Pendekatan Humanis

  • Uploaded by: ladlady
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Humanis as PDF for free.

More details

  • Words: 1,674
  • Pages: 12
10 Pengenalan Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.

20 Prinsip-prinsip pendekatan humanis 2.1 Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut.

Contohnya: 1

Kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan adalah lebih cenderung ke arah perbuatan yang agresif dan negatif kerana pengaruh persekitaran yang banyak menonjolkan masalah keluarga dan sosial.

2.2 Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu: •

Pembelajaran kognitif yang tidak berguna

ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. •

Pembelajaran eksperiential

ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3 Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna.

Contoh situasi mengikut pandangan Carl Rogers: Karim murid tahun enam yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain telah 2

menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

2.4 Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. 2.5 Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi.

Rajah 1: Hirarki Keperluan Maslow 2.6 Mengikut pandangan ahli humanis, individu yang berada pada aras hirarki yang paling rendah akan mencari maklumat dan kaedah berbentuk menangani. Contohnya, bagaimanakah untuk menangani masalah kewangan? Setiap individu yang berada pada setiap aras hirarki akan berusaha memenuhi keperluan dan menutupi 3

segala kekurangan yang wujud. Akhirnya pada peringkat penyempurnaan kendiri, individu akan berusaha mencari ilmu yang dapat memupuk keimanan dan sikap ( nilai murni) yang dapat menyempurnakan diri mereka ke arah positif.

3.0 Kepentingan Dan Pendekatan Humanis Dalam Amalan Bilik Darjah 3.1

Menurut Choong Lean Keow, sebagai seorang guru, kita haruslah

menyedari bahawa setiap murid kita mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Hal ini adalah amat penting sekali kerana sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, maka adalah mustahil untuk murid-murid menerima pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah seperti kemiskinan maka wujudlah inisiatif seperti Program Susu Tambahan, Rancangan Makanan Tambahan dan bantuan untuk murid-murid kurang kemampuan. 3.2

Selain itu, sebagai guru kita haruslah prihatin dengan perkembangan

murid-murid kita . Kita perlu memastikan keperluan dan kebajikan murid-murid kita terpelihara dan sentiasa dipenuhi. Kesannya, murid-murid akan lebih bersemangat dan berminat untuk belajar dan mencapai kejayaan yang diinginkan. 3.3

Sebagai langkah untuk menarik minat murid dan meransang mereka

untuk belajar, guru haruslah kreatif dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan pembelajaran murid adalah amat penting dalam membantu meransang minat mereka.

4

Tugasan yang diberikan pula haruslah sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengelakkan murid menjadi tertekan dan bosan untuk belajar.

3.4 Bagi lebih memperlihatkan pendekatan humanis ini dalam bilik darjah, guru hendaklah meransang dan memenuhi keperluan asas mereka terlebih dahulu seperti yang dinyatakan oleh Maslow dalam buku Choong Lean Keow (2008). Hal ini supaya guru dapat meminimumkan ancaman luaran dalam pembelajaran terhadap muridmurid seperti yang dikaitkan dalam Teori Pembelajaran Eksperiential Rogers (1970) yang menyatakan bahawa ancaman luaran yang minimum menyebabkan murid menjadi lebih pantas dalam menerima pembelajaran. Rajah A. menunjukan bagaimana hubung kait antara keperluan asas murid dengan ancaman luaran dalam pembelajaran dan implikasinya.

Rajah 2

5

4.0 Pembelajaran Yang Berkesan Di Dalam Kelas

4.1

Menurut Norlie (2008) pula, untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan di

dalam kelas, terdapat 3 aspek yang dititikberatkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 3 aspek tersebut adalah :

Jadual 1

4.1.1 Psikososial Dalam aspek psikososial terdapat empat elemen iaitu : I. Nada suara II. Budi bahasa III. Suasana yang kondusif IV. Tingkah laku yang diterima 4.1.1.1 Nada suara yang berkesan. Bagi seorang guru, nada suara merupakan peranan yang penting semasa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Nada suara yang berkesan biasanya adalah tegas tetapi tidak semestinya nyaring. Guru tidak seharusnya menggunakan suara yang perlahan atau berbentuk bisikan agar murid-murid mendapat maklumat yang disampaikan dengan tepat. 6

4.1.1.2 Saling berbudi bahasa. Guru merupakan “role model” kepada murid-murid kerana murid-murid sering mengikut tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru. Oleh itu, guru seharusnya menggunakan bahasa yang sopan seperti “terima kasih”, “Alhamdulillah” dan sebagainya. Guru juga dilarang sama sekali menggunakan sindiran semasa berkomunikasi dengan murid-murid. Secara tidak langsung nilai-nilai muri seperti saling menghormati diantara guru dan murid-murid dapat dipupuk. Selain itu, objektif sekolah yang merupakan sebuah tempat untuk murid-murid belajar

berbudi bahasa dan

bertingkah laku sopan santun dapat dicapai.

