National Cinema

  • Uploaded by: Nurul shadila abdul malek
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View National Cinema as PDF for free.

More details

  • Words: 3,122
  • Pages: 14
National Cinema 1

Critically discuss the concept of ‘national cinema’ by exploring contemporary Malaysian Films

Nurul Shadila Bt Abdul Malek 2009412204 CT223

Film, Culture and Society CTS423 Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik, Universiti Teknologi MARA

National Cinema 2 Critically discuss the concept of ‘national cinema’ by exploring contemporary Malaysian Films Sinema Malaysia bermula dalam sebuah industri yang kecil iaitu sekitar era 30-an. Kini, Sinema Malaysia mampu mengeluarkan 15 filem setahun, 300 hingga 500 drama yang diterbitkan oleh rumah produksi untuk satu-satu stesen televisyen. Malaysia juga mempunyai Festival Filemnya tersendiri, iaitu Festival Filem Malaysia yang diadakan setiap tahun. Kini, anugerah berprestij itu sudah menjangkau tahun ke 21. Terdapat hampir 250 pawagam dan Cineplex yang menayangkan filem-filem tempatan juga luar. Malah, pengarah luar juga dialualukan untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pengambaran. Sinema Malaysia melebarkan sayapnya dengan kemunculan filem Laila Majnun pada 1933 yang mengisahkan cinta sejati yang terhalang. Diarahkan oleh B.S Rajhans dan diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical dari Bombay, para pelakonnya adalah dari kumpulan opera. Melihat kepada kejayaan itu, Shaw Brothers mula membeli alatan pengambaran dari Shanghai dan memulakan produksi filem Melayu di studio kecil mereka di Jalan Ampas, Singapura. Namun, mereka hanya sempat menerbitkan 5 hingga 6 filem saja apabila Jepun menyerang pada tahun 1941. Pengkarya filem di Malaysia harus ada pemikiran yang lebih baik daripada orang lain kerana mereka berkarya dengan menghantar pemikiran menerusi naratif untuk dikongsi dan seterusnya boleh diterima baik dan selesa oleh masyarakat. Bangsa Malaysia harus mencipta imej filem nasional yang menjadi tanggungjawab bersama kerana filem zaman ini juga harus dimanfaatkan untuk kepentingan bangsa Malaysia. Sebagai bangsa Malaysia, seharusnya juga filem yang mahu dihasilkan bersertakan bahasa perpaduan iaitu bahasa Malaysia. Inilah filem kenegaraan yang asas untuk membina rangka pengisian lebih baik bagi menghasilkan filem berkonsep sedemikian yang meliputi kepentingan semua kaum.

National Cinema 3 Filem Malaysia harus merujuk kepada bangsa Malaysia tetapi kita sering terkeliru antara filem yang bercakap atas nama kaum atau filem yang bersuara untuk nama bangsa. Sebenarnya ada pihak sengaja mengelirukan keadaan ini kerana tidak faham erti kenegaraan selain ada sentimen dan agenda tertentu yang akhirnya tidak memberi manfaat apa-apa pun. Menurut katakata Andrew Higson (2002) "there is what may be called a criticism-led approach to, which tends to reduce to the terms of a quality art cinema, a culturally worthy cinema steeped in the high- cultural and/or modernist heritage of a particular national state, rather than one which appeals to the desires and fantasies of the popular audience." (m.s. 15) Namun, ada pula yang mempersoal, apa itu bangsa Malaysia? Bangsa yang ada di Malaysia majoritinya ialah Melayu, Cina dan India serta Bumiputera dan beberapa sub-etnik yang lain. Maksud bangsa itu memang benar jika dirujuk kepada erti kaum dan konotasinya juga bererti kumpulan manusia dari satu asal usul keturunan seperti yang kita lihat di negara ini. Malah, negara lain juga ada rakyatnya pelbagai bangsa. Maka sebab itu kita harus tahu dan menghayati sejarah bangsa Malaysia. Seperti filem teori dan kritikan filem, istilah ‘National Cinema’ adalah susah untuk dijelaskan. Malahan, maksud istilah ini juga menjadi bahan debat oleh para sarjana dan pengkritik. National Cinema merupakan istilah yang kadang kala digunakan dalam teori filem dan kritikan filem untuk mengenalpasti sesebuah filem itu secara spesifik dengan negara tertentu. Filem boleh dianggap sebahagian daripada National Cinema dengan merujuk kepada beberapa faktor seperti mengambil kira negara mana yang menyediakan sumber kewangan untuk sesuatu filem, bahasa yang digunakan di dalam filem, kostum yang dipakai oleh watak-watak, set, muzik dan elemen budaya yang dipaparkan melalui filem tersebut. Wujud juga sindiran mengatakan filem berunsur kenegaraan lebih kepada propaganda atau menjurus kepada suara kerajaan. Ia memang benar dan filem ini juga penting untuk kita

