UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA 40150 SHAH ALAM SELANGOR
FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN) KEPUJIAN: CT223 KESELAMATAN & KESIHATAN KERJA: CTF 422
TAJUK TUGASAN: AKTA KERJA DI DALAM SENI PERSEMBAHAN (FILEM)
NAMA: ZULHAFIQ BIN HALIM NO. PELAJAR: 2009448774 SEMESTER: 01 (JULAI – NOVEMBER 2009) PENSYARAH: EN. HAFSHIZAN BIN HASHIM TARIKH: 24 OKTOBER 2009
PENDAHULUAN
Malaysia sebagai sebuah negara membangun dilihat sentiasa cuba untuk membina sistem kerja dalam setiap bidang yang dijalankan di Malaysia. Dalam memantapkan kualiti sistem gerak kerja dalam bidang apa sekalipun, setiap pihak yang terlibat tidak kira dari pihak swasta, pentadbir mahupun individu harus sedar betapa pentingnya aspek kesihatan dan keselamatan kerja untuk diberi keutamaan dalam usaha membina sebuah situasi kerja yang kondusif dan dinamik.
Bidang perfileman yang tergolong dalam kategori bidang hiburan juga tidak harus berkecuali dalam hal ini. Seperti yang disuarakan oleh banyak pihak yang mahu menjadikan perfileman sebagai sebuah industri yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kegiatan perdagangan produk kreatif negara, setiap aspek termasuk aspek kesihatan dan keselamatan kerja ini penting untuk diteliti, diperbaiki dan dipermantapkan sebelum bidang ini mampu untuk digelar sebagai industri yang secara tidak langsung menjadi antara penyumbang utama sumber pendapatan dan aliran kewangan negara. Merangka sistem kerja yang efektif amat penting dalam membantu menyediakan sebuah industri yang mampu bergerak secara efisyen serta berdaya saing bagi pembangunan industri tersebut. Melalui pemerhatian, beberapa perkara yang dinyatakan ini perlu untuk diteliti semula kewajaran serta praktilitinya di dalam bidang perfileman yang dikatakan bersedia untuk dikelaskan sebagai sebuah industri.
Keselamatan bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.
Keselamatan secara “general” nya merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut. Dalam kehidupan kita keselamatan memainkan peranan yang terpenting dan keselamatan boleh dikategorikan dalam beberapa bahagian iaitu keselamatan pengguna, keselamatan masyarakat, keselamatan pekerjaan dan keselamatan negara. Kajian yang dilakukan penulis memfokuskan kepada keselamatan pekerjaan yang merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja dalam sesebuah syarikat daripada sebarang penyakit atau kemalangan.
Definisi Kesihatan Definisi kesihatan merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai "Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit". Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim yang bertemu kemudiannya masuk dan keluar maka seterusnya ia berada dalam keseimbangan. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan mempunyai kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih penting dalam kehidupan mereka. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa. Untuk merasai kehidupan yang sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya berada dalam keadaan sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya. Kedua-dua definisi yang dijelaskan dapat disimpulkan bahawa keselamatan dan kesihatan merupakan elemen yang terpenting dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Keselamatan dan kesihatan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi pekerja dari segi keselamatan, kesihatan mahupun kebajikan. Jika berada di dalam sesebuah organisasi syarikat, kesihatan diri dan keselamatan di tempat kerja adalah perkara yang terpenting bagi seseorang pekerja. Maka ia dapat dijadikan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia. Hal ini bertujuan majikan dapat mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja mereka ketika bekerja di dalam syarikat berkenaan. Akta berkenaan dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
ISU PERBINCANGAN Akta kerja dalam seni persembahan Malaysia sebagai sebuah negara membangun dilihat sentiasa cuba untuk membina sistem kerja dalam setiap bidang yang dijalankan di Malaysia. Dalam memantapkan kualiti sistem gerak kerja dalam bidang apa sekalipun, setiap pihak yang terlibat tidak kira dari pihak swasta, pentadbir mahupun individu harus sedar betapa pentingnya aspek kesihatan dan keselamatan kerja untuk diberi keutamaan dalam usaha membina sebuah situasi kerja yang kondusif dan dinamik.
