1
LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN “STUNTMAN”
Di mana sahaja kita berada kita sering diingatkan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan untuk apa sahaja yang kita lakukan. Terutamanya ketika kita melakukan sesuatu yang berisiko tinggi untuk mendapat kecelakaan. Di dalam industri perfileman negara semestinya terdapat pelakon aksi loagak ngeri ataupun lebih dikenali sebagai “STUNTMAN” yang melakonkan aksi-aksi merbahaya yang tidak boleh dilakonkan oleh pelakon sebenar. Profession atau kerjaya sebagai pelakon aksi lagak ngeri ini sudah tentunya berisiko tinggi dan sentiasa berdepan dengan bahaya. Sekarang ini sudah banyak kita dengar di mana terdapat pelakon aksi lagak ngeri yang menimpa kemalangan dan ada juga yang kehilangan nyawa ketika malakukan stunt. Kecuaian dan sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dan aspek kesihatan adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Sebagai seorang pelakon aksi lagak ngeri. Harus dititik beratkan faktor kesihatan. Utama sekali adalah tentang penjagaan tidur yang cukup untuk memastikan pelakon tidak mengantuk ketika berlakon. Akibat tidur yang kurang cukup, akan menyebabkan pelakon aksi lagak ngeri ini menjaga kurang tumpuan atas apa yang mereka lakonkan. Faktor pemakanan juga adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira kerana sebagi pelakon aksi lagak ngeri semestinya memerlukan daya tumpuan yang jelas dan tidak mencacatkan kerana mereka kena memberi perhatian dengan apa yang ada di hadapan mereka.
"Kalau hendak difikirkan soal bahaya dan keselamatan diri, di mana-mana pun seseorang itu sentiasa terdedah dengan bahaya. Prinsipnya mudah saja, ajal maut di tangan tuhan. Cuma, penting untuk diingati, setiap yang dilakukan itu harus ada garis panduan dan hitam putih perjanjian untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik daripada berlaku” (Fairuz Zaidan)
2
Kebelakangan ini industri filem Negara banyak menerbitkan filem-filem yang melibatkan aksi lagak ngeri. Terutamanya filem genre sekual. Bukan mudah untuk mengeluarkan filem sekual ini.
"BUKAN mudah menghasilkan filem sekuel, terutama membabitkan genre aksi kerana penonton mahukan segala-galanya lebih baik daripada filem pertama," (Syamsul Yusof) Dapat kita lihat contoh terbaru kecuaian ketika melakonkan aksi lagak ngeri ini adalah pada produksi filem Evolusi KL Drift II. Dalam usaha unuk mendapatkan shot gambaran yang terbaik Syamsul dan Penolong Pengarahnya, Rizal Ashraff nyaris kehilangan nyawa apabila kereta membawa kamera (ragging car) yang dinaiki terbabit dalam kemalangan ngeri di Putrajaya pada 27 Februari lalu. Insiden terjadi ketika adegan kejar-mengejar di antara lima buah kereta berkelajuan tinggi yang dipandu oleh beberapa orang pelakon yang melakukan tugas stuner, salah sebuah dari lima buah kereta tersebut terbabas dan mengakibatkan kecelakaan dan hamper meragut nyawa si pengarahnya sendiri. Di sini juga kita dapat menilai bahawa aspek kepakaran adalah penting kepada seorang pelakon aksi lagak ngeri kerana pengalaman dan pengetahuan mereka adalah tunjang utama bagi shot yang membabitkan aksi ngeri. Terutamanya bila membabitkan peralatan mesin ataupun jentera. Contohnya seperti mengawal kenderaan dalam melakukan aksi ngeri. Teknik dan kondisi pelakon ataupun kenderaan yang dipandu iti mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang benar-benar baik dan si pemandu haruslah peka terhadap pemanduannya. Kepekaan mata dan pendengaran serta teknik yang betul akan mendapatkan hasil yang baik. Seorang pelakon lagak ngeri mestilah memikirkan bahawa mereka bukan hanya melaksanakan tanggungjawabnya. Penting diingatkan bahawa sebagai pelakon aksi lagak nger, prosedur, garis panduan dan aspek keselamatan adalah yang utama. Ulangkaji dan latihan sebelum melakukan aksi lagak ngeri perlu dititik beratkan dan bagi menjamin hasil yang terbaik kepada produksi.