National Cinema 4 melihat semula kepentingan kesejahteraan sesebuah negara itu tanpa mengira parti mana yang memerintah kerajaan. Setiap kerajaan wajib bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan sebuah negara dan majoriti rakyatnya, maka dari sini filem berunsur kenegaraan juga tidak harus disempitkan peranannya. Filem kenegaraan penting untuk negara seperti Malaysia yang masih dalam kelompok negara sedang membangun dan ketika isu perpaduan masih menjadi topik perdebatan. Yang penting, persembahan dan daya kreativiti bagi menterjemahkan pengisian dalam filem berkonsep sedemikian harus bijak ditangani oleh pengkarya supaya filem yang ditonton itu tidak membosankan sekali gus memenuhi ciri filem yang baik iaitu ada elemen menghiburkan, permainan emosi, spiritual dan intelektual. Sejarah Sinema Malaysia sentiasa menjadi sejarah filem Melayu, sama ada ia diterbitkan oleh Shaw Brother’s Studio ketika zaman kegemilangannya hingga tahun 70-an, atau penerbit Melayu yang bergerak sendiri (Malay Independent Producer’s) yang bermula sejak tiga dekad lalu. Jalan ceritanya sentiasa berpaksikan Melayu, dengan bahasa Melayu, menggunakan pelakon dan pengarah Melayu dan diterbitkan untuk penonton Melayu. Manakala, bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India akan menonton filem-filem dari Bollywood, Hollywood dan Hong Kong kerana ia lebih dekat dengan sensitiviti mereka. Walaupun Malaysia merupakan negara berbilang bangsa, namun, kerajaan Malaysia, kuasa dan politik menjadi kelebihan kepada masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti ( lebih dari 50% populasi). Islam, Bahasa Melayu, budaya dan status sebagai bumiputera merupakan hak keistimewaan yang dimiliki kaum Melayu untuk mendapatkan perlindungan sekaligus melayakkan mereka mendapat bantuan dari kerajaan.

National Cinema 5 Bagi kaum lain pula seperti Orang Asli di Barat Malaysia dan kaum Iban serta Kadazan di Timur Malaysia juga secara teknikalnya dianggap sebagai kaum bukan bumiputera. Bagaimanapun, budaya dan bahasa mereka tidak memainkan peranan yang besar setara dengan kaum Melayu. Bagi kaum India dan Cina pula, mereka masih berpegang teguh kepada hak mereka dengan menggunkan bahasa ibunda mereka dalam pendidikan dan kepercayaan mereka. Filem Melayu sentiasa menjadi imej kepada Sinema Malaysia berbanding filem dari etnik lain. Malah, filem Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu telah melahirkan istilah ‘Filem Kita, Wajah Kita’. Disebabkan itu, filem dengan cerita yang baik, pelakon Melayu yang berdialog mengunakan Bahasa Melayu akan memenuhi kriteria sebuah filem Malaysia. Di Malaysia, Era Millenium ini telah bercirikan revolusi teknologi digital dan ia telah mengubah cara hidup, komunikasi, dunia perniagaan dan juga dunia hiburan tempatan. Komunikasi visual menjadi lebih meyakinkan seperti permukaan grafik dan kandungan digital lebuh mudah diterima melalui internet, telefon bimbit dan yang terkini, Ipods. Generasi baru hari ini telah didedahkan dengan permainan video. Selain itu, penggunaan kamera video digital, animasi, grafik dan editing software sudah menjadi satu kebiasaan dan kemahiran kepada mereka. Melihat pada perubahan ini, tidak mustahil semua orang mampu membikin filem. Kemunculan pengarah indie baru yang diterajui oleh nama besar seperti Amir Muhammad, James Lee dan arwah Yasmin Ahmad telah membawa wajah baru kepada industri perfileman Malaysia. Filem-filem mereka telah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan diperingkat antarabangsa, tetapi di negara sendiri, mereka menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan dari kerajaan untuk mendapatkan modal dan bermasalah dengan pihak penapisan.

