PENGENALAN Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancer. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah.
DISIPLIN BILIK DARJAH Konsep Menurut Choong Lean Keow (2009), perkataan disiplin membawa maksud mencegah atau menghukum salah laku yang timbul. Selain itu, ia juga bermaksud ‘hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih’. Sesetengah pendidik melihat disiplin sebagai ‘tugas
menguatkuasakan
peraturan
bilik
darjah
bertujuaan
memudahkan
pembelajaran
dan
meminimumkan gangguan’. Selain itu, Choong Lean Keow juga menyatakan pendapat Feldhusen (dalam Levin & Nolan 2004) yang menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar. Dengan itu, apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh dianggap masalah disiplin. Di samping itu, terdapat pandangan yang menyatakan masalah disiplin adalah tingkah laku yang: i. Mengganggu pengajaran ii. Mengganggu hak orang lain yang ingin belajar iii. Tidak selamat secara psikologi taupun fizikal iv. Merosakkan harta benda v- Masalah disiplin mungkin disebabkan oleh guru atau murid. Seperti mana yang kita ketahui, perancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru amat penting dalam memastikan murid dapat memberikan perhatian yang penuh seterusnya mengawal mereka daripada melakukan gangguan dalam pengajaran tersebut. Kegagalan guru menguruskan tingkah laku murid boleh menimbulkan gangguan kepada murid-murid lain. Mendisiplinkan murid yang menggangu proses pengajaran merupakan rutin seorang guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Faktor-Faktor Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah Menurut Choong Lean Keow (2009) juga, terdapat lima faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah. Antaranya ialah faktor rumah. Sesetengah masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah merupakan kesan dariapada masalah yang berlaku di rumah murid terbabit. Kebiasaannya murid yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian lebih cenderung melakukan masalah disiplin. Krisis dalam keluarga seperti perceraian ibu bapa dan penderaan boleh mencetuskan tingkah laku yang bermasalah. Sekiranya berlaku sedemikian, guru perlulah berjumpa dengan ibu bapa untuk perbincangan yang lebih lanjut. Rujukan kepada kaunseling diperlukan sekiranya keadaan bertambah buruk dan berterusan.
Selain itu, tingkah laku bermasalah disumbang oleh faktor rakan sebaya. Sesetengah murid ingin menonjolkan diri di kalangan rakan-rakan mereka tetapi melakukannya dengan cara yang tidak sepatutnya seperti bertumbuk, menyertai ‘gang’ yang memupuk aktiviti keganasan serta melawan guru. Terdapat juga murid yang mengalami masalah dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru dan mendorong mereka untuk ponteng dan mengasingkan diri. Di samping itu, faktor sekolah boleh menimbulkan masalah disiplin melalui sitem peraturan yang ketat serta kegagalan menyediakan kemudahan pembelajaran yang sewajarnya kepada murid-murid. Terdapat murid yang tertekan dengan peraturan sekolah yang mempraktikkan kuasa autoriti dan mengambil tindakan tanpa budi bicara yang sepatutnya. Murid juga akan merasa terbatas dalam setiap tidak tanduk mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka memberontak dan melawan sistem yang ada menyebabkan berlakunya tingkah laku yang bermasalah. Murid-murid yang berasa bosan dan malas untuk belajar merupakan kesinambungan daripada faktor pembelajaran. Guru-guru seharusnya peka dengan tahap pembelajaran murid supaya mereka berasa selesa dan yakin untuk meneruskan pembelajaran dengan guru terbabit. Murid yang tidak boleh mengikuti pengajaran oleh guru akan berasa tertekan dan berasa mereka dipinggirkan oleh guru. Oleh itu, mereka akan menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan dan menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh guru. Sehubungan itu, guru seharusnya mengenal pasti masalah murid apabila situasi tersebut terjadi dan memastikan murid tersebut tidak ketinggalan jauh supaya langkah-langkah pemulihan dapat diberikan.
Guru yang tidak dapat menyediakan perancangan persediaan rapi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran akan menyumbang kepada tingkah laku murid yang bermasalah. Kegagalan guru membuat persediaan yang sewajarnya akan mengakibatkan murid berasa bosan dan tidak tercabar dalam akademik. Mereka juga akan merasa bosan dan hilang minat seterusnya melakukan tingkah laku yang negatif untuk menghilangkan bosan mereka. Oleh itu, guru haruslah sentiasa bersedia dan menyampaikan kandungan pengajaran dengan berkesan dan jelas agar dapat memaksimumkan pembelajaran murid-murid.
Cara Mengendalikan Masalah Displin Dalam Bilik Darjah Amaran Kontruktif
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada apa dan bagaimana diperkatakan oleh guru tersebut. Guru haruslah mempertimbangkan prosedur berikut: 1. Menarik perhatian murid 2. Beritahu tingkah laku yang diingini dengan jelas 3. Beritahu kesan tingkah laku negatif dengan jelas 4. Amaran yang diberikan hendaklah ringkas dan difahami 5. Cepat teruskan pengajaran dan puji murid lain 6. Memuji sebaik tingkah laku yang dingini wujud
Hukuman 1. Respon guru yang kerap merupakan amaran 2. Respon punitif – penggunaan ancaman lisan 3. Ingat – guru haruslah berbincang terlebih dahulu sekiranya hukuman membawa kesan negatif kepada murid 4. Kaedah yang menyekat pembelajaran (Englander1986)
Mencegah salah laku Adalah penting jika guru dapat membuat pencegahan awal melalui beberapa cara iaitu: 1. Memahami situasi/dinamika sesuatu bilik darjah dalam konteks sosial murid 2. Menyediakan pengajaran yang berkesan yang dapat menarik minat murid Mengurus Disiplin Guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus bilik darjah: 1. Rutin bilik darjah yang berkesan 2. Hubungan sosial yang sihat dalam dan luar bilik darjah 3. Bina persekitaran pembelajaran yang bermakna 4. Mengingatkan murid tentang kesan salah laku 5. Beri perhatian dan motivasi 6. Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran 7. Amalkan pengurusan masa dan aktiviti P&P dengan berkesan.
Ketika melakukan pemerhatian di sekolah, saya mendapati masalah disiplin di sekolah tersebut kebanyakannya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Kebanyakan murid yang melakukan masalah displin adalah kerana ingin menonjolkan diri kepada rakan-rakan mereka terutamanya dengan membuat bising dan ponteng kelas. Saya begitu tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru di sekolah tersebut dalam menangani masalah disiplin yang timbul. Mereka telah mendekati murid dengan menyelami masalah sebenar murid tersebut dan memberikan nasihat-nasihat yang bernas dalam usaha mengelakkan mereka kembali memberontak.
Tegas merupakan salah satu kaedah mengawal kelas yang bising
Salah satu pendekatan guru menghukum murid yang bermasalah