Larian Berganti_kah Hui

  • Uploaded by: tan mee teng
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Larian Berganti_kah Hui as PDF for free.

More details

  • Words: 1,138
  • Pages: 5
Larian berganti-ganti Pengenalan Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter, dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari bergantiganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan. SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. . Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. ALATAN Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah:• Blok permulaan Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh dilakukan seperti dalam gambar berikut: a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan. b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan. (c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan. • Baton Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran (20 meter).

• Alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan. PASUKAN LARI BERGANTI-GANTI Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan. Acara Dalam Lari Berganti-ganti 2.1 Acara 4 x 100 meter -Untuk acara 4 x 100 meter, pelari berlari dalam lorong-lorong di atas balapan bulat berukuran 400 meter. Balapan tersebut mempunyai 8 lorong. Pelari pertama akan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang di atur secara beranjak. Dia berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton. Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan tersebut.

2.2 Acara 4 x 200 meter - Bagi acara 4 x 200 meter, pelari masih berlari dalam lorong-lorong balapan yang berukuran 400 meter. Perbezaan acara 4 x 200 meter

dengan acara 4 x 100 meter adalah setiap pelari harus berlari sejauh 200 meter. Semua prosedur dan teknik adalah sama dengan acara 4 x 100 meter. 2.3 Acara 4 x 400 meter - Acara 4 x 400 meter berbeza dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter. Perbezaan acara ini adalah dari segi prosedur dan teknik larian. Dalam acara ini, pelari pertama memulakan larian dengan prosedur yang sama dengan acara 4 x 100 dan 4 x 200 meter. Perbezaan acara ini dapat dilihat pada pelari kedua. Selepas berlari sejauh 100 meter, pelari kedua boleh memasuki lorong pertama bersama dengan pelari-pelari yang lain. Pelari ketiga bagi setiap pasukan akan menunggu pelari kedua masingmasing di lorong yang pertama dan prosedur ini diteruskan oleh pelari yang keempat. Zon Penukaran Baton Pada tanda 100 meter, 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter, ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mesti bertukar tangan di antara dua pelari di dalam zon ini. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter dibelakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon penukaran baton.

Teknik memberi dan menerima baton gaya pandang

A. Teknik Memberi Baton. Untuk memastikan pemberian baton yang cekap dan tepat, pembawa baton itu harus mengekalkan kepantasan larian semasa hendak memberi baton supaya penerima baton yang sudah berada pada tahap larian yang baik tidak kelihatan tertunggu-tunggu pembawa baton di mana hal ini akan merugikan masa. Pembawa baton juga harus memberi isyarat kepada penerima apabila memasuki zon penukaran baton dengan mengatakan ‘up’ dan sebagainya supaya penerima baton bersiap sedia untuk menerima baton.Pembawa baton harus menghulurkan baton dengan tangan yang lurus kepada penerima supaya penerima dapat menerima baton dengan sempurna. Di sini pembawa baton mesti memainkan peranan dengan melihat tangan penerima sama ada bersedia untuk menerima baton atau tidak. Pembawa baton harus meletakkan bahgaian hujung baton ke dalam tangan penerima supaya baton dapat diberikan kepada penerima baton yang seterusnya dengan baik dan sempurna. B. Teknik Menerima Baton Penerima baton pula harus menyediakan tandaan sebelum larian dimulakan. Penerima baton harus berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia dengan sentiasa memandang pelari yang membawa baton. Sebaik sahaja melihat pembawa baton sudah mencecah bahagian tandaan penerima baton sudah harus memulakan larian dengan pantas dan menungu isyarat daripada pembawa baton.Sebaik sahaja menerima isyarat daripada pembawa baton, penerima haruslah menghulurkan tangan yang lurus ke belakang atau ke sisi dan menerima baton itu di bahagian pangkal supaya mudah untuk diserahkan pula kepada penerima berikutnya .Harus diingatkan supaya penukaran baton tidak dilakukan selepas atau sebelum zon penukaran baton kerana hal ini boleh membatalkan larian. Dan sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke trek semasa melakukan pertukaran, pembawa baton tadi dikehendaki untuk mengambil semula baton itu dan meberikan kepada penerima. 12.0 POSISI MULAAN 12.1 POSISI MULAAN PELARI PERTAMA 1. Mulaan adalah sama seperti mulaan lari pecut 100 meter. 2. Memegang baton dalam dalam tangan kanan. 3. Baton dipegang dengan jari manis dan jari kelengkeng. 12.2 POSISI MULAAN UNTUK PELARI KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT 1. Pelari-pelari ( yang akan menerima baton daripada pelari – masuk) mengambil posisi mulaan berdiri, sambil memandang dari atas bahu diri pelari – masuk yang membawa baton. 2. Apabila pelari – masuk sampai pada tanda tertentu, pelari – keluar menghadap ke hadapan dan mula belari pecut secepat mungkin tanpa

memandang belakang. Pertukaran Baton Kaedah penglihatan dalam pertukaran baton digunakan kerana jarak yang agak jauh dilari oleh setiap pelari. Pelari yang menuju dalam keadaan yang letih akan menghantar baton dengan memegang baton secara tegak pada tangan kanan. Pelari yang menerima baton pada tangan kiri akan menukarnya ke tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari akan membuka tangan, jari terlunjuk dan ibu jari membentuk V supaya baton tidak akan terjejas daripada genggaman. Pelari yang akan menerima baton akan menentukan kedudukan zon pertukaran baton pada awal atau akhir dengan menentukan kelajuan pelari. Satu perkara yang penting ialah pelari yang menuju tidak boleh keluar daripada lorong dengan serta-merta apabila menukar baton. Ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan kemalangan di antara pelari.

Rajah: Kedudukan visual dalam pertukaran baton

Related Documents

Hui Neng Sutra
June 2020 1
Raeth-akele Hui Mein
November 2019 1
Hui Wei - Shangai Baby
December 2019 0

More Documents from "Andromeda"