National Cinema 6 Dalam hal ini, masalah baru mula muncul. Pada masa lalu, Sinema Malaysia adalah filem Melayu. Jadi, bagaimana definisi Sinema Malaysia dapat dijelaskan hari ini? Filem dengan penggunaan bahasa lain selain bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai Sinema Malaysia dan tidak layak untuk Skim Wajib Tayang (Compulsory Screening Scheme). Masyarakat Malaysia telah lama disajikan dengan filem-filem Melayu dengan penggunaan Bahasa Melayu. Namun hari ini, pengarah tempatan mula membikin filem menggunakan bahasa lain selain Bahasa Melayu. Ini bermakna, telah berlaku perubahan kepada pemikiran yang sedia ada agar lebih terbuka menerima definisi Sinema Malaysia dengan konsep lain. Persoalannya, adakah masyarakat Malaysia sudah bersedia menerima ‘yang lain’? Filem-filem arwah Yasmin Ahmad sentiasa menjadi bahan perbincangan dalam manamana diskusi kerana filem beliau mencerminkan realiti Malaysia dengan pencampuran bahasa yang digunakan. Pada 23 April 2006, Stesen Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan forum secara langsung bertajuk Fenomena Seni yang membincangkan tentang dua filem arwah Yasmin Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Forum tersebut bertajuk ‘Sepet & Gubra – Perosak Budaya Melayu’ dan ia dibincangkan oleh dua tetamu jemputan yang merupakan penerbit filem dan penolong penyunting hiburan dari sebuah akhbar tempatan yang mengatakan sesetengah babak dalam dua filem tersebut sebagai, tidak diperlukan, tidak realistik dan perosak kepada budaya melayu. Sebahagian daripada perbincangan itu menyentuh isu pantang larang (tabbo) tentang hubungan antara watak perempuan Melayu (Orked) dan lelaki Cina (Jason) di dalam filem tersebut. Kononnya, ia menjadi sesuatu yang lain dari kebiasaab apabila gadis melayu jatuh cinta kepada bangsa lain. Di akhir forum terseubut, penerbit Melayu tadi mengatakan bahawa “ Malaysia adalah milik Melayu. Kerana itu, ia pernah dikenali sebagai Tanah Melayu”

National Cinema 7 Selain itu, filem Rabun yang juga arahan arwah Yasmin Ahmad, adalah sebuah filem tempatan yang patut dibanggakan. Rabun menampilkan cerita mudah tetapi jalur pemikiran yang kaya menjadikan ia besar. Kerana karyawan kita sebetulnya selalu terlupa yang sederhana itu juga luar biasa, maka mungkin Rabun melonjakkan lagi keistimewaannya. Rabun bermula dengan persoalan kerabunan sekian watak di dalamnya. Sebagai kelaziman demi membantu kemantapan cerita, watak dan perwatakan yang jelas dan sarat pemikiran diperlukan. Tetapi ia tidak semestinya terpakai setiap waktu. Samada ia berkembang atau tidak persoalan kedua kerana watak hadir sebagai alat kepada pemikiran dan sikap karyawannya itu. Yasmin mengupas kepolosan Melayu terutama Melayu Selatan Semenanjung, kemunafikan dan talam dua muka. Dengki mendengki sesama saudara, membuang bangkai, meracun pokok-pokok buah-buahan. Dan yang paling mahal tentulah romantik lelaki Melayu yang sukar difahami tercermin pada gurau suami isteri yang erotis tetapi juga sarat kias melucukan. Dialog-dialog Rabun secara permukaan kelihatan tanpa arah kadang kasar, lucu tetapi ia sebetulnya tepu sindir.Tipu sesama ahli keluarga. Saling memperdaya adalah kisah klise yang berlaku hari-hari antara orang kota pencen yang ingin sekali menikmati semula suasana kampung. Filem Sepet (2005) dan Spinning Gasing (2002) dengan jelasnya memaparkan isu bangsa, budaya dan agama dengan mengetengahkan hubungan antara kaum di antara watak utama yang berbeza latar belakang. Oleh itu, filem tersebut menggunakan pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Hokkien, Kantonis, Mandarin dan Bahasa Inggeris untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia.

