Seni Dalam Pendidikan Assingment.docx

  • Uploaded by: saranya
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Dalam Pendidikan Assingment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,282
  • Pages: 5
1.0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu,

kefahaman dalam ketiga-tiga bidang

ini

boleh

dicapai

melalui

penerokaan,

memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintergrasikan ke dalam mata pelajaran lain. Pada pendapat Howard Gardner(1983) setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan. Malah, Seni visual, Muzik dan pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan perkembangan secara holistik dan juga membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang murid. Seterusnya, teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner,(1983) telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Hal ini demikian kerana, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai. Di samping itu, Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Oleh itu, seni dalam pendidikan amat mempengaruhi pembelajaran seseorang.

2.0 Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Elemen Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu Meningkatkan Pembelajaran Murid Pemulihan.

Klein,(1997). Teori Gardner ini telah banyak menerima kritikan yang menyatakan ia terlalu luas untuk dirangka melalui kurikulum, Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah menimbulkan minat para pendidik dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dengan mengganbungkan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi pelbagai gaya pembelajaran kepada pelajar apabila menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Langkah ini telah meningkatkan keberkesanan dan kesesuaian dalam melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan elemen seni di dalam kelas pemulihan. Pada pendapat saya sebagai bakal guru pemulihan, teori kecerdasan pelbagai dan elemen seni dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid pemulihan.

Pelbagai strategi atau kaedah pengajaran secara tidak langsung menggunakan kecerdasan pelbagai murid-murid. Oleh itu, murid dapat peluang untuk memperkembangkan kemahiran atau kebolehannya. Antara contoh aktiviti yang digunakan oleh guru pemulihan dengan menggunakan kecerdasan pelbagai dan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru membawa muridmurid keluar dari bilik darjah untuk mengenali tumbuhan, haiwan dan alam persekitarannya. Secara tidak langsung menggunakan kecerdasan naturalis muridmurid. Menurut Johari, (2006). Mengatakan dalam bukunya asas seni visual apabila kita berada di persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, kita akan berasa lebih segar, tenang dan damai.

Di samping itu, dalam kelas guru memberi latihan melukis gambar dan mewarna tumbuhan dan haiwan yang dilihat dipersekitaran. Melalui aktivti ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan atau flora dan fauna, haiwan yang wujud dalam ciptaan Tuhan. Selain itu, apabila berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dalam sesi perbincangan murid-murid telah menggunakan kecerdasan verbal-linguistik dan interpersonal untuk mendapatkan maklumat dan idea yang berkaitan dengan flora dan fauna, Malah, dengan adanya elemen seni melukis dan mewarna secara langsung menggunakan kecerdasan visual-ruang.

Seseorang individu dapat berfikir dalam

bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Aktiviti ini telah menarik minat murid untuk belajar tentang alam semula jadi. Mereka akan lebih cenderung dan bermotivasi untuk mendapat

pengetahuan

yang

lebih

mendalam

tentang

ciri-ciri

haiwan

dan

mengklasifikasikan flora dan fauna. Aktiviti ini akan mengembangkan perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti murid-murid. Hal ini demikian kerana kelebihan yang dimiliknya dihargai oleh semua orang. Malah lebih yakin untuk melakukan sesuatu tugasan.

Selain itu, dalam kelas pemulihan guru yang membimbing membuat boneka dapat mencungkil

kecerdasan visual ruang darisegi menghasilkan watak

boneka yang diperlukan untuk sesuatu cerita dan kecerdasan logik-matematik pula diperlukan untuk mengukur saiz boneka dengan tepat semasa menghasilkan boneka. Unsur seni telah digabungkan iaitu ketika menghasilkan boneka yang berasaskan moif haiwan, tumbuhan perlu dilukis dan harus diwarnakan dengan warna yang sesuai

