Pemikiran dan Falsafah Pendidikan : Mahasiswa Abad ke -21 oleh Prof Dato Dr Syed Hussein al Attas Seorang pemimpin dan ahli fikir John Henry Newman (1801-1890) dalam wacana tentang pembangunan intelek semasa beliau menjadi presiden Universiti Katolik di Dublin, telah menitikberatkan bahawa pertumbuhan intelek tidak bergantung kepada pengetahuan ilmu sahaja, semata-mata tetapi kepada pengolahan pengetahuan itu oleh upaya rohani kita. Dalam suasana ini, kuasa gerak utama ialah apa yang dikatakana oleh Newman sebagai enlargement and pengluasan. Peluasan ini bersendi kepada pada perbandingan fikiran idea, akibat dari penambahan pengetahuan. Dengan cara ini, iaitu peluasan dan perbandingan kemajuan intelek akan tercapai. Dalam tinjuan kita tentang pemikiran dan falfasah pendidikan, kita perlu mengamati penglaman sejarah manuasia di merata benua dan zaman. Kita tidak boleh menghadkan perhatian kita kepada hanya kepada satu tamadun ataupun zaman sahaja. Kita juga perlu mengakui, kekurangan kita supaya dapat melebihakan kebolehan kita. Apakah yang dimaksudkan dalam falafasah pendidikan? Pada dassarnya, tujuan pendidikan adalah seperti berikut, a) untuk memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk hidup dalam sistem budaya dan sosial b) untuk memahami tentang kehidupan manusia dan bukan manusia serta fenomena lain yang ada di muka bumi ini c) untuk memastikan personaliti dari segi rohani, moral, psikologi, intelek serta fizikal d) untuk mewujudkan kesedaran sivik dan perpaduan sosial e) untuk mecapai kehidupan yang baik Walau apa pun sistem budaya dan agama yang dianuti oleh sesebuah masayrakat falfasah pendidikan berkisar kepada matlamat yang tersebut di atas. Manifestasi atau persepsi kita tentang sejarah mugkin berbeza tetapi andaian asas adalah sama. Oleh kerana pertumbuhan pesat pengetahuan akibat ledakan maklumat pada masa kini , dalah mustahil untuk memahami keseluruhan falfasah pendidikan dalam satu kerangka atau perspektif. Masalah ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Hilda Taba, seoran pemikir dan sarjana pendidikan. Taba (1962) menyatakan : " There can be no one educational aim, however general and inclusive it may be.. The variety of educational activities is productive of a multitude of aims and no one is justified in referreing to an educational aim only to extent that one views it as a general direction, or as a unfiying outlook and methodological basis of criticism. Educational aims may range from the most specific, such as fostering of a certain habit or skill demanded by our society of today, to the most general such as efficent citizenship, self realization of personality, effective sharing in life, depending on which particular process or particular body of process, of the total educational activity is singled out.
The theoretical problem, in facing a multitude of aims, is not that of subordinating all specific aims, to one single all unifying one, or of denying specific aims their right functioning. but of weigihing one aim against another, and of seeing every single one in the light of the rest" Begitu juga dengan pendidikan umum. The Report of the Harvard Commitee on General Education in a Freee Society, menekan kan bahawa walaupun pengkhususan diperlukan tetapi ia tidak mungkin menjadi asas yang sama untuk semua oran dalam sebuah masyarakat. Tujuan pendidikan umum ialah untuk menyediakan ilmu asas yang merentasi mana-mana bidang. Ilmu asas ialah kemahiran berfikir, mengguankan cara rasional dan saintifik seperti lain-lain disiplin. Secara ringkasnya, pendidikan umum berkaitan dengan ilmu-ilmu yang bersifat generik yang tidak menjurus kepada bidang displin yang khusus tetapi ianya adalah penting untuk pembangunan manusia. Dalam sejarah pembanguanan pemikiran manusia, terdapat tanda-tanda bahawa pemikiran berkembang secara kumulatif berdasarkan tema-tema tertentu. Pada masamasa tertentu, tertonjol pemikiran-pemikiran baru dan kreatif. Saya menamakan ini sebagai tahap sumatif kerana ia mengintergrasikan, meluas dan mendalami pengetahuan terdahulu. Pencapaian sumatif dalam pendidikan umum telah dipelopori oleh John Henry Newman. Newman menekankan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkna pemikiran manusia. Ianya perlu dilihat sebagau suatu nilai murni. Ia bukan semata- mata untuk mendapar