National Cinema 8 Apabila filem Sepet dan Gubra dianugerahkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 18 dan 19, terdapat bantahan oleh individu dari komuniti filem dan wartawan Melayu yang kononnya meragui kelayakkan filem tersebut untuk meraih anugerah berprestij itu, sekaligus mendakwa filem arahan arwah Yasmin Ahmad itu tidak boleh dianggap sebagai Sinema Malaysia. Dalam kes lain pula, pengarah indie, James Lee menerima nasib yang lebih teruk apabila permohonan dana untuk memindahkan digital video kepada format filem untuk menyertai festival filem antarabangsa ditolak. Alasannya, kualitinya teruk kerana ia dalam format video. Keduanya, filem yang diarahkan tidak menggambarkan elemen muhibbah berkenaan kepelbagaian kaum kerana filem tersebut adalah tentang kaum Cina. Maka, permohonannya ditolak atas alasan tersebut. Menurut kata-kata Shuhaimi Baba (2008): Filem Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu kerana ia merupakan identiti utama negara ini. Kalau di Sepanyol filem-filem di sana menggunakan bahasa Sepanyol, begitu juga di Jepun dan Hong Kong. Selepas faktor itu barulah perkara-perkara lain diambil kira misalnya, soal pengarah atau pelakon sesebuah filem itu. 80 peratus daripada mereka yang terbabit dalam sesebuah filem itu haruslah terdiri daripada rakyat Malaysia. (m.s. 32)

Sebelum ini, tidak banyak pihak yang mempersoalkan tentang status sesebuah filem tempatan itu, sama ada ia boleh dianggap sebagai sebuah filem Malaysia atau pun tidak. Perkara itu timbul kerana sejak kebelakangan ini banyak elemen yang ditonjolkan dalam filem-filem tempatan tidak menggambarkan bahawa ia merupakan sebuah filem yang diterbitkan oleh warga Malaysia. Namun, menurut penerbit KRU Films Sdn.Bhd, Norman Abdul Halim, definisi tentang filem Malaysia tidak seharusnya disempitkan kerana ia boleh menyekat perkembangan dalam industri perfileman tanah air pada masa depan. Ini kerana, terdapat juga pelabur asing yang

National Cinema 9 melabur untuk filem-filem di Malaysia. Secara tidak langsung, isu ini boleh menyekat pelabur asing daripada melabur dalam bidang perfileman di negara kita. Sungguhpun begitu, isu filem Malaysia tercetus apabila ada filem tempatan yang dipersoalkan pencalonannya dalam Festival Filem Malaysia lalu kerana pengarah dan penerbitnya bukan rakyat negara ini. Contohnya, dalam Festival Filem Malaysia yang lalu, filem Cinta yang muncul pemenang Filem Terbaik telah mencetus sedikit kontroversi

kerana

pengarahnya, Khabir Bhatia merupakan warganegara India. Prof Dr. Asiah Sarji (2005) mengatakan bahawa “Bahasa merupakan antara identiti dalam sesebuah festival filem. Tetapi, kalau ada sesebuah filem yang menggunakan 50 peratus Bahasa Melayu dan 50 peratus Bahasa Inggeris, maka ia boleh juga dikira sebagai filem Malaysia.” (m.s. 23). Filem Melayu boleh menjadi contoh filem yang baik menterjemahkan semangat 1 Malaysia meskipun naratif yang dibawa dalam filem itu bukan sekadar untuk orang Melayu. Filem Melayu seringkalinya dirujuk kepada filem berbahasa Melayu. Istilah ini diguna pakai sejak zaman era 1940-an dan seterusnya dirujuk kepada filem berbahasa Melayu. Maka bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia. Tidak perlu untuk pihak tertentu sengaja bersifat perkauman apabila cuma menyifatkan filem Melayu adalah filem untuk orang Melayu saja. Pandangan salah inilah yang menyebabkan kita sering terlupa bahawa dalam filem Melayu itu jugalah ramai karyawan filem dan anak seni kita dari kalangan bukan Melayu mencipta nama dalam bidang perfileman. Andrew Higson (2002) ada menyatakan empat cara bagaimana konsep National Cinema ini dapat digerakkan “Textuality characteristic, economic terms, audience based on consumption approach and cultural value”. Bagi textuality characteristic, ia menjelaskan tentang jalan cerita dalam filem yang dihasilkan. Ini meujuk kepada tema yang diketengahkan. Sebagai contoh, filem Rabun yang secara ideologinya memaparkan kehidupan realiti masyarakat Melayu. Naratif

