Pendahuluan
Istilah modal insan dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya “A Study in Public Finance” pada tahun 1928. Menurut perspektif barat, modal insan ialah pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat. Di negara kita, konsep modal insan mula dipopularkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Tegas beliau,
“Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan haruslah diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.” Beliau turut memberi penekanan bahawa modal insan merupakan penggerak kepada ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Faktor kemanusiaan(termasuk kerohanian) dan kemasyarakatan merupakan dua perkara penting dalam pembangunan modal insan. Hal ini kerana insanlah faktor utama dalam semua strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan negara.
Baik insan, baiklah perancangan, pelaksanaan dan
natijah kerja dalam pembangunan negara.
Buruk insan, buruklah natijahnya
kepada kemajuan dan pembangunan negara. Signifikan modal insan dalam RMK9 mencakupi beberapa aspek. Antaranya ialah keperluan kepada modal insan berkualiti, pendekatan holistic dalam pembangunan modal insan, strategi melahirkan modal insan kelas pertama,
keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam
Hadhari, modal insan dan pendidikan, modal insan dan aktiviti kebudayaan, modal insan dan peranan golongan wanita, modal insan dan perundangan dan modal insan dan integriti. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa aspek dalam modal insan.
Bagi maksud ini, pengkaji akan membincangkan tiga
aspek
daripadanya iaitu keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari, keperluan kepada modal insan berkualiti, dan strategi melahirkan modal insan kelas pertama. Aspek ini dipilih berdasarkan kesesuaian tajuk kerja kursus itu gambaran modal insan dalam karya prosa. Untuk menganalisis gambaran modal insan dalam karya prosa, pengkaji akan menggunakan beberapa teks karya daripada prosa tradisional dan prosa moden.
Dalam hal ini, pengkaji menggunakan teks Sulalatus Salatin,
Ranjau Sepanjang Jalan dan beberapa buah cerpen karya sasterawan negara seperti Keris Mas dan lain-lain lagi sebagai bahan analisis untuk melihat gambaran modal insan dalam karya prosa. Pengkaji akan menganalisis sejauh manakah
penulis-penulis
buku dapat menggambarkan
ciri-ciri modal insan
dalam penulisan mereka sebagai mana yang dicitakan oleh Perdana Menteri.
Isi kandungan
Keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari merupakan salah satu daripada aspek modal insan.
Islam Hadhari
diperkenalkan oleh YAB Pedana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Badawi pada 23 September 2003 yang menjuruskan kepada pembinaan peradaban. Pembinaan peradaban ini perlu dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal. Pendekatan ini bertujuan melahirkan individu dan masyarakat Islam yang berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap kepada semua rakyat tanpa mengira golongan etnik. Sepuluh prinsip utama yang digariskan keimanan dan ketakwaaan kepada
oleh Perdana Menteri. iaitu
Allah SWT, kerajaan yang adil dan
beramanah, rakyat yang berjiwa merdeka, penguasaan ilmu
pengetahuan ,
pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan. Untuk kertas kerja ini, pengkaji akan mengkaji beberapa prinsip Islam Hadhari yang digambarkan dalam
karya sastera. Salah satunya ialah prinsip
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Keimanan dan ketakwaan kepada
Allah bermaksud manusia yang beriman dan bertakwa kepada Penciptanya yang
sentiasa optimistik, berfikiran terbuka dan memiliki kekuatan jiwa dan
emosi yang terkawal untuk mengerjakan yang terbaik bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Di samping itu, mereka juga memiliki kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budaya yang bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya kepada Allah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkaraperkara yang bermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai kebaikan. Bagi melihat gambaran modal insan yang beriman dan bertakwa kepada Penciptanya,
pengkaji akan menggunakan
teks pertama
“Ranjau
Sepanjang Jalan” karya Shahnon Ahmad sebagai bahan kajian. Dalam novel ini, pengarang melukiskan watak dan perwatakan Lahuma sebagai seorang yang menyerahkan susah dan senang kehidupannya semata-mata kepada Allah SWT. Digambarkan Lahuma seorang petani gigih yang dibelenggu kemiskinan dan sentiasa ditimpa nasib yang malang.
Walaupun
demikian,
menganggap segala yang berlaku adalah kehendak Allah Azzawajalla.
