National Cinema

  • Uploaded by: Zulhafiq Halim
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View National Cinema as PDF for free.

More details

  • Words: 3,243
  • Pages: 14
National Cinema 1

Critically discuss the concept of ‘national cinema’ by exploring contemporary Malaysian Films

Zulhafiq Bin Halim 2009448774 CT223

Film, Culture and Society CTS423 Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik, Universiti Teknologi MARA

Critically discuss the concept of ‘national cinema’ by exploring contemporary

National Cinema 2

Malaysian Films Usia filem negara masih boleh dikatakan masih muda, walaupun telah melalui tempoh masa yang agak lama iaitu lebih dari 75 tahun dengan istilah yang terus iaitu sinema negara yang berbentuk hiburan ini masih belum mencapai tahap tertinggi dalam konteks national cinema. Boleh kita lihat sekitar 1930-an hanya terdapat beberapa sahaja industri yang bergiat dalam industri pengeluaran filem dan drama televisyen dan secara puratanya hanya dari 300 hingga 400 sahaja setiap tahun. Pemutaran filem Laila Majnun pada tahun 1933 secara tidak langsungnya telah membuka pintu lembaran untuk filem negara walaupun pada masa itu rumah produksi hanya berada di Singapura. Apabila Cathay Film Production ditubuhkan, bermula dari itulah sinema negara berevolusi dan melalui sedikit demi sedikit peningkatan dari segi kuantiti dan juga ada diantaranya mengalami peningkatan kualiti. Di dalam membincangkan istilah National Malaysian Cinema terdapat beberapa perkara yang perlu di lihat terlebih dahulu seperti pengertian istilah

national, nationalism, dan

pengertian national cinema. Hal ini kerana perkataan nation cinema wujud daripada gabungan nation dan cinema dan memberi satu pergertian yang lain. Menurut buku Traditional Cinema The Film Reader, nation menurut Benedic Anderson (1983) ialah “imagined community with a secure and shared identity and sense of belonging, on to a carefully demarcated geo-politic space” (m.s. 16) ianya adalah salah satu daripada konsep idealogi yang telah di cipta untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara. National selalunya berkait rapat dengan idealogi kerajaan untuk menghasilkan sesebuah negara bangsa yang diidam-idamkan. Majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan minoriti adalah yang selebihnya. Saya pernah mempersoalkan sekiranya filem itu mahu diangkat sebagai national cinema ia seharusnya memaparkan aspek-aspek nilai budaya, masyarakat,

National Cinema 3

menggunakan bahasa Melayu dan sebagainya. Bagaimana pula sekiranya ia menggunakan dialog berbahasa Inggeris dan krew-krew produksinya terdiri daripada masyarakat Malaysia yang berbangsa minoriti itu. Tidak bolehkah ia diangkat sebagai national cinema? Jadi pada pandangan saya ianya amat kompleks dan sukar untuk dileraikan. Walau bagaimanapun pengertian national adalah tidak sama dengan pengertian negara seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak. Tetapi masyarakat di dalam sesebuah negara itu boleh juga dianggap sebagai satu masyarakat yang yang tidak pernah berjumpa antara satu sama lain tetapi bersatu hati di dalam aspek politik, undang-undang, dan pembangunan sesebuah Negara. Menurut Graying (2002): The word [nation] is meaningless: all ‘nation’ are mongrel, a mixture of so many immigrations and mixings of peoples over time…Nations are artificial constructs, their boundaries drawn in blood of past war. And one should not confuse culture and nationality: there is not one country on earth which is not home to more than one different but usually coexisting culture. Culture heritage is not the same thing as national. (m.s. 78). Perkataan national juga sinonim dengan kumpulan etnik, walau bagaimanapun sekarang etniksiti salah satu aspek yang penting di dalam budaya ataupun identiti sosial. Nationalism adalah perkataan yang merujuk kepada ajaran ataupun pergerakan politik dan juga identiti. Perkataan yang lebih dekat dan jelas adalah mempunyai perasaan patriotik. Ia adalah sebahagian daripada national dan lazimnya merujuk kepada etniksiti dan juga budaya. Nationalism juga mengambarkan kebebasan di dalam politik masyarakat, berkongsi sejarah dan nasib yang sama. Stuart Hall (1992) melihat nationalism adalah sesuatu yang kekal dan tidak berubah. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa kesahihan politik. Hal ini terjadi berdasarkan teori romantisme yang berkaitan dengan identiti budaya, yang

