Panduan Menjadi Fasilitator Efektif Judul : Panduan Menjadi Fasilitator Efektif Harga : RM26.50 Nombor siri : 3251214 Status Stok: Stok masih ada
Judul : Panduan Menjadi Fasilitator Efektif Pengarang : Hamdan Abd Kadir, Madon Mawel, Syed Hussin Jaafar Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Kategori : Pendidikan | Kaunseling Mukasurat : 232 halaman Cetakan Pertama : 2003 ISBN : 983358506X Buku ini memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh fasilitator yang efektif. Antara yang dimuatkan dalam buku kecil ini adalah ciri-ciri seorang fasilitator, bengkel latihan bagi fasilitator, jenis-jenis fasilitator, fasilitator sebagai perunding dan perantara serta alat bantu bagi proses Latihan dalam kumpulan (LDK). Panduan Menjadi Fasilitator yang Efektif ditulis khusus untuk pemimpin pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi, guru-guru, pensyarah, ibu bapa, jurulatih, fasilitator kursus, moderator, penceramah dan pembaca-pembaca yang berminat memahami bagaimana menjadi fasilitator yang berkesan. Penjelasan secara mudah diberikan mengenai kefasilitatoran dan bagaimana mengendalikannya secara efektif. Selain memberi pendedahan mengenai maksud fasilitator, penulis juga memberi huraian mengenai beberapa kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang fasilitator. Peranan dan kualiti diri fasilitator juga diberi liputan yang sewajarnya. Di samping itu terdapat juga ruang untuk meneliti interaksi dalam kumpulan. Aspek ini mungkin menarik perhatian ramai. Perkongsian pengalaman luas ketiga-tiga penulis ini dalam kursus seperti Kursus Kefasilitatoran, Motivasi, Pengurusan Stres, Attitude Reengineering, Kaunseling, Smart Learning, Keibubapaan Profesional, Penyeliaan Berkesan dan lain-lain sama ada di sektor kerajaan atau swasta amat bermakna dalam menghasilkan buku ini. Sepuluh peratus daripada royalti buku ini sudah dikhaskan oleh penulis untuk usaha-
usaha kebajikan. Semoga penglibatan pembaca sebagai masyarakat Malaysia prihatin kepada usaha ini diberkati dan didahului dengan ucapan tahniah. Akhir sekali didarapkan buku ini akan menjadi panduan yang bermakna kepada pembaca yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan usaha-usaha kefasilitatoran mahu pun berhajat menjadi seorang fasilitator yang efektif dalam apa jua program yang dijalankan. Semoga ilmu ini dapat dikongsikan dan dikembangkan untuk membantu manusia menjadi insan. Kandungan Bahagian 1 Bab 1: Pengenalan Fasilitator Bab 2: Siapa Fasilitator? Bab 3: Ciri-Ciri Fasilitator Bab 4: Penerokaan Bab 5: Insan Sepadu dan Seimbang Bab 6: Bengkel Latihan bagi Fasilitator Bab 7: Kelebihan Fasilitator Bab 8: Persekitaran untuk LDK Bab 9: Mencapai Objektif Peserta Bab 10: Kawalan Fasilitasi Bab 11: Model Kefasilitatoran yang Lebih Baik Bab 12: Mengenal Pasti Penyampaian Verbal Bab 13: Kemahiran Mendengar Bab 14: Fasilitator Kumpulan Bab 15: Kumpulan LDK Bab 16: Kelayakan Bab 17: Pengalaman Fasilitator Bab 18: Sifat Fasilitator Bab 19: Kod Etika Fasilitator Bab 20: Matlamat yang Mahu Dicapai oleh Fasilitator Bab 21: Tujuh Kecekatan Fasilitator Bab 22: Jenis-Jenis Fasilitator Bahagian 2 Bab 23: Fasilitator Sebagai Perunding Bab 24: Fasilitator Sebagai Perantara Bab 25: Menangani Kumpulan Secara Praktikal Bab 26: Reaksi Fasilitator Bab 27: Kumpulan Fasilitator Bab 28: Keperluan Terhadap Fasilitator Bab 29: Sinergi Kumpulan Bab 30: Konflik Bab 31: Fasilitator sebagai Perantara dalam Konflik Bab 32: Langkah Supaya Peserta Sentiasa Bertenaga Bab 33: Suasana LDK Bab 34: Alat Bantu Bab 35: Menguasai Mesej Bukan Lisan
Bab 36: Interaksi dengan Ahli Pelbagai Ragam Bab 37: Asas Kefasilitatoran Perkembangan Kefasilitatoran Bab 38: Perbincangan Kumpulan Bab 39: Kontrak Bab 40: Bagaimana Fasilitator Berperanan sebagai Pembangun Bab 41: Proses Fasilitasi dan Fasilitator Dalaman Bab 42: Proses Fasilitasi Kumpulan Bab 43: Pergantungan Bab 44: Dimensi Perancangan Bab 45: Penentangan Bab 46: Kesimpulan