Assignment.docx

  • Uploaded by: ms allyssia
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,452
  • Pages: 35
ISI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN

1

PENGAKUAN PELAJAR

2

BIODATA

3

REKOD KOLABORASI

4

SOALAN TUGASAN

5

PENGHARGAAN

6

TUGASAN 1 PENDAHULUAN

7

LATAR BELAKANG

8

KESAN DIKIR BARAT KEPADA MURID, GURU, SEKOLAH

9-12

DAN KURIKULUM. REFLEKSI

13-15

RUJUKAN

16

LAMPIRAN

17-21

TUGASAN 2 PENGENALAN

22

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21 REKA

BENTUK

PERSEKITARAN

23-24

PENGURUSAN

BILIK

25-29

DARJAH MESRA BUDAYA PENUTUP

30

REFLEKSI

31-33

RUJUKAN

34

LAMPIRAN

35

1

PENGAKUAN PELAJAR ( KEASLIAN HASIL TUGASAN )

Saya SENORITA ANAK MICHAEL No. Kad Pengenalan

960317-13-5156

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Major/Opsyen SEJARAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

dengan ini

Mengaku bahawa tugasan EDUP 3073 (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) (isikan kod dan nama kursus)

Adalah tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu

...................................................... (Tandatangan pelajar)

Nama :SENORITA ANAK MICHAEL No. KP :960317-13-5156

2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN TAHUN 2017

MAKLUMAT PELAJAR NAMA PELAJAR

SENORITA ANAK MICHAEL

UNIT

SEJARAH

AMBILAN

JUN 2015

NO. KAD PENGENALAN

960317-13-5156

TARIKH LAHIR

17/03/1996

STATUS PERKAHWINAN

BUJANG

ALAMAT KEDIAMAN

RUMAH UNSA JAGOI LAMA, PAKAN SARAWAK

NO. TELEFON PELAJAR

01116528276

ALAMAT E-MAIL PELAJAR

[email protected]

NO. TELEFON PENJAGA

012-8469209

MENTOR

EN WAN HASNI BIN WAN AHMAD

3

REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA KURSUS

: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KOD KURSUS

: EDUP 3073

NAMA PENSYARAH : TN HJ AZMAN BIN MOHAMED NOR

NAMA PELAJAR

Bil

Tarikh

: 1. SENORITA ANAK MICHAEL

CatatanAktiviti

TandatanganPensyarah TandatanganPelajar

1

2

3

TARIKH HANTAR TUGASAN : 26.3.2017

*** Perlu dilampirkan dalam tugasan pelajar *** Sekiranya kolaborasi melebihi 3 fasa, sila tambah helaian baru

4

Catatan

5

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, En Tn Hj Azman bin Mohamed Nor kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

6

TUGASAN 1 1.

PENGENALAN Dikir Barat adalah suatu tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di

negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Menurut Lim Swee Tin & Mohd Sulhie bin Yusuf (2016), dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian “Karut” itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di negeri-negeri pantai timur ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut. Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

7

2.

LATAR BELAKANG Tokoh yang saya pilih untuk temu ramah mengenai aspek sosiobudaya yang beliau mahir ialah Puan Mastura Binti Bahar yang merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II Jalan Gong Kepas Dalam, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman. Beliau telah mengajar di SK Tengku Mahmud II sejak 2013 sehingga sekarang. Puan Mastura merupakan seorang guru dengan kelulusan akademik ijzah sarjana muda DG 41 dalam bidang pengkhususan muzik dan mula mengajar pada tahun 1997. Puan Mastura juga telah berkeluarga dan memiliki anak. Sebelum berkhidmad di SK Tengku Mahmud II, Puan Mastura telah mengajar di Kolej Tunku Kurshiah Seremban, SMK Saujana Setiu dan SK Bukit Kenak. Di SK Tengku Mahmud II, Puan Mastura mengajar subjek muzik dan Bahasa Inggeris. Puan Mastura merupakan guru penasihat kelab kebudayaan SK Tengku Mahmud II sejak dari mula beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Puan Mastura merupakan seorang yang mahir dalam bidang dikir barat dan kompang. Beliau mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang dikir barat dan pernah membawa pasukan dikir barat SK Tengku Mahmud II ke pertandingan dikir barat sehingga peringkat kebangsaan. Hasil daripada ilmu, kemahiran dan usaha beliau, pasukan dikir barat SK Tengku Mahmud II telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat kebangsaan tersebut dan mendapat wang sebanyak enam ratus ringgit Malaysia. Pasukan dikir barat SK Tengku Mahmud II dibawah pimpinan beliau juga sering mengikuti pertandingan-pertandingan dikir barat sama ada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Pasukan ini juga sering mengadakan persembahan di sekolah untuk aktiviti sekolah.

