KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI JADUAL
I
SENARAI RAJAH
II
SENARAI LAMPIRAN
III
1.0
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Konteks 1.3 Refleksi Pembelajaran dan Pemudahcaraan
2.0
FOKUS KAJIAN 2.1 Pemilihan Fokus Kajian 2.2 Pengumpulan Data Awal 2.3 Tindakan
3.0
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
4.0
PESERTA KAJIAN
5.0
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Langkah-langkah Tindakan 5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Cara Menyemak Data 5.5 Jadual Pelaksanaan Kajian 5.6 Anggaran Perbelanjaan
6.0
RUJUKAN
PENGGUNAAN KIT “MYSTERY DRAWER” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1 HINGGA 10 (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
KHO WEI SIN UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK JABATAN ILMU PENDIDIKAN
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Penguasaan murid dalam subjek Matematik merupakan salah satu matlamat utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Matematik juga merupakan salah satu mata pelajaran teras dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2017). Dalam bidang Matematik, kemahiran tambah merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum memasuki ke kemahiran-kemahiran lain. Sehubungan itu, penguasaan murid dalam kemahiran tambah adalah sangat penting bukan hanya bertujuan mendapatkan jawapan yang betul dalam lembaran kerja malah ia penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Seperti yang diketahui, matematik merupakan salah satu cabang ilmu yang digunakan setiap hari oleh manusia seperti dari segi masa, wang dan ukuran. Sekiranya murid boleh menguasai kemahiran tambah dengan baik, mereka tidak akan menghadapi masalah yang besar untuk menguasai kemahiran yang seterusnya iaitu operasi tolak dan sebagainya. Kajian ini akan dilaksanakan berkaitan dengan masalah penguasaan kemahiran operasi tambah murid prasekolah dalam mata pelajaran Matematik. Pengkaji telah mengenal pasti masalah yang timbul ketika menjalankan sesi praktikum fasa 1 di salah sebuah sekolah daerah Raub Pahang. Masalah yang sering dilihat ialah kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dalam mata pelajaran Matematik. Tujuan pelaksanaan kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penggunaan Mystery Drawer dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah murid semasa di dalam kelas. Matematik merupakan mata pelajaran yang bermula pada zaman masihi lagi. Menurut Leonard & Lawrence (1999) Matematik bermula pada tahun 500 masihi. Matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat penting untuk dimasukkan dalam sukatan di sekolah. Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran kritis, analitis, sistematik, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Choong 2008), pendidikan adalah satu perjuangan yang berterusan untuk melahirkan potensi individu secara holistik. Potensi ini
terbuktinya dengan tidak bolehnya kekurangan ilmu matematik apatah lagi operasi asas matematik merupakan asas kepada penguasaan matematik. Matematik pula merupakan satu mata pelajaran yang abstrak. Bagi seorang kanak-kanak yang berusia lima hingga enam tahun akan mula mempelajari matematik yang abstrak ini di prasekolah semestinya menjadi sesuatu yang agak merunsingkan kepala mereka. Oleh itu, bagi kanak-kanak yang sederhana ataupun penyerapan ilmu yang lebih lambat, mereka akan mengalami masalah dalam penguasaan matematik. Dengan demikian, sebagai seorang pendidik, kita haruslah berusaha untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka tidak kehilangan motivasi untuk mempelajari matematik. Hal ini kerana, kehilangan motivasi merupakan pembunuh utama yang menjadikan seseorang kanak-kanak tidak suka matematik dan seterusnya tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dengan baik. Oleh itu, guru haruslah sentiasa mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya dapat memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari subjek matematik. Jika guru berjaya memupuk minat kanak-kanak, maka masalah penguasaan operasi asas yang timbul di sekolah akan diselesaikan. Bukan itu sahaja, pengajaran tradisional juga tidak lagi digalakkan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Latihan dan ujian yang dilaksanakan secara tradisional tidak berkesan bagi kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan operasi asas. Bukan itu sahaja, perasaan bosan akan ditimbulkan bagi kanak-kanak tersebut sehingga berlakunya kehilangan motivasi untuk belajar dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan belajar melalui bermain untuk memperbaiki amalan pengajaran tradisional. Bermain adalah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Jean Piaget (1952) pernah menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Pendapat daripada Sobel, Thomas & Maletsky (1974) pula menyatakan bahawa permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti serta memupuk minat murid terhadap proses pembelajaran mereka. Hal ini dibuktikan pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Pendekatan belajar melalui bermain juga akan memberi makna ke atas perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pengkaji akan melaksanakan aktiviti pengajaran
dengan menggunakan Mystery Drawer untuk meningkatkan keminatan kanak-kanak terhadap mata pelajaran Matematik dan juga hendak meningkatkan penguasaan kanakkanak dalam operasi asas. Aktiviti yang mempunyai aspek keseronokan akan lebih mudah mempengaruhi kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti proses pembelajaran. Hal ini juga akan meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran operasi asas. 1.2 KONTEKS Pengkaji merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) unit Pendidikan Awal Kanak-kanak ambilan June 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Sepanjang menuntut ilmu di IPGKTAA, pengkaji telah menjalani sekali latihan praktikum di sekolah daerah Raub, Pahang. Setelah menjalankan beberapa kali proses PdPc di sekolah, pengkaji mendapati bahawa PdPc matematik merupakan subjek yang amat sukar untuk diajarkan kepada kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana, matematik merupakan satu mata pelajaran yang abstrak. Kanak-kanak sukar untuk memahami konsep jikalau guru menerangkan secara lisan. Namun begitu, pengkaji ingin melaksanakan kajian yang berkaitan sejauh manakah pendekatan belajar melalui bermain dapat meningkatkan penguasaan murid dalam operasi asas. Pengkaji akan menggunakan Mysteri Drawer dalam kajian ini supaya dapat meningkatkan keseronokan kepada kanak-kanak dalam proses PdPc. Hal ini kerana, menurut Mentossori (1963), proses pembelajaran akan berkesan ketika kanak-kanak berada dalam suasana yang seronok dan gembira. Oleh itu, pendekatan pengajaran perlu dipelbagaikan supaya proses PdPc tidak menjadi sesuatu proses yang akan membosankan dan menyukarkan bagi kanak-kanak. 