National Cinema 4

menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari amalan kehendak rakyat. Di dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Nasionalisme boleh memaparkan diri sebagai sebahagian idealogi negara atau gerakan bukan negara yang popular berdasarkan kepada pendapat sivik, etnik, budaya, keagamaan dan idealogi. Ketogeri ini lazimnya saling berkait dan kebanyakannya teori nasionalisme di ambil daripada perkara ini. Filem merupakan satu medium yang baik dan berpengaruh dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat serta mencerminkan budaya sesebuah masyarakat. Filem menjadi alat hiburan dan media komunikasi yang cukup berpengaruh sejak awal abad ke-20 (Mohd Ghazali Abdullah, 2005). Filem menjadi satu medium yang paling berkesan untuk memaparkan isu, konflik masyarakat dan juga identiti budaya sesebuah masyarakat. Dengan wujudnya sinema maka medium filem boleh dipertontonkan ke seluruh lapisan masyarakat dan dunia. Permasalahan yang timbul bagaimanakah sesebuah filem itu dikatakan national cinema yang mampu mamaparkan identiti sesebuah masyarakat di dalamnya? Apakah ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah national cinema? Adakah Malaysia telah mempunyai national cinema? Persolan ini adalah persolan yang perlu dikaji. Kertas kerja ini membincangkan aspek National Malaysian Cinema. Konsep national cinema telah menjadi serasi di dalam banyak bidang, dalam pelbagai pendapat walau bagaimanapun tiada satu pendapat pun yang sehingga kini yang dapat diterima secara universal. Secara amnya seseorang boleh merumuskan ia sebagai pelbagai mobilasi di dalam konsep. Apabila kita meyebut national cinema maka konsepnya harus di kenal pasti terlebih dahulu. Di dalam buku, Transnational cinema The Film Reader. Andrew Higson (1989)

National Cinema 5

menyatakan terdapat empat perkara yang harus ditelitikan iaitu “its economic term, its textual characteristics, a consumption based approach filem culture. Its culture value.” Pertama, terdapat kemungkinan di dalam menjelaskan konsep national cinema di dalam terma ekonomi, di dalam konteks ini menjelaskan perkara di antara terma national cinema serta nilai dramatik di dalam industri perfileman. Maka oleh yang demikian terdapat beberapa persoalan yang akan diajukan seperti dimanakah filem ini di buat? Siapa yang memiliki dan mengawal infrastuktur industri? Adakah syarikat produksi atau pengedar filem? Kedua its textual characteristic terdapat kemungkinan di dalam naskah asas sama ada bersuaian dengan national cinema atau pun tidak. Persoalan utama yang mungkin dipersoalkan adalah seperti filem ini mengenai apa? Adakah filem ini berkongsi gaya biasa dengan pandangan dunia? Apakah sumber atau objek utama yang berkaitan dengan national karektor yang diberi? Skop apakah yang ingin pengarah terokai? Adakah filem ini memberi kepada persoalan dan pembinaan semangat kebangsaan kepada penonton? Perkara yang ketiga ialah a consumption based approach filem culture terdapat kemungkinan di dalam pemaparan asas kebangsaan di dalam national cinema untuk menjadi sesebuah filem itu kelihatan mempunyai unsur budaya kebagsaan. Persoalan utama ialah siapakah penonton di dalam filem ini? Hal ini perlulah mengambil kira aspek warga asing kerana kesemua negara di dunia wujudnya diaspora yang turut meyumbang kepada perubahan budaya sesebuah masyarakat. Jika di lihat kepada filem di Amerika syarikat yang mempunyai tahap penjualan yang tertinggi dan industri perfileman yang besar mengambil kira aspek negara bangsa dengan menggunakan formula imprerialisme. Perkara yang keempat ialah its culture value ia juga mungkin di panggil kritikan kepada national cinema di mana terdapat persoalan seperti adakah sesebuah filem yang dihasilkan itu mengambil kira aspek budaya dan seni ataupun lebih

