakan komputer dengan cara yang betul dan selamat. Pertama, kanak-kanak perlu diajar kemahiran yang mencukupi bagi menggunakan komputer dan melayari internet bukan sahaja untuk bermain tetapi untuk mempelajari dan meneroka dunia secara berfaedah.
Kedua, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menggunakan
komputer secara aktif bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencipta, mereka dan bekerjasama dengan kanak-kanak yang lain.
Ketiga, bagi kanak-kanak yang tidak
mempunyai akses kepada komputer di rumah, masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kanak-kanak ini memperolehi kemudahan tersebut. Akhirnya, guru perlu merancang aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer secara efektif di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan potensi pembelajaran kanak-kanak.
Rahima binti Azman (94147) Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
10