3
Sememangnya kalau dilihat sesuatu babak dalam filem mahupun drama yang nampak seakan benar-benar dilakonkan pelakon utamanya seperti babak kemalangan, pergaduhan dan melompat antara bangunan ke bangunan yang lain, sedangkan di sebaliknya aksi sebegitu dilakonkan insan profesional bergelar pelakon lagak ngeri. Ramai pelakon handalan dan terkenal baik di negara ini mahupun di luar negara jarang memperjudikan nyawa sendiri untuk menjayakan sesuatu babak cemas kerana mereka bukanlah seperti pelakon terkenal Jackie Chan mahupun Jet Li yang yakin dengan kemampuan diri sendiri dalam melakukan aksi sedemikian. Bagi seseorang yang berminat untuk melakukan aksi lagak ngeri, banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Sekarang ini sudah terdapat institusi yang menawarkan kursus untuk menjadi seorang pelakon lagak ngeri. Contohnya di California dan Florida. Di sana, pelakon lagak ngeri profesional memberi bimbingan sempurna untuk pelatih baru yang berhasrat menjadi pelakon lagak ngeri profesional. Bagaimanapun, ramai di kalangan pelakon lagak ngeri sedia ada tidak mendapat bimbingan khusus di sekolah kerana yakin dengan kemampuan diri sendiri selain minat dan mendapatkan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman. Seseorang pelakon lagak ngeri disarankan untuk mengambil insurans nyawa yang boleh melindungi aspek keselamatan dirinya sepanjang menjayakan babak mencemaskan. Dengan adanya perjanjian hitam putih dengan sesuatu produksi, ia mampu menjadi bahan bukti untuk membuat tuntutan sekiranya terdapat kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Selain daripada itu factor kesabaran juga adalah kunci utama dalam kerjaya sebagai pelakon aksi lagak ngeri ini. Minda yang tenang dan fikiran yang waras perlu ada pada seorang pelakon lagak ngeri. Sekiranya kesabaran dipandang remeh. Seorang pelakon lagak ngeri akan terdedah dengan risiko mendapat kemalang dan kecelakaan dan yang paling dasyat ialah kehilangan nyawa ketika melakukan lagak ngeri. Secara keseluruhannya, seorang pelakon aksi lagak ngeri haruslah mengambil langkah-langkah kesihatan dan keselamatan contohnya seperti kemahiran dan pengalan yang cukup. Penting dan utamanya adalah ilmu pengatahuan yang mendalam kerana kebanyakan pelakon lagak ngeri di Negara kita ini melakukan aksi hanya dengan pengalaman dan bukannya mendapat didikan yang khusus. selain daripada itu
4
factor kesihatan juga memainkan peranan penting seperti tidur yang mencukupi, pemakan yang sesuai, ketenangan minda dan emosi yang semestinya memerlukan tumpuan yang khusus dan focus terhadap aksi yang ingin dilakukan. Terakhir sekali sekali lagi disarankan bahawa insurans nyawa adalah penting kepada seorang pelakon aksi lagak ngeri. Ini adalah untuk menjamin masa depan seseorang pelakon itu sendiri secara individu dan juga kepada ahli keluarga mereka. Kecelakaan ada di mana, jadi sentiaalah bersedia dengan sebab dan kesan yang akan berlaku. Malang itu tidak berbau. Namun langkah penjagaan kesihatan dan keselamatan jangan dipandang remeh. Sediakan paying sebelum hujan. Individu itu mampu merubahnya sendiri.
Bibliografi
http://www.tintakeris.com.my/Fairuz Zaidan.(26 April 2008).Rahsia Aksi Lagak Ngeri. http://www.beritaharian.com.my/Health & Safety/index_html.htm http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=64700
5
http://www.praharaseni.com.my/babakperang http://www.utusanonline.com.my/keselamatanpekerja