National Cinema 6

kepada aspek moden seperti mengambil kira aspek kegemaran dan kehendak penonton dengan menggunakan konsep-konsep fantasi. Walau bagaimanapun di dalam erti kata lain kerap kali konsep national cinema telah digunakan secara perspektif berbanding dengan cara diskriptif. Sebagai contoh apakah yang perlu ada di dalam national cinema daripada menerangkan perkara sebenar berkaitan sinematik terhadap penonton. Menurut Geoffrey Nowell-Smith (1987) “it has always been something of a struggle to enable “the recognition of popular forms as legitimate part of national culture life.” (m.s. 80). Jika terdapat cabang lain yang dapat menjelaskan national cinema ia ialah proses atau situasi yang mana menitik beratkan sesuatu filem atau spesifik penceritaan kepada sesuatu bentuk naratif yang mempunyai nilai estetika dan unsur kebudayaan di dalam sesebuah filem. Ataupun, menitik beratkan elemen lokasi dan gambaran visual tempat berlakunya penceritaan tersebut mengambarkan negara sendiri akan digelarkan sebagai national cinema. Ternyata apa yang dikatakan national cinema melibatkan soal nation dan budaya. Maka perkara ini menyatakan untuk mewujudkan national cenima perlu melibatkan semangat kebangsaan dan identiti kebangsaan. Identiti national cinema ialah perkara yang dispesifikasikan kepada perkara yang jelas dan mudah untuk difahami seperti mengistiharkan identiti negara tersendiri. Hal ini adalah bertujuan untuk menjenamakan sesuatu produk supaya dikenali ramai. Produk di sini mewakili maksud negara dan filem menjadi satu medium penyampai kepada semua. Apabila sesuatu produk itu telah dijenamakan maka setiap individu yang melihat dapat mengenali asal usul produk tersebut. Bagi mewujukan identiti tersendiri mengenal pasti identiti adalah perkara asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Secara amnya ini melibatkan sesebuah produksi perlu

National Cinema 7

menitik beratkan elemen yang digunakan di dalam sesebuah filem. Hal ini penting kerana setiap gambaran yang dipaparkan memberi seribu pengertian dan mengambarkan pelbagai perkara, terpulang kepada individu yang menilainya. Filem bukanlah sesuatu perkara yang subjektif tetapi ia sesuatu gambaran yang disusun secara montaj. Walau bagaimanapun setiap individu yang melihat akan mentafsirnya dari konteks pandangan yang berbeza. Maka menitik beratkan elemen set yang mengambarkan budaya masyarakat setempat dan memberi maksud kepada sesuatu pencertiaan ataupun kepada sesuatu maksud yang lain adalah perkara yang penting untuk menjenamakan sesuatu produk itu. Di dalam masa yang sama konsep national cinema juga tidak akan terkecuali menitik beratkan elemen ekonomi. Secara amnya juga proses nasionalis bukanlah satu proses idealogi sesebuah produksi tetapi di dalam masa yang sama ia adalah satu proses mencipta sesuatu gambaran yang memberi nilai astetika kepada sesuatu yang lain. Perkara ini adalah sesuatu proses yang yang perlu dititik beratkan di dalam pencarian identiti seperti memberi perkara spesifik national yang membawa kepada maksud yang berguna. Ia bukanlah satu kemahiran idealogi sebaliknya ia perlulah selalu disusun tanpa menyebelahi mana-mana pihak individu dan juga kelompok sesebuah masyarakat di dalam negara Sejarah national cinema hanyalah boleh difahami dan diertikan sebagai sejarah untuk krisis dan konflik, penentangan serta perundingan tetapi di dalam erti kata lain juga ia adalah sejarah di dalam perniagaan yang telah bertapak kukuh di dalam industri pamasaran yang membolehkan keuntungan maksimum kepada industri dan pada yang sama menyakinkan sesuatu budaya bangsa yang kukuh.