8

3.

KESAN DIKIR BARAT TERHADAP MURID, GURU, SEKOLAH DAN KURIKULUM. Saya telah menjalankan satu sesi temu bual bersama Puan Mastura untuk menilai

sejauhmanakah kepelbagaian sosiobudaya mampu memberi kesan terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum. Puan Mastura merupakan seorang yang mahir dalam dikir barat. Dikir barat merupakan hiburan atau masyarakat melayu tradisional di sebelah pantai timur. Puan Mastura telah membawa murid menyertai banyak pertandingan dikir barat dan memberi muridnya banyak pengalaman mengenai dikir barat. Pengetahuan dan kemahiran yang luas yang Puan Mastura miliki ini sememangnya memberi impak yang besar kepada murid, guru, sekolah dan kurikulum itu sendiri. Melalui temu bual yang telah saya laksanakan bersama Puan Mastura saya dapat mengetahui bagaimana dikir barat mampu mempengaruhi murid, guru, sekolah dan kurikulum. Aspek pertama ialah kesan dikir barat kepada murid. Puan Mastura mengatakan bahawa dikir barat ini menimbulkan rasa gembira dalam kalangan murid. Murid yang gembira dan seronok untuk datang ke sekolah merupakan murid yang mampu mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran mereka kerana murid berasa seronok untuk belajar dan pembelajaran yang guru sampaikan dapat murid fahami dengan mudah. Di samping itu, menurut Puan Mastura dikir barat ini mampu memupuk keyakinan yang tinggi dalam diri murid itu sendiri. Semasa melakukan persembahan dikir barat dalam pertandingan di hadapan orang ramai, murid perlu ada keyakinan yang tinggi kerana mereka perlu menyanyi dan melakukan aksi-aksi tangan dan badan. Sekiranya murid tiada keyakinan diri yang tinggi, murid tidak akan mampu untuk berhadapan dan melakukan persembahan di hadapan orang ramai. Keyakinan murid yang tinggi penting agar mereka mampu untuk membawa diri di alam pendidikan tinggi, pergaulan dengan orang lain dan menyiapkan diri murid untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Puan Mastura juga mengatakan bahawa

dikir barat ini mampu memupuk sikap

bertanggungjawab dalam kalangan murid. Walaupun murid menyertai aktiviti dikir barat ini namun murid masih mengutamakan tanggungjawab mereka terhadap pembelajaran mereka di kelas dan tidak mengabaikan pembelajaran mereka dengan alasan sibuk mengikuti aktiviti dikir barat. Dikir barat ini juga memupuk murid agar mampu mengurus diri dan kumpulan. Muridmurid yang menyertai dikir barat ini kebanyakkannya akan tinggal di sekolah sampai petang dan kadang-kadang malam yang memerlukan mereka untuk mengurus keperluan diri mereka sendiri tanpa bantuan ibu bapa di sisi. Hal ini mampu memupuk sikap berdikari murid dan tidak

