KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI JADUAL
I
SENARAI RAJAH
II
SENARAI LAMPIRAN
III
1.0
PENDAHULUAN
/
1.1 Pengenalan
/
1.2 Konteks
/
1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
/
2.0
FOKUS KAJIAN 2.1 Pemilihan Fokus Kajian
/
2.3 Tindakan
3.0
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
/
4.0
PESERTA KAJIAN
/
5.0
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
/
5.1 Langkah-langkah Tindakan
/
5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data
/
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
/
5.4 Perancangan Cara Menyemak Data
/
5.5 Jadual Pelaksanaan Kajian
/
5.6 Anggaran Perbelanjaan
/
6.0
RUJUKAN
PENGGUNAAN KIT “MYSTERY DRAWER” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1 HINGGA 10 (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
KHO WEI SIN UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK JABATAN ILMU PENDIDIKAN
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian ini akan dilaksanakan berkaitan dengan masalah penguasaan kemahiran operasi tambah murid prasekolah dalam mata pelajaran Matematik. Pengkaji telah mengenal pasti masalah yang timbul ketika menjalankan sesi praktikum fasa 1 di salah sebuah sekolah daerah Raub Pahang. Masalah yang sering dilihat ialah kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dalam mata pelajaran Matematik. Tujuan pelaksanaan kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penggunaan Mystery Drawer dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah murid semasa di dalam kelas. Bidang pengajian matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat sejak dahulu lagi. Menurut Mokhtar Hj. Mansor (2004), matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat penting untuk dimasukkan dalam sukatan di sekolah. Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), pendidikan adalah satu perjuangan yang berterusan untuk melahirkan potensi individu secara holistik. Potensi ini terbuktinya dengan tidak bolehnya kekurangan ilmu matematik apatah lagi operasi asas matematik merupakan asas kepada penguasaan matematik. Matematik pula merupakan satu mata pelajaran yang abstrak. Bagi seorang kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun akan mula mempelajari matematik yang abstrak ini di prasekolah semestinya menjadi sesuatu yang agak merunsingkan kepala mereka. Oleh itu, bagi kanak-kanak yang sederhana ataupun penyerapan ilmu yang lebih lambat, mereka akan mengalami masalah dalam penguasaan matematik. Dengan demikian, sebagai seorang pendidik, kita haruslah berusaha untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka tidak kehilangan motivasi untuk mempelajari matematik. Hal ini kerana, kehilangan motivasi merupakan pembunuh utama yang menjadikan seseorang kanakkanak tidak suka matematik dan seterusnya tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dengan baik. Oleh itu, guru haruslah sentiasa mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya dapat mempupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari subjek matematik. Jika guru
berjaya memupuk minat kanak-kanak, maka masalah penguasaan operasi asas yang timbul di sekolah akan diselesaikan. Bukan itu sahaja, pengajaran tradisional juga tidak lagi digalakkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Latihan dan ujian yang dilaksanakan secara tradisional tidak berkesan bagi kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan operasi asas. Selain itu, perasaan bosan akan semakin meningkat bagi kanak-kanak tersebut sehingga berlakunya kehilangan motivasi untuk belajar dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan belajar melalui bermain untuk memperbaiki amalan pengajaran tradisional. Bermain adalah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Jean Piaget (1952) pernah menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Pendapat D’ Augustine, Sobel & Maletsky (1973) pula menyatakan bahawa permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti serta memupuk minat murid terhadap proses pembelajaran mereka. Hal ini dibuktikan pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Pendekatan belajar melalui bermain juga akan memberi makna ke atas perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pengkaji akan melaksanakan aktiviti pengajaran dengan menggunakan Mystery Drawer untuk meningkatkan keminatan kanak-kanak terhadap mata pelajaran Matematik dan juga dapat meningkatkan penguasaan dalam operasi asas. Aktiviti yang mempunyai aspek keseronokan akan lebih mudah mempengaruhi kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti proses pembelajaran. Hal ini juga akan meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran operasi asas. 1.2 Konteks Pengkaji merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) unit Pendidikan Awal Kanak-kanak ambilan June 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Sepanjang menuntut ilmu di IPGKTAA, pengkaji telah menjalani sekali latihan praktikum di sekolah daerah Raub, Pahang. Setelah menjalankan beberapa kali proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pengkaji mendapati bahawa pembelajaran dan pengajaran matematik merupakan subjek yang amat sukar untuk diajarkan kepada kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana, matematik merupakan
satu mata pelajaran yang abstrak. Kanak-kanak sukar untuk memahami konsep jikalau guru menerangkan secara lisan. Namun begitu, pengkaji ingin melaksanakan kajian yang berkaitan sejauh manakah pendekatan belajar melalui bermain dapat meningkatkan penguasaan murid dalam operasi asas. Pengkaji akan menggunakan Mysteri Drawer dalam kajian ini supaya dapat meningkatkan keseronokan kepada kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana, menurut Mentossori (), proses pembelajaran akan berkesan ketika kanak-kanak berada dalam suasana yang seronok dan gembira. Oleh itu, pendekatan pengajaran perlu dipelbagaikan supaya proses pembelajaran dan pengajaran tidak menjadi sesuatu proses yang akan membosankan dan menyukarkan bagi kanak-kanak. 1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengkaji telah menjalankan praktikum fasa pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching. Selepas tempoh dua bulan praktikum, pengkaji telah mendapati bahawa penguasaan operasi matematik sama ada tambah(+) atau tolak(-) adalah menjadi masalah utama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak sukar untuk memahami konsep operasi tambah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan proses pemerhatian di dalam kelas, pengkaji mendapati bahawa sesetengah murid tidak dapat membuat pengiraan yang melibatkan operasi tambah asas dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Kanak-kanak tersebut tidak mengenai konsep tambah tersebut walaupun pengkaji telah memberi soalan operasi tambah yang paling mudah seperti satu tambah tiga (1+3=?). Kanak-kanak tersebut juga tidak dapat menjawab dengan betul. Pengkaji menghadapi masalah setiap kali pengajaran slot Tunjang Sains dan Teknologi yang melibatkan pengiraan operasi tambah. Kanak-kanak tersebut juga menghadapi masalah semasa aktiviti jual beli dijalankan. Mereka tidak boleh menguasai konsep tambah dalam nilai wang. Hal ini menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri dari aktiviti yang disediakan oleh guru. Sesetengah kanak-kanak bermain dengan kawan dan tidak terlibat dalam aktiviti jua beli. Pengkaji sering kali mendengar kanak-kanak tersebut menyatakan ayat seperti ini “saya tak tahu”. Bukan itu sahaja, sesetengah kanak-kanak terus tidak pandang terhadap guru semasa aktiviti pengajaran. Situasi ini berlaku disebabkan mereka tidak mengetahui konsep operasi tambah dan juga tidak mempunyai motivasi ke atas slot Matematik.