4.1.1.3 Tingkah laku yang diterima. Setiap perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh guru amatlah mempengaruhi persekitaran psikososial bilik darjah. Perbuatan dan pertuturan guru kebiasaannya akan ditiru oleh murid-murid. Justeru, perlakuan seperti buli membuli serta usik mengusik tidak seharusnya berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini untuk memastikan bahawa bilik darjah selamat serta selesa untuk memudahkan murid-murid menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

4.1.1.4 Suasana yang kondusif. Suasana-suasana yang wujud di dalam kelas seperti perbuatan, bunyi, bau dan perasaan kebiasaannya akan mempengaruhi tingkah laku murid secara tidak langsung. Oleh itu, guru seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap susunan fizikal

7

kelas

untuk

mewujudkan

suasana

yang

kondusif

di

kalangan

murid-murid.

Kebiasaannya murid-murid akan berasa seronok dan lebih selesa untuk belajar apabila: •

Kelasnya dilengkapi kerusi dan meja yang kukuh,



Papan kenyataan yang penuh dengan maklumat pengajaran yang berfaedah



Langsir yang bewarna



Dinding yang dicat dengan warna yang menarik.

Oleh sebab itu, penerimaan maklumat terhadap sesi pengajaran yang disampaikan lebih berkesan.

4.1.2 Fizikal 4.1.2.1

Terdapat beberapa cara-cara penyusunan bilik darjah yang berkesan

berdasarkan keadaan yang ingin digunakan oleh guru tersebut. Kebiasaannya susunan fizikal bilik darjah dapat mempengaruhi faktor psikososial murid-murid. Ia juga mencerminkan gaya pengajaran seseorang guru.

Contoh yang kita dapat lihat adalah seperti: •

meja

disusun

berbentuk

bulatan

atau

berbentuk-U

-bertujuan

untuk

perbincangan kelas. •

bulatan mengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster meja- kolaborasi dalam kumpulan kecil.

8

4.1.2.2

Guru juga harus ingat bahawa sesebuah bilik darjah bukan sahaja terdiri

daripada kerusi dan meja, guru juga hendaklah memberi perhatian kepada beberapa aksesori yang memberi “sentuhan peribadi”. Aksesori tersebut adalah seperti : •

Pokok-pokok di dalam pasu



Sudut-sudut pembelajaran



Papan kenyataan



Poster



Kata-kata hikmah

4.1.2.3

Menurut Choong Lean Keow, persekitaran fizikal yang kondusif adalah

penting kerana mengikut pendapat ahli-ahli teoriianya diibaratkan sebagai “guru kedua”. Ini kerana apabila hasil karya murid dipamerkan dan ruang bilik darjah dapat dimaksimumkan penggunaannya untuk dilakukan pelbagai aktiviti kumpulan. Hal ini akan menyebabkan murid terdorong untuk memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan berlakunya tingkahlaku bermasalah dalam kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pembelajaran di kalangan murid-murid.

4.1.3 Komuniti Pembelajaran 4.1.3.1

Menurut Mok Soon Sang, komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan

manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklum balas, refleksi, dan penurunan kuasa. Komuniti pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 9



Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif



Penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya.



Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial.



Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.

4.1.3.2

Komuniti pembelajaran yang beroperasi di dalam bilik darjah berpegang

kepada prinsip-prinsip yang berikut: •

Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh dikongsi bersama.



Pembelajaran yang menitikberatkan pemahaman.



Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi menyelesaikan masalah.



Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan sesuatu atas matlamat peribadi.



Perbezaan antara individu tidak dilihat sebagai satu masalah. Setiap pelajar dialu -alukan memberi sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

4.1.3.3

Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip yang di atas, terdapat beberapa

pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru: •

Berorientasikan teori pembelajaran konstruktivis. Contohnya murid-murid diberi peluang untuk membina makna dengan persekitaran di mana mereka berada.



Berpaksikan pembelajaran berkolaboratif dan aktif dalam bilik darjah. 10



Berfokuskan kepada pembelajaran sebagai satu proses di mana hubungan antara interpersonal dititikberatkan.



Bertumpu kepada rangkaian pendidikan antara sekolah dan komuniti.

Secara kesimpulannya, kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan seluruh warga sekolah akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai slogan yang disebut “sekolahku rumahku”.

Bibliografi Buku

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, & Rafidah Kastawi. Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid dan Alam Belajar. 11

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Internet

Norlie (2008). [ Word File].assg_psikologi http://www.geocities.com/norlionline/assg_psikologi [2008, ogos 08]

Pembelajaran Eksperiensial (C. Rogers) http://www.teachersrock.net/Eksperiential.htm [2008, ogos 07]

12

Related Documents


More Documents from ""

Pendekatan Humanis
December 2019 27
Tugasan Pengurusan Bd
April 2020 18
Bunyi Jantung
May 2020 36
Kemahiran Menyoal Present
December 2019 24
Motivasi Pembelajaran
December 2019 33