PENDAHULUAN Definisi Pendekatan
Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.Menurut Kamarudin (2001), pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa itu, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu., bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta di manakah ia disimpan. Menurut Edward M. Anthony (1963) dalam Kamarudin (2001), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bersifat aksiomatik.
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. penyerapan
bentuk
gramatikal
Melalui pendekatan ini,
penekanan
tentang
adalah
bagi
tujuan
komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar
daripada
berkomunikasi.
konteks
wacana.
Hasilnya,
murid
tidak
menguasai
kecekapan
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses
komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajaranya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan komunikatif melibatkan aktiviti berkomunikasimenggunakan bahasa itu, ia juga menitik beratkan factor-faktor mental atau kognitif dan sosiobudaya yang mempengaruhi kecekapan berbahasa dan kecekapan berkomunikasi seseorang pelajar. Kepentingan pendekatan komunikatif ialah seseorang itu harus sedar tujuan ia belajar bahasa dan kemudian mengaplikasikan dalam sesuatu situasi tertentu yang diyakini keberkesanannya.
Ahli-ahli
komunikatif
menimbangkan
semua
aspek
psikolinguistik
iaitu
cara
pemerolehan bahasa, aspek sosiolinguistik atau interaksi untuk perhubungan kemasyarakatan. Aspek linguistik termasuklah aspek paralinguistik yang melibatkan pergerakan semasa pertuturan seperti gerak bibir, mimik muka dan sebagainya juga diberi penekanan dalam pendekatan ini.
Fungsi pendekatan komunikatif dalam pembelajaran bahasa i.
Mengikut landasan tertentu yang mampu memberi kemahiran kepada pelajar itu berkomunikasi.
ii.
Menguasai kemahiran berbahasa yang lain seperti menguasai ilmu tatabahasa.
iii.
Menggunakan bahasa dalam konteks yang betul
Ciri-ciri penting pendekatan komunikatif Menurut Kamarudin (1993)antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam pendekatan komunikatif ialah seperti i.
Makna sangat dipentingkan;
ii.
Dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan;
iii.
Konteks dan situasi komunitf sangat diberi keutaman;
iv.
Pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;
v.
Latih tubi perlu tetapi bukan keutaman;
vi.
Pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
vii.
Bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran muridmurid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar;
viii.
Murid-murid digalakan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
ix.
Terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya;
Prinsip-prinsip pengajaran pendekatan Komunikatif Menurut Kamarudi dan Siti Hajar (1999), pendekatan komunikatif mempunyai beberapa prinsip tertentu yang menjadi landasan kepada perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti : i.
Penguasaan Tatabahasa Penguasaan tatabahasa melambangkan kemahiran seseorang itu menguasai aspekaspek utama untuk bertutur. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan seseorang itu menguasai atau mempunyai pengetahuan tentang berbendaharaan kata morfologi, sintaksis, semantic dan fonologi.
ii.
Kebolehan menguasai sosiobudaya Bahasa mesti dituturkan intonasi dan struktur yang betul dan ini menjamin proses komunikasi
yang
berkesan
dan
sekiranya
pengetahuan
atau
kecekapan
sosiobudaya tidak dimiliki oleh seseorang murid itu, akan mewujudkan kesukaran dalam dirinya untuk menguasai kemahiran berkomunikasi.
iii.
Kebolehan menguasai wacana Dalam konteks wacana, komunikasi bermaksud kemahiran menggunakan ayat dengan baik dan berkesan serta mudah difahami oleh pihak yang mendengar.
Aktiviti Komunikatif Littlewood (1982) dalam Kamarudin (2001) telah memperlihatkan proses penting yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menunjukkan arah belajar komunikasi. i.
Peringkat pertama – aktiviti prakomunikatif (aktiviti struktur dan aktiviti kea rah komunikasi) Peringkat pertama pengajaran dimulakan dengan penyampaian butiran bahasa iaitu struktur dan fungsi diikuti dengan latihan terkawal. Latihan yang diberi mestilah bermatlamat membina bahasa yang boleh digunakan untuk berkomunikasi bukan latihan struktur semata-mata.
ii.
Peringkat kedua – aktiviti Komunikatif ( aktiviti komunikasi yang berfungsi dan aktiviti interaksi sosial) Peringkat kedua pula, guru menyediakan situasi yang membolehkan murid menggunakan bahasa yang dipelajari pada peringkat pertama untuk berkomunikasi yang sebenar. Guru juga perlu mewujudkan situasi yang membolehkan murid berkomunikasi. Guru boleh mengadakan aktiviti komunikatif yang membanyakkan interaksi antara murid dengan murid dan mengurangkan interaksi antara guru dengan murid.
Aktiviti komunikatif amat penting dalam membina kemahiran komunikasi adalah kerana aktiviti tersebut : i.
Menolong menanam rasa yakin pada diri sendiri dalam kalangan murid untuk menggunakan bahasa.
ii.
Membolehkan murid memperoleh atau mempelajari bahasa melalui pendedahan kepada peraturan penggunaan bahasa kerana semasa menyelesaikan tugasan murid akan terdedah kepada bahasa sebenarnya.
iii.
Dapat menyediakan konteks atau suasana sesuai bagi pembelajaran bahasa
iv.
Dapat meningkatkan keberkesana pembelajaran bahasa kerana murid terlibat dengan aktif dalam penggunaan bahasa.