Pengkaji amat bimbang terhadap tindakan tersebut kerana operasi tambah merupakan salah satu jenis asas dalam mata pelajaran Matematik. Jikalau kanak-kanak tersebut gagal untuk menguasai operasi tambah dia akan mengalami masalah pada masa hadapan. Oleh itu, pengkaji bersemangat untuk membantu kanak-kanak tersebut menangani masalah dan bertanggungjawab untuk memotivasikan kanak-kanak tersebut berminat dalam slot Tunjang Sains dan Teknologi. 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Pemilihan Fokus Kajian Penguasaan asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah sebelum seseorang murid itu berupaya menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran ukuran panjang, wang, timbangan berat, pecahan dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman pengkaji mengajar Matematik di sekolah, pengkaji mendapati mereka lemah dan kurang menguasai kemahiran operasi tambah. Mereka juga kurang menumpu perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Situasi ini telah menyebabkan murid-murid membuat banyak kesilapan semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Kepentingan
melaksanakan
kajian
ini
adalah
untuk
membantu
guru
menyelesaikan masalah pembelajaran kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kajian ini juga membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, teknik pengajaran guru merupakan salah satu punca yang akan mempengaruhi keinginan murid untuk belajar. Oleh itu, jikalau tanpa fokus kajian ini, murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran akan tidak berupaya untuk menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan operasi tambah. Melalui kajian tindakan ini, fokus yang dipilih juga akan mempunyai kebolehtadbiran kerana ia melibatkan pengumpulan datadata awal. Cara pengumpulan data-data awal yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah berdasarkan pemerhatian iaitu melalui lembaran kerja murid, soal selidik, analisis ujian pra dan ujian pos. Kawalan dalam kajian ini akan terlibat empat orang murid yang belajar di prasekolah daerah Raub iaitu sekolah yang pengkaji menjalani praktikum pada fasa 1. Keempat-empat ini merupakan ciri-ciri yang berbeza-beza. Dalam kalangan peserta kajian ini, terdapat dua orang murid selalu mengganggu pengajaran guru serta murid lain
yang ingin belajar. Mereka mudah mengalirkan perhatian terhadap perkara lain. Contoh teladannya adalah mengganggu rakan yang duduk di sebelah, bermain kertas di atas lantai, bermain dalam “dunia sendiri” dan sebagainya. Apabila pengkaji bertanya soalan secara lisan, murid tersebut tidak mampu menjawab dan hanya menunggu rakan sebelahnya memberitahu jawapan. Murid tersebut juga suka salin jawapan kawan semasa guru memberi lembaran kerja. Kajian ini juga melibatkan seorang murid yang pendiam. Dia kurang memberi kerjasama ketika pengkaji memintanya menyiapkan kerja ataupun menjawab soalan secara lisan semasa proses pembelajaran dan pengajaran matematik. Dia hanya duduk berseorang dan tanpa bersosial dengan rakan sekelas termasuk guru. Punca murid tidak memberi kerjasama dalam proses PnP adalah disebabkan dia tidak berminat terhadap mata pelajaran Matematik. Pengkaji juga mendapati bahawa murid tersebut hanya aktif semasa aktiviti kreativiti dan fizikal. Melalui pemerhatian dan temu bual, pengkaji juga mendapati seorang peserta kajian sebenarnya boleh mengecam dan menyebut angka-angka dari satu hingga sepuluh dengan betul. Hal ini dibuktikan, murid tersebut dapat menguasai konsep nombor. Tetapi dia belum membina konsep tentang operasi tambah. Sekiranya guru minta murid menjawab soalan seperti “1+2”, dia menulis jawapannya adalah 2. Guru mengajar operasi tambah dengan menggunakan jari tangan. Apabila guru sebut “1”, murid menunjukkan “1” pada tangan jarinya, tetapi ketika guru sebut “tambah 2”, murid tersebut menunjukkan “2” pada tangan jarinya. Melalui pemerhatian pengkaji, murid masih belum memahami konsep tambah. Hal ini berlakunya kesilapan ketika menyelesaikan soalan operasi tambah. Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain untuk memperbaiki amalan pengajaran tradisional. Bermain adalah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Menurut Jean Piaget (1952) pernah menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu bernama “Mystery Drawer” akan digunakan untuk menarik perhatian kanakkanak untuk menguasai kemahiran operasi tambah. BBM ini terlibat sifat bermain yang akan
meningkatkan
keminatan
kanak-kanak
dalam
proses
pembelajaran.
Kebolehgunaan bagi BBM ini adalah murid boleh mengaplikasikan bahan ini dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan seperti dalam operasi tolak.