1.3 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KSPK ditubuhkan bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan tidak sahaja menitikberatkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M), tetapi juga mengambil kira kemahiran kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi serta elemen keusahawanan. Pengkaji telah menjalankan praktikum fasa pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching. Selepas tempoh dua bulan praktikum, pengkaji telah mendapati bahawa penguasaan operasi matematik sama ada tambah(+) atau tolak(-) adalah menjadi
masalah utama bagi kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak tidak memahami konsep operasi tambah semasa proses PdPc dijalankan. Berdasarkan proses pemerhatian di dalam kelas, pengkaji juga mendapati bahawa sesetengah murid tidak dapat membuat pengiraan yang melibatkan operasi tambah asas dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Kanak-kanak tersebut tidak mengenai konsep tambah tersebut walaupun pengkaji telah memberi soalan operasi tambah yang paling mudah seperti satu tambah tiga (1+3=?). Kanak-kanak tersebut juga tidak dapat menjawab dengan betul. Pengkaji menghadapi masalah setiap kali pengajaran slot Tunjang Sains dan Teknologi yang melibatkan pengiraan operasi tambah. Kanak-kanak tersebut juga menghadapi masalah semasa aktiviti yang melibatkan operasi tambah seperti aktiviti jual beli. Murid tidak boleh menguasai konsep tambah dalam nilai wang. Hal ini menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri dari aktiviti yang disediakan oleh guru. Bukan itu sahaja, berdasarkan hasil temu bual yang dijalankan terhadap guru kelas, didapati bahawa guru-guru kurang menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan strategi matematik yang pelbagai bagi melaksanakan PdPc di dalam kelas. Kekerapan pengajaran yang rendah serta kaedah pengajaran yang konvensional telah menjadikan murid kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam operasi matematik. Murid akan berasa bosan dan kekurangan motivasi semasa proses PdPc dijalankan. Hal ini kerana, guru kelas hanya menggunakan kaedah tradisional seperti bergantung kepada buku teks, mementingkan ujian dan latihan, kaedah pengajaran yang serupa, pengajaran tanpa menggunakan BBM, tanpa menggunakan kaedah “Chalk and Talk”, kekurangan menggunakan teknologi, PdPc hanya dijalankan di dalam kelas sahaja dan sebagainya. Perkara ini merupakan satu kerugian kepada murid-murid kerana mereka kurang didedahkan dengan perkara-perkara baru dan mereka ditolak ke alam tradisional dan bukannya ke alam 21 century. Sekiranya kanak-kanak kekurangan minat dan keinginan untuk belajar, kanak-kanak akan bermain dengan kawan dan tidak terlibat dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Melalui proses PdPc, pengkaji mendapati bahawa banyak kesilapan semasa membuat soalan yang berkaitan dengan operasi tambah. Bukan itu sahaja, sesetengah kanak-kanak terus tidak pandang guru semasa aktiviti pengajaran dijalankan. Situasi ini berlaku disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi ke atas slot Matematik.
Pengkaji amat bimbang terhadap tingkah laku murid tersebut kerana operasi tambah dalam mata pelajaran Matematik perlu ditekankan supaya murid-murid tidak ketinggalan untuk menguasai operasi asas Matematik yang lebih mencabar dan berada pada tahap yang lebih tinggi seperti operasi darab. Seperti petikan yang dipetik dari konsep dan Aktiviti PdPc Matematik Nombor Bulat menyatakan: “Kejayaan atau kegagalan pada peringkat awal menyelesaikan masalah penambahan memainkan peranan penting dalam menentukan sikap murid terhadap Matematik pada tahun-tahun selanjutnya dalam persekolahan. Konsep yang dikuasai semasa mempelajari tajuk penambahan merupakan asas penting untuk mempelajari tajuk yang lebih mencabar seperti penderaban.”(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) Oleh demikian, masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah dalam kemahiran matematik terutamanya dalam kemahiran operasi tambah membuka minda pengkaji bagi menyediakan kaedah yang sesuai bagi menyelesaikannya. Pengkaji bersemangat untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dan bertanggungjawab untuk memotivasikan kanak-kanak meningkatkan keminatan dalam slot Tunjang Sains dan Teknologi. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian adalah satu langkah penting yang perlu ditetapkan dalam penyelidikan tindakan. Fokus kajian yang akan menentukan kerelaan seseorang guru untuk melibatkan diri dalam sesuatu penyelidikan sekiranya fokus yang dipilih adalah bersangkut paut dengan dirinya dan professionya. 2.1 PEMILIHAN FOKUS KAJIAN Penguasaan asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi amat penting dalam PdPc Matematik di sekolah sebelum seseorang murid itu berupaya menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran ukuran panjang, wang, timbangan berat, pecahan dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa praktikum, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian adalah berkaitan dengan operasi asas iaitu operasi tambah. Peserta kajian tidak dapat menyelesaikan dan tidak dapat memahami konsep tambah dengan betul. Peserta kajian membuat banyak kesilapan semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh.