National Cinema 10 Rabun yang sederhana ini sebahagiannya mengambil tempat secara terhad dalam perjalanan pulang ke desa. Di dalam kereta, hanya terdengar dialog sesama mereka. Celahan nama Jim Denver, nama watak Orchid, Inom, Elvis, Yasin adalah lambang watak-watak kampung yang terkeruh oleh kota. Mereka yang rabun oleh pelbagai perkara. Economic terms pula, melihat kepada peruntukkan kewangan sesebuah produksi, kebiasaannya, apabila sesebuah produksi itu mengambil pelakon atau krew dari luar, memerlukan perbelanjaan yang lebih. Oleh itu, seiring dengan definisi National Cinema, adalah lebih baik jika menggunakan pelakon dan tenaga produksi tempatan. Audience – based on consumption approach menjadikan Penonton sebagai salah seorang individu penting dalam menilai sesebuah filem. Filem yang baik akan menerima respon positif begitu juga sebaliknya. Tetapi, apa yang sering terjadi hari ini, filem yang memaparkan kisah realiti, aktiviti seharian manusia yang dipaparkan melalui skrin kurang mendapat tempat di hati penonton. Contohnya, filem-filem British yang banyak menyiarkan babak-babak aktiviti harian yang begitu perlahan. Cultural Value menunjukkan budaya yang dipaparkan dalam filem. Bagaimana budaya tersebut dipersembahkan kepada penonton. Ianya jelas dapat dilihat melalui filem-filem arwah Yasmin Ahmad (Sepet, Gubra), Amir Muhammad ( Lelaki Komunis Terakhir) dan Shuhaimi Baba (1957 Hati Malaya). Seperti yang dibincangkan tadi, kemunculan sinema indie baru mendatangkan persoalan bagaimana Sinema Malaysia terbentuk. Sinema Malaysia adalah sinonim dengan filem Melayu dimana kadang kala ia mengangkat kedaulatan bangsa Melayu, bahasa dan budaya. Kemunculan filem-filem baru yang lebih fokus kepada bahasa lain selain bahasa Melayu dilihat dapat menolak status quo kepada ketidakseimbangan. Contoh, definisi sinema Malaysia sebelum ini telah berubah menjadi lebih lengkap. Ini menimbulkan masalah sebagai sebuah sinema baru

National Cinema 11 yang bertemakan kepelbagaian budaya tidak lagi dapat disesuaikan atau diterapkan ke dalam persepsi tentang Sinema Melayu Tempatan. Filem adalah refleksi kepada budaya, dan di Malaysia adalah satu-satunya negara dengan kepelbagaian budaya. Wajah sebenar Malaysia hanya dapat dijelaskan apabila etnik-etnik lain dipaparkan melalui skrin. Ini tidak bermakna, dalam semua filem perlu memaparkan tentang kepelbagaian budaya ini. Sekurang-kurangnya, setiap kumpulan etnik dan budaya seharusnya diberikan peluang untuk menonjolkan budaya masing-masing dan dapat menyumbang kepada kesuluruhan makna menjadi satu Malaysia. Vinita Ramani (2005) ada mengatakan bahawa “whether it is the job of cinema to participate in the construction of ‘national identity’, or to read representation of intercultural an inter-religious relationships as a response to the nation’s concern about multiculturalism and national intergration”. (m.s 30). Etnik utama seperti Melayu, Cina dan india hanyalah sebahagian. Ia juga perlu ketengahkan filem dan cerita tentang golongan Orang asli yang masih wujud di kawasan pedalaman, seperti kebanyakan golongan etnik di Sabah dan Sarawak yang kita tahu kewujudannya. Kisah-kisah etnik ini jarang sekali dipaparkan dan kebanyakkan hanya dipaparkan melalui dokumentari. Jika dilihat secara kasar, seperti ada diskriminasi di antara etnik majoriti dan minoriti. Kita juga tidak perlu berasa malu dan curiga mempertahan keunikan dan kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang ekonomi dan material. Kelebihan yang kita ada ini harus dipertahankan dan saling hormat menghormati sesama kaum, bukannya mencabar atau mengundang sensitiviti kaum lain sehingga mahu merubah apa yang dinikmati dan dihayati selama ini. Secara keseluruhannya istilah national cinema adalah sukar untuk dirumuskan dan dileraikan penggunaannya dan ia tidak seharusnya dirujuk kepada kehendak yang mesti dipenuhi