Lahuma Contoh
keimaman Lahuma yang tidak lupa memohon keizinan daripada Allah sebelum melakukan pekerjaannya tertera di halaman 13. “Oh Tuhanku Yang Maha Besar Yang Maha Agung, benarkanlah aku mula bekerja besok dan biarlah selama itu aku dilindungi olehMu. Jauhkan aku daripada segala bencana alam, daripada lipanlipan dan ular-ular dan kala jengking yang bias-bisa. Singkirkan
segala banjir yang besar yang boleh melimpahi padiku. Singkirkan kemarau
panjang
yang
mengeringkan
tanah
bendangku.
Jauhkanlah segala malapetaka yang menghalang kami. Jauhkan segala ketam-ketam putih yang mematahkan anak-anak padi kami selama ini. Jauhkan segala ribut dan taufan.
Jauhkan daripada
tikus dan babi dan juga manusia-manusia yang mencuri padi kami. Lanjutkanlah usia aku, biniku Jeha dan anak-anakku, Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Jauhkanlah kami daripada segala malapetaka.” Dalam gambaran di atas, bolehlah disimpulkan bahawa sebagai hamba yang taat dan beriman kepada Allah, kita hendaklah sentiasa mengingati dan berserah kepada Allah dalam menempuh kehidupan sehariannya. Konsep menyerah kepada Allah juga dapat dilihat di dalan cerpen “Nenek”.
Dalam cerpen nenek , Aku terpaksa berserah kepada Allah.
Aku
digambarkan tidak dapat menjaga nenek kerana harus belajar. Dan Aku berasa amat sedih sekali apabila pualng dan mendapati nenek sudah meninggal dunia. Aku berasa kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan nenek yang terakhir.
Dua contoh di atas merupakan sebahagian daripada gambaran modal
insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Gambaran modal insan seterusnya ialah insan yang bermanah. Amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Sebagai ketua negara atau pemimpin perlu mentadbir negara dengan penuh bertanggungjawab dan amanah.
Nilai pemimpin yang
menunaikan tanggungjawabnya dengan amanah dapat dilihat di dalam buku
“Sulalatus Salatin” berkisahkan tentang pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah. Dikisahkan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah amat risau tentang kejadian kecurian yang berlaku di dalam negerinya.
Baginda sendiri telah menyamar
sebagai pencuri untuk menyelesaikan masalah di dalam negerinya.
Di bawah
ini sebahagian daripada petikan :“Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai cara pakaian si pencuri.
Maka baginda
berjalan menyamar, tiada membawa teman; hanya Hang Isap dibawa baginda berserta pergi itu “ (Sulalatus Salatin, hlm 173) Sindiran Sultan Alau’d-Din terhadap menterinya yang tidak menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dapat dilihat daripada dialog di bawah ini :“Adakah kawal semalam?”
Maka sembah Seri Maharaja, “Ada
tuanku.” Maka titah baginda, “Kita dengar ada orang mati dibunuh orang; di atas bukit seorang, di bawah bodi seorang, dan di hujung jambatan seorang;
jikalau demikian, orang yang mati itu Seri
Maharajakah membunuh dia?”
Maka sembah Seri Maharaja,
“Tidak patik tahu tuanku.” Maka titah Sultan Alau’d-Din, “Sia-sialah kawal Seri Maharaja; orang mati tiga orang tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini.” (Sulalatus Salatin, hlm 174)
Daripada
petikan
di
atas,
menunjukkan
pemimpin
yang
menjalankan tanggungjawab yang amanah akan menjadi contoh kepada orang bawahannya dan sikap seperti akan menjamin keadilan kepada rakyat di bawahnya. Oleh itu penting kita memiliki sifat amanah dalam diri bagi menjamin keadilan kepada orang lain.
Inilah sebagai daripada aspek keselarian
pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari. Seterusnya, aspek kedua modal insan ialah keperluan modal insan yang berkualiti. Maksud modal insan yang berkualiti ialah insan yang memiliki nilai-nilai moral tinggi seperti gigih, bertanggungjawab, dan memiliki semangat nasionalisme yang tinggi.
Adanya modal insan yang berkualiti akan dapat
melahirkan bangsa yang cemerlang di persada dunia. Gambaran insan yang gigih dapat dilihat di dalam novel “Ranjau Sepanjang Jalan”.
Pengkaji dapat
melihat bagaimana Lahuma digambarkan seorang yang gigih berusaha walaupun
dalam
kesakitan.
Diceritakan
bagaimana
Lahuma
terpaksa
menanggung kesakitan kaki akibat tertusuk duri nibung semasa mengerjakan tanahnya untuk dibuat bendang. Tusukan duri nibung menyebabkan kakinya membengkak, mengeluarkan nanah dan menyebabkan dia sukar untuk berjalan. Namum kesakitan itu tidak dihiraukan dan dia masih turun ke sawah untuk bekerja. Berikut di bawah ini petikan yang menunjukkan kegigihan Lahuma :“Aku boleh turun pagi ini”. Tapi bengkak kakimu melarat sekarang.” “Biar dia melarat. Bendang kita tidak boleh dibiar saja.”
