Pendekatan Kognitif

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Kognitif as PDF for free.

More details

  • Words: 1,652
  • Pages: 12
Pengaplikasian Pendekatan Kognitif dalam proses pembelajaran kanak-kanak dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran.

(a)

i.

Huraikan prinsip-prinsip pendekatan Kognitif.

ii

Bincangkan kepentingan dan pendekatan Kognitif dengan mengaplikasikan konsep ini dalam amalan bilik darjah.

(b)

Bagaimana anda mencorak alam pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Bincangkan. Jawapan anda hendaklah merangkumi tiga aspek alam belajar.

a (i) Definisi Kognitif Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Ciri-ciri pembelajaran Kognitif

1. Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja. 2. Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di dalam sekitar. 3. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk pembelajaran. 4. Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedaranya terhadap kewujudan rangsanganrangsangan baru.

Pandangan ahli-ahli psikologi mengenai teori pembelajaran kognitif

Teori Pembelajaran Kohler

Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam perkitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang diadapi.Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Teori Pembelajaran Piaget

Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atau abstrak.Pada peringkat operasi konkrit pembelajaran berkesan

bergantung

kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Teori Pembelajaran R.M.Gagne

Menurut

teori

pembelajaran

Gagne

beliau

lebih

menekankan

pembelajaran adalah melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Tambahan pula beliau menyarankan pengalama-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka penjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Beliau mengutarakan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran , iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Teori Pembelajaran Bruner

Menurut Bruner peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang biasa dilalui oleh kanak-kanak normal ialah peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat Simbolik. Beliau mengatakan bahawa proses pembelajaran adalah berlandaskan

kepada

pertimbangan

jenis

bentuk

pembelajaran.

Bruner

menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi , keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayan penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan untuk menghadapi berbagai situasi. Bruner menghuraikan empat prinsip pengajaran

dan

pembelajaran

berlandaskan

teori

pembelajaran

yang

dikemukakannya iaitu prinsip motivasi,struktur,sekuen dan peneguhan.

Teori Pembelajaran David P.Ausubel

Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi yang bermakna. Mengikut Ausubel ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan pelajaran baru mesti dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.Dalam pembelajaran resepsi maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada

pelajar .Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam struktur kognitifnya sahaja.

a (ii) Aplikasi pendekatan kognitif dalam amalan bilik darjah

Aplikasi pendekatan Kohler:Beliau menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia ada pada

pelajar

dalam

penyelesaian

masalah.

Guru

membimbing

pelajar

menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Contoh yang nyata ialah semasa guru hendak mengajar karangan bergambar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama pelajar perlu didedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapat hubung kaitkan penerangan tentang gambar-gambar tersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dan langsung pelajar dapat

secara tidak

menghasikan satu karangan yang lengkap dengan

menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pembelajaran baru mereka.

Aplikasi Piaget:Beliau menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,daripada kasar kepada halus,mengikut perkembangan otot-otot individu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dan digalakkan melibatkan secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.Contoh pembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk pencemaran air dapat dijelaskan kepada pelajar dengan menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan pencemaran ini.Pelajar dapat menghayati pengajaran guru dengan berpandukan gambar dan penerangan guru serta memahami keburukan pencemaran secara keseluruhannya.Proses ini akan akan memotivasikan pelajar agar memelihara alam semulajadi untuk kesejahteraan umat manusia.

Aplikasi R.M.Gagne:Beliau menekankan pelajar supaya dapat membezakan cirri-ciri penting atau khusus untuk membina konsep dan hukum. Proses ini akan mendorong pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip hukum dan teorem.Penggunaan bahan konkrit oleh guru menyebabkan pelajar dapat memproses maklumat dengan penggunaan deria. Proses ini berlaku disebabkan oleh gerak balas dan rangkaian motor. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah ,tolak, darab dan bahagi membena sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dikuasahi melalui latihan dan permaianan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah.

Aplikasi J.S.Bruner:Beliau menekankan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri penemuan dan kaedah induktif serta memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.Contoh bagi teori ini ialah dalam pengajaran mata pelajaran Sains.Pelajar-pelajar

dapat

membuktikan

fakta,membentuk

soalan-soalan

relevan,mengembangkan cara-cara atau kaedah dan memberi keterangan berkaitan tajuk yang diajar oleh guru.Dalam tajuk fotosintisis pelajar dapat mempelajari cara-cara daun membuat makanan dengan menggunakan cahaya matahari ,air dan klorofil. Hasil kajian yang dilakukan oleh pelajar berkaitan tajuk fotosintisis ini akan diberi peneguhan oleh guru.

