Lari Pecut_mee Teng

  • Uploaded by: tan mee teng
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lari Pecut_mee Teng as PDF for free.

More details

  • Words: 2,060
  • Pages: 8
Lari Pecut Pengertian Larian pecut didefinasikan sebagai larian yang terpantas dibandingkan dengan larian-larian lain. Tetapi larian terpantas ini biasanya tidak dapat dicapai jika faktor-faktor seperti angin, permukaan balapan dan insentif para pelumba tidak diambil kira. Jadi adalah lebih tepat jika larian pecut didefinasikan sebagai larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan pada suatu jarak yang tertentu. Berlari merupakan suatu aktiviti yang sihat lagi menyeronokkan. Semua individu digalakan untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Tetapi untk berlari dengan pantas ia memerlukan kemahiran, kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan semula jadi. Ini bermakna kualiti-kualiti penting yang perlu ada pada seseorang pelari pecut biasanya diturunkan kepadanya daripada ibu bapanya, sungguhpun latihan yang sistematik membolehkan diri seorang mengendali potensi yang sedia wujud pada dirinya. Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut yang mempunyai kesan terhadap kelajuan kepecutannya, iaitu kelajuan kaki dan jarak langkah semasa berlari. Kelajuan kaki langkah semasa berlari. Kelajuan kaki dikenali sebagai cadence dan untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah mempunyai kordinasi yang baik dan kebolehan merehatkan badan (relax) semasa berlari. Dalam faktor jarak langkah pula, terdapat jarak optimum yang berkesan yang berbeza antara seorang pelari dengan pelari yang lain, yang dipengaruhi oleh panjang kaki, kekuatan dan mobiliti bergerak. Biasanya jarak dalam lingkungan dua meter adalah biasa bagi pelari pecut yang berpengalaman atu matang. Jarak ini dapat dipertingkatkan dengan memperbaikin mobiliti dan kekuatan, khususnya di bahagian pergerakan kaki, lutut dan sendi pinggannya. Dalam pada itu motivasi juga adalah perlu dalam meningkatkan prestasi seseorang pelari pecut. Alat-alat untuk Acara pecut Dalam sukan olahraga, terutamanya dalam acara-acara pecut, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan oleh seseorang pelari pecut, iaitu:

1. kasut – Adalah baik jika dibiasakan penggunaan kasut berpaku yang ringan (light sprinting-spikes). 2. Blok permulaan (starting-bloks) – Walaupun pengunaan blok permulaan ini tidak diwajibkan, namun dalam acara pecut, ianya amat perlu dan dalam banyak kes, telah membantu pelari-pelari dalm meningkatkan larian mereka. Penggunaan blok permulaan mempunyai beberapa peraturan: a) Berdasarkan kedudukan seseorang pelari antara blok permulaan, ukur jarak antara belakang garisan permulaan, dengan bahagian hadapan setiap kaki. b) Selepas itu tempatkan blok permulaan di balapan dan tempatkan mengikut ukurannya yang telah diukur terlebih dahulu. Penempatan ini haruslah disesuaikan dengan kehendak pelumba.

c) Biasanya, pengguna tangan kanan lebih berminat untuk menenpatkan blok di hadapannya di kaki kiri sejarak 61cm (2 kaki) di belakang garisan permulaan dan membenarkan tambahan 35-41cm untuk bahagian blok di belakang untuk kaki kanan. d) Arahkan pelumba ke belakang daripada garisan permulaan. Letakkan tangan di atas balapan. e) Letakkan lutut kanan dan letakkan tangan di belakang garisan permulaan. Undang-undang Am Lari Pecut PERMULAAN 1. Jarak adalah diukur daripada hujung garisan permulaan hingga ke hujung garisan akhiran atau penamat. 2. Segala keputusan mengenai permulaan dibuat oleh pegawai permulaan dan keputusannya adalah muktamad. 3. Biasanya terdapat garisan pengumpulan di belakang garisan permulaan, iaitu sejarak tiga meter. Sebelum permulaan dimulaan, para pelumba akan dikumpulkan di kawasan ini. 4. Permulaan dimulakan dengan tembakan pistol. Setelah arahan ’ke garisan’ dan ’sedia’ diberikan dan para pelumba tidak bergerak iaitu dalam kedudukan bersedia, maka pistol akan dibunyikan.