Fokus kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran murid serta menyelesaikan masalah murid dalam kemahiran tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Kajian yang dijalankan harus mempunyai hala tuju yang dapat memberi manfaat kepada semua murid serta sekolah dalam pencapaian akademik yang cemerlang. Kajian ini akan melaksanakan berdasarkan enam kriteria supaya meningkatkan keberkesanan dan tahap sesuatu kajian tersebut. Justeru, fokus kajian ini juga dapat mengukuhkan perkembangan serta kepenggunaan kajian ini dengan sempurna. 2.1.1 KEBOLEHTADBIRAN Menurut Mertler (2006), kebolehtadbiran merujuk kepada aspek praktikal kajian, kemampuan penyelidikan dan keupayaan subjek kajian. Dari segi kebolehtadbiran pengkaji akan melaksanakan dan menyelesaikan masalah yang dialami oleh murid dengan kajian ini. Pengkaji juga perlu berpengetahuan dalam menggunakan kaedah pengumpulan data awal seperti temu bual, ujian dan analisis dokumen bagi memperolehi maklumat yang tepat. Cara pengumpulan data-data awal yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah berdasarkan pemerhatian iaitu melalui lembaran kerja murid, soal selidik, analisis ujian pra dan ujian pos. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan membantu pengkaji untuk mengetahui masalah murid dan ianya menjadi asas bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji mempercayai bahawa peserta kajian akan mampu meningkatkan kemahiran tambah selepas interbensi dilaksanakan. Kajian ini juga mudah dilaksanakan kerana peserta kajian adalah murid dalam kelas pengkaji dan hanya melibatkan 4 orang murid sahaja. Selain itu, kajian ini juga akan dilaksanakan semasa rehat, sebelum waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan. 2.1.2 KEPENTINGAN Merujuk kepada aspek kepentingan, kajian ini adalah penting untuk mengatasi masalah murid dan membantu peserta kajian memahami konsep tambah dengan menggunakan bahan “Mystery Drawer” serta dapat meningkatkan keminatan peserta kajian dalam mata pelajaran matematik. Justeru, kajian ini juga sangat penting kepada murid dalam menyelesaikan masalah harian. Hal ini kerana, tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman murid dalam operasi asas tambah. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga penting untuk mengukuhkan kemahiran dan meningkatkan pengetahuan
dalam operasi tambah supaya murid dapat mengenali konsep operasi dan menjawab operasi-operasi lain. Bukan itu sahaja, kajian ini juga penting kerana membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, teknik pengajaran guru merupakan salah satu punca yang akan mempengaruhi keinginan murid untuk belajar. Pendekatan pengajaran tradisional merupakan salah satu punca bagi peserta kajian tidak berminat terhadap mata pelajaran matematik. Oleh itu, jikalau tanpa fokus kajian ini, murid yang mempunyai masalah dalam mata pelajaran matematik akan tidak mampu untuk menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan operasi tambah. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, maka peserta kajian akan mengalami kesukaran dalam meneruskan kemahiran-kemahiran lain. Selain itu, masalah ini juga akan menyingkirkan murid tersebut daripada muridmurid lain di kelas biasa. Justeru, kajian ini penting untuk membantu murid mencapai pencapaian dan meningkatkan prestasi dalam bidang akademik yang diceburi. Bukan itu sahaja, kajian ini juga penting untuk meningkatkan kualiti PdPc pengkaji. 2.1.3 KEBOLEHGUNAAN Berdasarkan aspek kebolehgunaan, kajian ini digunakan sebagai panduan mengajar operasi asas tambah bagi memudahkan peserta kajian lebih memahami PdPc serta meningkatkan kemahiran operasi bertambah. Kajian ini juga boleh digunakan secara berkesan kepada semua murid yang bermasalah dalam operasi tambah. Namun, kajian ini bukan hanya sesuai digunakan oleh guru prasekolah, maka guru-guru sekolah rendah juga boleh menggunakan kajian ini bagi meningkatkan minat serta kemahiran murid tahap satu. Hal ini dibuktikan bahawa kajian ini akan dijadikan bahan rujukan kepada rakanrakan sejawat pengkaji dan turu mampu memberi manfaat kepada peserta kajian dalam situasi lain. Dengan itu, murid dapat memahami konsep operasi tambah dengan mudah dan secara mendalam. Maklumat-maklumat dalam kajian ini dapat berkongsi bersama dengan ibu bapa supaya mereka boleh mengunakan pendekatan pengajaran yang berbagai di rumah. Malahan, aspek kebolehgunaan bagi pendekatan ini juga adalah murid boleh mengaplikasikan bahan ini dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan seperti dalam operasi tolak.
2.1.4 KAWALAN Fokus kajian kawalan merujuk kepada aspek skop kajian, kos kajian dan tempoh masa. Dari segi skop kajian menunjukkan bahawa fokus kajian ini berada dalam skop yang kecil dan tidak terlalu besar sehingga memudahkan urusan pelaksanaan tindakan oleh pengkaji. Peserta kajian hanya akan melibatkan skop masalah peserta kajian prasekolah dalam penguasaan kemahiran operasi tambah. Peserta kajian ialah murid pengkaji dan peserta kajian ini tidak boleh melibatkan murid bukan prasekolah. Malahan, peserta kajian juga tidak boleh terlibat dengan murid kelas lain. Aspek kedua ialah masa intervensi. Pengkaji tidak akan mengalami masalah semasa buat intervensi. Hal ini kerana, pengkaji akan melaksanakan kajian ini selepas waktu persekolahan. Pengkaji tidak akan menganggu waktu persekolahan murid-murid. Semua tindakan yang ingin dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan fokus kajian ini boleh dilaksanakannya secara terbukti di dalam interaksi PdPc. Aspek ketiga ialah berkaitan dengan tempat. Kajian ini dijalankan di sebuah prasekolah daerah Raub. Pegkaji tidak menggunakan tempat lain supaya tidak menganggu murid kelas lain. Pengkaji juga tidak menggunakan kos yang tinggi bagi menyediakan kajian tersebut. Bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah bahan kitar semula dan bahan semula jadi. Malahan, pengkaji juga tidak akan menggunakan tempoh masa yang panjang bagi melaksanakan kajian ini. Hal ini kerana, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tahap murid prasekolah. Oleh itu, pengkaji tidak boleh menimbulkan tekanan kepada murid-murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Bukan itu sahaja, bahan yang digunakan dalam kajian ini melibatkan permainan. Murid akan lebih mudah memahami pelajaran dan dapat mencungkil minat terhadap mata pelajaran Matematik. Pengkaji juga akan menyediakan bahan ini berdasarkan kesesuaian dan keperluan murid prasekolah supaya boleh membantu murid-murid menyelesaikan masalah penguasaan operasi tambah dengan cara yang betul. 2.1.5 KOLABORATIF Kriteria kolaboratif digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan data-data bagi fokus kajian ini. Kolaboratif merujuk kepada aspek kerjasama kolaboratif, koperatif dan kesejawatan antara guru-guru, penyelidik dengan penyelia, penyelidik dengan rakan penyelidik dan penyelidik dengan subjej kajian (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, 2011). Pelbagai usaha kolaboratif akan dijalankan bersama-sama semua warga sekolah.
Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji akan bekerjasama dan meminta bantuan daripada pelbagai pihak di sekolah. Contohnya, pada pertemuan awal dengan pihak pentakbir sekolah, pengkaji akan meminta kebenaran daripada pihak pengurusan untuk menjalankan kajian tindakan ini ke atas peserta kajian yang telah dipilih. Pengkaji juga akan sentiasa berbincang dengan guru-guru kelas bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Kerjasama yang diberikan oleh guru kelas amat diperlukan dalam menentukan keberjayaan kajian ini. Pengkaji juga akan meminta bantuan daripada guru kelas bagi memerhatikan tingkah laku peserta kajian semasa pelaksanaan PdPc. Pengkaji akan dapat maklumat tentang kelemahan dan kekuatan peserta kajian secara mendalam daripada guru kelas. Pendapat daripada guru kelas juga penting dalam kajian tindakan ini. Hal ini dapat membantu pengkaji mengambil tindakan berdasarkan keminatan peserta kajian. Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat mengenai sikap dan hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh peserta kajian sepanjang berada di kelas. Kriteria kolaboratif dalam fokus kajian ini telah membolehkan pengkaji untuk melaksanakan pemerhatian semasa intervensi dijalankan, disamping turut menjadikan proses pengumpulan data untuk penyelidikan tindakan ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 2.1.6 KERELEVAN Kriteria terakhir yang dinilai bagi fokus kajian ini adalah kriteria kerelevanan kepada sekolah, yang mana ianya merujuk kepada kesesuaian fokus kajian terhadap amalan pengkaji dan rakan sejawat serta organisasi sekolah. Kajian yang dilaksanakan akan relevan dalam amalan PdPc guru-guru kerana ia secara tidak langsung dapat membantu guru lain mempelbagaian teknik PdPc. Fokus kajian ini juga memberi faedah kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru prasekolah atau guru mata pelajaran matematik. Kajian ini boleh disimpan dan digunakan pada bila-bila masa bagi kegunaan guru-guru lain pada masa yang akan datang. Bahan yang digunakan dalam kajian ini juga bertahan lama dan boleh diguna sepanjang masa. Bukan itu sahaja, bahan ini juga akan meningkatkan pengetahuan murid dalam konsep operasi tambah dan meningkatkan keminatan murid-murid terhadap mata pelajaran matematik. Bahan kajian ini juga akan membantu murid-murid meningkatkan
tahap kecemerlangan dalam pencapaian dan meningkatkan prestasi murid dalam bidang matematik. Fokus kajian ini akan dijadikan sebagai teladan bagi menjayakan kajian ini. Dengan bantuan daripada semua pihak, pengkaji mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah peserta kajian dan menjayakan kaedah yang dipilih. 2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL Berdasarkan fokus kajian yang telah dipilih oleh pengkaji untuk digunakan dalam kajian tindakan ini, maka pengkaji akan memilih beberapa kaedah pengumpulan data awal untuk digunakan bagi mendapatkan data-data awal sebelum kajian tindakan ini mula dilaksanakan dan membuktikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Antara kaedah pengumpulan data awal yang akan digunakan oleh pengkaji adalah melalui proses pemerhatian, temu bual dengan guru prasekolah dan analisis dokumen. 2.2.1
PEMERHATIAN
Menurut Schmuck (1997), pemerhatian merupakan alat pengumpulan data kualitatif, melibatkan melihat secara berhati-hati dan merakam secara sistematik apa yang anda lihat dan dengar yang terjadi pada suatu situasi tertentu. Jadi, pengkaji menjalankan pemerhatian secara berhati-hati agar data yang ingin dapat boleh diperolehi dengan tepat. Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Dalam pemerhatian turut serta, pemerhati terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan, manakala dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian 2000). Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap peserta kajian secara langsung dan secara tidak langsung. Sepanjang menjalankan kajian terhadap peserta kajian yang dipilih, pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara langsung terhadap tingkah laku dan interaksi peserta kajian berhubung perkara yang ingin diperhatikan. Kaedah ini membantu pengkaji mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid serta perasaan murid terhadap bidang matematik. Pengkaji juga memilih beberapa item yang dirasakan sesuai dengan konteks kajian yang dijalankan dalam proses pemerhatian secara langsung. Antara item yang terlibat adalah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja dan suasana fizikal kelas.
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap hasil kerja peserta kajian bagi mendapatkan maklumat awal mengenai keupayaan peserta kajian dalam bidang pelajaran dan turut memberi pendedahan awal kepada pengkaji mengenai kesalahan serta kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta kajian di dalam pembelajaran. Selepas membuat pemerhatian terhadap hasil kerja peserta kajian, pengkaji telah mengenal pasti peringkat murid dalam penguasaan operasi tambah. Pengkaji juga dapat membantu peserta kajian dengan berdasarkan kelemahannya untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Sewaktu pemerhatian dijalankan, pengkaji juga membuat catatan lapangan dan mengambil gambar terhadap hasil kerja peserta kajian. Bukan itu sahaja, pengkaji juga membuat rakaman video terhadap tingkah laku murid semasa proses PdPc. Rakaman video dibuat membantu pengkaji membuat analisis tanpa meninggalkan sebarang maklumat penting atau tingkah laku yang tidak diperhatikan oleh pengkaji semasa proses PdPc dijalankan. Proses pemerhatian secara tidak langsung juga akan dijalankan dalam kajian tindakan ini. Pengkaji akan meminta bantuan daripada guru kelas supaya mendapat maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku peserta kajian semasa proses PdPc mata pelajaran lain. Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat peribadi dan latar belakang peserta kajian daripada guru kelas supaya mengenal pasti cara yang sesuai bagi membantu peserta kajian menyelesaikan masalahnya. 2.2.2 TEMU BUAL Proses temu bual ini telah dijalankan secara tidak berstruktur, yang mana pengkaji hanya mengemukakan soalan-soalan mengenai peserta kajian mengikut keperluan. Sesi temu bual juga dijalankan bagi mengumpul data yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Berdasarkan temu bual, pengkaji akan memperolehi sifat-sifat dan penrangai peserta kajian. Temu bual juga akan dijalankan selepas peserta kajian menggunakan Mystery Drawer. Hal ini adalah untuk mengenal pasti peringkat murid terhadap penguasaan operasi tambah. Temu bual yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah temu bual jenis separa berstruktur yang mana cuma soalan utama disediakan dan soalan susulan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian. Proses temu bual ini akan direkodkan dalam bentuk rakaman suara supaya ia boleh membantu pengkaji membuat
transkrip temu bual tersebut. Pada masa yang sama, pengkaji juga akan membuat catatan lapangan untuk memudahkan pengkaji meneliti jawapan murid. Sesi temu bual akan dimulakan soalan-soalan berkaitan dengan minat peserta kajian terhadap mata pelajaran Matematik. Soalan yang akan ditanya adalah untuk memberi gambaran berkenaan minat murid dan juga berkaitan dengan kefahaman murid terhadap kemahiran operasi tambah. Sewaktu murid menjawab soalan, murid akan ditemu bual beberapa soalan untuk mengetahui peningkatan kefahaman murid selepas intervensi dijalankan. Pengkaji akan metranskripkan maklumat temu bual untuk memudahkan proses penganalisisan. 2.2.3
ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen merupakan salah satu kaedah atau teknik khusus bagi kajian kualitatif (Creswell, 2007). Pengkaji akan meneliti beberapa dokumen seperti hasil kerja peserta kajian seperti lembaran kerja, buku latihan dan ujian peserta kajian. Berdasarkan hasil dapatan peserta kajian, pengkaji akan mendapati masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dengan lebih teliti. Masalah akan terbukti wujud apabila kebanyakkan hasil kerja peserta kajian memperlihatkan kesalahan dari aspek masalah kemahiran operasi tambah. Melalui buku latihan peserta kajian boleh mendapati bahawa keminatan kanak-kanak terhadap bidang matematik. 2.2.4
UJIAN PRA
Ujian pra adalah satu alat pengukuran yang membolehkan pengkaji mengesan punca dan kelemahan peserta kajian secara terperinci. Ujian ini membantu pengkaji mengenal pasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid. Ujian pra adalah bertujuan untuk membantu pengkaji mengenal pasti kumpulan tertentu dengan mengikut kebolehan dan kefahaman terhadap penguasaan operasi tambah. Ujian pra akan dijalankan sebelum penggunaan kaedah Mystery Drawer supaya mendapati perubahan peserta kajian selepas kajian tindakan ini.
