Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 3/2009

  • Uploaded by: Zulkifle Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 3/2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,593
  • Pages: 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL 16800 PASIR PUTEH KELANTAN

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 3/2009

Tarikh

: 7 Julai 2009

Masa

: 02.10 Petang

Tempat

: Bilik Kurikulum

Kehadiran

: Seperti dalam Lampiran

Agenda : 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat kali ketiga serta memulakan majlis dengan bacaan surah al-Fatihah. 1.2 Pengerusi juga memberitahu bahawa Panitia Sejarah telah kehilangan seorang ahli iaitu En. Azman bin Yaakob kerana beliau kembali bertugas di sekolah asalnya. Namun begitu kelas-kelas yang diaajar oleh En. Azman telah ambil alih oleh 2 orang guru sejarah lain iaitu Pn. Nasirah bt. Ishak bagi tingkatan lima dan Pn. Norihah Mohd. Tan akan mengambil alih tingkatan empat.. Pn. Rohana selaku Ketua Panitia Sejarah amat berterima kasih kepada kedua-dua orang guru ini kerana sudi menggalas tugas yang diberikan. 1.3 Pengerusi juga mengucapkan syabas kepada guru yang mengajar tingkatan 3 kerana telah berjaya melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pn. Zaridah bt. Ibrahim telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh Pn. Nasirah Bt. Ishak 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Merujuk perkara (4.2) Pn. Rohana menjelaskan bahawa Panitia Sejarah belum mengetahui bajet sebenar yang diperuntukkan kepada Panitia Sejarah pada tahun 2009 memandangkan Ketua Kerani (CC) yang baru bertugas di SMK.Kamil sedang mengemaskini akaun sekolah. Namun demikian En.Mahussin telah memberi

1

kebenaran kepada Panitia Sejarah untuk membeli 40 naskah buku rujukan Sejarah SPM. Tindakan : KP Sejarah dan Setiausaha 3.2 Merujuk perkara (4.3 ) Pn. Hajjah Zanirah ingin mengetahui kedudukan sebenar pelaksanaan PBS bagi tingkatan 1 dan 2. Panitia sejarah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan PBS bagi tingkatan 1 dan 2 walaupun tiada kata putus di pihak PPD. Guru –guru sejarah tingkatan 1 dan 2 juga bersetuju untuk menyeragamkan tajuk kerja kursus yang bakal dilaksanakan. Bagi tingkatan 1, guru sejarah tingkatan satu bersetuju menggunakan tajuk “Tarian Tradisional” manakala tingkatan 2 pula tajuk yang dipilih ialah “Tokoh Kemerdekaan”. Folio yang dilaksanakan ini akan disimpan oleh pihak panitia selama setahun sebelum diserahkan kembali kepada pelajar. Tindakan : Guru tingkatan 1 dan 2 3.3 Merujuk perkara (5.1.1) Pn Hajjah Zanirah juga ingin mengetahui keputusan UP1 dan UP2 secara menyeluruh termasuklah TOV, OT1.OT2. Pn. Rohana menjelaskan bahawa S/u Panitia tidak dapat mengadakan Headcount tingkatan 1 seperti yang diinginkan memandangkan penyelaras tingkatan berkenaan tidak memberikan sebarang taklimat dan penerangan kepada guru-guru tingkatan satu tentang cara dan kaedah untuk menetapkan serta menulis Headcount seperti yang diinginkan oleh pihak sekolah.. Manakala Headcount tingkatan 3 dan lima telah lengkap Tindakan : Setiausaha Panitia Sejarah 3.4 Merujuk perkara (7.0 - Semakan Aktiviti Panitia 2009) Pn. Rohana mejelaskan beberapa program yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan . Antara program yang telah dilaksanakan ialah i. ii. iii. iv. v.