9

terlalu bergantung dengan orang lain. Semasa pertandingan juga murid-murid perlu menguruskan penampilan diri dengan memakai pakaian sendiri tanpa bantuan guru. Menurut Puan Mastura, murid yang menyertai dikir barat ini juga mampu mengikuti peraturan yang disediakan. Hal ini kerana bagi memastikan sesuatu persembahan itu berjaya, murid perlu mematuhi segala arahan dan peraturan yang guru tetapkan. Sebagai contoh, guru menetapkan masa latihan adalah pukul 3.30 petang dan murid perlu mematuhi masa yang ditetapkan oleh guru. Sikap yang diterapkan oleh guru dalam dikir barat ini mampu melahirkan murid yang mematuhi peraturan sekolah yang lain. Selain itu, menurut Puan Mastura dikir barat ini mampu memberikan kemahiran yang baru kepada murid. Dikir barat merupakan hiburan masyarakat traditional yang semakin dilupakan pada masa kini. Dengan adanya pendedahan di sekolah mengenai dikir barat ini maka murid-murid juga berpeluang merasai bagaimana hiburan masyarakat dulu kala di samping dapat memberikan kemahiran baru kepada murid. Menurut Puan Mastura, murid tidak semestinya perlu berbakat. Murid hanya perlu berminat dan mengikuti latihan, rajin dan bersungguh dan pada akhirnya murid akan dapat kemahiran yang luar biasa di samping ilmu pendidikan di kelas. Menurut Puan Mastura lagi, dikir barat ini mampu mengukuhkan bakat seorang murid. Murid yang berbakat dapat dikenalpasti melalui aktiviti dikir barat ini sama ada dari segi nyanyian atau tarian. Sekiranyanya bakat yang murid ada itu diperkembangankan lagi nescaya murid tersebut akan mampu menjadi seorang seniman apabila dewasa kelak. Dengan adanya kemahiran dikir barat ini, murid mungkin boleh mengembangkan lagi apa yang ada pada diri murid bagi menyiapkan diri menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar ini. Puan Mastura juga menyatakan bahawa dikir barat ini juga mampu memberikan kesan kepada guru. Menurut Puan Mastura dikir barat ini mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. guru tidak lagi hanya menggunakan kaedah lama “chalk and talk” tetapi mampu membawa kelainan dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya yang mana mampu untuk menarik minat murid dan membuatkan murid lebih fokus dengan apa yang guru cuba sampaikan. Murid yang seronok menyertai aktiviti seperti dikir barat ini akan rajin datang ke sekolah dan sentiasa bersemangat dan ini akan memberikan impak kepada guru agar pengajaran yang guru sampaikan dapat murid fahami dengan mudah.

10

Selain itu, dikir barat ini juga dapat memberikan kesan kepada sekolah. Dikir barat sememangnya kita ketahui sering dilaksanakan di sekolah terutamanya sekolah-sekolah di pantai timur. Menurut Puan Mastura dikir barat dalam sekolah mampu memberi sumbangan kepada pencapaian sekolah. Hal ini kerana sekiranya pasukan dikir barat sekolah memasuki pertandingan dan mampu sampai ke peringkat kebangsaan maka secara tidak langsung perkara ini akan mengharumkan nama sekolah. Sekolah akan mendapat nama dan dikenali ramai serta sekolah lain akan segan dan hormat dengan sekolah tersebut. persilangan budaya juga mungkin dapat berlaku misalnya sekolah dari negeri-negeri yang tidak terdedah dengan dikir barat ini ingin mengadakan lawatan ke sekolah. Hal ini juga mampu untuk meningkatkan band pencapaian sekolah. Dikir barat ini juga mampu memberikan kesan dan impak yang positif kepada kurikulum pendidikan di Malaysia. Menurut Puan Mastura dikir barat ini dapat memberikan impak yang positif kepada aktiviti kokurikulum di sekolah. Di sekolah terdapat kelab kebudayaan. Seperti yang kita sedia maklum setiap murid dikehendaki memiliki satu kelab, satu persatuan dan satu permainan. Sekiranya murid menyertai kelab dikir barat ini dan pergi mengikuti pertandingan secara tidak langsung murid akan dapat menambahkan koleksi sijil mereka yang mana sangat penting bagi murid. Di samping itu, murid yang seronok menyertai dikir barat ini akan membawa impak kepada kurikulum pembelajaran di kelas. Sekiranyanya murid seronok maka pembelajaran murid akan berkesan. Kemahiran yang dipelajari dalam dikir barat juga mampu membentuk murid yang aktif dan bertenaga. Hal ini akan dapat mempersiapkan murid untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru. Menurut Puan Mastura, dikir barat ini mampu mengukuhkan kurikulum yang wajib murid ambil misalnya subjek muzik. Dalam dikir barat, murid diajar tepukan, nyanyian, pergerakan, tempo dan banyak lagi. Dengan adanya elemen sebegini dalam dikir barat nescaya akan dapat mengukuhkan lagi pengetahuan murid mengenai subjek muzik tadi. Jelasnya di sini dikir barat ini mampu untuk menyokong kurikulum yang ada dalam sistem pendidikan kita. Selain itu, dikir barat ini juga dapat membentuk murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini kerana murid diajar untuk mencipta lirik untuk lagu dikir barat dan sekiranya murid mengaplikasikan KBAT ini dalam pembelajaran mereka nescaya kurikulum yang guru cuba sampaikan dapat murid terima dan fahami. Puan Mastura juga mengatakan bahawa dikir barat ini dapat mengintegrasikan bahasa. Dalam dikir barat tidak semestinya bahasa melayu yang menjadi bahasa utama. Murid dapat mendendangkan dikir