National Cinema 12 oleh sesebuah filem dan dianggap sebagai sebahagian dari Sinema Malaysia. Maka, national cinema dalam kajian saya ini melihat kepada kepelbagaian budaya yang ditonjolkan melalui filem yang mana ia adalah gambaran sinema yang dikumpul daripada sesebuah negara yang memaparkan tentang kekayaan dan kepelbagaian komponen budaya. Ini disokong lagi oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Andrew Higson (2002) “there is misconception or to be prescriptive (prescribing what it is supposed to be) rather than descriptive (describing what is already there.” (m.s 21). Penjajahan budaya negatif dari Barat semakin mempengaruhi rakyat Malaysia dan ada segelintir generasi kini bagaikan tidak senang dengan nilai seni budaya yang kita warisi sekarang. Maka, filem yang bersemangat 1 Malaysia harus berbalik pada rupa bangsa Malaysia yang berteraskan kaum Melayu, Cina dan India serta banyak lagi sub-etnik lain. Keunikan itu harus diintegrasikan dengan mengekalkan ciri dan kelas budaya berasaskan Nusantara yang sesuai dijadikan warisan generasi baru dan akan datang. Jika dihilangkan seni, maka hilanglah budaya dan kita kelak menjadi bangsa keliru dan kucar-kacir tamadunnya. Telah menjadi satu kepentingan di mana kita harus lebih untuk berhati-hati kerana kita lebih cenderung meminggirkan komuniti sosial yang lain menjadi tunggal. Oleh itu, definisi semula tidak seharusnya menjadi suatu yang eksklusif tetapi menjadi suatu yang lebih meluas dan pelbagai seperti mana kata-kata Cooke (2002) “for the UK. A needs to be a pluralistic cinema, reflecting british cultures and British identities in their diversity, rather than conforming to an idea of that is uniform and nationalistic”. (m.s. 41). Bangsa Malaysia harus terus berusaha menerapkan nilai murni dan semangat akal budi untuk memulihara perpaduan berharga yang kita miliki, dan ia wajar diterjemahkan ke dalam filem. Apabila diterjemahkan menjadi filem, biarlah naratif yang dipaparkan itu tidak mengganggu sensitiviti pihak lain. Keperibadian bangsa kita akan terus dihormati orang lain

National Cinema 13 selagi bangsa kita sendiri menghormati dan memulihara perhubungan yang ada selama lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Nilai apresiasi terhadap seni budaya akan menjadi lebih utuh jika pendidikan berkaitan kesenian dan kebudayaan diterapkan dalam sistem pendidikan sekolah rendah. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran harus merangka pelan ke arah matlamat ini.

National Cinema 14

Rujukan Cooke. British Cinema in Nelmes, J. (Ed.) (2001). An Introduction to Film Studies. London: Routledge. Hassan Muthalib (2005). Voices of Malaysian Cinema. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.criticine.com Higson, A. The Concept of National Cinema in Fowler, C. (Ed.) (2002). The European Cinema Reader. London: Routledge. Vinita Ramani (2005). Plural Identities: Reinventions & Revisions in Malaysian Cinema. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.criticine.com Williamson, R. (2005). Affection And Disaffection: Ideas, Themes And Styles In Current Malaysian Independent Cinema. Firecracker Magazine. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.firecracker-media.com Williamson, R. (2005). Tears, Sneers And New Frontiers: Has Sepet Turned Malaysian Cinema On Its Head? Firecracker Magazine. Diambil pada 21 September, 2006, dari http://www.firecracker-media.com

Related Documents

National Cinema
June 2020 6
National Cinema
June 2020 10
Cinema
October 2019 55
Cinema
April 2020 38
Cinema
August 2019 77
Cinema
May 2020 41

More Documents from ""

National Cinema
June 2020 6
Monoventilmotor
May 2020 6
Jobdesk Admin.docx
December 2019 25
The Art Deception
November 2019 9
2008-2009 (acad).doc
November 2019 14