Pemuda Yang Mengagumkan Tuhan

  • Uploaded by: Faqih Ahmad Shuhaili
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemuda Yang Mengagumkan Tuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 709
  • Pages: 3
HADIS 8: PEMUDA YANG MENGAGUMKAN TUHAN

‫للشاب ل صبوة له (رواه‬ ّ ‫إن ربّك ليعجب‬ )‫الروياني عن عقبة‬ “Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah )kejahilan dan keanak-anakan(.” Penilaian Disahihkan al Albani dalam Silsilah al Ahadis as Sahihah Sekilas Masa muda merupakan masa terpenting bagi Muslim kerana paling produktif. HR Tirmizi: Tidak berganjak kedua-dua kaki anak Adam dari sisi Tuhannya pada hari Kiamat sehingga ditanya mengenai empat perkara. Umurnya untuk apa dihabiskan dan masa mudanya untuk apa dia habiskan ... Ironinya, masa ini dicemari shabwah, sehingga tidak mampu mengoptimumkannya. Kesannya, gagal dan merana pada masa tua, celaka dan binasa pada hari akhirat.



Nilai Ruhiyah 1. Pengertian Shabwah Rindu kepada zaman kanak-kanak atau sifat keanak-anakan. Lambat menyedari sudah dewasa dan mempunyai tanggungjawab Lebih suka serahkan tanggungjawab kpd orang lain, rasa xbersalah apabila merugikan orang lain



Cenderung kepada hal sia-sia atau permainan • Cenderung melakukan kebodohan

Terdorong dgn gelojak emosi kerana darah mudanya. Melakukan kerosakan, menyebabkan kerugian.



Petualangan yang liar

Lakukan sesuatu yang baru utk buktikan kejantanan dan keberaniannya. Kesannya, rugi fizikal, material dan mental. Rugi diri sendiri dan orang lain.

2. Cara Melawan Sifat Shabwah • Jangan menyendiri Mencari seseorang utk menyelesaikan masalah remajanya, berbincang dan memohon doanya. HR Ahmad: “Izinkan aku berzina.” “Celaka engkau”. “Suka apabila jadi pada ibumu?” “Aku xsuka”. “Begitu juga orang lain.” “Kakak dan adik perempuanmu?” “Emak saudara ayahmu?” “Emak saudara ibumu?” “Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, lindungilah farjinya”. Selepas itu dia tidak lagi memandang perkara-perkara haram.



Libatkan mereka dengan orang dewasa

Mempercepat kedewasaan dan rasa tanggungjawab, meninggalkan sifat keanakanakan.

HR Thabrani: Umar membawa Ibn Abbas menghadiri majlis tokoh Muhajirin dan Ansar. Abdur Rahman b Auf mempersoalkan. Suatu hari, Umar bertanya tentang surah an Nashr. Sebahagian mereka menjawab, Ibn Abbas turut menjawab. Umar bersetuju dengan jawapan Ibn Abbas.



Kunjungi orang yang soleh dan ahli ibadah.

Minta nasihat, contohi kebaikan dan kesolehan, bermalam di rumah mereka untuk menyerap ketaatan mereka. HR Ibn Khuzaimah: Ibn Abbas bermalam di rumah Maimunah Ummul Mukminin, ibu saudaranya. Dia melihat Rasulullah tidur hingga pertengahan malam, bangun, duduk, mengusap wajahnya lalu membaca 10 ayat terakhir Ali Imran, mengambil air, berwudhu lalu solat. “Aku turut berdiri di kiri Rasulullah, baginda letak tangan kanannya pada kepalaku, pegang telinga kananku lalu memusingkannya ke sebelah kanan, kemudia solat dua rakaat, disambung lagi dengan dua rakaat yang ringan. Selepas itu, baginda keluar ke masjid menunaikan solat Subuh.



Pilih kawan yang baik

Bantu proses menjadi soleh, cerdas dan bertanggungjawab. HR Abu Daud: Seseorg akan ikuti kawan karibnya. Oleh itu, perhatikanlah orang yang akan dijadikan kawan rapatnya.



Berlatih bekerja dan berusaha

Kerja rumah, hubungan kejiranan, cari rezeki halal. HR al Hakim: Ibn Abbas sediakan air wudhu utk Rasulullah. “Ya Allah, fahamkanlah dia terhadap agamanya dan ajarkan tafsir kepadanya.” HR Thabrani: Rasulullah melihat Abdullah b Jaafar jual beli. “Ya Allah berkatilah urusan jual belinya”.



Tanam muraqabatullah

Menjadikannya berhati-hati dan berusaha utk meraih pahala dan reda Allah. Standard lulus: Kisah syaikh suruh sembelih seekor ayam. HR Tirmizi: Hai Ghulam ... Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu ...



Bermain permainan sesuai dan bersifat mendidik

Sesuai dengan fitrah dan jantinanya. HR Ahmad: Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. HR Thabrani: Jabir berjumpa Rasulullah ketika baginda berjalan dengan keduadua kaki dan tangannya sedangkan Hasan dan Husain berada di punggungnya. “Sebaik-baik tunggangan ialah tunggangan kamu, sebaik-baik penunggang ialah kamu berdua”.

3. Kesan Melawan Shabwah kepada Pemuda • Kebijaksanaan dan ketenangan hati HR Ahmad: Kisah pemuda ingin berzina. Bijaksanan dan miliki kemuliaan diri.



Kebahagiaan dan keselamatan pada zaman tua

Berjaya atasi gejolak syahwatnya, sukses dunia akhirat. Kata-kata seorang tua yang masih cergas, “Dahulu ketika muda, aku sentiasa jaga badanku dari perkara diharamkan Allah. Sekarang, Allah jaga badanku dari kelumpuhan dan ketidakberdayaan.”



Menjadi orang dikagumi Allah Hadis Sahih



Mendapat naungan Allah pada hari Kiamat

HR Muslim: Tujuh golongan pada hari kiamat, tiada naungan selain naungan Allah. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah. Seseorang yang terpaut dengan masjid. Seseorang yang menjalin persahabatan atas cinta kerana Allah. Seseorang yang mengingati Allah sendirian, lalu berurai air matanya. Seorang lelaki diajak berzina oleh perempuan berkedudukan dan cantik, namun dia menolak lalu berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Penguasa semesta Alam”.

Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007

Related Documents


More Documents from "fadillahibrahim"