2.3 TINDAKAN Sebuah kajian tindakan yang berkualiti haruslah dilaksanakan dengan mengikut prosedur-prosedur tertentu. Oleh itu, bagi menjadikan kajian tindakan ini sebagai salah satu kajian tindakan yang paling baik dan berkualiti, maka pengkaji akan memilih Model Kemmis & McTaggart (1988) untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Model Kemmis & McTaggart ini biasanya digunakan dalam sesuatu masalah sebenar, yang mana punca masalah berkenaan berlaku dalam sesebuah amanlan PdPc masih belum diketahui. 2.3.1 Model Kemmis & McTaggart (1988)
Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988) Model Kemmis & McTaggart ini mengandungi empat fasa iaitu fasa tinjauan awal (observe), fasa merancang tindakan (plan), fasa melaksanakan tindakan (action) dan memerhati (observe), dan fasa terakhir ialah fasa mereflek (reflect). Daripada Rajah 1, proses kajian tindakan bermula dengan pengkaji akan menjalankan refleksi ke atas satusatu isu PdPc yang hendak ditangani. Proses ini dijalankan semasa fasa tinjauan awal. Fasa tinjauan awal adalah satu fasa bagi seseorang pengkaji untuk memperbaiki sesuatu amalan bermasalah di dalam PdPc setelah pengkaji memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan PdPc yang bermasalah tersebut.
Kemudian itu, pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Fasa kedua ini dikenali sebagai fasa merancang tindakan. Di dalam fasa ini, seseorang pengkaji akan membuat merancang tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengkaji seharusnya tidak perlu risau mengenai kemampuan tindakan yang telah diambil sama ada mampu untuk menyelesaikan masalah yang terlibat di dalam kajian dalam tempoh masa yang singkat atau sebaliknya. Hal ini penting kerana sekiranya seseorang pengkaji cuba untuk menyelesaikan masalah yang terlibat di dalam kajian dengan kadar segera, maka pengkaji berkemungkinan akan menjadi kaku dan gagal untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Selain itu, perkara yang paling penting di dalam fasa tindakan ini adalah bersifat tindakan strategik, yang mana tindakan ini berupaya untuk menghasilkan suatu perubahan amalan di dalam P&P dan turut menjadi persediaan untuk pengkaji bagi melakukan kitaran kedua kajian sekiranya timbul isu yang lain. Fasa ketiga adalah fasa meIaksana tindakan & memerhati, yang mana pemerhatian ini akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk memastikan bukti-bukti diperolehi dan seterusnya dibuat penilaian oleh pengkaji yang terlibat. Proses pemerhatian ini pertu diIaksanakan secara terancang dan setiap perkara yang berlaku harus dibuat catatan jurnal bagl tujuan dokumentasl dan juga rujukan semula. Proses tindakan dan kesanya dalam konteks situasi perlu dibuat pemerhatian sama ada secara individual atau pun secara kelompok. Pengkaji akan berupaya untuk menggunakan cara pengumpulan data yang betul bagi membolehkan triangulasi dibuat,
yang mana
triangulasi ini merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian tindakan. Fasa terakhir dalam Model Kemmis & Mc Taggart ini adalah fasa mereflek. Dalam fasa ini, refleksi akan dibuat ke atas segala tindakan yang telah diperhatikan di dalam fasa pemerhatian sebelum ini dan selalunya hasil refleksi ini akan dicatatkan. Pengkaji akan membuat pemerhatian atas kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka pengkaji akan memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Berdasarkan Rajah 1 didapati pengkaji akan mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan pada Gelungan Kedua. Satu kritikan terhadap model ini ialah pengkaji akan sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality) jika masalah itu tidak
diselesaikan. Sekiranya, tindakan tidak sesuai bagi peserta kajian, pengkaji akan mengubah rancangan tindakan dan mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan peserta kajian boleh mencapai objektif kajian tindakan ini. Matlamat yang sama masih diteruskan tetapi akan mengurangkan bilangan kawalan penyataan dalam pelajaran. Oleh itu, pengkaji hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan. Pengkaji haruslah dilaksanakan dengan teliti dan hati-hati, bersistematik serta ketat dengan disiplin.
2.3.2 MODEL PELAKSANAAN KEMMIS & MC TAGGART (1988) Tinjauan Awal •
Mengenal pastl masalah. •
Menguasai kemahiran operasi tambah
Merancang Tindakan
Mereflek
•
•
Melihat kekuatan dan kelemahan perancangan serta pelaksanaan tindakan menilai perjalanan dan keberkesanan kajian berdasarkan data yang diperolehi. Melihat sejauhmana objektif kajian dapat dicapai
Menjalankan ujian pra Menyusun strategi untuk melaksanakan aplikasi kaedah “Mystery Drawer” terhadap keempat-empat peserta kajian. Menyediakan lembaran kerja
Melaksanakan Tindakan & Memerhati
Mengaplikasikan kaedah “Mystery Drawer” dalam PdPc. Melengkapkan lembaran kerja Merekod data perubahan peserta Tujuan: Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran operasi tambah dalam bidang Matematik Menganalisis data
Rajah 2: Prosedur Tindakan Berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988) Merujuk kepada rajah 2 pengkaji menunjukkan prosedur perancangan tentang pelaksanaan tindakan bagi kajian tindakan yang akan dijalankan dengan cara mengadaptasinya daripada Model Kemmis & Mc Taggart (1988). Kajian tindakan ini akan
dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu dan pengkaji akan memperuntuhkan 1 jam dalam setiap minggu untuk menjalankan intervensl ini. Kitaran dalam kajian ini akan dimulakan oleh pengkaji dengan fasa tinjauan awal. Dalam fasa ini pengkaji akan memilih empat orang murid prasekolah sebagai peserta kajian tindakan ini. Peserta kajian prasekolah ini akan diberikan kod nama sebagai Peserta Kajian 1 (PK 1), Peserta Kajian 2 (PK 2), Peserta Kajian 3 (PK 3) dan Peserta Kajian (PK 4). Pengkaji kemudiannya akan mengenalpasti masalah yang akan digunakan di dalam kajian tindakan ini iaitu berdasarkan kepada penguasaan kemahiran operasi tambah. Selain itu, dalam fasa tinjauan awal ini, pengkaji juga akan merancang satu kaedah yang akan digunakan bagi mengatasi masalah yang terdapat dalam kajian tindakan ini, yang mana kaedah tersebut adalah Mystery Drawer. Pengkaji kemudiannya akan meneruskan lagi tindakan dalam kitaran ini dengan fasa yang kedua iaitu merancang tindakan. Tindakan ini memerlukan pengkaji merancang pelaksanaan Kaedah Mystery Drawer di dalam interaksi PdPc bersama-sama dengan peserta kajian PK1, PK 2, PK 3 & PK 4. Seterusnya, tindakan di dalam kitaran ini akan diteruskan lagi oleh pengkaji dengan fasa melaksanakan dan memerhati. Pengkaji akan membuat analisis terhadap jawapan peserta kajian di dalam ujian pra dalam fasa tindakan sebelum ini. Analisis ini akan tertumpu kepada kemampuan peserta kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian dengan betul setelah pengkaji menerapkan kaedah Mystery Drawer di dalam interaksi PdPc. Di samping itu, pengkaji turut mengambil peluang di dalam fasa pemerhatian ini untuk menilai sejauhmana peserta kajian atau tindak baIas yang akan diberikan oleh peserta kajian apabila pengkaji menerapkan Kaedah Mystery Drawer ini di dalam interaksi P&P. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa kaedah ini akan meningkatkan lagi penguasaan peserta kajian terhadap kemahiran operasi tambah ataupun menunjukkan kesan yang sebaliknya. Kitaran ini akan diteruskan lagi dengan fasa terakhir iaitu fasa reflektif. Pada fasa reflaksi ini, pengkaji akan membuat rumusan terhadap segala maklumat yang telah dikumpul pada fasa sebelum ini iaitu fasa pemerhatian. Rumusan ini akan menentukan sama ada Kaedah Mystery Drawer ini ada menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam kajian tindakan ini atau tidak. Rumusan ini juga akan dibuat berpandukan kepada hasil analisis jawapan peserta kajian di dalam lembaran kerja, yang mana peserta kajian ini