Program Pengurusan Perancangan, Pelaksanaan dan Penyelarasan Aktiviti Panitia Sejarah Program Perkembangan Staf Program pencerapan Program Pintar Sejarah ( Ceramah Kerja Kursus, Kelas Tambahan, Peer Tutoring Program Cakna Fakta

Bagi kursus Penandaan dan pemarkahan Sejarah Peringkat SPM telah diadakan pada 1 Julai 2009 bertempat di bilik Kurikulum SMK. Kamil. Seorang penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi ceramah tentang teknik penandaan kertas Serajah SPM. Penceramah tersebut ialah PK Hem SMK .Tok Janggut iaitu En. Shahri b. Ismail. Tindakan : Ahli Panitia sejarah dan Persatuan Sejarah Sekolah

2

3.5 Merujuk perkara ( 7.3.1/ii – Klinik Sejarah) projek ini belum dijalankan kerana tiada bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik klinik sejarah. Namun begitu En Abdul Rahman bersetuju membenarkan panitia sejarah menggunakan bilik PKBM untuk melaksanakan klinik sejarah sementara panitia mendapat bilik yang khas . Bagi tingkatan 5, Pn Nasirah akan memberi senarai nama pelajar yang dikenalpasti untuk mendapatkan bantuan daripada klinik sejarah. Manakala bagi tingkatan 3 pula En. Abdul Rahman telah memberi cadangan agar seramai 144 orang calon Target A diberi peluang untuk mengasuh dan memberi tunjuk ajar kepada rakan lain dan bertindak sebagai “guru muda’. 3.6 Di samping itu juga guru-guru akan mengenalpasti potensi pelajar dalam kelas masing-masing Tindakan : Semua ahli Panitia 3.7 Merujuk perkara ( 7.3.1/iii – Modul P&P ) Pn Rohana telah bermesyuarat di PKG Bedal Kelantan pada 15 Jun 2009 dan beliau telah dibekalkan Modul Soalan Gerak Gempur PMR dan SPM untuk kegunaan pelajar tingkatan 3 dan 5. Beliau meminta agar guru-guru membuat semakan tentang ejaan dan skema jawapan . Pn. Rohana juga meminta kerjasama daripada ahli panitia agar menghasilkan modul bagi setiap tingkatan. Guru-guru bolehlah berkerjasama untuk menghasilkan sebuah modul yang sistematik dan selaras untuk semua tingkatan sebagai bahan P&P. Tindakan : Semua ahli Panitia

4.0 Post mortem UP2 4.1 Tingkatan 1 4.1.1 Secara keseluruhan keputusan UP2 untuk tingkatan 1 merosot berbanding UP1 dari segi purata gred iaitu menurun sebanyak 0.42. Jumlah pelajar gagal juga tinggi iaitu 7 orang berbanding UP1 tidak ada seorang pun calon yang gagal. Peratus kelulusan juga turut menurun sebanyak 3.41%. Dari segi kecemerlangan juga menurun dalam UP2 apabila hanya 12 calon sahaja yang mendapat A berbanding UP1 terdapat 24 orang calon yang mendapat keputusan A. 4.2 Tingkatan 2 4.2.1 Keputusan tingkatan dua begitu merosot apabila terdapat 94 orang calon gagal dala UP2 berbanding 20 orang dalam UP1. Purata gred mencecah 4.01 dan ia dianggap begitu teruk. Bilangan calon yang mendapat A juga sedikit iaitu 2 orang saja berbanding 11 orang pada UP1. 4.2.2 Empat kelas yang dikenal pasti menyumbang kepada kemerosotan keputusan pada kali ini iaitu kelas 2NE, 2PO, 2ZH dan 2ZL dengan masing-masing mendapat purata gred melebihi 4.0.

3

4.2.3 Menurut KP, dua permasalahan utama dikenal pasti telah menggagalkan calon iaitu soalan peperiksaan yang digubal mendahului skop topik pembelajaran bagi sesetengah kelas dan permasalahan kedua ialah pelajar -pelajar tidak membuat nota selepas P& P dijalankan. 4.2.4 KP sejarah meminta agar guru – guru kelas berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi yang dihadapi oleh pelajar kelas mereka. Tindakan : Kelas bimbingan pada waktu petang akana diadakan untuk pelajar tingkatan 2ZL oleh Pn. Rohana

