Padang dan trek Olahraga padang dan trek (balapan) merupakan satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, lontaran dan lompatan. A) Acara Padang Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat. Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat tubuh badannya. Berikut ialah senarai acara-acara lontar dan lompat seperti yang dipertandingkan di kebanyakan perjumpaan sukan olahraga ini. Bahagian
Acara
Penyertaan
1. Lompat
Lompat jauh
Lelaki / perempuan
Lompat kijang
Lelaki
Lompat tinggi
Lelaki / perempuan
Lompat bergalah
Lelaki
Lontar peluru
Lelaki / perempuan
Lempar cakera
Lelaki / perempuan
Rejam lembing
Lelaki / perempuan
Lontar tukul besi
Lelaki
2. Lontar
B) Acara Trek Lumba lari atau acara-acara balapan merupakan bahagian penting dan utama dalam olahraga kerana dalam acara-acara lari inilah kepantasan manusia itu diukur bagi satu-satu jarak yang ditetapkan. Terdapat pelbagai jenis acara lari, dan biasanya jenisnya adalah mengikut jauh dekatnya sesuatu acara itu. Berikut merupakan jenis-jenis lumba lari yang terdapat dalam acara trek: I.
Lari jarak dekat (Lari pecut)
II.
Lari jarak sederhana
III.
Lari jarak jauh
IV.
Lari berhalangan
V.
Lari lompat pagar
VI.
Lari berganti-ganti
VII.
Maraton Terdapat pelbagai jenis acara lari, ada acara khusus untuk lelaki sahaja dan ada
pula terbuka untuk lelaki dan wanita. Bagaimanapun bilangan acara dalam satu-satu perjumpaan adakalanya berbeza. Umpamanya bagi perjumpaan olahraga peringkat sekolah, bilangan acaranya sudah tentu lebih sedikit dibandingkan dengan bilangan untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA atau Sukan Olimpik.
Berikut adalah senarai lengkap acara lari yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Bahagian 1. Jarak dekat (pecut)
Acara
Penyertaan
100 meter
Lelaki / perempuan
200 meter
Lelaki / perempuan
400 meter
Lelaki / perempuan
800 meter
Lelaki / perempuan
1500 meter
Lelaki / perempuan
5000 meter
Lelaki / perempuan
10000 meter
Lelaki
4. Lari berhalangan
3000 meter
Lelaki
5. Lari lompat pagar
100 meter
Perempuan
110 meter
Lelaki
400 meter
Lelaki / perempuan
4 x 100 meter
Lelaki / perempuan
4 x 400 meter
Lelaki / perempuan
2. Jarak sederhana
3. Jarak jauh
6. Lari berganti-ganti
7. Marathon
Lelaki / perempuan