National Cinema 8

Terdapat dua kemungkinan pendapat utama di dalam mengenal pasti national cinema. Pertama ialah dengan cara membandingkan satu sinema dengan sinema yang lain untuk mendapatkan jawapan. Terma yang berkaitan dengan konsep sinema di dalam konteks nation boleh dikatakan sebagai perhubungan di antara yang lain dengan ekonomi dan budaya di dalam budaya bangsa. Di dalam negara Asia Timur terdapat beberapa buah negara yang boleh dikaji untuk dibandingkan dengan situasi sinema di Malaysia. Di antara negara yang boleh dilihat adalah negara China yang kini telah berjaya bertapak kukuh dengan sinema mereka sendiri. Negara China telah berjaya menjamakan produk filem mereka dan akhirnya meletakkan kepada satu status yang boleh dibanggakan. Perkara ini terjadi kerana di dalam penyampaian filem China pengarah telah menggunakan unsur-unsur yang sinematik. Perkara ini telah wujud sejak tahun 1980 oleh beberapa pengarah terkenal di sana seperti Chen Kaige, Zhang Yimou, Tian Wu, Ziniu, Zhou Xiaowen dan Hu Mei. Pengarah-pengarah ini telah menolak unsur-unsur stereotaip yang biasa digunakan pada tahun-tahun sebelumnya. Pengarah-pengarah ini jarang mengkritik tradisi masayarakat mereka sendiri, kerana meraka merasakan tradisi mereka yang kukuh dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan budaya negara mereka. Cara penyampaian filem-filem mereka juga lebih kepada gaya filem-filem di barat, tetapi pengarah-pengarah ini telah memasukan elemen kebudayaan masyarakat China, dan nilai-nilai estatika yang tinggi ke dalam filem mereka. Selain daripada itu filem-filem yang dihasilkan di negara China atau “China Cinema” banyak menyentuh aspek politik di negara mereka dan menyetuh isu-isu yang berkaitan dengan kontemporari. Walau bagaimanapun teknik yang dihasilkan di dalam filem-filem ini masih memaparkan unsur kebudayaan dan dimasukan elemen mainstream supaya bersesuaian dengan kehendak penonton. Perkara ini telah diperkuatkan lagi dengan kata-kata dari Peter Benett (2002):

National Cinema 9

Hong kong new-wave films exhibited slicker production tehniques and quickly became the mainstrem..... documentary-style cinematography and focus on contemporary issues, Hong Kong new wave is some what similar to China’s and proves that, to some extent, the two national cinemas are blurring along with their political boundaries. (m.s. 388).

Terdapat beberapa aspek lain yang boleh dilihat di dalam China National cinema seperti daripada aspek sturktur naratif penceritaan. Pengarah-pengarah di dalam China Cinema telah dilarang untuk menghasilkan filem-filem yang memaparkan kemodenan China dengan unsurunsur yang tidak sihat seperti pengedar dadah, penyalah gunaan dadah, homoseksual dan pelacur. Perkara ini juga telah menjadi sinonim dengan pengarah-pengarah di China kerana mereka lebih gemar untuk memaparkan unsur budaya masyarakat china seperti kong-fu yang mempunyai nilai astetika dan seni yang tinggi. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa pengarah yang telah melanggar aturan atau acuan yang telah ditetapkan seperti Patrict Tam beliau telah melanggar aturan konvensional dan mencipta satu cara baru di dalam aspek penceritaannya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Teo (1997) “Patrick Tam, adobe the kind of aesthetics that one would normally associate with avantagadist experimention in structure and narative.” (m.s. 45). Patrick Tam telah mengubah konsep filem yang biasa digunakan di dalam China Cinema. Di mana ia telah mengubah sturktur penceritaan yang biasa digunakan oleh pengarah lain. Beliau telah menyentuh aspek-aspek dan masalah sosial di negara China tetapi masih memaparkan elemen budaya dan nilai astetika masyarakat China dari aspek yang berbeza. Selain itu juga ia telah mengubah beberapa konsep penyuntingan yang memberi sesuatu maksud di dalam menyampaikan sesuatu penceritaan. Terdapat juga konsep yang yang digunakan seperti memaparkan perkara yang realism di lokasi. Filem Patrick telah membawa China Cinema