11

barat dalam bahasa arab juga. Bahasa Inggeris juga bolehlah digunakan. Hal ini sekaligus dapat memantapkan lahi kemahiran lisan murid dalam pelbagai bahasa yang mana penting bagi murid agar mampu berkomunikasi dengan berkesan. Akhir kata dari Puan Mastura, beliau menyatakan bahawa walaupun dikir barat bukanlah suatu subjek dalam kurikulum pendidikan di negara kita namun dikir barat ini mendatangkan banyak kesan yang baik sama ada kepada murid, guru, sekolah dan kurikulum. Diharapkan agar bidang-bidang seperti ini mampu untuk terus menyokong dan memperkasakan sistem pendidikan di negara kita ini agar mampu setanding dengan sistem pendidikan yang maju di negara luar.

12

REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan kerana atas kebaikkannya saya telah berjaya menyiapkan tugasan satu kerja kursus saya. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan kerja kursus secara individu untuk menghasilkan satu laporan temubual dengan seorang tokoh yang berpengetahuan luas dalam mengenai kepelbagaian sosiobudaya dan menilai kesannya terhadap murid, guru, sekolah dan kurikulum.. Banyak pengalaman yang menyeronokan telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui sejarah asal usul dikir barat yang selama ini saya fikir dicipta oleh masyarakat tempatan tetapi setelah pembacaan dan pencarian maklumat yang saya lakukan, saya dapat mengetahui bahawa dikir barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

Saya juga dapat bahawa di dalam persembahan Dikir

Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai kesan dikir barat kepada murid, guru, sekolah dan kurikulum. Berdasarkan apa yang Puan Mastura dikir barat ini menimbulkan rasa gembira dalam kalangan murid, mampu memupuk keyakinan yang tinggi dalam diri murid itu sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid, murid yang menyertai dikir barat ini juga mampu mengikuti peraturan yang disediakan, memberikan kemahiran yang baru kepada murid dan mampu mengukuhkan bakat seorang murid. Saya juga dapat mengetahui bahawa dikir barat ini mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan guru tidak lagi hanya menggunakan kaedah lama “chalk and talk.” Saya juga dapat mengetahui bahawa dikir barat ini mampu memberi sumbangan kepada pencapaian sekolah. Saya juga dapay mengetahui dikir barat ini juga mampu memberikan impak yang positif kepada aktiviti kokurikulum di sekolah, membawa impak kepada

13

kurikulum pembelajaran di kelas, membentuk murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan dapat mengintegrasikan bahasa. Sebelum melakukan tugasan, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber iaitu dari buku ilmiah, journal dan juga internet tentang tajuk tugasan ini ekoran saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai tugasan ini. Saya bermula dari maklumat kosong sehingga berjaya menyiapkan sepenuhnya tugasan ini. Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai tajuk tugasan. Namun buku yang saya cari tiada kerana dikir barat merupakan satu bidang yang tidak sangat diberikan penekanan dalam penyediaan buku di perpustakaan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencari jurnal dan artikel yang terdapat di internet untuk saya mendalami tajuk kerja kursus ini. Untuk menambahkan kefahaman saya mengenai tajuk tugasan ini saya telah membaca buku-buku dan artikel yang ada kaitan dengan tajuk tugasan saya yang saya pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Saya telah menggunakan maklumat yang ada dalam buku untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa dalam proses penyiapan tugasan ini saya juga menunjukkan komitmen yang tinggi. Apabila rakan sekelas saya membawa saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini saya memberikan komitmen sepenuhnya dengan bersama-sama turun ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kami juga sama-sama turun ke kafe untuk berbincang dan menyiapkan tugasan ini bersama-sama sehingga selesai dan pergi berjumpa dengan Puan Mastura banyak kali untuk mendapatkan maklumat daipada beliau. Setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya mendapat pengajaran dan nilai-nilai murni melalui kajian ini. Saya menyedari betapa pentingnya bagi seorang guru menguasai kemahiran bukan hanya kemahiran di bilik darjah namun kemahiran-kemahiran lain dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menjadi seorang pelajar dan bakal guru yang cemerlang tingkah lakunya. Namun demikian disebalik kesulitan yang saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat lebih banyak ilmu mengenai subjek ini dan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai subjek ini. Hal ini kerana saya telah membaca terlebih dahulu buku yang dipinjam dan membuat nota-nota ringkas pada sehelai kertas. Saya juga belajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik melalui kerja kursus ini kerana kesempitan masa yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini telah mengajar saya agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan tugasan yang diberi lebih awal. Saya juga akan membeli 14