mampu untuk menjawab saolan-soalan di dalam lembaran kerja ini dengan jawapan yang tepat dan betul. Perkara ini secara tidak langsung akan dapat membuktikan bahawa Kaedah Mystery Drawer ini adakah membantu peserta kajian ini untuk memahami dan menyerap segala isi pelajaran yang terdapat di dalam interaksi P&P secara baik dan sempurna sehingga membolehkan peserta kajian untuk menguasai kemahiran tambah dalam bidang matematik dengan baik serta sempurna. Dengan itu, kitaran kedua akan dibuat jika masalah itu tidal dapat diatasi. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Sebagai seorang guru prasekolah, pengkaji berharap untuk menjadi seorang guru yang dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar supaya dapat mengekalkan perhatian, minat serta penglibatan murid sepanjang tempoh proses PdPc. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengkaji tentang aktiviti bermain adakah dapat meningkatan motivasi kanak-kanak dalam penguasaan operasi tambah dalam mata pelajaran matematik. Objektif Kajian ini adalah untuk mengetahui: 1. Murid prasekolah dapat menyelesaikan soalan tentang operasi tambah dalam keadaan yang menyeronokkan dan bermakna dengan menggunakan “Mystery Drawer”. 2. Menambah baik amalan kendiri dalam proses PdPc untuk kemahiran numerasi dalam kalangan murid-murid prasekolah melalui kaedah belajar sambil bermain. Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut : 1. Adakah
penggunaan
“Mystery
Drawer”
dapat
membantu
kanak-kanak
menyelesaikan soalan tentang operasi tambah? 2. Adakah kaedah belajar sambil bermain dapat membantu guru menambahbaik amalan kendiri dalam proses PdPc matematik? 4.0 PESERTA KAJIAN Kajian tindakan ini akan melibatkan sebuah prasekolah di daerah Raub, Pahang. Prasekolah ini merupakan sekolah yang pengkaji menjalani latihan praktikum fasa satu. Prasekolah ini dapat dikategorikan sebagai sekolah bandar. Kanak-kanak prasekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Dusun. Terdapat dua kelas prasekolah di
sekolah ini iaitu Prasekolah Amanah (Prasekolah A) dan Prasekolah Bistari (Prasekolah B). Kedua-dua kelas ini tidak dibahagi dengan mengikut pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, pencapaian mata pelajaran matematik kanak-kanak mempunyai jurang yang agak besar. Hal ini menyebabkan sesetengah kanak-kanak yang sederhana ataupun penyerapan ilmu yang lebih lambat, mereka telah mengalami masalah dalam penguasaan matematik. Tedapat sekurang-kurangnya lapan orang kanak-kanak yang dikategorikan sebagai tahap rendah dalam bidang Matematik. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat orang murid sebagai peserta kajian. Peserta kajian tindakan ini melibatkan murid Prasekolah A iaitu seramai 25 murid di dalam kelas pengkaji yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Namun demikian, hanya empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki yang telah dimilih sebagai peserta kajian walaupun semua murid telah terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas. Sesetengah murid tidak dipilih sebagai peserta kajian kerana mereka tidak memberi kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Terdapat juga peserta yang penguasaan operasi asas dengan baik tidak dipilih sebagai peserta kajian. Namun, para peserta dalam kajian ini mempunyai satu persamaan iaitu tidak dapat menguasai operasi asas dengan baik dan kurang berminat terhadap mata pelajaran Matematik. Selain itu, peserta-peserta yang dipilih juga mempunyai persamaan dari segi tumpuan. Peserta tidak melibatkan diri dengan aktif dan tidak mengekalkan tumpuan semasa aktiviti PdPc dijalankan. Apabila murid lain menjawab soalan, peserta kajian hanya mendiam sahaja ataupun bermain dengan rakan-rakan di kelasnya. Pengkaji juga cuba menarik perhatian kanak-kanak yang bermasalah contohnya menyuruh namanya ataupun bertanya soalan secara lisan terhadapnya di dalam kelas. Tetapi, peserta kajian langsung tidak mampu menjawab dan tidak mempandang kepada guru. Situasi tersebut telah menyebabkan pengkaji mempunyai semangat untuk mengenal pasti masalah supaya dapat membantu peserta kajian meningkatkan aspek pembelajaran. 5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 PERANCANGAN TINDAKAN Huraian KSPK (2017) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses PdPc kanak-kanak di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan aktiviti yang menjadi kemestian bagi kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain, mereka akan
mula meneroka, menjelajah, mencari dan menemukan pelbagai pengalaman langsung dan secara semula jadi. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga tidak akan menjauhkan diri daripada aktiviti
bermain. Berdasarkan pendapat daripada Montessori (1963)
menyatakan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak. Hal ini dibuktikan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak terutamanya dalam memahami tentang kuantiti, pengiraan, bentuk, ruang dan pengukuran. Oleh itu, penggunaan pendekatan belajar sambil bermain akan memberi kesan yang positif untuk membantu murid memahami dan menguasai konsep operasi tambah. Selain itu, mengikut Vygotsky (1967), “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.” Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Murid-murid lebih senang dan mudah untuk belajar melalui bermain kerana melalui bermain murid-murid dapat membentuk struktur otak dan mereka akan lebih senang untuk memahami sesuatu simbol dan juga kegunaan simbol tersebut. Hal ini kerana subjek matematik dikenali mempunyai simbol yang banyak. Pendekatan belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid prasekolah belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna serta berkesan. Melalui pendekatan belajar sambil bermain, murid juga dapat memipulasikan bahan maujud seperti guli-guli, dadu, Big Book, Puzzle dan sebagainya dalam proses pembelajaran. Piaget (1997) menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat awal memerlukan pengalaman konkrit semasa peringkat permulaan untuk membantu mereka mempelajari dan memahami konsep operasi asas Matematik dengan lebih mudah. Hal ini dibuktikan bahawa penggunaan bahan-bahan konkrit dalam jangka masa yang panjang dapat membantu pencapaian murid-murid dalam Matematik dan meningkatkan rasa gemar murid-murid terhadap Matematik. Penyelidikan tindakan akan dilaksanakan di luar waktu sesi PdPc iaitu pada waktu awal pagi dari pukul 7.00 hingga 7.30 pagi sebelum kelas bermula atau pada pukul 11.30 hingga 12.00 tengah hari selepas waktu main bebas. Penyelidikan tindakan akan berlangsung di ruang pembelajaran Prasekolah. Pengkaji akan bermula dari ujian pra kepada semua murid prasekolah. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan data-data bagi mengesan murid-murid yang lemah agar dapat memberi bantuan awal. Perlaksanaan tindakan akan dijalankan selama empat minggu selepas ujian pra. Ujian pos akan dijalankan pada minggu ke-4 untuk menilai pencapaian murid.