“Tapi kata kau suruh aku saja bersama Sanah dan Milah.” “Aku tak sakit lagi.” (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 83) Gambaran kegigihan juga dapat dilihat pada watak anak-anak Lahuma terutama Milah dan Sanah. Walaupun usia mereka masih muda, namun mereka begitu gigih bekerja di sawah semenjak ibu mereka, Jeha menjadi gila. Pelbagai rintangan dan kepayahan terpaksa dilalui oleh mereka sepanjang mereka bersawah seperti serangan ketam, banjir besar dan serangan burung tiak. Di bawah ini gambaran tentang kegigihan anak-anak Lahuma. “
Sanah dan Milah serta Jenab turun di atas permatang yang
ditutupi oleh air deras itu. Air sudah tiba setakat pinggang Jenab. Mereka meranduk air itu menuju ke sawah.
Upih-upih yang
menyekat di tengah-tengah perjalanan itu dikuak-kuaknya. Batangbatang kayu yang reput, ranting-ranting dan dahan-dahan pokok yang tumbang, rumput-rumput yang mati, kertas-kertas yang kembang, tin-tin kosong, tong-tong, dan serba jenis najis dikuakkuak ke simpang hingga lari benda-benda itu dihanyutkan oleh arus yang sudah mulai deras datangnya, Jenab meneruskan juga randukannya bersama-sama kedua-dua orang kakaknya. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 216) Dua contoh di atas memberi gambaran jelas tentang nilai kegigihan dalam menempuh rintangan untuk mencapai matlamat hidup.
Gambaran ini
sewajarnya dijadikan contoh kepada kita bagaimana perlu kita memiliki kegigihan untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang datang.
Setiap insan perlu menjalankan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Gambaran insan yang seterusnya ialah insan yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Pengkaji masih menggunakan teks “Ranjau Sepanjang Jalan” sebagai bahan kajian.
Nilai tanggungjawab dapat
dilihat pada watak Sanah sebagai kakak sulung dalam keluarga. Digambarkan Sanah seorang kakak yang amat bertanggungjawab memikul tugas sebagai ketua keluarga.
Dia terpaksa menjadi bapa dan ibu kepada adik-adiknya
semenjak kematian bapanya dan ibunya menjadi gila. Dia bertanggungjawab memastikan sawahnya dijaga dengan baik sehingga mengeluarkan hasil dan bertanggungjawab menjaga keselamatan ibunya yang gila. Di bawah ini dapat dilihat gambaran Sanah seorang yang anak dan kakak yang bertanggungjawab. “Sawahnya sekarang sedang menghijau. Perut batang-batang padi itu sudah nampak kembungnya.
Barangkali lagi dua tiga bulan
mereka akan menuailah padi-padi itu. Sanah sedar tentang tugas menuai itu. Emaknya tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Barangkali lagi empat lima bulan. Tetapi padi mesti dituai juga cepat-cepat supaya jangan terlampau masak. renggang dari tangkai.
Luruhlah padi-padi itu kalau
Milah juga boleh menuai.
Semek boleh diajar sedikit.
Jenab dan
Liah, Lebar dan Kiah juga boleh
membawa padi-padinya itu segemal sekali. Dia percaya bahawa padinya akan selamat hingga masuk jelapang.” (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 191)
Gambaran
modal
insan
yang
memiliki
semangat
nasionalisme dapat dilihat di dalam cerpen “Darah dan Air Mata” dan “Dalam pelukan wanita sedar” karya Keris Mas. Cerpen “Darah dan air mata memaparkan semangat perjuangan dan keperwiraan Perajurit Kita bertempur di medan perang menentang penjajah Belanda.
Walaupun pengarang tidak
meletakkan watak Perajurit Kita berada di Tanah Melayu, namun perjuangan itu memperlihatkan betapa dalam usaha dan upaya menolak kehadiran penjajah, lokasi perjuangan bukanlah perkara dasar.
Dalam cerpen ini, dijelaskan
perjuangan untuk memperoleh hak kebebasan bangsa, dan tanah air itu diransang kuat oleh Suriati, kekasih Perajurit Kita sebagai jururawat dan pernah merawatnya semasa terlantar di hospital. Diakhir cerita dijelaskan Perajurit Kita terkorban jua demi menyelamatkan tanah airnya. Berbanding dengan cerpen “Dalam
pelukan
wanita
sedar”
(Mastika,
Disember
1947),
pengarang
menampilkan tipa wanita perjuangan yang pada peringkat awalnya menolak cinta “aku” yang tidak mempunyai semangat nasionalisme.