lebih banyak buku-buku yang ada kaitan dengan subjek untuk memudahkan sumber rujukan saya. Sehabis sahaja menyelesaikan tugasan ini, saya berasa sangat lega kerana tugasan ini tidak sesenang seperti yang dijangka oleh saya. Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Tn Hj Azman bin Mohamed Nor kerana telah banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam membuat tugasan ini sehingga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar tepat pada masanya. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan rakan sekelas saya yang tidak pernah mengeluh dan sentiasa memberi tunjuk ajar, membantu dan berkongsi maklumat dengan saya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan buat ibu bapa saya yang banyak memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini. Begitu juga kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sekian, terima kasih.

15

RUJUKAN Kelantan, K. P. (2012, Oktober 30). Dikir Barat. Retrieved from Kelab Pencinta Sejarah Kelantan: https://sejarahkelantan.wordpress.com/tag/dikir-barat/ Lim Swee Tin, Mohd Sulhie bin Yusuf. (2016). Dikir Barat Tak Lerai Di Asak Zaman. Kuala Lumpur: Universiti Utara Malaysia. sitinoraslizabintiothman on April 3, 2. (2012, April 3). Latar Belakang Kajian. Retrieved from Aspek

Leksikal

Dalam

Lirik

Lagu

Dikir

https://sitinoraslizabintiothman.wordpress.com/category/projek-1/1-0-pengenalan/ .

16

Barat:

LAMPIRAN

17

18

19

20

21

TUGASAN 2 1.

PENGENALAN Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat

penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa yang ada pada setiap sekolah. Bilik darjah dikenali sebagai bilik darjah apabila didalamnya terdapat guru dan murid dan keduadua pihak ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pula dibantu oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Maksud perkataan mesra pula ialah hubungan dalam kalangan manusia. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam hubungan tersebut, nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman, toleransi dan hormat menghormati. Maksud budaya menurut Kamus Dewan (2007) ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Edward B. Tylor (1871) menyatakan budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahirankemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Maka mesra budaya dalam lain perkataan ialah perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini akan membolehkan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

22

2.

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21 Dewasa ini rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke21 telah banyak diperkatakan dan telah banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Kebanyakkan pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata dilihat kurang berhasil lagi bagi menarik minat murid pada masa kini sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015 apabila menyedari bahawa pentingnya bagi seorang guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan

pembelajaran

abad

ke-21.

Justeru

anjakan

yang

telah

dicipta

ini

membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah pada murid, di mana mereka dapat mengalami persekitaran sebagaimana mereka akan masuk sebagai pekerja abad ke-21. Konsep bilik darjah abad ke-21 ialah mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna. Selain itu, persekitaran bilik darjah abad ke-21 ialah suasana atau iklim bilik darjah dapat 23

merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Bilik darjah abad ke-21 mempunyai beberapa ciri-ciri tersendiri yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana guru kelas bagi menyusun dan menghias kelas agar selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Antaranya ialah murid duduk dalam kumpulan 4-6 orang, mempunyai sudut maklumat dan kriteria kejayaan di papan tulis. Selain itu, sudut Parking Lot dan sudut hasil kerja murid juga haruslah disediakan. Sudut maklumat amatlah penting dan haruslah dsediakan ruang untuk sudut ini di kelas. Bilik darjah abad ke-21 juga haruslah mempunyai ruang santai. Di samping itu, bilik darjah abad ke-21 haruslah mempunyai ciri 4C iaitu kreatif (creatif), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (colaboration) dan komunikasi (communication). Hal ini sesuai dengan aspirasi negara untuk mewujudkan modal insan yang berkebolehan.

24

3.