Dalam tempoh satu bulan ini, pengkaji akan mendapatkan persetujuan daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk membenarkan pengkaji melaksanakan kajian ke atas murid-murid. Setelah mendapat kebenaran untuk membuat kajian ini, pengkaji akan menjalankan pengajaran topik operasi tambah yang melibatkan Mystery Drawer. Muridmurid akan diminta menggunakan Drawer 1 hingga ke Drawer 4. Rasional pengkaji adalah membolehkan murid bermula dari tahap yang rendah untuk menguasai konsep tambah. Setiap drawer akan mempunyai permainan masing-masing. Pengkaji tidak mengaturkan aktiviti ini sebagai aktiviti individu kerana pengkaji memegang kepada rational perbincangan antara pasangan akan membolehkan murid-murid membantu antara satu sama lain. 5.2 PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA Pengkaji akan menggunakan tiga kaedah penggumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan penilaian iaitu ujian pra dan ujian pos. Pengkaji akan memastikan data yang dikumpul ini adalah mencukupi dan menyeluruh serta berupaya untuk memberi sokongan dalam menjawab soalan kajian penyelidikan tindakan. Mills (2000) pernah menyatakan bahawa penyelidik tidak harus bergantung pada sumber data tunggal, temu bual, pemerhatian atau instrumen sahaja. Dalam hal kajian, penyelidik perlu menggunakan pelbagai sumber data, dan ini disebut sebagai triangulasi. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, tiga teknik utama dalam penyelidikan tindakan telah digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini iaitu penilaian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang merangkumi lembaran kerja, buku latihan, ujian pra serta ujian pos yang dilaksanakan oleh murid. 5.2.1
PENILAIAN
Penilaian yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah dibahagikan kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos. Kaedah ujian dapat menilai tahap kefahaman, penguasaan dan kemahiran murid terhadap operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan dan masalah pembelajaran terhadap peserta kajian. Kelemahan yang ditunjukkan oleh murid akan menjadi fokus kajian dalam kajian penyelidikan tindakan ini. Perancangan bagi tindakan juga dimulakan sebagai bantuan awal bagi mengatasi masalah pembelajaran kanak-kanak dalam penguasaan operasi tambah. Ujian pos pula bertujuan melihat kemajuan dan
kelemahan murid selepas menjalankan intervensi. Set soalan bagi ujian pra dan ujian pos adalah sama. 5.2.2
PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian ini digunakan ketika murid sedang melakukan aktiviti bermain melalui BBM yang dihasilkan oleh pengkaji. Penggunaan “Mystery Drawer” merupakan satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah. Terdapat empat jenis permainan matematik yang ada dalam BBM ini iatu “Mainan guli-guli”, “Dadu”, “Big Book” dan “Puzzle”. Ketiga-tiga aktiviti ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung dan juga kaedah pemerhatian melalui penglibatan. Kaedah pemerhatian secara langsung akan dijalankan semasa menyemak lembaran kerja dan tugasan murid, manakala kaedah pemerhatian penglibatan akan berlaku semasa murid menjalankan aktiviti bermain dengan menggunakan “Mystery Drawer”. 5.2.3
ANALISIS DOKUMEN
Analisis Dokumen digunakan bagi menilai murid dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh selepas melaksanakan intervensi
Mystery
berdasarkan
Drawer.
Instrumen
Dapatan
Lembaran
analisis
Kerja.
dokumen
Murid
akan
akan
dianalisis
menjawab
dan
menyelesaikan soalan operasi tambah yang ditentukan oleh guru. Hal ini dapat membantu pengkaji mengenal pasti peningkatan kefahaman murid-murid atau kelemahan murid supaya dapat melaksanakan tindakan susulan yang lebih baik bagi mengatasi masalah murid. Terdapat dua jenis dokumen yang akan disediakan dalam kajian penyelidikan tindakan ini iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah disediakan oleh pengkaji iaitu jurnal reflektif, hasil kerja murid, ujian pra dan hasil kerja murid. Sumber sekunder pula diperoleh dari pihak sekolah atau ibu bapa. Contohnya, fail peribadi murid, surat kebenaran ibu bapa, rekod murid dan buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa. 5.2.4
TEMU BUAL
Penggunaan temu buah secara berstruktur akan direkod dengan menggunakan Instrumen Senarai Semak Temu Bual. Instrumen ini akan disediakan terlebih dahulu item-itemnya. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak Skala Guttman. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini akan menunjukkan keempat-empat peserta kajian masing-masing. Pengkaji akan merekodkan tindak balas murid sama ada positif atau negatif selepas menggunakan Mystery Drawer dalam proses PdPc Pengkaji juga akan menjalankan temu bual dengan menguji kefahaman peserta kajian selepas menggunakan Mystery Drawer. Bukan itu sahaja, murid juga akan diberi peluang untuk menyatakan keinginan dan keminatan mereka terhadap penggunaan Mystery Drawer. 5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Penganalisis data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyusun maklumat daripada transkrip-transkrip temu-bual, rekod anekdot dan bahanbahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut (Borgan dan Biklen,1992). Kaedah analisis data terbahagi kepada dua iaitu analisis kandungan, dan analisis kuantitatif. Kaedah analisis data ini adalah untuk menyusun maklumat yang dikumpul serta mempersembahkan data. 5.3.1 ANALISIS KANDUNGAN Pengkaji menggunakan analisis kandungan untuk menyusun maklumat yang dikumpulkan melalui hasil lembaran kerja. Dalam analisis kandungan, pengkaji juga akan menandakan perkara yang dianggap penting dalam nota lapangan, iaitu perkara yang berkaitan dengan kedua-dua persoalan kajian. Pengkaji akan sentiasa merujuk balik nota lapangan untuk membandingkan hasil lembaran kerja bertulis bagi setiap peserta kajian. Pengkaji juga akan mendokumentasikan segala hasil analisis secara berstruktur supaya dapat memudahkan pengkaji merujuk balik. Analisis data akan dijalankan pada setiap sesi penyelidikan yang berlangsung selepas peserta kajian melengkapkan lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji. 5.3.2 ANALISIS KUALITATIF
Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan analisis kualitatif. Data kualitatif yang digunakan adalah dalam bentuk temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Pengkaji akan memperinci tentang situasi, kejadian, interaksi dan tingkah laku yang diamati di lapangan.