Aplikasi Ausubel:Beliau menekankan ajaran konsep,prinsip dan hukum yang sedia ada.Pelajar dilatih menggunakan pengelola awal dengan pendekatan induktif, deduktif atau pun gabungan kedua-duanya.Guru harus menentukan objektif pengajaran, isi pengajaran dan memilih contoh-contoh yang sesuai.Murid akan menjamin pembelajaran yang bermakna itu wujud, guru harus menolong pelajarnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan struktur yang diajarkan. Setiap konsep atau prinsip baru hendaklah dikaitkan rapat dengan konsep atau prinsip yang telah ada dalam struktur pelajar.Contohnya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar telah ada pengetahuan sedia ada mengenai tajuk kenderaan.Pelajar telah belajar tentang konsep ‘kereta’ mereka tahu bahawa sebuah kereta mempunyai tayar,lampu,stering,roda,tempat duduk

dan mempunyai injin.Tajuk baru yang akan dipelajari ialah berkaitan dengan kapal terbang yang mungkin mereka belum pernah lihat dan sentuh.Namun pemahaman mereka mengenai kenderaan akan membantu mereka agar tidak perlu buat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sedia ada.Sebaliknya pelajar tadi akan mengubahsuai terhadap konsep tersebut sekiranya mereka tidak pernah melihat bentuk sesuatu kenderaan yang tidak wujud dalam persekitaran mereka.

(b) Tiga aspek alam belajar yang mencorak pembelajaran berkesan di dalam kelas.

1.

Mengikut kebiasaan pelajar akan lebih berminat dan mengambil bahagian

dalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh para guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi guru memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa ke semasa. Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar.Suara seorang guru mesti

memikat naluri dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang disampaikannya.Guru mesti bersifat tenang dan tidak menengking terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang kekecohan dalam bilik darjah. Suara guru yang memikat pelajar akan membawa perubahan yang positif dalam bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku tanpa sebarang gangguan emosi kepada pelajar. Guru harus menggunakan perkataan –perkataan yang bersopan seperti ‘sila duduk’, ‘tolong berhenti cakap’ , memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru dan muridmurid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun. Pelajar menjadi klien utama guru. Segala gerak-geri , pertuturan dan perbuatan guru diperhatikan oleh mereka. Jika guru membiarkan perlakuan mengusik-usik atau membuli-buli,pelajar akan terasa tidak selamat dan selesa berada dalam bilik darjah tersebut. Dengan ini segala hasil usaha guru tidak berhasil. Guru harus peka dan elakkan suasana tersebut wujud dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif adalah memainkian peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid-murid secara langsung. Suasana bilik darjah yang serba lengkap seperti kerusi meja ,langsir ,kipas ,almari ,persekitaran yang nyaman dan papan kenyataan yang ditampal dengan

maklumat pengajaran yang berfaedah akan membantu pelajar menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

2.

Sekiranya seorang guru inginkan anak muridnya berkolaborasi dan

kumpulan kecil mereka perlu dikumpulkan dan ditempatkan dalam bentu bulatan mengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster meja. Bagi perbincangan secara kelas guru perlu meletakkan mereka dalam bentuk bulatan atau berbentuk U. Bagi pembelajaran kadar kendiri dan bersifat individu kemungkinan boleh diwujudkan stesen-stesen pembelajaran. Bagi kaedah kluster guru harus memusatkan pelajar 4-8 orang duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat. Dengan kaedah-kaedah ini guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktivitiaktiviti yang yang dikendalikan olehnya. Proses ini akan meningkatkan pembelajaran dan pengurangan tingkaha-laku bermasalah dalam kalangan murid-murid.

Pelbagai Gaya

Gaya Auditorium

Gaya Perbincangan

Gaya U

Gaya Kluster

3.

Komuniti pembelajar lebih dirujuk kepada sekumpulan manusia yang

belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklumbalas, refleksi dan penurunan kuasa.Guru akan menyerapkan

kaedah

pembelajaran

kolobarasi

sesama

murid

melalui

pembelajaran koperatif. Murid akan melakukan aktiviti dalam kumpulan atau rakan sebaya mereka.Hubungan di antara pelajar akan lebih erat dalam konteks akedemik dan social. Guru akan memokuskan aktiviti-aktiviti pengajaran ke arah pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Bilik darjah akan beroperasi akan sebagai pusat kawalan terhadap ilmu yang akan diperolehi diperkongsikan bersama. Guru perlu meningkatkan kebolehan

diri

sendiri

dalam

menyampaikan

maklumat

baru

dengan

pengetahuan sedia ada pelajar agar mereka dapat memahami maklumat yang kompleks.Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan sesuatu atas maklumat peribadi . Guru akan mengambil berat tentang perbezaan individu dalam menyampaikan maklumat dan pengajaran.

Kesimpulan Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang penting dalam segala amalan pembelajaran . Semua ahli psikologi yang memberi penekanan kepada teori kognitif memberi penekanan kepada perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Alam belajar yang kondusif akan memerangsangkan lagi pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Related Documents

Pendekatan Kognitif
May 2020 24
Kognitif
May 2020 21
Kognitif
October 2019 29