Bidang perfileman yang tergolong dalam kategori bidang hiburan juga tidak harus berkecuali dalam hal ini. Seperti yang disuarakan oleh banyak pihak yang mahu menjadikan perfileman sebagai sebuah industri yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kegiatan perdagangan produk kreatif negara, setiap aspek termasuk aspek kesihatan dan keselamatan kerja ini penting untuk diteliti, diperbaiki dan dipermantapkan sebelum bidang ini mampu untuk digelar sebagai industri yang secara tidak langsung menjadi antara penyumbang utama sumber pendapatan dan aliran kewangan negara. Merangka sistem kerja yang efektif amat penting dalam membantu menyediakan sebuah industri yang mampu bergerak secara efisyen serta berdaya saing bagi pembangunan industri tersebut.
Melalui pemerhatian, beberapa perkara yang dinyatakan ini perlu untuk diteliti semula kewajaran serta praktilitinya di dalam bidang perfileman yang dikatakan bersedia untu dikelaskan sebagai sebuah industri.
Garis Panduan Kesihatan & Keselamatan
Satu garis panduan yang selaras bagi semua penerbitan filem di Malaysia bakal menyediakan satu suasana kerja yang lebih efektif dan berkualiti kepada semua pihak. Ini secara tidak langsung membina indsutri yang diyakini oleh pelabur mahupun penerbit dari badan korporat tempatan mahupun luar negara untuk melabur/ menerbitakan produk perfileman di Malaysia yang bakal membina industri yang lebih berkembang.
Pihak
Perbadanan
Kemajuan
Filem
Nasional
(FINAS)
selaku
badan
bertanggungjawab dalam bidang ini harus memainkan peranan menkaji serta menggubal garis
panduan ini. Ia mungkin boleh diadaptasi dari sistem garis panduan kesihatan dan keselamatan sedia ada yang sudah diamalkan dan terbukti berkesan di beberapa negara asing. Adalah dicadangkan agar satu buku panduan garis panduan kesihatan & keselamatan kerja diwajibkan untuk diedarkan kepada semua pekerja penerbitan sebelum sesuatu penggambaran bermula.
Dicadangkan juga agar setiap permohonan pihak penerbitan bagi mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) daripada Bahagian Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bagi setiap projek yang dijalankan diwajibkan mematuhi satu garis panduan etika kawalan kesihatan dan keselamatan kerja sebelum untuk diluluskan bagi mendapat sijil SPP berkenaan.
Kontrak / Perjanjian Kerja
Kebanyakan kontrak/ perjanjian kerja bagi tenaga kerja dalam bidang perfileman di Malaysia sering mengabaikan aspek kesihatan dan keselamatan kerja. Klausa-klausa berkaitan kesihatan dan keselamatan kerja sering tidak termasuk dalam kandungan perjanjian. Pihak penerbit sering untuk mengelak dari bertanggungjawab ke atas kesihatan dan keselamatan ke atas diri pekerja filem.
Peralatan Keselamatan / Persiapan Keselamatan
Satu lagi aspek yang sering dipandang enteng oleh kebanyakan para penggiat perfileman ialah kepentingan penyediaan peralatan kesihatan dan keselamatan kerja di lokasi penggambaran.
Adalah amat penting disediakan peralatan keselamatan seperti first aid, sarung tangan, topi keselamatan dan lain di lokasi. Bagi sesetengah penggambaran bagi babak yang melibatkan aksi yang membahayakan, ahli pasukan keselamatan seperti ambulan dan pasukan penyelamat seharusnya disediakan di lokasi bagi bersedia untuk sebarang kemungkinan kemalangan.
Sebagai contoh, penggambaran sebuah drama tempatan yang melibatkan aksi sukan yang menjalani penggambaran baru-baru ini tidak menyediakan kotak first aid di lokasi. Kecederaan yang menimpa pelakon ketika melakukan aksi sukan di dalam drama tersebut gagal diberi rawatan awal segera sebelum dibawa ke klinik. Dalam pemilihan lokasi juga, keperluan kesihatan dan keselamatan dalam aspek logistik juga harus diambil kira. Sebagai contoh, penyediaan peta laluan kecemasan kepada tenaga produksi sekiranya melibatkan lokasi dalam bangunan. Keadaan geografi bumi lokasi yang membahayakan bagi lokasi luar (outdoor) juga harus diberi penekanan dalam penerangan (briefing) sebelum penggambaran bermula.
