Modul Seni Dalam Pendidikan

  • Uploaded by: Zamzam
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Modul Seni Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,238
  • Pages: 24
SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH

TAJUK 1

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Latihan 1 m/s 10 Setelah membaca kandungan di atas, senaraikan lima feadah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari

ini.

Pengalaman

yang

diperolehi

melalui

seni

sememangnya

dapat

mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

1

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps” Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

2

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Soalan Tutorial m/s 12 Anda dikehendaki membaca artikel, journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan. Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingannya dalam seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan merujuk kepada

teori

pembelajaran.

Jawapan

anda

hendaklah

disokong

dengan

pandangan tiga orang tokoh bidang ini. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru

permulaan

sekolah rendah dengan pengetahuan

dan kemahiran untuk

mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:-

1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

3

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan

bahawa

dengan

penghayatan

seni

yang

betul,

ianya

akan

memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 2. Membantu

guru

melaksanakan

dengan

mudah

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. 3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

4

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

4. Guru

dapat

mempelbagaikan

teknik

dan

strategi

dalam

pangajaran

dan

pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan. Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan; Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya; Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni; Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat; Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup; Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah; dan Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air.

TAJUK 2

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

KANAK-KANAK DAN SENI

5

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Latihan m/s 14 Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:



Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.

Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.



Bagaimana menyembunyikan diri mereka.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

6

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh si pencari.



Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.

Pencari

akan

memerhati

persekitaran

dan

berusaha

untuk

mencari

pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh hakim.



Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.

2.1.1 Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak Latihan m/s 17 Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan itu, anda dikehendaki memberi contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak. 1. Keinginan untuk bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

7

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut.

4. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.

6. Keinginan untuk meneroka. Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka. ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

8

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya menjiwai watak tersebut.

TAJUK 3

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

IRAMA, WARNA DAN RUANG

9

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

3.2 WARNA Latihan m/s 24 Sila buat catatan (i) PERHATI dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah. BAYANGKAN suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya. Warna Bilik Darjah

Tepi Pantai

1. kuning susu – dinding

1. hijau – tumbuhan ( daun kelapa )

2. hijau – papan tulis

2. biru – air laut

3. coklat – kerusi dan meja

3. putih – awan

4. biru muda – langsir

4. kuning – pasir

5. biru tua - pintu

5. coklat kehitaman - batuan

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah. Daripada pemerhatian saya, warna yang terdapat dalam bilik darjah dan tepi pantai adalah hampir-hampir sama. Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar. Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan. Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid. Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk menampakkan lebih keceriaan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

10

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastic di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.

(ii) Mari kita meneroka keindahan warna. Buatkan Ujikaji Anda boleh menggunakan samada pensel warna atau warna air untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan Warna Asas: Campur:

merah

+ biru

= ungu

Merah

+ kuning

= oren

Biru

+ kuning

= hijau

Campuran Warna-warna Asas itu akan menghasilkan Warna Sekunder. Sekarang, cuba anda meneroka campuran Warna Sekunder dengan Warna Asas untuk menghasilkan Warna Tertier pula.

Campur:

Unggu

+ merah

= jingga

Jingga

+ kuning

= merah

Hijau

+ biru

= hijau

(iii) Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna dengan objek, emosi, muzik dan pergerakan. ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

11

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas anda pada tempat kosong yang disediakan.

WARNA Merah

OBJEK Api

EMOSI Marah

MUD MUZIK Pantas dan

PERGERAKAN Menghentak

Biru

Laut

Tenang

kuat Perlahan

kaki Tarian

Hijau kuning Hitam Perang

Tumbuhan Emas Arang Senja

Tenang/ceria Bersemangat Relek/malas Keliru/geram

Perlahan Rancak Perlahan Pantas dan

Tradisional Senaman Yoga Berjalan laju Duduk diam Mengenggam

perlahan

tangan

Selepas anda menerokai warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, buat satu refleksi pendek tentang peranan warna dalam kehidupan harian anda. Warna boleh mempengaruhi kehidupan kita. Warna yang agak lembut akan memberi ketenangan. Warna yang terang akan menaikkan semangat untuk bergerak atau melakukan tugas. Di antara peranan-peranan warna adalah seperti berikut:

Warna boleh memperngaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang. Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling. 3.3 RUANG Aktiviti (soalan m/s 27) Tempatku di dalam ruang ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

12

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009



Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan.