habuan dunia, tetapi ia penting untuk mengembangkan dan meluaskan intelek manusia. Beliau juga membezakan di antara pengetahuan dan intelek. Beliau juga membezakan di antara pengethuan dan intelek, Menurut beliau intelek mempunya ciri- ciri tertentu: " It is not the mere edition to our knowledge that is the illumination, but the locomotive, the movement onwards, of that mental center, to which both what we know, and what we are learning, the accumulating mass of our acquirement, gravitates " ( Newman) Ahli falsasah dan pemikir terkemuka seperti Aristotle, St. Thomas, Newton atau Goethe mengemukan teori masing - masing dengan mengaitkan yang lama dengan yang baru, yang dahulu dan yang terkini, yang jauh dengan yang dekat serta memerhatikan pengaruh elemen-elemen tersebut, antara sama dengan lain. Ilmu keintelektuan bukan hanya lahir dari ilmu yang dipelajari malah ia merupakan falsafah ilmu itu sendiri. Lahirnya ramai intelek merupakan hasil yang didam-idamkan sebagaimana kita mahukan sifat dan kesihatan yang baik pada seseorang. Apa yang akan terjadi jika ciri-ciri ini tidak ada dalam pendidikan kita ? Newman merumuskan bahawa : " I will tell you Gentleman, what has been the practical error of the last twentyyears, not to load the memory of the student with undigested knowledge, but to force , him so much that he has rejected all. It has been the error ofdistracting and enfeebling then mind by an unmeaning profusion of subjects, of implying that a smattering in a dozen braches of shallowness which it really is, but enlargement which is not, of considering an acquaintance, with the learned names of things or person, and the possession of clever duodecimos, and attendance on eloquent lectures, and membership with specific institituion , and the sight of
experiments of a platform and the specimens of a musuems, that all this was not dissipation of mund, but progress" Intisari makna dan fungsi pendidikan umum ialah membina intelek. Intelek mempunyai kualiti tertentu. Ciri- ciri intelek seperti yang diterangkan oleh Newman bukanlah berasal dari mana-mana disiplin. Walaupun tujuan sesuatu disiplin adalah untuk mencapainya, ia bukanlan berasal dari disiplin tertentu. Intelek berfunsi untuk meningkan kualiti dan mengubahsuai disiplin. Contohnya, bidang perubatan adalah suatu disiplin ilmu tetapi tujuan akhir yang hendak dicapai oleh disiplin perubatan adalah meningkatkan kualiti kesihatan manusia. Kenapa kita tidak membina intelek yang sihat? Untuk mewujudkan intelek yang sihat ianya memerlukan penyusunan ilmu bagi memupuk intelek. Isu pembagunan intelek berkait rapat dengan pendidikan liberal atau pendidikan umum. Pembangunan intelek tidak mempunyai tujuan utilitarian atau pragmatik seperti mana bidang professional atau vokasional yang mempunyai tujuan yang sempit iaitu mendapatkan perkerjaan. Pembangunan intelek merangkumi , tujuan yang lebih luas iaitu untuk kesejahteraan kehidupan keseluruhannya. Dua aspek utama pendidikan umum atau liberal iaitu pembentukan intelek dan ilmu asas. Ini bergantung kepada pembentukan masyarakat ( civil society) berasaskan hak-hak asasi manusia. Karl Manheim mencadangkan enam garis panduan dalam reformasi pendidikan demokratik dan liberal. Tiga darinya adalah relevan disini- 1) pendidikan tidak membentuk manusia secara abstrak tetapi secara konkrit dalam masyarakat 2) tujuan akhir pendidikan bukan untuk individu tetapi untuk masyarakat keseluruhannya walaupun individu-individu yang berperanan 3) peranan pendidikan dalam sesuatu masyarakat tidak boleh dipisahkan dari suatu situasi dan konteks. Di Malaysia, kita harus membuat pilihan untuk menentukan apa jenis kurikulum untuk meningkatkan pembentukan intelek? Berdasarkan hujah- hujah Newman adalah jelas apakah yang dimaksudkan dengan intelek iaitu kualiti pemikiran yang di perolehi bedasarkan keupayaan mental yang dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman yang mendalam. Keupayaan ini perlu dibangunkan secara komprehensif. Tujuannya adalah meluaskan pemikiran kita. Peluasan minda berlaku apabila mengkaji kelakuan haiwan, ahli fizik meramalkan kejadian alam tentang alam semula jadi, atau
ahli astronomi mengkaji alam cakerawala, ahli sains sejarah menilai peristiwa- peristawa lepas, ahli atau sesiapa sahaja juga yang aktif memikirkan persekitarannya.
