Nazam Ajal

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nazam Ajal as PDF for free.

More details

  • Words: 1,399
  • Pages: 8
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR SESI 2008/2009

TAJUK KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 )

NAMA NURUL AKMARNEEZA BINTI ABDUL RASIAD

NO MATRIK JEA 080104

PENSYARAH DR. AMRAN MUHAMMAD

TUTOR CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

TAJUK NAZAM AJAL

Nurul AkmarNeeza

1

KARYA ASAL

NAZAM AJAL ( Oleh Hj. Ahmad Mufti ) Kalau sungguh kamu yakin akan mati, Jangan kamu lalai pada nafsu hati. Benar tidak bila ada amal kamu, Puas hati tidak sesalkan dirimu. Ingat-ingat hai saudara masa itu, Nyawa sampai batang leher baru tentu. Kita akan matilah sudahnya, Tidak tahu bila sampaikan ajalnya. Pahit mati itu bukan macam jadam, Bukan pula macam api boleh padam. Oleh itu mari kita sama-sama, Buat amal jangan leka jangan lena. Pada Tuhan kita datanglah asalnya, Pada Tuhan kita kembalilah semuanya. Pengenalan Puisi ini selalunya bertemakan keagamaan, pendidikan dan keilmuan. Ciri-ciri nazam menyerupai gurindam dan pantun iaitu dari segi rima akhir, jumlah perkataan, dan suku katanya. Selalunya nazam tidak mempunyai jumlah perkataan dan suku kata yang tetap, ia berbentuk bebas. Isinya selalu menyentuh tentang hal-hal agama. Puisi jenis nazam ini bolah disampaikan secara berlagu seperti nasyid dan qasidah.

Nurul AkmarNeeza

2

Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung dengan persoalan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang bertemakan nasihat, akhlak dan sebagainya. Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang tersendiri. Antaranya menyampaikan peristiwa sejarah. Contahnya ialah hal-hal yang berkisar dengan jalinan hidup atau riwayat Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, menyampaikan pengajaran agama seperti ilmu tauhid dan menyampaikan nasihat dan pendidikan.

Mengikut Kamus Dewan ( 1994:858 ) nazam ialah perkataan arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair. Bernazam adalah menceritakan dengan lagu, bersajak atau bersyair manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu. Kata lain bagi nazam ialah “nalam”. Nazam tumbuh dan berkembang di Terengganu, Pahang, dan Melaka. Nazam juga merukan puisi lama yang biasa disampaikan tanpa menggunakan muzik pengiring oleh lima hingga lapan orang wanita. Munurut sejarah nazam berasal dari Parsi dan dibawa ke Asia Tenggara oleh pedagang dan ulama pada abad ke 16 Masihi.

Nazam Ajal (Hj. Ahmad Mufti) Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Setiap yang datang pasti akan pulang. Manusia boleh diibaratkan seperti itu. Manusia merupAkan khalifah ciptaan Allah yang sempurna sifatnya dari segi rohani dan jasmani. Manusia diberikan akal fikiran bagi membezakan yang amar makruf nahi

mungkar iaitu kebaikan dan keburukan sesuatu.

Manusia hidup dimuka bumi ini diumpamakan sebagai seorang musafir yang singgah sebentar di negeri asing perantauannya. Manusia harus mengingati bahawa ada kematian Nurul AkmarNeeza 3

menantinya kelak. Maka,jika manusia itu yakin akan kematian pasti mereka tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu dalam kehidupannya. Kehidupan duniawi adalah bersifat sementara sahaja. Manusia tidak harus lalai dan leka dengan kehidupan di dunia ini. Setiap manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu pasti akan kecundang.

Terdapat dua perkara yang dihadapi oleh manusia di muka bumi ini. Pertama ialah mereka yang sibuk mencari harta dan mencintai dunia secara berlebihan sehingga lupa bahawa kelak ia akan mati. Kedua orang yang bahagia dalam hidupnya kerana tahu bahawa dunia ini pada dasarnya banyak dugaan dan tidak kekal. Orang seperti itu tidak mencintai dunia secara berlebihan tetapi bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk dibawa pulang ke akhirat kelak. Manusia di dunia ini seharusnya berusaha mengumpulkan bekalan yang secukupnya untuk di bawa pulang ke kampung halamannya iaitu akhirat. Bekalannya adalah seperti amal ibadat, ilmu pengetahuan, amal kebajikan, dan pengetahuan yang secukupnya tentang Tuhan.

Manusia yang tidak mempunyai amal ibadat dan amal kebajikan serta pengetahuan tentang-Nya pasti akan menyesal di kemudian hari. Manusia yang mempunyai segala bekalan untuk menemui-Nya kelak pasti akan merasa selesa dan mendapat ketenangan dalam

kehidupannya. Manusia yang mempunyai amal ibadat akan melalui kehidupan yang tenang di dunia ini berbanding mereka yang masih lupa akan kematian. Bak kata pepatah menyesal di kemudian hari tidak berguna, begitulah boleh diibaratkan apabila seseorang itu hampir menemui ajal atau kematian barulah mereka sedar dan insaf tetapi malangnya jika nyawa sudah hampir di cabut penyesalan adalah sia-sia dan tidak berguna lagi.

Nurul AkmarNeeza

4

Kehidupan di dunia ini pasti akan ada kesudahannya. Kehidupan manusia akan berakhir dengan kematian, iaitu digambarkan atau dinyatakan betapa sukarnya serta pilunya manusia melepaskan nafasnya yang penghabisan di hadapan sang maut (malaikat Izra’il) iaitu ketika nyawa di cabut. Ada yang menyatakan walaupun seseorang itu mempunyai amal ibadat yang mencukupi dia tetap merasai kesakitan apabila nyawanya hendak di ambil. Bagaimana pula rasa jika seseorang itu tidak mempunyai bekalan ilmu agama.