Letakan tangan di atas riba.



Terokai ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan, ke belakang dan ke atas.



Berdiri dalam bulatan dan ulangi aktiviti-aktiviti di atas.

Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda: -

duduk

-

berdiri

DUDUK

BERDIRI

1. Ruang untuk bergerak agak terhad dan sempit serta kurang selesa bila membuat aktiviti senaman.

1. Ruang agak luas dan senang untuk bergerak. 2. pergerakan bebas

2. Pergerakan agak sukar kerana saling

bersentuh

bila

membuat

pergerakan atau senaman.

Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti ini. Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia (1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan juga ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

13

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas.

Tajuk 3: Soalan Tutorial m/s 30 Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut:





Bunyi yang anda dengar

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

14

Pergerakan manusia

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009



Susunan peralatan



Warna-warna pada makanan, pakaian dan peralatan

Suasana Waktu Rehat Bunyi yang didengar

Pergerakan manusia

Bunyi bersiul

Susunan peralatan

Berjalan

Warna makanan, minunan & alatan

Meja teratur

Hijau

Bunyi bercakap / menjerit

Berlari

Kerusi kurang teratur

oren

Bunyi ketawa

Bersentuhan

Pensil berselerak

putih

Bunyi berjalan

Bertepuk tangan

Buku tidak kemas

merah

Bunyi berlari

Berdiri tegak

Kasut tidak teratur

jernih

Bunyi tepukan

Berlari anak

Tong sampah rebah

coklat

Bunyi ronyokan kertas dan plastik

Menoleh kiri dan kanan

silver

Bunyi benda terjatuh

Berpusing badan

Biru tua

Bunyi mengunyah makanan

Mengangguk kepala

Hitam

Bunyi menyanyi

Memegang sesuatu

Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Aktiviti Tarian Tradisional

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

15

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Dalam bilik darjah yang boleh diaplikasikan ialah tarian tradisional. Tarian memerlukan ruang yang sederhana luasnya kerana ianya pergerakannya tidak bebas dan langkahnya tidak laju. Tarian akan menjadi menarik apabila pergerakan adalah sama atau serentak. Melihat dari segi warna pakaian, tarian tradisional akan menjadi lebih menarik apabila warna pada pakaian adalah terang dan bewarna-warni. Dari segi irama pula, tarian tradisional mempunyai irama yang lembut dan perlahan. Pergerakannya adalah mengikut irama yang dimainkan. Pergerakannya adalah menggambarkan motif yang hndak disampaikan dalam tarian tersebut.

TAJUK 4

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

DERIA DAN SENI

16

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Soalan m/s 32 Berdasarkan contoh yang diberikan dalam petak di bawah (rujuk deria Lihat), cuba jalankan satu aktiviti di dalam kelas menggunakan deria lain pula. Ini membolehkan anda mengetahui, memahami dan mengenalpasti kepentingan deria anda apabila berinteraksi dengan persekitaran. Untuk pengetahuan anda, tindakbalas deria boleh diluahkan melalui aktiviti-aktiviti Seni. EKSPRESI DERIA 1. Lihat

melalui SENI

(apa/bagaimana

Subuh

MASA Tengah hari

Malam

kabur

jelas

Tidak nampak

anda melihat)

dalam gelap Seni Visual

kelabu

jingga

hitam

(warna) Muzik

lembut

kuat

Sangat lembut

(dinamik) Pergerakan

Bangun dari

berjalan

tidur

(aktiviti) tidur Nikmatilah keseronokan menjalankan aktiviti ini.