Prosedur Pendekatan Komunikatif Menurut Kamarudin (2001) strategi pendekatan komunikatif untuk sesuatu pengajaran itu diperlihatkan seperti berikut : 1. Langkah: menimbulkan ransangan Guru
harus
menyediakan
satu
tugasan.
Tugasan
boleh
diberikan
secara
lisan(mendengar melalui pita rakaman, bacaan dari guru dan sebagainya, melalui lawatan ringkas, kertas panduan dan sebagainya) murid harus sedar akan tanggungjawab dan tugas mereka dan dapat mengenalpasti maklumat yang diperlukan.
2. Langkah : persepsi Murid-murid akan berlatih mengembangkan persepsi mereka dengan melibatkan imaginasi dan
proses tranformasi. Bahan ransangan yang disediakan akan
menyebabkan murid-murid mengaitkan pengalaman mereka dengan tajuk yang ditetapkan. Pelbagai pendapat dan pandangan akan diperkatakan oleh murid dan mereka mula melihat dengan rasional dan kreatif. mereka juga diberi peluang untuk berbincang bertukar-tukar idea, maklumat dan pengetatuan.
3. Langkah : perancangan dan kemahiran Dalam langkah ini, murid telah mempunyai input yang cukup melalui proses perbincangan. Pada waktu ini, mereka boleh dibimbing untuk memindahkan input mereka ke dalam bentuk komunikatif yang diperlukan.
4. Langkah : penghayatan kendiri Murid-murid diminta mengemukakan bentuk komunikatif yang telah dapat dihasilkan. Mereka diberi peluang membaca atau mengemukakannya kepada rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan pandangan atau penilaian mereka. hal ini akan menggalakkan murid berfikir, mendengar dan meniliti hasil rakan-rakan mereka seterusnya akan mewujudkan interaksi yang berkesan antara mereka.
5. Langkah : penilaian dan kejituan Guru akan menilai dan menarik perhatian murid kepada aspek-aspek yang kreatif. guru seharusnya dapat mengemukakan aspek-aspek yang positif dan memberansangkan seperti motivasi dan galakan yang sepenuhnya berbanding mengemukakan idea yang negative.
Dalam membuat penilaian, penekanan
haruslah dilakukan kepada kelancaran,
kecekapan dan kejituan. Kejituan didefinasikan sebagai ketepatan seseorang murid menggunakan bahasadan bercakap dengan jelas dan tepat dan tidak terkeluar dari konteks. Kecekapan pula ditakrifkan sebagai berupaya menunjukkan kebolehan secara kreatif dan imaginative dalam penggunaan bahasa. Dalam penilaian, murid-murid sendiri digalakkan untuk melakukannya melalui kumpulan kecil. Murid-murid akan belajar dengan lebih selesa jika rakan-rakan mereka sendiri memberikan pendapat mengenai hasil kerja mereka.
PERMAINAN BAHASA Dalam permainan bahasa, kebanyakan aktiviti yang dijalankan lazimnya akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Objektif tersirat permainan bahasa :
Meransang interaksi verbal pelajar
Menambah kefasihan dan keyakinan
Menyediakan konteks pembelajaran
Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
1. Cari perkataan tersembunyi
Q
W
E
R
T
Y
U
I
O
J
L
H
G
F
D
S
S
Q
O
D
S
D
F
G
H
C
U
C
U
J
K
L
E
F
G
A
B
C
V
B
N
M
L
K
J
H
G
F
P
F
D
T
S
A
Q
W
E
R
R
T
Y
U
I
O
U
Z
X
U
C
V
B
N
N
E
N
E
K
M
N
B
P
V
C
K
X
Z
A
S
D
D
F
G
H
J
K
L
U
Q
W
E
R
T
T
Y
U
I
O
P
L
K
J
A
R
W
A
S
D
F
A
H
J
K
L
O
U
B
I
R
W
A
T
I
O
P
B
Y
B
N
G
M
T
Y
U
A
L
N
O
C
A
S
A
D
A
V
B
M
K
F
G
D
V
A
K
C
X
G
N
O
L
H
M
A
U
K
J
U
V
K
I
B
N
M
G
L
K
J
K
H
G
G
F
A
O
I
D
U
Y
T
R
E
W
A
Q
A
S
D
F
S
P
L
A
K
J
J
H
G
K
F
D
S
A
Z
X
U
D
S
A
Z
X
C
V
B
N
M
N
B
V
C
X
B
F
G
B
A
P
A
S
A
U
D
A
R
A
H
J
I
M
E
T
Y
Q
W
E
R
T
Y
U
I
O
P
L
K
Cari Perkataan : 1. datuk
10. sepupu
2. nenek
11. Cucu
3. ayah
12. anak
4. ibu 5. kakak 6. abang 7. adik 8. bapa saudara 9. ibu saudara
2. Ayat pemintal Lidah ( nilai-nilai murni)
1. Aminah simpan amanah Maimunah. 2. Dayang sayang moyang selepas sembahyang. 3. Harun tolong Khairun simpan karung kalung. 4. Rohani berani bertani seorang diri di kebun Pak Derani. 5. Syakirah pemurah derma darah pada Zaharah. 6. Ahmad hormat pada yang berhormat dan sedia berkhidmat. 7. Akbar sabar walau dicabar guru besar.