5. Adalah tugas pegawai petugas atau marksman untuk memeriksa para pelumba supaya mematuhi segala peraturan permulaan. 6. seseorang pelumba yang memindahkan tangan atau kaki sebelum pistol diletupkan, perlumbaan itu dibatalkan dan pelumba yang telah melakukan kesalahan akan diberi amaran. Bagi kali kedua, pelumba itu akan dikeluarkan daripada perlumbaan. SEMASA PERLUMBAAN

7. Seseorang pelumba mestilah mengikut lorong yang ditetapkan dari mula hingga akhir perlumbaan. Jika terkeluar atau berlari dalam lorong lain, larian itu dikira batal. PENGHABISAN/TAMAT 8. Sehelai benang tebal atau tali dibentangkan di atas garisan penamat dan pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana bahagian badan (torso) seperti Rajah 2.1 (iaitu bahagian yang tidak melibatkan kepala, leher, tangan, tapak tangan atau kaki). PENGAMBILAN MASA

9. Jam atau stop watch digunakan untuk mencatat masa. Jam atau stop watch ini ditekan oleh pencatat masa sebaik sahaja melihat cahaya atau api letupan pistol.

10.Jika didapati 2 jam menunjukkan masa yang masa, manakala jam ketiga menunjukkan masa yang berlainan, maka masa yang ditunjukkan oelh 2 jam itu hendaklah diambil kira. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka masa perantaraan hendaklah diambil sebagai masa rasmi. Jika hanya 2 jam, maka masa yang tertnggi hendaklah diambil kira.

PERMULAAN Dalama permulaan, pergerakan tangan (arm) yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan ’sedia’pelumba tidak seharusnya berasa tertekan. Ia digambarkan oleh rajah di bawah. Dalam Kedudukan ’Ke Garisan’ Untuk kedudukan ke garisan perkara-perkara berikut perlu diperhatian. 1. Kaki hadapan 40-60cm daripada garisan permulaan. 2. Letakkan kaki belakang lebih kurang 40cm daripada kaki hadapan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki di selebelah (kaki belakang). 3. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan. 4. Kedudukan jari adalah seperti di bawah tanpa menyentuh garisan. 5. Kedudukan

kepala

adalah

seperti

biasa

dan

mata

memandang satu titik yang jaraknya satu meter di atas balapan. Jangan lihat garisan penamat. Lihat rajah di bawah.

Dalam Kedudukan ’sedia’ 1. Kedudukan lutut kaki hadapan adalh lebih kurang 90° daripada aras tanah. 2. Kedudukan lutut kaki belakang adalah lebih kurang 120° daripada aras lutut. 3. Pinggan hendaklah berkedudukan lebih tinggi daripada bahu. 4. Bahu sedikit lebih tinggi daripada kepala. 5. kedudukan kepala tidak berubah. 6. Kedudukan mata sama seperti pada kedudukan ’ke garisan’. Kedudukan Lari (Berlepas) 1. Hayunkan lengan sekuatnya yang boleh. 2. Gerakkan kaki kanan dengan pantas dan cergas (tapak kaki kiri masih di blok permulaan) 3. Luruskan kaki kiri sejauh yang boleh. 4. Dalam keadaan ini wujud satu garisan lurus daripada kepala hinggalah ke kaki kiri. 5. Bawa badan ke bawah sedikit. 6. Kepala masih dalam kedudukan asal dan tidak boleh dibawa ke belakang atau ke bawah. Pecutan PERGERAKAN TANGAN Pergerakan tangan yang penting berlaku pada bahagian belakang badan. Seseorang pelari mestilah menghayun tangan, iaitu khususnya bahagian siku ke belakang. Tetapi hayunan tangan ke hadapan tidak

seharusnya mengatasi bahu. Tanpa hayunan tangan yang sepenuhnya, seseorang pelumba tidak

