Si Tanggang Arahan: Gunakan kod-kod yang diberikan untuk melengkapkan cerita di bawah ini. Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan
mereka
sekeluarga
amatlah
miskin.
Si
Tanggang
selalu
1.(:)(:_)(:.:)(:..)(:-:)(.)(::-)(.)(.:.) untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar 2.(:)(:_)(:.:)(.:.)(.)(:)(:.)(:-:) di muara sungai yang 3.(:)(:_)(:.:)(:-:)(.)(:--)(--:)(..)(:.:)(.)(::.) dengan rumahnya. Si Tanggang pergi 4.(:)(:_)(:.:)(..:)(:.)(:--)(--:)(.) dengan Nakhoda kapal itu lalu meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus 5.(:)(:_)(:.:)(--)(:_)(-.)(:.)(..:)(:.) kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang 6.(:)(:_)(:.:)(.:.)(.)(::-)(.)(:.:) mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang 7.(:)(:_)(:.:)(..:)(.)(::.)(..:)(..) akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin 8.(:)(:_)(:..)(:_)(:.:)(..:)(.). Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun 9.(:)(:_)(:.:)(:..)(.)(:-:)(--.)(..)(::.) dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya 10.(:)(:_)(:.:)(.:.)(.)(::-)(.)(:.:) ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang 11.(:)(:_)(:.:)(.:.)(.)(:)(:.)(:-:) di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. “Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang,” kata Deruma dengan gembira. Si Talang dan Si Deruma pun pergilah 12.(:)(:_)(:.:)(:..)(.)(::-)(:.)(:-:) sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. “Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. “Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu. “Betulkah mereka ini ibu bapa kanda?” tanya isteri Si Tanggang. Si Tanggang 13.(:)(:_)(:.:)(.)(--)(.) malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. “Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal!” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. “Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak” kata Si Deruma. “
Pergi!”
tengking
Si
Tanggang.
Dia
memukul
jari
ibunya
yang
14.(:)(:_)(:.:)(-::)(.)(::-)(:.)(-.) pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut. Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak
kesayangan
mereka
telah
16.(:)(:_)(:.:)(::)(.)(::-)(:.)(::.)(-::) ke tepi.
15.(:)(:_)(:.:)(:.)(:)(.)(:-:).
Mereka
pun
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat keduadua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Tiba-tiba petir 17.(:)(:_)(:.:)(::)(:_)(::.)(-.)(:.)(:--). Angin 18.(:)(:_)(:.:)(-.)(..)(:.)(--:) kencang. Kapal yang sedang 19.(:)(:_)(:.:)(.:.)(.)(:)(:.)(:-:) itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. “Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!” teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga 20.(:)(:_)(:.:)(-.)(:.)(:..)(.)(:.:) menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.