Manusia yang hidup dimuka bumi ini pasti akan menemui ajal atau kematian, tidak kira walau siapa pun dia, walau tinggi manapun darjatnya tidak ada sesiapa yang akan terkecuali dari kematian. Di dunia manusia membuat perbezaan dari segi status seperti rakyar biasa, golongan atasan, bawahan, hamba dan sebagainya tetapi bagi Allah semua manusia adalah sama. Cuma yang membezakan antara manusia adalah amal ibadatnya. Semua manusia akan mati tetapi kita tidak diberi tahu dan tidak dapat mengetahui bila ajal kita akan tiba. Disebabkan itulah manusia disuruh untuk bersiap sedia di dunia agar dapat menghadapi kematian dengan ketenangan.

Hidup manusia adalah seperti suatu perjalanan yang akan menuju ke suatu tempat yang abadi. Sebelum menuju ke tempat yang abadi itu terdapat beberapa alam yang perlu

disinggahi oleh manusia. Manusia perlu melalui alam di mana dikatakan manusia masih berupa benih tetapi rohnya masih barada pada Allah. Seterusnya alam rahim iaitu berada dalam kandungan ibu selama lebih kurang sembilan bulan. Kemudian manusia menempuhi alam dunia iaitu alam yang paling banyak cabaran dan dugaan. Di alam ini jugalah manusia akan berusaha dan berbakti pada kehidupannya dan mencari bekalan secukupnya untuk dibawa kealam seterusnya iaitu alam kubur. Alam ini pasti akan dilalui oleh semua hamba Nurul AkmarNeeza 5

Allah. Seterusnya manusia akan menempuhi alam kiamat iaitu hari kiamat. Disana nanti segala amalan kebaikan dan keburukan akan di timbang. Seterusnya ke tempat terakhir, tempat yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Syurga atau neraka merupakan tempat yang kekal. Dunia merupakan salah satu perhentian yang penting.

Oleh kerana itu, manusia wajib mengenal dunia dan mencari bekalan secukupnya di sana. Dalam surah (Ali Imran ayat 185 ) ada menyatakan segala manusia yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sunggua ia perolehi kemenangan. Kehidupan di dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Kebanyakkan manusia itu lebih cenderung pada kejahatan berbanding pada kebaikkan. Manusia diseru supaya membuat kebaikkan dan beramal ibadat dalam kehidupannya. Manusia haruslah bersama-sama berusaha bagi meningkatkan atau menambahkan amal ibadatnya. Seseorang manusia haruslah bertindak untuk menyedarkan manusia lain supaya mereka tidak terus terleka dengan kehidupan dunia.

Islam menggalakkan tegur-menegur sesama umatnya tetapi masyarakat sekarang menganggap jika seseorang itu menegur kesilapan seseorang, orang yang menegurkan itu di anggap menjaga hal orang. Manusia tidak akan sedar jika mereka melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau hukum-hakam agama. Oleh itu perlu ada manusia lain yang boleh menyedarkannya supaya tidak terus terleka dengan kehidupan di dunia. Manusia juga harus saling ingat-mengingati antara satu sama lain tentang kematian agar tidak menyesal di kemudian hari. Nurul AkmarNeeza

6

Kesimpulan Menurut al-Bukhari, keinginan manusia untuk mengetahui segala sesuatu dan menyampaikan apa yang di ketahuinya tetapi manusia sering di kuasai oleh hawa nafsunya, sehingga menggunakan akal budinya di atas jalan yang benar dan sejalan dengan ajaran agama. Oleh itu, bagi mengelakkan manusia terus terpesong maka manusia harus dibimbing dengan wahyu Illahi yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran. Hanya dengan bimbingan yang betul manusia dapat mengenali dirinya, asal-usul kejadiannya dan hakikat sebenar kehidupan di dunia ini.

Manusia harus mengenali dirinya bukan sahaja dari segi rupa diri jasmani sematamata tetap juga rohani, serta bagaimana tubuh dan jiwa ini dijadikan oleh Sang Pencipta dan apa yang bias dilakukan jika waktu sudah berlalu dan umar semakin meningkat. Jika manusia mengenal kejadiannya dengan mendalam seseorang itu pasti akan menyaksikan kebesaran Tuhannya. Manusia juga akan menghargai kehidupan di dunia ini dan menjalani kehidupan dengan perkara-perkara yang diredhai-Nya serta akan sentiasa mengingati hari kematian. Bekalan-bekalan yang di kumpulkan di dunia akan di manfaatkan dan digunakan sebaiknya bagi menghadapi hari kematian.

RUJUKAN _____________. 2008. Al-Quran dan Terjemahan . Kuala Lumpur : Dar El-Fajr .

Nurul AkmarNeeza

7

Harun Mat Piah , 1989 , Puisi Melayu Tradisional , Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

Taj Al – Salatin : Managemen Pemerintahan Dalam Sastra Melayu Islam Oleh : Dr. Abdul Hadi W.M.

Md . Ali Bachik ( Iladam ), 1989, Himpunan Puisi Klasik . Shah Alam : Marwilis Publisher.

http://www.meleyuonline.com ( Ensiklopedia Melayu – Melayu Online . htm )

Nurul AkmarNeeza

8

Related Documents

Nazam Ajal
October 2019 53
Nazam Ajal
October 2019 50
Nazam
December 2019 39
Kep.menjelang Ajal
August 2019 29
Muhammad Nazam
June 2020 16

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48