5.4 PERANCANGAN CARA MENYEMAK DATA Penyemakan data merupakan sebahagian daripada penyelidikan tindakan yang sangat penting bagi meningkatkan kredibiliti data kualitatif yang dikumpul serta menggambarkan situasi yang dikaji. Isu kebolehpercayaan dan kesahan dapat ditangani dengan adanya proses triangulasi ini. Dalam penyelidikan kualitatif, kaedah temubual, pemerhatian dan soal selidik berbentuk esei kepada peserta kajian tidak membolehkan seorang pengkaji meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Dengan sebab itu, kaedah triangulasi membolehkan pengkaji melihat dari pelbagai sudut dan perspektif yang berbeza dan setiap perspektif dikesan dengan menggunakan kaedah yang berlainan. Setiap kaedah akan mengarah kepada satu tujuan yang sama. Dengan cara ini, pengkaji berharap untuk mengatasi kelemahan atau rasa berat sebelah kerana peserta kajian dilihat hanya dari satu arah. Menurut Chua Yan Piaw (2006), kaedah triangulasi boleh dilihat sebagai melihat sebuah arca dari pelbagai sudut yang berbeza untuk mendapat gambaran keseluruhan secara jelas mengenai bentuk arca tersebut. Denzin (1978) mengenal pasti empat kategori triangulasi iaitu triangulasi data, triangulasi penyelidikan,
triangulasi
teori
dan
triangulasi
kaedah.
Pengkaji
akan
menggunakan triagulasi kaedah untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data yang dikumpulkan dan dianalisis. 5.4.1 TRIAGULASI KAEDAH Triangulasi kaedah yang digunakan dalam penyemakan data kajian ini dapat memberi gambaran kelemahan kaedah pengumpulan data di mana kaedah
tersebut boleh digantikan oleh kekuatan kaedah pengumpulan data yang lain. Misalnya, data kesan tindakan yang akan didapati oleh pengkaji melalui sesi temu bual bersama peserta kajian adalah kurang mantap dan perlu disokong oleh data kesan tindakan yang dikumpul melalui borang maklum balas dan lembaran kerja peserta kajian. Hal ini kerana, para peserta kajian terdiri daripada kanak-kanak berumur lima atau enam tahun. Dalam umur yang masih muda ini, mereka menghadapi masalah dalam penggunaan perkataan dan ayat yang sesuai yang benar-benar dapat menggambarkan apa yang mereka ingin sampaikan, kejadian yang dialami dan perasaan yang dirasai terhadap proses pembelajaran melalui tindakan baharu. Selain itu, terdapat juga peserta kajian yang lemah dalam kemahiran komunikasi dan masih mentah dari segi tahap kognitif. Justeru, masalah ini menyebabkan sesi soal jawab kurang sesuai dalam temu bual secara bersemuka digunakan. Peserta kajian yang berumur kecil gemar memberi respon kepada soalan temu bual yang ditunjukan dengan reaksi muka atau gerakan badan seperti mengangguk kepala, menggeleng kepala dan sebagainya. Respon sebegini adalah agar sukar untuk diinterpretasi dengan tepat sekali oleh penyelidik. Justeru, triangulasi kaedah memainkan peranan yang penting sekali dalam meningkatkan kesahan data melalui perbandingan data-data yang dikumpul melalui kaedah pengumpulan data yang berlainan seperti perbandingan antara rakaman video dengan catatan nota lapangan penyelidik atau perbandingan antara hasil lembaran kerja peserta kajian dengan transkrip temu bual.
5.5 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN adual
BIL
TUGAS 1
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16
JAN 2 3
Mengenal pasti masalah Mengenal Pasti / Pemilihan Tajuk Projek Penetapan Objektif dan soalan kajian Pengumpulan data tinjauan awal Merancang Tindakan Penetapan Penggunaan kaedah Pencarian Maklumat sumber & alat Penghasilan Kertas cadangan kajian tindakan Pembentangan kertas cadangan kajian tindakan Melaksanakan tindakan Mengumpul data Menganalisis data selepas tindakan Membuat refleksi Menulis laporan penyelidikan tindakan Pembentangan dapatan penyelidikan Menyediakan Laporan akhir penyelidikan tindakan
5.6 ANGGARAN PERBELANJAAN
4
5
2019 FEB 6 7
8
9
MAC 10 11 12
BIL
PERKARA
BILANGAN /
HARGA
UNIT
SEUNIT
RM
RM
JUMLAH RM
Proposal Kajian Tindakan 1
- Kertas Warna (Saiz A4 – 80 gsm)
2
- Kertas : Kandungan (Saiz A4 – 80
35
5.00
5.00
3.70
3.70
gsm) Proposal Kajian Tindakan 2
2
- Percetakan (Warna)
35
- Percetakan (Hitam) Laporan Akhir Kajian Tindakan 3
- Kulit Muka depan (Saiz A4 – Tebal) - Kertas : Kandungan (Saiz A4 – 80 gsm)
2 100
100 seunit
400
(x4) Bahan kitar
4
Bahan Penghasilan “Mystery Drawer”
-
5
Percetakan modul / bahan pengajaran
4
4.00
4.00
4
4.00
4.00
6
Percetakan Instrumen Senarai Semak Temu Bual / Ujian Pra / Ujian Pos JUMLAH
semula
-
416.7