National Cinema 10

kepada satu arah filem yang boleh di martabatkan dan terletak kepada satu tahap yang tersendiri di dalam national cinema. Sejarah filem Malaysia telah bermula pada tahun 1933 iaitu apabila terhasilnya filem Laila Majnun. Kemudian filem Malaysia telah beralih arah ke era studio pada awal tahun 1950 apabila syarikat Shaw Brother telah bertapak di Malaysia. Pada era ini filem Malaysia telah banyak memenangi anugerah di festival antarabangsa. Bermula pada awal 1970 filem Malaysia telah mula hilang arah tujuan ataupun identiti diri. Fenomena ini belanjutan sehingga kini. Di dalam sejarah national cinema mengatakan bahawa Malaysia belum mampu untuk mewujudkan sebuah national cinema. Persoalan ini terus diperdebatkan dan diajukan sehingga kini. Di dalam mencari identiti sesebuah filem melayu. beberapa perkara perlu dilihat terlebih dahulu antaranya jenis bahasa yang digunakan di dalam filem di Malaysia. Mengikut perlembangan Malaysia bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Maka filem Melayu haruslah berteraskan dan menggunakan bahasa kebangsaan. Di dalam mewujudkan sebuah national cinema perlu menitik beratkan aspek penonton yang akan menoton filem ini. Seperti yang umum sedia maklum negara Malaysia mempunyai tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Maka perlu difikirkan kebarangkalian dan peratus penonton yang akan menonton filem berbahasa Melayu. aspek bahasa yang digunakan di dalam sesebuah filem menjadi elemen penting di dalam menghasilkan sesebuah national cinema. Kerana perkara ini akan berkait rapat dengan aspek ekonomi. Di mana di dalam menghasilkan sebuah filem yang akan ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan berkongsi dengan masyarakat dunia. Jika dilihat kembali kepada negara Amerika Syarikat yang menggunakan teori imprialism telah berjaya menghasilkan filem yang diterima oleh masyarakat dunia.

National Cinema 11

Teknik atau strategi ini telah diguna pakai oleh seorang pengarah di Malaysia iaitu Alayarhamah Yasmin Ahmad dimana beliau mengambarkan realiti masyarakat di Malaysia sekarang yang menggunakan bahasa campuran iaitu bahasa Inggeris dan Melayu. Sebagai contoh filemnya adalah seperti Sepet, Gubra, Telentime yang diarah oleh beliau sendiri telah menggunakan elemen bahasa Inggeris dan filemnya mampu untuk memecah pasaran dunia dan ditayangkan di beberapa panggung di luar negara. Di dalam masa yang sama pemaparan elemen budaya juga turut dititik beratkan kerana di dalam semua filemnya memaparkan tiga bangsa utama yang terdapat di Malaysia. Adakah filem-filem Alayarhamah Yasmin Ahmad mampu digelarkan tepat mempunyai ciri national cinema? Persoalan lain mula timbul dimana kenapa China mampu untuk mewujudkan sebuah national cinema walaupun sekadar mengunakan bahasa Cina? Berbalik semula kepada dasar pelembangan Malaysia yang telah termaktub bahawasanya bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan semua kaum harus menerima pelambangan ini kerana di dalam sejarah Malaysia telah terdapat kontrak sosial yang telah dipersetujui. Perkara ini sangat sukar untuk diperbingcangan sehingga kini. Ia hanya sekadar persoalan dan perdebatan yang tiada jawapan tetap sebaliknya hanya berbentuk universal. Ini kerana setiap kelompok etnik dan kaum di negara ini menginginkan bahasa ibunda mereka dijadikan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak pernah terkeluar dari bibir mereka namun tetapi di dalam hati kecil mereka mesti mempunyai hasrat yang sedemikian Filem Malaysia juga kebanyakannya telah gagal di dalam menyampaikan nilai astetika kebangsaan dan kebanyakan filem Malaysia hanya menumpukan kepada nilai komersial dan perniagaan. Sebaliknya mengabaikan nilai astetika yang perlu diletakan di dalam sesuatu visual. Seperti yang umum sedia maklum pemaparan visual yang menitik beratkan element set yang