Kajian ini juga akan berkolaborasi dengan guru-guru yang mengajar peserta kajian. Daripada aspek
masa yang digunakan sepanjang proses kajian,
pengkaji
terpaksa memanggil subjek secara individu pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Justeru itu, kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru amat diperlukan dalam menentukan keberjayaan kajian ini. Kajian yang dilaksanakan juga akan relevan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru Matematik kerana ia secara tidak langsung dapat membantu dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran guru. Ia amat sesuai digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh.
2.2 Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) kajian tindakanmerupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiriyang dilakukan secara kolektif, dilakukan olehpeserta lain yang berada dalam sesuatu situasisosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalandan keadilan amalan-amalan kemasyarakatandan pendidikan mereka sendiri, di sampingmeningkatkan kefahaman mereka tentangamalan-amalan itu serta situasi di mana amalanitu dilakukan.
3.0 Objektif Kajian Sebagai seorang guru prasekolah, saya berharap untuk menjadi seorang guru yang dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar supaya dapat mengekalkan perhatian, minat serta penglibatan murid sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengkaji tentang aktiviti bermain adakah dapat meningkatan motivasi kanak-kanak dalam penguasaan operasi tambah dalam mata pelajaran matematik.
Objektif Kajian ini adalah untuk mengetahui: 1. Murid prasekolah dapat menyelesaikan soalan tentang operasi tambah dalam keadaan yang menyeronokkan dan bermakna dengan menggunakan “Mystery Drawer”.
2. Menambah baik amalan kendiri dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk kemahiran numerasi dalam kalangan murid-murid prasekolah melalui kaedah belajar sambil bermain. Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut : 1. Adakah
penggunaan
“Mystery
Drawer”
dapat
membantu
kanak-kanak
menyelesaikan soalan tentang operasi tambah? 2. Adakah kaedah belajar sambil bermain dapat membantu guru menambahbaik amalan kendiri dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik? 4.0 PESERTA KAJIAN Kajian tindakan ini akan melibatkan sebuah prasekolah di daerah Raub, Pahang. Prasekolah ini merupakan sekolah yang pengkaji menjalani latihan praktikum fasa satu. Prasekolah ini dapat dikategorikan sebagai sekolah bandar. Kanak-kanak prasekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Dusun. Terdapat dua kelas prasekolah di sekolah ini iaitu Prasekolah Amanah (Prasekolah A) dan Prasekolah Bistari (Prasekolah B). Kedua-dua kelas ini tidak dibahagi dengan mengikut pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, pencapaian mata pelajaran matematik kanak-kanak mempunyai jurang yang agak besar. Hal ini menyebabkan sesetengah kanak-kanak yang sederhana ataupun penyerapan ilmu yang lebih lambat, mereka telah mengalami masalah dalam penguasaan matematik. Tedapat sekurang-kurangnya 8 orang kanak-kanak yang dikategorikan sebagai tahap rendah dalam bidang Matematik. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat orang murid sebagai peserta kajian. Peserta kajian tindakan ini melibatkan murid Prasekolah A iaitu seramai 25 murid di dalam kelas pengkaji yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Namun demikian, hanya empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki yang telah dianalisis dan diinterprestasi bagi data ujian pra dan pasca walaupun semua murid terlibat dalam aktiviti yang pengkaji akan jalankan. Sesetengah murid tidak dipilih sebagai peserta kerana mereka tidak dapat mengikuti semua ujian yang pengkaji jalankan disebabkan mereka terlibat daripada aktiviti sekolah. Terdapat juga peserta yang penguasaan operasi asas yang baik tidak dipilih sebagai peserta kajian tindakan ini.