Sebaliknya, ada juga orang yang tidak menunjukkan prestasi dari segi intelek walaupun ia mengumpulkan pengetahuan yang banyak seperti yang dijelaskan oleh Newman " They abound in information in detail, curious and entertaining, about men and things, and having lived under the influence of not very clear or settled principles, religous or political, they speak of everyone and everything, only as so many phenemona, which are complete in themselves, and lead to nothing, not
discussing them, or teaching any truth m or instructing the hearer, but simply talking. No one would say, that these persons , well informed as they are, had attained any great culture of intellect or to philosophy.." ( Newman 1976, p .215)
Peluasan minda juga bergantung kepada keadaan dan aspirasi sesuatu zaman. Presiden Amerika Syarikat yang ketiga, Thomas Jefferson (1973-1826) pengasa parti demokartik, merupakan orang yang mementingkan pemikiran dan masyarakat berpendidikan. Jefferson adalah seorang pemikir yang menepati ciri yang digambarkan oleh Newman. Jefferson menekankan keperluan pendekatan sejarah di awal pendidikan. Tujuannya adalah memdidik rakyat Amerika supaya menjauhi rasuah dan perkara-perkara yang membolehkan merosak masyarakat. Sejarah katanya dengan menilai yang lepas, kita boleh menilai masa depan. Sejarah juga boleh mengajar kita pengalaman bangsa lain. Dalam setiap kerajan di muka bumi, kita dapat mengenal pasti kelemahan manusia, seperti rasuah dan kemerosotan akhlak. Oleh itu rakyatlah, yang sepatutnya memantau salah laku kerajaan. Dan untuk menjaga kepentingan semua, minda rakyat perlu dipertingkatkan. Apa yang Jefferson anjurkan bukanlan pendidikan pragmatik atau utilitarian. Beliau merupakan perintis dalam dalam memperkenalkan pendidikan liberal seperti pembangunan moral yang sihat dalam masyarakat, mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan, hidup secar demokartik dan lain-lain. Dalam konteks Malayia, kursus kenegeraan sebagai sebahagian daripada kompenen pendidikan pendidikan umum/ liberal perlu diintegrasikan dengan sejarah dan falfasah pendidikan Timur dan Barat. Terdapat banyak subjek-subjek yang boleh ditawarkan sebagai subjek liberal berdasarkan kepada subjek liberal berdasarkan kepada falsafah dan pembangunan Malaysia. Subjek -subjek liberal ini walaupun berkongsi pengetahuan dan sejarah Barat namun ia adalah unik kereana pendekatan yand diambil. Bayangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, kita mempunyai kursus tentang pemikir- pemikir tersohor dahulu dan sekarang. Buat permulaan, pemilihan tokohtokoh pemikir ini berdasarkan kepada citra tempatan seperti Ibnu Khaldun, Albiruni, Wan An Shih, Jose Rizal, Sakuma Shozan, Hu Shih, Ram Mohun Roy, Dayananda Saraswati, Iqbal, Afghani, Ahmad Khan, Tagore dan lain-lain, boleh dimasukkan juga adalah tokoh pemikir Rusia yang relevan. Kita sekarang hidup di dalam arus sosial yang pesat berubah bersama dengan perubahan saintifik dan teknologi. Perubahan persepsi kita terhadap isu semasa dan global dapat dibincangkan dalam kursusu-kursus liberal ini. Perjuangan untuk menegakkan keadilan sosial dan hak asasi manusia merupakan agenda yang sedang diperjuangkan di seluruh dunia termaksuklah Malaysia. Mengambil kursus liberal, seperti keadilan sosial dan hak asasi manusia bukanlah untuk menyediakan pelajar secara langsung untuk mendapatkan pekerjaan tetapi untuk membangunkan kesedaran intelektual dan kemanusiaan. Jika diimbas kembali tujuan utama pendidikan umum/ liberal adalah untuk memupuk intelek. Walaupun pembangunan intelek ini tidak diajar secara formal , dalam bidang pengkhususan di universiti , ia adalah sebahagian dari pendidikan umum/liberal. Diakui bahawa pendidikan umum/liberal adalah hanya sebahagian kecil dari pendidikan di univerisiti, tetapi ia memainkan peranankan yang penting . Tujuan nya adalah untuk mengelakkan apa yang ahli saintis sosial menyifatkan sebagai pembangunan insan yang tidak seimbang.