Sila teruskan dengan penerokaan yang berikut! DERIA

EKSPRESI Subuh

MASA Tengah hari

Malam

sepi

bising

sunyi

Bunyi ayam

Bunyi riuh-

Bunyi cengkerik

(cipta bunyi) Pergerakan

berkokok

rendah

(bergerak cepat

Lambat

Cepat

melalui SENI 2. Mendengar (apa anda dengar) Seni Visual (lukis garisan) Muzik

dan lambat)

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

17

Perlahan

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

DERIA

EKSPRESI melalui SENI

Subuh

MASA Tengah hari

Malam

Air

makanan

selimut

(lukis garisan) Muzik

Bunyi air

Bunyi sudu

Bunyi kibasan

(cipta irama

dicurah

bersentuh

kain

3. Sentuh (apa yang anda sentuh) Seni Visual

yang berbeza) Pergerakan (aras:tinggi,

pinggan perlahan

agak kuat

sederhana

Subuh

MASA Tengah hari

Malam

(apa yang anda

Segar, sejuk

panas

Sejuk dan

rasa)

dan nyaman

sederhana dan rendah) DERIA

EKSPRESI melalui SENI

4.Rasa dingin

Seni Visual (lukis ekspresi muka) Muzik (jenis mud

perlahan

Pantas/kuat

lembut

muzik) Pergerakan

laju

pantas

perlahan

Subuh

MASA Tengah hari Bau kurang

Malam Bau wangi

(jenis langkah)

DERIA

EKSPRESI melalui SENI

5.Hidu (apa

Bau

anda hidu)

segar/wangi Seni Visual

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

18

menyenangkan

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

(lukis ekspresi muka) Muzik

Emm…Aaahh..

ee…grr..

Waaahh…

Berjalan-jalan

berlari

Berlari-lari anak

(cipta bunyi) Pergerakan (bergerak setempat) Sedarkah anda bahawa ada di antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria kita yang lain? Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, bolehlah anda mengenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindak balas. Senaraikan mengikut susunan kekuatan tindak balas. •

Dengar



Lihat



Hidu



Sentuh



Rasa

Tajuk 4: Soalan Tutorial m/s 34 (i)

Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru.

(ii)

Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti pelakuan di sekeliling kehidupan harian anda.

(iii)

Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

19

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

AKTIVITI

JENIS DERIA



Melukis gambar pemandangan dan warnakannya.



Lihat dan sentuh



Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa



Lihat

, sentuh, dengar dan rasa

dalam gambar tersebut. •

Pelajar

mengekspresikan

suasana

dengan

menggunakan alat-alat muzik.



Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia.



Dengar



Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang



Rasa dan sentuh



Lihat dan rasa



Sentuh dan rasa



Sentuh dan rasa



Hidu



Lihat dan hidu

sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual.



Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan kontur sesuatu permukaan.



Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas.



Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan.



Membuat latihan melalui pernafasan.



Melakukan

pergerakan

dengan

menggunakan

imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara nyaman

dan

kemudian

melukiskan

imej

mengikut sepertimana yang diekspresikan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

20

visual

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

TAJUK 5

PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

Latihan m/s 44 ‘Sound Story’ Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda dikehendaki membuat latihan-latihan berikut:



Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.

1. Terdapat banyak gerai perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan. 2. Terdapat banyak jenis makanan, minuman, pakaian, buahan dan sebagainya. 3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh rendah dengan orang ramai. 4. Keadaan sesak dan menjadi sempit dengan pembeli dan barangan jualan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

21

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

5. Terdapat berbagai tingkah laku dan karenah pembeli. •

Pilih seorang penjaja ( Penjual Roti Canai ): a) Senaraikan warna-warna peralatan yang digunakan oleh penjaja itu. 1. Kotak – coklat 2. Kanvas – biru 3. Plastic – merah dan hitam 4. Tali pengikat – biru muda, merah muda 5. Dapur – silver 6. Kereta sorong – hijau 7. Meja – kuning 8. Kerusi – kelabu muda 9. Besen – putih 10. Baldi - merah

b) Nyatakan pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh penjaja itu. 1. Memicit ketulan tepung yang telah diadunkan. 2. Melempar ketulan tepung pada papan penguli. 3. Melipat segiempat tepung yang telah dileperkan. 4. Menggesel-geselkan tapak tangan