National Cinema 12

memberi makna kepada penceritaan dan mengambarkan budaya masyarakat setempat adalah ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan national cinema. Elemen ini perlu diterapkan di dalam sesebuah filem Malaysia. Bagi memastikan filem Malaysia mempunyai nilai yang tinggi di mata dunia di samping menjenamakan filem Malaysia. Nilai astetika bukan sahaja merujuk kepada element set dan lokasi, sebaliknya ia juga meliputi semua aspek seperti pemakain, pemakanan, peradaban dan juga sebagainya. Penghasilan teks yang berkualiti juga menjadi satu elemen penting, di Malaysia terdapat masalah di dalam penghasilan sesebuah naskah filem, di mana naskah filem ini tidak cukup sempurna di dalam struktur naratif penceritaannya. Dimana sturuktur naratif penceritaan lebih kepada perkara-perkara yang stereotaip. Bagi menghasilkan sebuah national cinema konsep penceritaan perlulah lebih meluas bagi menarik minat penonton untuk mendalami dan mendekati dengan filem tersebut. Aspek penceritaan yang kuat boleh menarik ramai penonton untuk menonton filem Malaysia. Malaysia perlulah melihat kembali segala aspek dan menitik beratkan setiap aspek itu bagi mewujudkan sebuah filem yang mampu berdiri kukuh di dalam satu tahap industri tersendiri. National cinema adalah satu persoalan yang sangat subjektif dan meliputi pelbagai aspek. Maka mengukuhkan semangat nasionalisma terlebih dahulu adalah perkara asas yang perlu dilihat. Cinema hanya satu elemen kecil yang menjadi medium penyampai sebaliknya masyarakat di dalam sesebuah negara itu perlu mengenali identiti sesebuah negara terlebih dahulu dan perlu mempunyai semangat nasionalisme untuk mewujudkan budaya bangsa yang kukuh. Di Malaysia terlalu banyak sekatan yang diberi. Sesuatu karya filem adalah harus ditapis terlebih dahulu sebelum ia ditayangkan. Ada kalanya filem-filem yang telah ditapis itu telah

National Cinema 13

dipotong babaknya dan adakalanya juga terus tidak boleh ditayangkan. Jadi, kadang-kadang, oleh sebab sebegini lah filem keluaran negara terhad pengeluarannya. Di institusi pendidikan tinggi, filem-filem juga dijadikan bahan rujukan di mana ia mengandungi input dan adalakanya filem mengandungi nilai yang tinggi kerana terdapat gambaran yang mudah untuk difahami. Banyak filem-filem yang mempunyai nilai yang tinggi itu ada kalanya disekat tayangannya kerana mengandungi unsur-unsur politik dan perkauman misalannya. Pihak kerajaan seharusnya tidak bersikap liberal dan perlulah lebih terbuka di dalam industri perfileman kerana industri perfileman adalah satu industri kreatif di mana pemikiran kreatif lazimnya tidak mempunyai batasan, kerana sekatan dari pihak kerajaan lah telah wujudnya filem yang berkonsepkan independent contohnya seperti Gadoh yang memaparkan isu perkauman dan politik yang dasyat. Kebanyakan filem sebegini lebih bermutu dari filem-filem yang berada di pawagam. Tetapi sayangnya ia hanya sekadar independent film. Secara kesimpulannya, National cinema adalah perkara yang penting di dalam memartabatkan sesebuah negara dan memperkenalkan sesebuah negara itu ke serata dunia, maka para pengarah, pembikin filem, dan semua yang terlibat di dalam industri kreatif ini perlulah menitik beratkan setiap elemen national cinema di samping memikirkan strategi yang terbaik untuk memastikan setiap filem yang dihasilkan harus mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan berjaya diterima oleh semua lapisan masyarakat dunia.

National Cinema 14

Rujukan Cooke. British Cinema in Nelmes, J. (Ed.) (2001). An Introduction to Film Studies. London: Routledge. Gaik, C.K. (2005). Art, Entertainment and Politics. Criticine. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.criticine.com Hassan Muthalib (2005). Voices of Malaysian Cinema. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.criticine.com Higson, A. The Concept of National cinema in Fowler, C. (Ed.) (2002). The European Cinema Reader. London: Routledge Vinita Ramani (2005). Plural Identities: Reinventions & Revisions in Malaysian Cinema. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.criticine.com Williamson, R. (2005). Affection And Disaffection: Ideas, Themes And Styles In Current Malaysian Independent Cinema. Firecracker Magazine. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.firecracker-media.com

Related Documents

National Cinema
June 2020 6
National Cinema
June 2020 10
Cinema
October 2019 55
Cinema
April 2020 38
Cinema
August 2019 77
Cinema
May 2020 41

More Documents from ""