REKA BENTUK PERSEKITARAN PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA. Reka bentuk persekitaran pengurusan bilik darjah mesra budaya mempunyai beberapa ciri penting yang harus para guru titik beratkan. Antaranya ialah pengurusan persekitaran fizikal. Dalam aspek persekitaran fizikal terdapat beberapa pecahan penting yang boleh kita lihat iaitu pelan lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid, sudut dan ruang bacaan dan ruang dan sudut multimedia. Satu daripada aspek yang penting ialah pelan lantai. Bagi memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin, seorang guru boleh menyediakan pelan lantai. Guru haruslah mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas serta gaya pengajaran. Ruang yang boleh dibina ialah ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan, ruang rehat dan banyak lagi bergantung kepada keluasan kelas tersebut. ruang yang disediakan perlu mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Woolfolk (2001) berpendapat, persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Pelan lantai ini haruslah dapat memupuk elemen kolaborasi yang merupakan salah satu elemen 4C antara murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran Aspek kedua ialah kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan. Kebersihan fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia. Ruang dan persekitaran yang bersih menimbulkan kedamaian dan keselesaan dan keadaan ini mendorong keharmonian hidup manusia. Guru yang hebat sentiasa berusaha memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan muridnya dengan menyediakan jadual bertugas harian yang mana memerlukan murid berkerjasama menjaga kebersihan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Sistem pencahayaan juga penting kerana

keadaan

yang

terlalu

terang

dan

terlalu

suram

akan

menimbulkan

ketidakselesaan dan melemahkan minat murid belajar. Begitu juga sekiranya sistem pengudaraan tidak diberi perhatian oleh guru.

25

Aspek ketiga ialah susunan kerusi dan meja murid. Menurut Noriati et. al (2011) perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi dan meja haruslah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat atau lima mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif. Guru hanya sebagai pemudahcara. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid dan menyokong aspirasi pendidikan abad ke-21 yang ingin memupuk sikap berkolaborasi (colaboration) dan berkomunikasi (communication). Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka dan terdiri daripada kaum dan agama yang berlainan. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid dan dapat memupuk perpaduan antara murid. Selain itu, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. Di sudut multimedia ini, disediakan beberapa buah komputer mengikut jumlah kumpulan dengan jaringan internet untuk digunakan oleh murid. Semasa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung

murid

bolehlah

menggunakan

prasarana

ini

untuk

mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian dan melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran nescaya dapat memupuk amalan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Sudut ini diletakkan

26

berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau muridmurid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. Selain itu Noriati et. al (2011) menyatakan bahawa, sudut di bahagian belakang kelas bolehlah dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Guru bolehlah menyediakan bahan bacaan mengenai maklumat kaum lain sama ada dari aspek pakaian traditional dan kebudayaan agar murid dapat saling menghormati budaya dan adat resam kaum lain. Bahan-bahan bacaan ini juga boleh diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya secara berkolaborasi kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Di samping itu Noriati et. al (2011) juga menjelaskan, guru haruslah memastikan susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran berada ditempat yang betul. Guru haruslah memastikan bahawa perabot yang ada di dalam bilik darjah tidak menyempitkan ruang. Di samping itu, guru haruslah menyediakan ruang penyimpanan barang-barang bagi memudahkan murid menyimpan barang-barang peribadi mereka. Sudut-sudut bacaan sebaiknya diletakkan berdekatan almari menyimpan buku. Kemudahan peralatan TMK yang disediakan di dalam bilik darjah perlulah diletakkan disudut yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh menyemai rasa tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti menghias kelas. Murid perlulah diberikan kebebasan untuk menghias kelas dan mengaplikasikan idea mereka yang mana ada menyerlah

27

budaya kaum masing-masing melalui hiasan kelas yang dibuat dengan nasihat dan bimbingan guru. Hal ini dapat memupuk elemen kreatif dalam diri murid selaras dengan apa yang diingini dalam 4C. Sebagai contoh apabila murid menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak budaya dan sejarah seperti model-model pakaian traditional pelbagai kaum yang ada di dalam kelas. Di samping itu Noriati et. al (2011) menyatakan bahawa, guru bolehlah menyediakan sebuah sudut hasil kerja murid. Sudut hasil kerja murid merupakan sudut untuk memaparkan hasil kerja yang telah murid siapkan untuk menjadi tatapan dan rujukan murid pada masa akan datang. Sudut ini digunakan untuk memaparkan apa-apa sahaja hasil kerja yang telah murid selesaikan seperti hasil kerja pembentangan, kraf tangan, bahan ciptaan murid dan banyak lagi. Dengan adanya sudut ini murid dapat berkolaborasi melalui pertukaran maklumat mengenai hasil kerja yang telah disiapkan dan murid lain misalnya dapat tahu bagaimana sesuatu kraf tangan dihasilkan dan juga mampu memupuk kreativiti dalam diri murid. Menurut Noriati et. al (2011), guru juga harus menyediakan sudut kenyataan dan sudut maklumat. Sudut kenyataan dan sudut maklumat merupakan sudut yang dapat memberikan maklumat kepada murid mengenai isu-isu semasa dan maklumat yang perlu murid ketahui dan dapat murid rujuk dengan cepat. Di sudut ini juga boleh guru letakkan maklumat mengenai kepelbagaian kaum, perayaan, budaya dan adat resam kaum lain sebagai maklumat asas yang murid perlu ketahui dan guru haruslah sentiasa mengemaskini maklumat di sudut ini. Guru juga perlu meletakan peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