Waktu kerja
Berbeza dengan beberapa industri perfileman di negara luar seperti di India, Britain dan Amerika Syarikat, aspek waktu atau durasi kerja dalam bidang perfileman Malaysia kurang diberi perhatian. Sebagai contoh, dalam industri perfileman di India Timur, mereka mengamal sistem kerja bergilir mengikut syif kepada pekerja-pekerja teknikal. Setiap hari,
jadual kerja dibahagi sebanyak tiga syif. Ini membolehkan kerja penerbitan filem berjalan 24 jam sehari tanpa henti sekiranya keperluan penerbitan menuntut sedemikian dengan diselia ketua syif mengikut pemantau pengarah filem. Secara tidak langsung, ia menjamin kesihatan dan kebajikan perkerja teknikal dalam keadaan terkawal disamping mempercepatkan proses penerbitan.
Dalam usaha menyekat eksploitasi oleh para syarikat penerbitan mengerah tenaga kerja secara berlebihan ini, persatuan-persatuan filem yang mewakili tenaga kerja perfilem harus memainkan peranan. Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh persatuan-persatuan filem di Malaysia seperti Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) dilihat gagal dilaksanakan sebaiknya berhubung aspek jadual serta waktu bekerja ini. Ini amat berbeza dengan persatuan-persatuan seperti Directors Guild of America yang begitu mementingkan pencegahan kemalangan berbanding persatuan di Malaysia yang lebih mementingkan membantu setelah kemalangan berlaku (kebajikan).
Insurans
Disebabkan kerja penerbitan filem merupakan bidang kerja yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi disamping bidang ini yang belum menyeluruh di negara ini, tidak banyak syarikat insurans yang menawarkan polisi insurans kepada penerbitan filem ini. Cuma beberapa syarikat Production House yang menawarkan polisi tersebut.
Namun begitu, memandangkan kadar bayaran bagi polisi tersebut yang tinggi, kebanyakan syarikat tidak mengambil insurans bagi penerbitan mereka terutama bagi penerbitan untuk televisyen. Pihak penerbit seharusnya sedar bahawa penyediaan insurans kepada produksi mereka selain bagi menjamin pekerja di bawah seliaan mereka, adalah juga
satu langkah selamat kepada diri mereka sebagai majikan atas sebarang kecederaan yang menimpa pekerja mereka.
KESIMPULAN
Walau apapun, daripada semua perspektif, sebarang ketidakpatuhan atau kegagalan dalam hal keselamatan pekerja tentunya merugikan semua pihak dan mewujudkan kos-kos yang tidak perlu seperti kos penalti, halangan penerusan kerja kerana cedera atau oleh pihak berkuasa, tuntutan gantirugi, jam kerja (man-hour) dan lain-lain lagi, dan ini perlu diinsafi semua.
Adalah jelas bahawa di pihak kerajaan aspek-aspek undang-undang dan polisi yang berbentuk fasilitatif, pengawasan dan penguatkuasaan yang melibatkan aspek instrumen undang-undang itu sendiri (Akta dan Peraturan), adalah perlu. Di pihak majikan pula, aspekaspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, keperihatinan, dasar kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan, dan pengetahuan yang cukup amatlah diperlukan.
Di pihak pekerja sendiri, kesedaran dan kesediaan mematuhi peraturan dan
prosedur keselamatan juga turut memberi sumbangan besar dalam menjamin keselamatan mereka sendiri.
Walau apapun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak berkaitan ialah keinsafan, rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan keselamatan pekerja. Undang-undang hanyalah salah satu instrumen dalam menjayakan perkara-perkara berkenaan.
BIBLIOGRAFI
ELECTRONIC SOURECES
Online-INTERNET,CLS,NSTP-Online, etc.
Kesihatan. Retrieved Mac. 22, 2008, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan Keselamatan. Retrieved Mac. 22, 2008, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Keselamatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Retrieved Mac. 22, 2008, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki /Keselamatan_Pekerjaan