boleh

mengharapkan pergerakan kaki sepenuhnya. Pergerakan tepi siku membantu pelari mengangkat lutut di mana ia adalah penting dalam pecutan. Semasa memecut, tangan yang terhayun ke belakang akan membuka ke arah siku dan ia adalah ketara semasa tangan melepasi pinggan. Sudut ini akan berkurangan sehingga 90°. Pergerakan pantas dan cergas oleh paha boleh menyebabkan badan berputar ke arah belakang. Putaran ini dapat dikurangkan dengan banyak oleh pergerakan tepi siku. Oleh kerana pergerakan bukannya berlaku pada tengah garisan pusat, ia mungkin boleh mengakibatkan badan pemecut turut berputar pada aksis menegak. Dalam keadaan ini juga pergerakan atau hayunan tangan boleh mengurangkan kesannya. Semasa memecut, keadaa yang tertekan akan bertambah pada bahagian leher dan bahu. Fenomena ini dipanggil tying-up. Pelari harus meletakkan bahu di bawah telinga. Kedudukan tangan boleh memainkan peranan penting dalam merehatkan badan. Tangan tidak seharusnya berada dalam keadaa tegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu, dan ketegangan ini boleh membantutkan pernafasan. PERGERAKAN KAKI Terdapat 2 perkara utama dalam pergerakan kaki, iaitu pengangkatan lutut tinggi dan penamatan atau penghabisan drive. Keseluruhan drive itu datang daripada bahagian belakang badan. Kaki drive haruslah berlari dengan mengangkat pinggang ke atas. Ia akan membantu penuhkan drive kerana adalah suatu perkara yang susah untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan tinggi. Kedudukan badan haruslah sedikit ke hadapan semasa berlari.

BERLARI DI SELEKOH Balapan atau trek dibentuk denan 2 separuh bulatan dan 2 garisan lurus, seperti Rajah 2.7. jadi seseorang pelari akan menamatkan satu bulatan larian setelah menamatkan satu pusingan balapan. Semasa berlari di selekoh, adalah mustahak bagi seseorang itu berlari sedekat mungkin dengan lorong dalam, tanpa menyentuh garisan lorong dalam. Sesetengah pelatih menganjurkan pelari supaya menurunkan bahu kiri semasa di selekoh. Sebenarnya cara ini tidak betul kerana pelari sepatutnya mengekalkan kedudukan bahu seperti mana ia berlari di lorong lurus. Lagipun pelari haruslah mengambil selekoh dengan tapak kakinya dan bukannya dengan hujung tapak kaki. 100 meter Pelari 100 meter adalah antara pelari yang sangat mementingkan letupan pistol, pemecutan daripada blok permulaan dan mengekalkan kepantasan tertinggi sepanjang larian. Ia akan menumpukan seluruh

perhatiannya terhadap letupan pistol tetapi sepatutnya ia dapat mengekalkan penumpuan walaupun berlaku beberapa permulaan yang salah. Seorang pelari 100 meter juga seharusnya dapat bertindak dengan cekap terhadap pelepas yang cepat ataupun yang lambat. 200 meter Dalam acara lari pecut 100 meter seorang pelari hanya memerlukan kekuatan dan kepantasan, tetapi dalam acara 200 meter seorang pelari di samping mempunyai kekuatan dan kepantasan, juga memerlukan kawalan dan keseimbangan badan. Permulaan 200 meter adalah lebih kurang sama dengan acara 100 meter kecuali blok permulaan diletakkan bersudut tepat dengan garisan permulaan. Mengikut Radford larian 200 meter mempunyai 4 fasa seperti berikut.

1. Permulaan dalam lorong yang lurus. 2. Terdapat masalah teknik di mana di samping mengekalkan kepantasan, pelari juga terpaksa berlari di selekoh. Kaki kanan disokong oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh. Seorang pelari yang tidak stabil ataupun menggunakan kaki kanan untuk memindahkan berat badan akan menghadapi masalah.

3. Selepas selekoh dan apabila tiba di lorong lurus, dia perlu mengimbangi semula badannya supaya supaya keseimbangan tengah badan dapat dicapai. Ini adalah suatu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa diubahsuaikan. Semasa di selekoh pelumba perlukan cadence yang kuat, manakala pada lorong lurus dia memerlukan kekuatan pada gerakan kaki.