28

REKA BENTUK BILIK DARJAH MESRA BUDAYA Papan putih/hitam

LCD

Meja guru

Sudut maklumat

Tong sampah

Sudut maklumat

Ruangan Aktiviti

komputer

Meja murid

Sudut hasil kerja murid

Ruangan santai

Sudut membaca Coffee corner

Tempat penyimpanan barang29murid

Sudut maklumat diri dan pencapaian murid

PENUTUP Pengurusan persekitaran bilik darjah mesra budaya harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Reka bentuk bilik darjah yang mesra budaya tidak dapat kita zahirkan melalui penciptaan pelan yang sempurna berdasarkan teori semata-mata namun eka bentuk bilik darjah yang mesra budaya haruslah dapat memupuk perpaduan dan kesepakatan antara guru dan murid serta murid-dan murid. Susun atur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar

harus sama rata dari segi kumpulan etnik. Sudut-sudut pembelajaran dan

bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya tidak dinafikan merangkumi banyak aspek. Di sebalik semua ciri-ciri reka bentuk yang telah dicipta unsur pembelajaran abad ke-21 haruslah merupakan intipati utama yang pperlu diambil kira oleh seorang guru. Bilik darjah yang mesra budaya haruslah diwujudkan di semua sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dapat dilaksanakan dan murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih seronok dan mampu memupuk sikap bertolak ansur dan perpaduan antara murid.

30

REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan kerana kebaikkannya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan kerja kursus secara individu mengenai reka bentuk persekitaran pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Banyak pengalaman yang menyeronokan telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui bahawa reka bentuk persekitaran pengurusan bilik darjah mesra budaya mempunyai beberapa ciri penting yang harus para guru titik beratkan. Antaranya ialah pengurusan persekitaran fizikal. Dalam aspek persekitaran fizikal terdapat beberapa pecahan penting yang boleh kita lihat iaitu pelan lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid, sudut dan ruang bacaan dan ruang dan sudut multimedia. Bagi memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin, seorang guru boleh menyediakan pelan lantai. Guru haruslah mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas serta gaya pengajaran. Saya juga dapat mengetahui bahawa kebersihan fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia. Ruang dan persekitaran yang bersih menimbulkan kedamaian dan keselesaan dan keadaan ini mendorong keharmonian hidup manusia. Guru yang hebat sentiasa berusaha memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan muridnya dengan menyediakan jadual bertugas harian yang mana memerlukan murid berkerjasama menjaga kebersihan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Saya juga dapat mengetahui bahawa meja murid perlu disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat atau lima mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif. Selain itu, saya juga mendapat ilmu pengetahuan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi yang bersesuaian dan sudut di bahagian belakang kelas bolehlah dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui bahawa guru haruslah memastikan susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran berada ditempat yang betul. Guru haruslah memastikan bahawa perabot yang ada di dalam bilik darjah tidak menyempitkan ruang. Di samping itu, guru haruslah menyediakan ruang penyimpanan barangbarang bagi memudahkan murid menyimpan barang-barang peribadi mereka. Di samping itu, saya juga dapat mengeathui bahawa guru bolehlah menyediakan sebuah sudut hasil kerja 31

