Bab 2:
Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran
2.1 Konsep Pemikiran 2.1.1 Pengertian •
Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah.
•
Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai.
•
Menurut V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya membuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan.
•
Menurut Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input deria,
dan
menggunakan
maklumat
dalam
ingatan
untuk
membuat
penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahami sesuatu konsep. •
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir.
•
Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara kritis.
•
Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. Input
Apakah perkaraperkara yang kita difikirkan? (Kandungan)
Memproses
Bagaimana kita memikirkannya ? (Operasi)
Output
Jawapanjawapan yang diperoleh. (Hasil)
Rajah 1: Konsep pemikiran
1
2.1.1 Jenis-jenis Pemikiran •
Terdapat beberapa teknik yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir seseorang pelajar, antaranya ialah: ⇒ Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan yang kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea/isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahannya. ⇒ Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari
sesuatu
yang
alternatif,
kemungkinan/pilihan
untuk
membuktikan hipotesis/mendapat suatu rumusan. ⇒ Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan/semasa membuat suatu keputusan. ⇒ Membimbing pelajar meneliti segala akibat (apabila melakukan sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang. ⇒ Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
Pemikiran Mendatar
Pemikiran Menegak
Jenis-jenis pemikiran
Pemikiran Konvergen
Pemikiran Divergen
Pemikiran Kritis
Pemikiran Kreatif
Rajah 2: Jenis-jenis pemikiran
2
2.1.2 Jenis –Jenis Konsep Kendiri 2.1.2.1
Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral
Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah daripada pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar kotak’ (out of a box) di mana penyelesaian kepada masalah diperoleh daripada sumber-sumber yang tidak sama dan tidak berkaitan. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah diselesaikan. Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru harus menggalakkan murid untuk
menyelesaikan
sesuatu
masalah
dengan
mencari
jalan
penyelesaian berdasarkan perspektif yang berlainan. Penggunaan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan proses pemikiran kreatif di kalangan murid apabila idea baru dijanakan. Guru mesti mengajar murid-murid untuk melihat alternatif-alternatif yang berbeza dan bukan alternatif tradisional sahaja dalam penyelesaian sesuatu masalah. De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam pemikiran lateral, iaitu: i.
Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.
2.1.2.2
ii.
Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
iii.
Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.
iv.
Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain. Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical
3
Pemikiran
Menengak
merujuk
kepada
keupayaan
menjana
satu
idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah. Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangkan hubungan antara sesuatu situasi/idea yang membantu kita untuk memahaminya dengan lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara berkesan. Pemikiran
ini
juga
dikenali
sebagai
pemikiran
logik
kerana
ia
menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti berikut: i.
Apakah masalah yang dihadapi?
ii.
Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?
iii.
Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut?
iv.
Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?
v.
Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tudak?
Jadual 1: Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak
Pemikiran Lateral
Mencari pendekatan yang betul
Mencari
Menekankan kebenaran idea Sedia ada tuju hala Mengikut kronologi Setiap langkah mesti betul Menggunakan unsur negatif untuk menghalang idea-idea
mungkin Menekankan kekayaan Membentuk tuju hala Tidak tersusun Tidak tersusun Tidak ada unsur negatif
tertentu Menolak semua yang tidak releven Membuat analisis terhadap sesuatu idea
Menerima sebarang pendapat Tidak banyak penerokaan
2.1.2.3
pendekatan
sebanyak
yang
Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif 4
Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai sesuatu objek/situasi. Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk membina dalam diri murid supaya berfikiran kritis: i.
Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
ii.
Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka
iii.
Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan)
iv.
Menentukan kesan
v.
Membuat kesimpulan
vi.
Membuat perbandingan
vii.
Membuat rumusan dan penilaian
Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara berikut: i.
Kefahaman untuk menghujah
ii.
Usaha mengumpul maklumat
iii.
Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
iv.
Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah
Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji kebenaran sesuatu perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah. Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan penggunaan jenis-jenis soalan yang sesuai. Jadual 2
Penentuan Tahap Pemikiran
5
Aras
Jenis Pemikiran
Contoh
Pengetahuan
Murid mengingat kembali fakta
Bilakah… Namakan… Siapakah…
Kefahaman
Murid
memahami
sesuatu
situasi/fenomena
Di manakah… Terangkan… Huraikan… Bandingkan…
Penggunaan
Analisis
Murid menggunakan fakta/hukum untuk
Jelaskan… ABC ialah sebuah segitiga. Cari
menyelesaikan masalah
nilainya.
Murid memecahkan sesuatu peristiwa/
Golongkan benda-benda kepada
kejadian
benda hidup dan benda bukan hidup
kepada
bahagian-bahagian
kecil agar dapat
memahami keseluruhan
situasi. Murid membuat rumusan tentang bahan-
Sintesis
1. Apakah yang akan terjadi sekiranya
bahan yang telah dipecah-pecahkan.
Perang Dunia Ke-3 tercetus? 2.
Bagaimanakah
anda
sebagai
pelajar Penilaian
Murid
menilai
sesuatu
kriteria-kriteria tertentu.
berdasarkan
berusaha ke arah kecemerlangan? Sekiranya anda seorang pelabur, kawasan perindustrian manakah yang akan anda pilih, Pasir Gudang/TampoiLarkin?
2.1.2.4
Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Seseorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan murid-murid dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan ideaidea kreatif dan unik.
6
Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah bagi menggalakkan pemikiran kreatif para murid. Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open mind’ dan tidak melihat sesuatu permasalahan daripada satu aspek sahaja. Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah ditunjukkan seperti berikut:
KELANCARAN- keupayaan menyediakan gerak balas tanpa halangan.
Ciri-ciri Pemikiran Kreatif
FLEKSIBEL- tidak terbatas kepada satu kaedah sahaja.