Namun, para peserta dalam kajian ini mempunyai satu persamaan iaitu tidak dapat menguasai operasi asas dengan baik dan kurang berminat terhadap mata pelajaran Matematik. Selain itu, peserta-peserta yang dipilih juga mempunyai persamaan dari segi tumpuan. Peserta tidak melibatkan diri dengan aktif dan tidak mengekalkan tumpuan semasa aktiviti pengajajawan dan pembelajaran dijalankan. Apabila murid lain menjawab soalan, peserta kajian hanya berdiam sahaja ataupun bermain dengan rakan-rakan di kelasnya. Pengkaji juga cuba menarik perhatian kanak-kanak yang bermasalah contohnya menyuruh namanya ataupun bertanya soalan terhadapnya di dalam kelas. Tetapi, peserta kajian langsung tidak mampu menjawab dan tidak mempandang kepada guru. Situasi tersebut telah menyebabkan pengkaji mempunyai semangat untuk mengenal pasti masalah supaya dapat membantu peserta kajian meningkatkan aspek pembelajaran. 5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Perancangan Tindakan Huraian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(2010) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan aktiviti yang menjadi kemestian bagi kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain, mereka akan mula meneroka, menjelajah, mencari dan menemukan pelbagai pengalaman langsung dan secara semula jadi. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga tidak akan menjauhkan diri daripada aktiviti
bermain.
Berdasarkan pendapat daripada Montessori () menyatakan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak. Nietzsche () telah memetik pendapat Montessori menyatakan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak terutamanya dalam memahami tentang kuantiti, pengiraan, bentuk, ruang dan pengukuran. Hal ini dibuktikan bahawa penggunaan pendekatan belajar sambil bermain akan memberi kesan yang positif untuk membantu murid memahami dan menguasai konsep operasi tambah. Selain itu, mengikut Vygotsky (1967), “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.” Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Murid-murid lebih senang dan mudah untuk belajar melalui bermain kerana melalui bermain murid-murid dapat membentuk struktur otak dan mereka akan lebih senang untuk memahami sesuatu simbol dan juga kegunaan simbol tersebut. Hal ini kerana subjek matematik dikenali mempunyai simbol yang banyak. Pendekatan belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada
murid-murid prasekolah belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna serta berkesan. Melalui pendekatan belajar sambil bermain, murid juga dapat memipulasikan bahan maujud seperti guli-guli, dadu, Big Book, Puzzle dan sebagainya dalam proses pembelajaran. Menurut Varie (2007), penggunaan bahan-bahan konkrit dalam jangka masa yang panjang dapat membantu pencapaian murid-murid dalam Matematik dan meningkatkan rasa gemar murid-murid terhadap Matematik. Penyelidikan tindakan akan dilaksanakan di luar waktu sesi pembelajaran dan pengajaran iaitu pada waktu awal pagi dari pukul 7.00 hingga 7.30 pagi sebelum kelas bermula atau pada pukul 11.30 hingga 12.00 tengah hari selepas waktu main bebas. Penyelidikan tindakan akan berlangsung di ruang pembelajaran Prasekolah. Pengkaji akan bermula dari ujian pra kepada semua murid prasekolah. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan data-data bagi mengesan murid-murid yang lemah agar dapat memberi bantuan awal. Perlaksanaan tindakan akan dijalankan selama empat minggu selepas ujian pra. Ujian pos akan dijalankan pada minggu ke-4 untuk menilai pencapaian murid. Dalam tempoh satu bulan ini, pengkaji akan mendapatkan persetujuan daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk membenarkan pengkaji melaksanakan kajian ke atas murid-murid. Setelah mendapat kebenaran untuk membuat kajian ini, pengkaji akan menjalankan pengajaran topik operasi tambah yang melibatkan Mystery Drawer. Muridmurid akan diminta menggunakan Drawer 1 hingga ke Drawer 4. Rasional pengkaji