4. Bahagian lorong lurus 200 meter adalah bahagian yang memerlukan ketahanan dan kemantapan atau kekuatan mental di mana pelari perlu mengekalkan bentuk larian asalnya mencapai kepantasan tertinggi semasa menghampiri garisan penamat. 400 meter Sungguhpun acara 400 meter termasuk dalam larian pecut, setengah-setengah ahli sukan menganggapnya sebagai lari jarak sederhana. Tetapi 400 meter telah diterima umum sebagai satu lagi acara lari pecut. Acara ini adalah khusus bagi pelari terlatih kerana seorang pelari 400 meter harus tahu mengawal penggunaan tenaga supaya dia boleh berlari dengan optimum sepanjang perlumbaan. Jika larian 400 meter dibahagikan kepada dua bahagian, itu 200 meter pertama dan 200 meter kedua, maka larian 25 saat pada 200 meter pertama dan kedua adalah lebih baik daripada larian 200 meter pertama dalam 23 saat dan larian 200 meter kedua dalam 30 saat. Lagipun larian 200 meter kedua yang lemah akan memberikan perangsang kepada pelari lain untuk mengejar dan mengatasinya. Kebiasaan, seorang pelari 400 meter akan cuba memperolehi satu permulaan dan larian pada selekoh pertama yang baik, larian selesa pada lorong lurus yang pertama, berusaha kuat pada selekoh akhir dan mengekalkan kepantasan sehingga tamat. Seorang pelari 400 meter yang baik dapat mengekalkan lariannya dalam keadaan tidak tertekan walaupun berlari pada gemar menggunakan bahagian tapak kaki untuk berlari.

Sebagai kesimpulan, diperturunkan aksi-aksi badan semasa bermula sehingga memecut bagi larian 400 meter ini. PANDUAN PERLUMBAAN Untuk mengambil bahagian dalam larian 400 meter ini, seorang pelari harus mematuhi syarat-syarat tertentu agar larian nya mampu menghasilkan kejayaan yang optimum, dan pada masa yang sama sapat mengelakkan diri daripada sebarang kemungkinan kecederaan. Secara ringkas syarat-syarat itu adalah sperti berikut: 1. Sebaiknya berlari menggunakan hujung kaki. 2. Lutut hendaklah diangkat tinggi. 3. Hendaklah berlari mengikut rentak dan langkah sendiri, kerana sebagai pelari yang terlatih, seseorang itu tahu di mana dia harus berlari pantas dan di mana dia harus berlari pantas dan di mana pula dia harus berlari sederhana. 4. Pelari harus mempunyai ketahanan mental yang tinggi. 5. Pelari harus mempunyai semangat kepastian dan ketabahan hati. 6. Pelari harus bijak mengatur langkah atau mengukur masa. 7. Pelari hendaklah memberikan tumpuan penuh kepada lariannya. 8. Pelari hendaklah bersedia setelah mengikuti latihan yang mencukupi.

Rajah: Menanti pelumba di garisan Penamat.

LATIHAN MENGIKUT FASA Bagi mencapai keberkesanan yang baik dalam perlumbaan 400 meter, seseorang itu haruslah melengkapkan dan menyediakan dirinya sebaik yang boleh. Ini boleh didapati daripada latihan-latihan tertentu. Terdapat 4 fasa dalam latihan menyediakan diri ini.

Fasa 1.

2.

3.

Permulaan

Berlari laju

Semasa berlari

Faktor-faktor asas 1. Reaksi

Tanda-tanda pergerakan 1. Gerak cepat kepada kedudukan berlari

2.

Tamat fasa pertama

1.

Guna tenaga yang tinggi

1. Pergerakan kaki yang bertenaga

2.

Kelajuan maksimum

2. Pergerakan tangan yang bertenaga

1.

Kedudukan

badan

yang

1. Gabungan kelajuan dan langkah kaki.

selesa 2.

Kelajuan berganding dengan ketahanan

4.

Tempat

1.

Otot-otot yang tahan lasak

1.

Tidak ada tekanan

2.

Ketabahan hati

2.

Berlari sehingga ke akhir garisan.

Untuk memperolehi larian dan prestasi yang meksimum, kedudukan badan dan anggota yang terlibat harus pada tempat dan kedudukan yang betul. Konsep kedudukan atau kecondongan (lean) badan boleh dijelaskan seperti rajah berikut: 1. Berat

badan

adalah

pada

kaki

hadapan

dengan

mencondongkan badan sedikit ke hadapan. 2. Pergerakan (drive) adalah daripada belakang badan. 3. Lutut kaki hadapan hendaklah dinaikkan setinggi yang boleh.

4. Pergerakan kaki yang pantas harus dikordinasikan dengan pergerakan tangan. 5. Kedudukan kepala adalah seperti biasa. 6. Lihat garisan dari hujung kaki sehingga ke kepala.

Related Documents

Lari Pecut_mee Teng
May 2020 1
Teng 2019
August 2019 31
Lari Pecut
July 2020 19
Lari Pecut
May 2020 30
Lari Gawang.docx
April 2020 17
Lari Pecut
June 2020 16

More Documents from "bitt"