Pengajaran Aspek Seni Bahasa: Nur Atikah Binti Abdul Rahman

  • Uploaded by: asyraf
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajaran Aspek Seni Bahasa: Nur Atikah Binti Abdul Rahman as PDF for free.

More details

  • Words: 447
  • Pages: 9
PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN

TUTORIAL MINGGU 1

MODULAR SENI BAHASA  Merujuk kepada aspek kebahasaan,keindahan dan kehalusan dalam Bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid.

 Penguasaan aspek seni Bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati Bahasa yang indah.  Murid dapat menghasilkan dan mempersembahkan arya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik.  Aspek ini juga menekankan pembelajaran menyeronokkan secara didik hibur

OBJEKTIF SENI BAHASA I. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur II. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur III. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur IV. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

NYANYIAN  Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik  Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran Bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman, memupk nilai dan perasaan serta meningkatkan apresiasi terhadap keindahan Bahasa  Contoh aktiviti: guru menyediakan lirik lagu contoh seperti ‘Bangau oh Bangau’ dan meminta murid menyanyikan serta melakukan gerakan

BERCERITA  Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang amat disukai oleh murid kerana kanak-kanak amat menyukai mendengar cerita.  Guru hendaklah bersedia bercerita secara natural kerana sesuatu cerita dapat memberi pengajaran, nilai murni dan menyuburkan imaginasi murid.

 Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua iaitu bercerita tanpa alat dan dengan alat.  Contoh aktiviti:

LAKONAN  Aktiviti lakonan ialah membolehkan murid bertutur dengan gaya, intonasi, suara, nada dan sebutan yang betul.

 Selain itu, lakonan membiasakan murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur serta membantu murid berinteraksi dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, keinginan, pengalaman dan fikiran mereka.  Contoh aktiviti: membuat lakonan ringkas seperti memberi ucap tahniah, meniru aksi pendaki, melakonkan semula situasi seperti penjual ikan, meniru aksi yang pernah dilihat seperti jatuh, melakonkan semula adegan yang pernah dilihat seperti filem dan melakonkan dengan menggunakan alatan seperti boneka, kain atau bunga.

DIALOG  Teknik dialog ialah pemilihan dialog daripada bahan yang dikaji dan murid diminta menulis dan melafazkan dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.  Contoh aktiviti: 1. Guru memberikan teks dialog kepada murid untuk mereka melakukan bacaan senyap. 2. Murid mendengar rakaman contoh dialog yang diujarkan 3. Murid diminta berlatih dalam kumpulan membaca dialog mengikut watak yang terdapat dalam dialog tersebut. 4. Setiap kumpulan melakonkan watak dalam teks dialog. Guru menyediakan prop dan merakamkan lakonan tersebut bagi menarik minat murid.

DEKLAMASI

Related Documents


More Documents from ""