adalah membolehkan murid bermula dari tahap yang rendah untuk menguasai konsep tambah. Setiap drawer akan mempunyai permainan masing-masing. Pengkaji tidak mengaturkan aktiviti ini sebagai aktiviti individu kerana pengkaji memegang kepada rational perbincangan antara pasangan akan membolehkan murid-murid membantu antara satu sama lain. 5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data Pengkaji akan menggunakan tiga kaedah penggumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan penilaian iaitu ujian pra dan ujian pos. Pengkaji akan memastikan data yang dikumpul ini adalah mencukupi dan menyeluruh serta berupaya untuk memberi sokongan dalam menjawab soalan kajian penyelidikan tindakan. Mills (2003) pernah menyatakan bahawa penyelidik tidak harus bergantung pada sumber data tunggal, temu bual, pemerhatian atau instrumen sahaja. Dalam hal kajian, penyelidik perlu
menggunakan pelbagai sumber data, dan ini disebut sebagai triangulasi. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, tiga teknik utama dalam penyelidikan tindakan telah digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini iaitu penilaian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang merangkumi lembaran kerja, buku latihan, ujian pra serta ujian pos yang dilaksanakan oleh murid. 5.2.1
Penilaian
Penilaian yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah dibahagikan kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos. Kaedah ujian dapat menilai tahap kefahaman, penguasaan dan kemahiran murid terhadap operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan dan masalah pembelajaran terhadap peserta kajian. Kelemahan yang ditunjukkan oleh murid akan menjadi fokus kajian dalam kajian penyelidikan tindakan ini. Perancangan bagi tindakan juga dimulakan sebagai bantuan awal bagi mengatasi masalah pembelajaran kanak-kanak dalam penguasaan operasi tambah. Ujian pos pula bertujuan melihat kemajuan dan kelemahan murid selepas menjalankan intervensi. Set soalan bagi ujian pra dan ujian pos adalah sama. 5.2.2
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ini digunakan ketika murid sedang melakukan aktiviti bermain melalui BBM yang dihasilkan oleh pengkaji. Penggunaan “Mystery Drawer” merupakan satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah. Terdapat empat jenis permainan matematik yang ada dalam BBM ini iatu “Mainan guli-guli”, “Dadu”, “Big Book” dan “Puzzle”. Ketiga-tiga aktiviti ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung dan juga kaedah pemerhatian melalui penglibatan. Kaedah pemerhatian secara langsung akan dijalankan semasa menyemak lembaran kerja dan tugasan murid, manakala kaedah pemerhatian penglibatan akan berlaku semasa murid menjalankan aktiviti bermain dengan menggunakan “Mystery Drawer”. 5.2.3
Analisis Dokumen
Analisis Dokumen digunakan bagi menilai murid dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh selepas melaksanakan intervensi
Mystery
berdasarkan
Drawer.
Instrumen
Dapatan
Lembaran
analisis
Kerja.
dokumen
Murid
akan
akan
dianalisis
menjawab
dan
menyelesaikan soalan operasi tambah yang ditentukan oleh guru. Hal ini dapat membantu pengkaji mengenal pasti peningkatan kefahaman murid-murid atau kelemahan murid supaya dapat melaksanakan tindakan susulan yang lebih baik bagi mengatasi masalah murid. Terdapat dua jenis dokumen yang akan disediakan dalam kajian penyelidikan tindakan ini iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah disediakan oleh pengkaji iaitu jurnal reflektif, hasil kerja murid, ujian pra dan hasil kerja murid. Sumber sekunder pula diperoleh dari pihak sekolah atau ibu bapa. Contohnya, fail peribadi murid, surat kebenaran ibu bapa, rekod murid dan buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa. 5.2.4
Temu Bual