.Aktiviti ini melahirkan murid pemulihan yang berpengetahuan dalam bidang seni, iaitu mempunyai kemahiran mencipta sesuatu bahan dan juga menekankan perkembangan imaginasi apabila menghasilkan sesuatu boneka. Seterusnya, semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembahan drama kecerdasan muzik dan interpersonal digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik dan secara tidak langsung menggunakan elemen seni iaitu muzik pada aktiviti ini. Melalui aktiviti ini murid akan seronok dan lebih minat untuk belajar. Pada masa yang sama secara langsung mereka belajar Bahasa melayu dengan bertutur iaitu bercerita atau persembahan drama. Murid-murid berpeluang untuk meningkatkan kemahiran Bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Mereka akan bergembira semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ini. Malah, murid pemulihan tidak ponteng kelas atau sekolah dan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi dan tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya lebih minat untuk datang ke sekolah kerana beranggap pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa depan serta mereka lebih yakin untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawap atau tugasan yang diberikan oleh guru.

Seterusnya, prestasi murid dalam Bahasa Melayu akan meningkat dan mereka akan terlibat sesuatu aktiviti dengan lebih aktif. Seterusnya, murid pemulihan dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf dan mereka dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka. Akhirnya, mereka akan rasa lebih bersemangat dan keyakinan untuk belajar.

Selain itu, guru mengajar murid untuk menghasilkan doh dengan menggunakan tepung. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan kinestetik yang menekankan aspek kemahiran motor halus dan motor kasar. Semasa menghasilkan doh murid-murid akan menambah warna terang iaitu warna primer merah, kuning, hijau

dalam doh untuk

menjadikan ia lebih menarik. Menurut

Joahari,(2006) dalam bukunya asas seni visual mengatakan bahawa dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.

Warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira serta hati juga menjadi lebih tenang dan damai. Aktiviti berwarna-warni ini membuatkan kanak-kanak menarik minat murid-murid untuk terlibat secara aktif. Di samping itu, guru memberi aktivti membentuk abjad dan bentuk haiwan. Aktiviti ini akan membantu murid pemulihan untuk mengenal abjad, bentuk haiwan pada masa yang sama doh mengguatkan motor halus dan motor kasar murid pemulihan. Howard Gardner,(1983). Dalam kajian ‘seven ways of knowing’ mendapati

Kefahaman

menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Murid lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti menggunakan hujung jari iaitu motor halus dan motor kasar. Menurut Khair,(2009). seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan berenang. Tidak mustahil mereka akan menjadi seorang atlit sukan sekolah mahupun negara yang unggul jika menggunakan kecerdasan tersebut untuk melatih dirinya bersungguhsungguh.

3.0 Kesimpulan Seseorang guru pemulihan boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai dengan elemen seni sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada pelajar-pelajarnya. Menurut Khair Hidayati,(2003). Kaedah ini membolehkan guru pemulihan mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya, guru perlu menjalankan pengajaranya berdasarkan Sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Suasana pembelajaran sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk murid pemulihan. Secara langsung ataupun tidak langsung, pendidikan yang menitikberatkan kecerdasan yang pelbagai dan elemen seni pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan

4.0 Rujukan

Gardner, H.(1982). Art, mind, and brain : a cognitive approach to creativity. NY:Basic Books. Howard Gardner,(1983). Dalam kajian ‘seven ways of knowing’ Muat turun Pada: https://www.pdfcoke.com/doc/28374972/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Senidalam-Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Seni Dalam Pendidikan Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Klein, P. D. (1997). Multiplying the problems of intelligence by eight: A critique of Gardner’s theory. Canadian Journal of Education 22: 377-394

Khair hidayati binti mohd khair,(2009). Sumbangan Teori Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Muat Turun Pada: 25 FEBRUARY 2017 http//SUMBANGAN%20TEORI%20KECERDASAN%20DALAM% 20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia,(2001).Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Muat Turun Pada 20 February 2017 file:///C:/Users/Lenovo/Downloads/teori_kecerdasan.pdf

Khair Hidayati, (2003). Sumbangan Teori Kecerdasan Dlam Pengajaran Dan pembelajaran Kuala Lumpur:Sasbadi

Mohd Johari Ab. Hamid, (2006). Asas Seni Visual. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Related Documents


More Documents from "Neoh"