murid, sudut kenyataan dan sudut maklumat. Kesemua aspek yang telah saya nyatakan tadi nescaya mampu untuk membentuk persekitaran bilik darjah yang mesara budaya. Sebelum melakukan tugasan, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber iaitu dari buku ilmiah, jurnal dan juga internet tentang tajuk tugasan ini ekoran saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai tugasan ini. Saya bermula dari maklumat kosong sehingga berjaya menyiapkan sepenuhnya tugasan ini. Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai tajuk tugasan. Namun buku yang saya cari tiada kerana kebanyakkan buku telah dipinjam oleh rakan-rakan yang lain dan sumber buku yang terhad di perpustakaan IPG kita. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencari jurnal dan artikel yang terdapat di internet untuk saya mendalami tajuk kerja kursus ini. Untuk menambahkan kefahaman saya mengenai tajuk tugasan ini saya telah membaca buku-buku dan artikel yang ada kaitan dengan tajuk tugasan saya yang saya pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Saya telah menggunakan maklumat yang ada dalam buku untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak yang dapat saya pelajari terutamanya mengenai tajuk tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini saya menghadapi masalah ketika mencari maklumat menggunakan internet. Di asrama line internet sangat lambat dan tidak dapat digunakan di bilik. Saya terpaksa berdiri di luar bilik untuk menggunakan internet. Sebahagian blog yang ada juga telah disekat oleh pihak ipg. Untuk mengatasi masalah internet yang lambat ini, saya telah pergi ke bilik televisyen kerana di situ internet lebih cepat dan di bilik kuliah. Semasa dalam proses penyiapan tugasan ini saya juga menunjukkan komitmen yang tinggi. Apabila rakan sekelas saya membawa saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini saya memberikan komitmen sepenuhnya dengan bersama-sama turun ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kami juga sama-sama turun ke kafe untuk berbincang dan menyiapkan tugasan ini bersama-sama sehingga selesai. Setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya mendapat pengajaran dan nilai-nilai murni melalui kajian ini. Saya menyedari betapa pentingnya bagi seorang guru untuk menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesara budaya dalam kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebi berkesan. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menjadi seorang pelajar dan bakal guru yang cemerlang tingkah lakunya.

32

Namun demikian disebalik kesulitan yang saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat lebih banyak ilmu mengenai subjek ini dan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai subjek ini. Hal ini kerana saya telah membaca terlebih dahulu buku yang dipinjam dan membuat nota-nota ringkas pada sehelai kertas. Saya juga belajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik melalui kerja kursus ini kerana kesempitan masa yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini telah mengajar saya agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan menyiapkan tugasan yang diberi lebih awal. Saya juga akan membeli lebih banyak buku-buku yang ada kaitan dengan subjek untuk memudahkan sumber rujukan saya. Sehabis sahaja menyelesaikan tugasan ini, saya berasa sangat lega kerana tugasan ini tidak sesenang seperti yang dijangka oleh saya. Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada En Tn Hj Azman bin Mohamed Nor kerana telah banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam membuat tugasan ini sehingga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar tepat pada masanya. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan rakan sekelas saya yang tidak pernah mengeluh dan sentiasa memberi tunjuk ajar, membantu dan berkongsi maklumat dengan saya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan buat ibu bapa saya yang banyak memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini. Begitu juga kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sekian, terima kasih.

33

RUJUKAN Aisyah. (2012, April 23). Pengurusan bilik darjah yang kondusif. Retrieved from Titian Hidup Ini: http://berryviolet-miszaza.blogspot.my/2012/04/pengurusan-bilik-darjah-yangkondusif.html Fadir, M. B. (2017, Januari 27). Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21 (4C). Retrieved from mokhzanifadir.blogspot.my:

http://pa21mokhzanifadir.blogspot.my/2017/01/ciri-ciri-

pembelajaran-abad-ke-21-4c.html Hailmi. (2016, Mac 16). Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21). Retrieved from Cikgu Hailmi.com: http://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaranabad-21.html Johari, N. A. (2015). Pembelajaran Abad Ke-21. Kuala Lumpur. Malaysia,

B.

T.

(2015,

April).

Retrieved

from

Kementerian

Pendidikan

Malaysia:

file:///C:/Users/User/Downloads/Documents/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah A.Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar. Pustaka, D. B. (2007). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selama, P. P. (n.d.). Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah. Retrieved

from

http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/index.php/informasi/warta-

pendidikan/pppm-2013-2025/67-pembelajaran-abad-ke-21-amalan-dan-pelaksanaan-disekolah Steele, F. I. (1973). Physical Settings and Organizational Development (Series on Organization Development) 1st Edition. Addison Wesley Longman Publishing Co. Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Tylor, E. B. (1871). Primitive Culture: Researches Into the Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom, Volume 1. Michigan: J. Murray, 1871. Woolfolk. (2001). Educational Psichology (8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon, INC.

34

LAMPIRAN

35

More Documents from "ms allyssia"

Proposal Ar.docx
December 2019 63
Rujukan.docx
December 2019 14
Assignment Bi.docx
December 2019 17
Proposal Complete.docx
December 2019 14
Pbs Portfolio.docx
December 2019 27
Assignment.docx
December 2019 13