Penggunaan temu buah secara berstruktur akan direkod dengan menggunakan Instrumen Senarai Sema Temu Bual. Instrumen ini akan disediakan terlebih dahulu item-itemnya. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak Skala Guttman. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini akan menunjukkan keempat-empat peserta kajian masing-masing. Pengkaji akan merekodkan tindak balas murid sama ada positif atau negatif selepas
menggunakan Mystery
Drawer
dalam
proses
pengajaran
dan
pembelajaran. Pengkaji juga akan menjalankan temu bual dengan menguji kefahaman peserta kajian selepas menggunakan Mystery Drawer. Bukan itu sahaja, murid juga akan diberi peluang untuk menyatakan keinginan dan keminatan mereka terhadap penggunaan Mystery Drawer. 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Penganalisis data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyusun maklumat daripada transkrip-transkrip temu-bual, rekod anekdot dan bahan-
bahan lain yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut (Borgan dan Biklen,1992). Kaedah analisis data terbahagi kepada dua iaitu analisis kandungan, dan analisis kuantitatif. Kaedah analisis data ini adalah untuk menyusun maklumat yang dikumpul serta mempersembahkan data. 5.3.1 Analisis Kandungan Pengkaji menggunakan analisis kandungan untuk menyusun maklumat yang dikumpulkan melalui hasil lembaran kerja. Dalam analisis kandungan, pengkaji juga akan menandakan perkara yang dianggap penting dalam nota lapangan, iaitu perkara yang berkaitan dengan kedua-dua persoalan kajian. Pengkaji akan sentiasa merujuk balik nota lapangan untuk membandingkan hasil lembaran kerja bertulis bagi setiap peserta kajian. Pengkaji juga akan mendokumentasikan segala hasil analisis secara berstruktur supaya dapat memudahkan pengkaji merujuk balik. Analisis data akan dijalankan pada setiap sesi penyelidikan yang berlangsung selepas peserta kajian melengkapkan lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji. 5.3.2 Analisis Kuantitatif Pengkaji juga menganalisis data menggunakan analisis kuantitatif. Pengkaji akan menggunakan skala pencapaian untuk menganalisis peningkatan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pos. Melalui skala pencapaian dalam ujian pra dan ujian pos, pengkaji akan menilai pencapaian setiap peserta kajian masingmasing.
5.4 Perancangan Cara Menyemak Data Berdasarkan penyemakan data, pengkaji akan menggunakan triagulasi kaedah untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data yang dikumpulkan dan dianalisis. 5.4.1 Triagulasi Kaedah Pendekatan yang digunakan dalam kajian penyelidikan tindakan ini adalah pendekatan pembelajaran Trialogikal dimana ia mengandungi tiga fasa iaitu
monologik, dialogik dan trialogikal.
Pada fasa monologik, pengkaji akan
memperoleh ilmu atau idea melalui pemikiran minda secara individu. Pengkaji juga akan mengumpul data dan menentukan objektif kajian bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid. Kemudian, pada fasa dialogik, pengkaji membuat perbincangan dan berkongsi idea melalui interaksi dengan rakan sekelas. Selepas perbincangan dengan rakan sekelas, pengkaji menganalisiskan masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian tindakan ini. Pada fasa trialogikal, pengkaji berkolaborasi guru prasekolah tentang kesesuaian bagi penggunaan “Mystery drawer” dalam kalangan murid tahun lima hingga enam untuk membantu murid menguasai kemahiran operasi tambah.
5.5 Jadual Pelaksanaan Kajian BIL
TUGAS
1
Mengenal pasti masalah Mengenal Pasti / Pemilihan Tajuk Projek Penetapan Objektif dan soalan kajian Pengumpulan data tinjauan awal Merancang Tindakan Penetapan Penggunaan kaedah Pencarian Maklumat sumber & alat Penghasilan Kertas cadangan kajian tindakan Pembentangan kertas cadangan kajian tindakan Melaksanakan tindakan Mengumpul data Menganalisis data selepas tindakan Membuat refleksi Menulis laporan penyelidikan tindakan Pembentangan dapatan penyelidikan
2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
1
2
3
4
5
2019 6 7 8
9
10
11
12
16
Menyediakan Laporan akhir penyelidikan tindakan
5.6 Anggaran Perbelanjaan BIL
PERKARA
BILANGAN/UNIT
HARGA SEUNIT
JUMLAH