Seni Dalam Pendidikan 12

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Dalam Pendidikan 12 as PDF for free.

More details

  • Words: 509
  • Pages: 3
SENI DALAM PENDIDIKAN PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN IRAMA, WARNA DAN RUANG

Aktiviti Muka surat: 24 dan 25



Sila buat catatan



Buatkan ujikaji

(i) Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah. Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya. Warna Bilik Darjah

Tepi Pantai

Putih

Biru

Biru

Hijau

Merah Jambu

Coklat

Coklat

Hitam Putih



Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah Setelah pemerhatian dijalankan, didapati bahawa warna yang terdapat di tepi

pantai kelihatan tenang, lembut dan mendamaikan. Kebiruan air laut yang terbentang luas disamping ombak yang berulang-alik datang dan pergi menghempas pantai kelihatan sungguh menakjubkan. Kehijauan pepohon nyiur yang melambailambai seolah-olah menyambut kadatangan setiap pengunjung pantai tersebut. Kebersihan

pantai

yang

memutih

dan

kehalusan

pepasirnya

membuatkan

pengunjungnya terpesona dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Keputihan dan kebiruan awan berarak melambangkan kebesaran penciptaNya.

Warna-warna ini dapat mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang berdasarkan situasi dan keadaaan. Kombinasi warna putih dan biru telah digunakan di dalam bilik darjah. Warna putih telah dicat di bahagian syiling dan sebahagian dinding kelas tersebut. Manakala selebihnya warna biru telah dicat pada dinding tersebut. Warna pada sekitar kelas tersebut kelihatan pudar dan agak lusuh. Seharusnya pihak sekolah mengambil tindakan memperbaharui warna tersebut. Dengan ini kelas tersebut akan kelihatan lebih ceria dan baru. Penggunaan warna merah jambu turut digunakan pada perabot seperti almari serbaguna, sudut bacaaan dan loker murid. Bagi mewujudkan suasana neutral, warna kayu atau coklat disesuaikan pada meja guru, meja murid dan kerusi. Kombinasi kesemua warna ini menyebabkan kelas menjadi gelap dan memerlukan bantuan cahaya lampu terutamanya ketika waktu hujan. Ini menyebabkan penggunaan elektrik secara berlebihan berlaku.



Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar Pemilihan warna di dalam bilik darjah perlulah disesuaikan penggunaannya.

Misalnya, warna putih biru digunakan untuk mengecat kesemua ruang syiling dan warna putih dicat di ruang dinding di dalam kelas. Ini dapat melambangkan kebersihan dan kesucian. Manakala, warna lain contohnya warna biru boleh digunakan untuk mengecat bahagian bawah dinding di luar kelas. Penggunaan warna kayu untuk semua perabot yang terdapat di dalam kelas dapat mewujudkan suasana yang lebih neutral. Seharusnya penggunaan warna yang gelap dan terang patut dielakkan, kerana ia akan menyebabkan suasana sesuatu ruang akan kelihatan malap, gelap dan sempit. Penggunaan warna lain juga boleh digunakan untuk mengecat bilik darjah, contohnya seperti warna-warna yang lembut seperti warna merah jambu. Dengan ini akan menjadikan suasana bilik darjah lebih tenang dan tenteram.

(ii) Marilah kita meneroka keindahan warna.



Buatkan ujikaji

Anda boleh menggunakan pensel warna atau warna air untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan Warna Asas:

Campur: merah dengan biru; anda akan mendapat warna ungu merah dengan kuning; anda akan mendapat warna oren biru dengan kuning; anda akan mendapat warna hijau

Sekarang, cuba anda meneroka campuran Warna Sekunder dengan Warna Asas menghasilkan Warna Tertier pula.

Campur: ungu dengan merah; anda akan mendapat warna merah hati jingga dengan kuning; anda akan mendapat warna kuning pekat hijau dengan biru; anda akan mendapat warna biru laut

Related Documents