Norkamala Wati
adalah ahli kumpulan SEDAR yang berjuang untuk pembebasan tanah air dan bangsa.
Dalam surat jawapannya kepada “aku” yang mencintainya, dengan
terus terang Wati menyatakan sikapnya. Perhatikan petikan berikut : ….janganlah berkecil hati kiranya Wati terangkan bahawa pada masa ini Wati telah menumpahkan segenap kecintaan Wati kepada yang lebih berharga iaitu tanah air kita dan bangsa kita sedang tertindih dan terhina.
…..Sebab itulah Wati mencintai dia, berjuang dan berkorban kerana dia dengan meninggalkan kepentingan diri sendiri. (hlm, 31) Daripada petikan cerpen di atas memberi gambaran jelas, seseorang yang memiliki semangat patriotik akan meletakkan negaranya mengatasi segala kepentingan peribadi.
Inilah gambaran insan yang ingin
dilahirkan oleh negara agar bangsa kita memiliki semangat nasionalisme yang tinggi. Dengan adanya semangat ini, negara pasti tidak akan dijajah lagi pada masa akan datang. Aspek ketiga yang akan dikaji oleh pengkaji ialah modal insan kelas pertama. Modal insan kelas pertama merangkumi nilai moral yang tinggi seperti mementingkan ilmu pengetahuan, mempunyai akhlak yang terpuji dan lain-lain. Gambaran modal insan yang mementingkan ilmu dapat dilihat daripada novel “Badai Semalam”. Mazni digambarkan sebagai wanita yang gigih dan amat mementingkan cita-cita individu. Dia percaya pada diri sendiri dan tahu matlamat hidup yang hendak dituju. Walaupun berasal daripada keluarga miskin,
Mazni bercita-cita untuk menjadi doktor.
Pelbagai rintangan dan
cabaran hidup yang dihadapi oleh Mazni, Mazni tetap gigih melanjutkan pelajarannya di sekolah malam, hingga berjaya lulus HSC dan akan masuk ke universiti.
Ini memberi gambaran betapa perlu seseorang itu memiliki ilmu
pengetahuan bagi mencapai cita-cita dan mengubah kehidupan keluarga.
Dengan memiliki ilmu pengetahuan, seseorang akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan masyarakat yang mementingkan ilmu akan dapat memajukan negaranya. Inilah yang hendak dicapai oleh pemimpin negara menuju kepada Wawasan 2020. Gambaran modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji dapat dilihat di dalam cerpen “Hilangnya Cincin Pertunangan”.
Cerpen ini
menggambarkan Imah seorang isteri yang tahu mengambil hati dan menjaga perasaan suami meskipun terpaksa memendamkan perasaan yang amat pedih. Sambil memendam perasaannya itu, Imah tidak pernah merungut walaupun setiap kali pulang suaminya selalu membeli barang-barang untuk adik atau ibunya, tidak untuk Imah. Tetapi Imah tetap sabar dan selalu meyambut apa sahaja yang dibawanya dengan mesra dan penuh kesyukuran.
Walaupun
perasaan Imah terhiris, Imah tidak pernah menunjukkan sebarang protes kepada suaminya. Contohnya dapat dilihat di halaman 47. “Aku sedar, sebagai isteri yang baik dan bertimbang rasa, aku perlu menghargai keluarga suamiku. Aku perlu hormat kepada seluruh adik-adiknya dan memuliakan mereka dengan ramah-tamahku. Aku juga sedar kiranya kulakukan segalanya dengan ikhlas, hidupku akan menjadi aman damai dan harmoni seperti dituntut oleh agamaku-agama Islam yang suci.”
Kesimpulan Karya-karya prosa yang dihasilkan oleh penulis sama ada prosa tradisioanal mahu moden seperti novel dan cerpen mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Pengarang dapat melukiskan watak dan perwatakan dalam cerita yang memiliki moral yang baik dengan begitu baik. Melalui tema dan penceritaan juga terdapat nilai-nilai murni yang baik bagi menbolehkan pembaca menjadikan sebagai panduan.
Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa karya prosa berjaya
memberikan gambaran modal insan yang baik kepada pembaca bagi membolehkan pembaca menilai dan menjadikan contoh dalam kehidupan seharian.