Fenomena yang melanda manusia sekarang di mana tahap kesedaran intelektual yang rendah. Ini termasuklah di kalangan orang yang dikenali sebagai pakar dalam sesuatu bidang terutamanya apabila mereka bercakap tentang sesuatu yang di luar bidan kepakaran mereka. Contohnya, jika berlaku sesuatu krisis, ketidakupayaan kebanyakan menilai untuk menilai peristiwa atau agenda semasa merupakan masalah yang serius. George Orwell, penulis novel dan pengkritik terkenal menyangkal pendapat yang menyatakn dunia akan menjadi lebih baik jika di kuasai oleh para saintis. Pendidikan saintifik, menurut Orwell tidak merujuk kepada pendedahan kepada subjek-subjek sains tulen sahaja. Ia merupakan pendidikan untuk menyemai pemikiran rasional, skeptikal dan tabiat mengkaji untuk menyelesaikan masalah. Ia bukan semata- mata mengumpul kan fakta- fakta yang banyak. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains tulen tidak menjamin seseorang ahli sains mempunyai nilai ke intelektual dan kemanusiaan yang tinggi. Sains yang dikatakan ilmu sejagat tetapi pernah berlaku dalam sejarah, ahli- ahli sains tunduk dan patuh kepada kerajaan yang zalim. Contohnya, saintis Jerman tidak membantak malah membantu Hitler mengembangkan kuasanya. Saintis Inggeris, menerima stuktur kapitalis dan ideologi tanpa banyak kritikan. Ahli sains yang menentang kapitalis, terutamanya yang berfaham komunis, juda tidak kritikal terhadap ideologi komunis. Justeru, pendidikan saintifik seharusnya dilihat dari perspektif lebih luas. Dengan memupuk pemikiran yang rasional , dan kritikal supaya kita dapat menyelesaikan masalah- masalah kehidupan dengan waras. Orwell merumuskan " All it means that scientific education for the masses will do little good, and probably a lot of harm, it if simply boils down to more physic, more chemistry, more biology etc, to the detrimental of literature and history. Its probable effect on the average human being would be to narrow the range of his thought and make him more ever than contemptuaous of such knowledge as he did not posses: and his political reactions would probably less intelligent that those of an illiterate peasent who retained few historical memories and fairly sound aesthetic sense " Orwell 1984 Oleh itu, tujuan pendidikan umum/ liberal adalah untuk membangukan pemikiran termasuk minda dan personaliti secara menyeluruh. Ianya bukanlah proses pengumpulan maklumat secara terpisah semata- mata untuk memperoleh segulung ijazah. Pendidikan umum/liberal tidak memberikan kemahiran khusus untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah untuk membina personaliti secara menyeluruh. Tujuan pendidikan umum/ liberal bukanlah untuk memberi pnegetahuan yang ringkas tentang semua perkara, tetapi untuk mengajar secukupnya tentang erti pembangunan manusia. Horace Mann, membuat rumusan begini " Those people who know a little of everything but nothing well, have been aptly compared to a certain sort of a pocket knife which some over -curious people carry about with them which, in addition to a common knife, containes a file, chisel , a saw , a gimlet , a screw driver, and a pair of scissor but all so diminutive, that the moment they are needed for use , they are found useless (Mann) Horace Mann membuat analgo tensebut menyatakan bahawa ilmu tanpa intelek adalah merbahaya. Justeru, adalah penting untuk pendidikan kita menjurus kepada arah pemupukan intelek dan kemanusiaan secara menyeluruh. Pendidikan umum./liberal yang
berteraskan pembentukan intelek dan ilmu asas harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak univerisiti. Mahasisiwa sebagai pemimpin akan datang mesti dipupuk dan didik unutk berfikir secara kritis dan rasional supaya aspirasi pembentukan masyarakat civil berasaskan keintelektuan dan hak asasi manusia dapat dijelmakan.