5. Melambai-lambaikan tangan melambai pelanggan untuk singgah di gerainya. 6. Bersalaman kepada pelanggan yang dikenali 7. Mengangguk-anggukkan kepada apabila pelanggan memesan roti canai. c) Tiru bunyi yang dihasilkan daripada gerak laku penjaja itu. 1. Bunyi geseran tapak tangan – sheee… 2. Bunyi bunyi lemparan roti canai – pook… 3. Bunyi telur dipecahkan – poaakk… 4. Bunyi menggoreng – cheeaa.. •

Hasilkan sebuah ‘props’ yang sesuai dengan pemandangan itu.

 Mula-mula peniaga membuka gerai.  Peniaga menyusun peralatan untuk meletakkan barang-barang jualan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

22

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

 Peniaga meletakkan buah-buahan di tempat yang sesuai yang telah disediakan.

 Peniagaan bermula dan penjual sedang sibuk melayan karenah pelanggannya.  Suasana bertambah riuh-rendah dan semakin meriah.  Seperti biasa, proses tawar-menawar berlaku. Bagi pembeli, pelanggan adalah raja dan perlu dilayan dengan baik dan mesra.  Beberapa jam kemudian, pelanggan semakin kurang dan suasana semakin sunyi.  Tempoh pasar malam sudah tamat, peniagapun mengemas barang-barang jualan dan bersedia untuk tutup gerai. •

Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang kreatif. 1. Bunyi tin kosong yang diketuk – teng…teng.. 2. Bunyi ketukan kayu sama kayu – tuuk...tuukk..

3. Bunyi periuk lama dengan kayu – took..tookk… 4. Bunyi sudu dengan kertas – seek…seek…



Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga daripada aksi yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan.

1. Aksi memicit adunan tepung menjadi bulat. 2. Aksi melemparkan tepung menjadi leper yang besar. 3. Aksi menggoreng roti canai dan membalik-balikkannya.

Tajuk 5: Soalan Tutorial m/s 45 Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahanbahan gantian untuk menggambarkan ekplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

23

SENI DALAM PENDIDIKAN KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

(Watak yang diperlukan ialah seorang peniaga dan dua orang pelanggan. Penjual tersenyum gembira apabila pelanggan menghampiri gerainya dan memilih buah yang hendak dibeli) Penjual

: Selamat malam cik.

Pembeli 1

: Buah-buah ini masih segar lagi ke?

Penjual

: Jangan risau cik, buah-buah ni baru saja dipetik semalam, masih baik cik. Berapa kilo cik nak beli, saya boleh tolong pilihkan.

Pembeli 1

: Saya nak rambutan 2 kilo, langsat 3 kilo dan tembikai 2 biji. Kalau beli banyak macam ni tentu boleh kurang harganya kan?

Penjual

: Oh...boleh.

Pembeli 2

: Tolong kira buah saya ni. Kira semuanya sekali ye?

Penjual

: 2 kilo rambutan RM 3.00, 3 kilo langsat RM 4.00,

2 biji tembikai

harganya RM 3.50, 2 kilo durian RM 12.00 dan 2 biji tembikai susu RM 5.00. Semuanya RM 27.50 cik.

Saya jual RM 25.00 saja untuk cik

berdua. Pembeli 1 & 2 : Terima kasih. Penjual

: Datang lah lagi ye.

BIBLIOGRAFI 1.

Wee Eng Hoe (2002), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd.

2.

Kamarudin Hj. Husin (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya Selangor, Logman Malaysia Sdn. Bhd.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. IPGM TAWAU

24

Related Documents


More Documents from "Neoh"