KEASLIAN- personal, unik/luar biasa.
HURAIAN- keupayaan menerang secara terperinci.
Rajah 3: Ciri-ciri Pemikiran Kreatif
2.1.2.5
Pemikiran Divergen/ Pemikiran Bercapah
Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.
7
Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam. Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik. Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut: i.
Apakah yang menganggu saya?
ii.
Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
iii.
Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?
Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah: i.
Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
ii.
Apakah yang menyebabkan sesuatu?
iii.
Apakah yang penting mengenai sesuatu?
Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah. Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangancadangan berikut: i.
Menulis dan melukis
ii.
Menebuk lubang pada kertas
iii.
Sebagai senjata
iv.
Sebagai alat permainan 8
Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif. Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Jadual 3: Ciri-ciri Pemikiran Divergen Kelikatan (Fluidity) Kelenturan (Flexibility) Keaslian (Originality) Terperinci (Detail)
Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci
Idea Idea
Idea
Rangsangan
Idea
Idea
Idea
Idea
Rajah 4: Corak Pemikiran Divergen
9
2.1.2.6
Pemikiran
Konvergen/Pemikiran
Tertumpu/Pemikiran
Berpandu Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari satu jawapan. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat. Dalam
pemikiran
konvergen,
seseorang
individu
mengaplikasi
pengetahuannya dan peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai. Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya: berupaya
menyelesaikan
masalah
yang
memerlukan
satu
penyelesaian yang betul. tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti. Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Jurutera
awam
itu
perlu
mencari
sebab-sebabnya.
Berdasarkan
pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu berusaha mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen. Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumusrumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan pemikiran konvergen. Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan banyak diuji dalam peperiksaan awam.
10
Fakta Fakta
Fakta Jawapan
Fakta Fakta Fakta Fakta Rajah 5: Pemikiran Konvergen
2.1.2.7 •
Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid
Guru perlu memupuk daya berfikir murid-murid dengan cara-cara yang berikut: a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini
akan
memikirkan
memberikan
peluang
kepada
jawapan-jawapan
yang
murid-murid ada
untuk banyak
alternatif/penyelesaian. Soalan-soalan divergen yang lebih sukar harus diformulasikan oleh guru untuk murid-murid yang lebih mahir supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dalam kerja rumah dan tugasan harian mereka. b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam langkah-langkah P&P guru.
11
Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang guru merancangkan untuk murid-muridnya. Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda muridmurid dengan pelbagai aktiviti KBKK dalam pengajarannya. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka melengkapkan borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan supaya murid-murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir mereka. c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara-cara yang berikut: Mengenal pasti dan memahami masalah Menjelaskan masalah Memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah Membuat operasi-operasi penyelesaian Membuat pertimbangan kepada penyelesaian-penyelesaian yang telah dibuat. d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan kepada murid-murid mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir seperti berikut: Mencirikan Membanding dan membezakan Mengumpul dan mengelaskan Menganalisis Menjanakan idea Membuat inferens Menghubung kaitkan Meramal Membuat hipotesis
12
Menilai Mesintesis Menyusun megikut keutamaan •
Tugasan P&P dan kerja rumah yang merangkumi arahan-arahan seperti yang tertera di atas dapat meningkatkan lagi daya fikiran para murid.
2.2 Gaya Pembelajaran 2.2.1 Pengertian 1. Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara pembelajarannya. 2. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. 3. Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. 4. Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid. 5. Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murud belajar dengan cara yang paling optima. 6. Mengikut Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisen seorang pelajar dalam cara ia belajar. 7. Mengikut Dunn, Beaudry dan Klaus (1989), gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang dikembangkan secara biologi yang membuat sesuatu cara pengajaran berkesan untuk sesetengah pelajar dan tidak berkesan untuk yang lain.
13
8. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.
2.2.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran 1. Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. 2. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. 3. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio, taktil/kinestetik, aktivis, reflector, teoris dan pragmatis. 4. Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual (pandang) belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imejimej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri. 5. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murd seperti ini suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan perbincangan. 6. Terdapat juga gaya pembelajaran murid taktil/kinestetik di mana murid-murid belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif persekitarannya. 7. Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya. 8. Reflektor berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud. 9. Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat membuat generalisasi hukum atau teori. 10. Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah. 11. Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen.
14
12. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. 13. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka. 2.2.1.1
Model Dunn & Dunn
1. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seorang murid memberikan fokus, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah. 2. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran guru sesuai untuk setengah murid dan bukan untuk murid-murid yang lain. 3. Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Ada elemen yang biologikal dan ada juga yang bercorak perkembangan. 4. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iatu: (a) Setiap murid ada kekuatan mereka. (b) Kebanyakan individu boleh belajar. (c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu. (d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya. (e) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masingmasing. 5.
Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut masa.
6. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn adalah seperti berikut: (a) Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar.
15
(b) Emosi – Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan, dan struktur. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Sebagai contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum memulakan yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah projek pada masa yang sama. (c) Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah persepsi (audiotori, visual, dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi. Ada murid yang lain lebih suka rangsangan audio. (d) Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam konteks sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka belajar secara bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya. (e) Psikologi – Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif, impulsif, global dan analitik. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka membuat satu tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai gaya
pembelajaran
impulsif
dapat
membuat
sesuatu
tugasan
pembelajaran dengan cepat. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah murid-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk informal. Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan tempat duduk yang formal.
16
2.2.3 Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. 2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar. 3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan. 4. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid. 5. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. 6. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki. 7. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan muridmurid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. 8. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka. 9. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar muridmuridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar. 17
10. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-masing. 11. Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya. 12. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan.
18