Pbs Portfolio.docx

  • Uploaded by: ms allyssia
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pbs Portfolio.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 502
  • Pages: 2
PENYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI 2.1 Pernyataan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang telah diperkenalkan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Fokus utama program Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dan peranan guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memberikan pendedahan awal pembelajaran murid di sekolah, membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan akhir sekali, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.

Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu yang bermula pada 5 Mac 2012 sehingga 9 Mac 2012. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama untuk diri saya sebagai guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012. Untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS) ini, saya boleh memilih mana-mana sekolah rendah yang ingin saya hadiri untuk menjalani program ini dan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Pueh yang beralamat di Sekolah Kebangsaan Pueh D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lundu, 94500 Lundu, Sarawak. Saya telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk saya menjalani PBS kerana sekolah ini bertempat bersekitaran kampung halaman saya sendiri dan jaraknya hanyalah satu kilometer dari rumah saya. Sepanjang menjalani PBS ini, saya tidak keseorangan sebagai guru pelatih kerana terdapat juga 2 orang guru pelatih dari IPGM lain menjalaninya bersama-sama saya.

Sebelum kami menjalani PBS, kami telah diberikan taklimat sebanyak dua kali iaitu semasa orientasi PISMP Semester 1 dan juga semasa taklimat khas PBS yang disampaikan oleh pensyarah unit Praktikum. Pro Forma Kursus serta garis panduan PBS turut diedarkan kepada kami. Hasil daripada taklimat dan bahan-bahan yang telah kami perolehi, saya sedikit sebanyak kami telahpun memahami objektif-objektif PBS ini dijalankan dan juga memahami arahan serta panduan yang akan kami turuti semasa menjalani PBS di sekolah pilihan saya. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak dan beberapa tugasan PBS. Sebelum menjalani PBS ini, saya telah merujuk beberapa bahan-bahan bercetak dan juga internet yang berkaitan dengan PBS, pengurusan dan organisasi sekolah serta kandungan kurikulum dan juga kokurikulum di sekolah. Pembacaan dan pemahaman awal ini adalah penting agar saya tidak terburu-buru dan bingung ketika menjalani PBS di sekolah nanti. Berpandukan senarai semak tugasan yang telahpun diedarkan, saya telah menggariskan pekara-pekara yang penting untuk saya cari dan perolehi semasa menjalani PBS nanti. Saya telahpun menyusun beberapa strategi pelaksanaan pada setiap hari agar proses pencarian maklumat berkaitan nanti akan saya perolehi dengan lancar dan berkesan. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan dan juga beberapa pensyarah tentang pekara-pekara yang saya kurang jelas dan kurang fahami. Sehari sebelum menjalani PBS itu, saya berasa amat resah kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menjalani program ini sebagai seorang bakal guru. Namun, selepas itu

saya berjaya meyakinkan diri saya untuk menjalaninya kerana saya merasakan bahawa saya cukup bersedia untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan.

Related Documents

Pbs
October 2019 31
Pbs 5
November 2019 32
Pbs Portfolio.docx
December 2019 27
Folio Pbs
June 2020 20
Pbs 2
November 2019 24
Pbs 4
November 2019 28

More Documents from ""

Proposal Ar.docx
December 2019 63
Rujukan.docx
December 2019 14
Assignment Bi.docx
December 2019 17
Proposal Complete.docx
December 2019 14
Pbs Portfolio.docx
December 2019 27
Assignment.docx
December 2019 13