4.3 Tingkatan 3 4.3.1 Secara keseluruhan terdapat peningkatan dalam UP2 dimana semua calon lulus dalam UP2 dengan Purata gred ialah 2.37. Peningkatan juga berlaku dari segi kecemerlangan apbila seramai 53 orang calon mendapat skor A berbanding 31 orang calon yang mendapat A dalam UP1. 4.3.2 KP turut memuji guru-guru yang mengajar di tingkatan 3 kerana bertungkus lumus dalam merancang kecemerlangan pelajar. Namun begitu KP juga berharap usaha dapat dilakukan dengan lebih giat memandangkan target sekolah bagi calon yang mendapat skor A ialah 144 orang pada 2009. Tindakan Kelas kecemerlangan dan pengayaan tingkatan 3 : Kelas dalam bentuk klinik 4.4 Tingkatan 4 4.4.1 Peratus kelulusan tingkatan 4 merosot berbanding dengan UP1. Peratus kelulusan megalami penurunan senayak 1.17 kepada 98.83 berbanding kelulusan 100% dalam UP1. Terdapat 2 orang calon yang mendapat 9G. dari segi kecemerlangan juga merosot apabila tiada calon yang mendapat 1A dalam UP2 berbanding 15 calon yang mendapat 1A dalam UP1. 4.4.2 Semua tingkatan mendapat peratus kelulusan 100% kecuali kelas 4AL (94.12) dan 4PO (96.3). 4.5 Tingkatan 5 4.5.1 Bagi tingkatan 5 pula secara keseluruhan purata gred ialah 6.22 iaitu satu keputusan yang amat teruk berbanding dengan UP1 purata grednya ialah 3.53 . Manakala peratus kelulusannya juga menurun berbanding peratus kelulusan 100 % dalam UP1 . 4.5.2 5AL dikenalpasti penyumbang terbesar kepada kemerosotan keputusan UP2 untuk tingkatan 5 memandang terdapat seramai 9 calon daripada kelas itu mendapat 9G. Kelas kedua penyumbang kegagalan ialah 5 ZH iaitu seramai 5 orang dan masing –masing 2 orang calon daripada kelas 5NE, 5PO dan 5UD.

4

4.5.3 Pelajar-pelajar 5AL yang mendapat 9G berpunca daripada sikap pelajar yang tidak menjawab soalan peperiksaan dan menghantar skrip jawapan kosong kepada guru. Pelajar –pelajar berkenaan akan dirujuk kepada klinik sejarah dalam masa terdekat ini bagi mengelakan kegagalan terus berulang. 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Pengerusi meminta guru-guru setiap tingkatan menyediakan modul yang selaras. Justeru itu beliau meminta semua guru menghasilkan sebuah modul bagi tingkatan massing secara bekerjasama. 5.2 Pn. Zamzuri ingin menyimpan kerja kursus pelajar tingkatan 3 yang telah siap di dalam bilik Kurikulum sebelum pemantauan dibuat oleh pentaksir kawasan agar proses pentaksiran oleh pentaksir kawasan berjalan dengan lancar. 5.3 Pn. Nasirah meminta agar klinik Sejarah dapat dilaksanakan dengan segera memandangkan keputusan UP2 untuk pelajar tingkatan 5 merosot. Perbincangan mengenai Klinik Sejarah tingkatan 5 secara mendalam akan dibuat di bilik guru pada 8 Julai bersama KP dan guru-guru yang mengajar sejarah menengah atas ( Tingkatan 4 dan 5). 5.4 En Zulkeflie memohon agar Panitia Sejarah melaksanakan ujian bulanan bagi mata pelajaran sejarah untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 kerana prestasi pelajar dilihat semakin merosot. Soalan hendaklah diselaraskan namun pelaksanaan mestilah mengikut guru kelas masing –masing. Soalan adalah bercorak soalan tertutup di mana guru akan memungut kembali kertas soalan daripada pelajar bagi mengelakkan kebocoran soalan berlaku. 5.5 En. Abdul Rahman meminta agar Modul Soalan Gerak Gempur yang diedarkan kepada pelajar hendaklah dibincangkan dalam kelas guru masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan surah “al – Asr”

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

……………………. (PN. NORIHAH MOHD.TAN) Setiausaha Panitia Sejarah

…………………………… ( PN. ROHANA MOHD. NOOR) Ketua Panitia Sejarah

5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL 16800 PASIR PUTEH KELANTAN

KEHADIRAN PANITIA SEJARAH PADA MESYUARAT KALI KETIGA 2009

Hadir 1. Pn. Rohana bt. Mohd. Noor ( Ketua Panitia Sejarah) 2. Pn. Zaridah bt. Ibrahim 3. Pn. Norihah bt. Mohd. Tan 4. Pn. Nasirah bt. Ishak 5. Pn. Hajjah Zanirah bt. Abd. Samad 6. En. Zulkifle b. Mohamad 7. En. Ismail 8. En. Abdul Rahman b. Che Abdullah 9. Pn. Zamzuri bt. Saupy Tidak Hadir Bersebab 1. 2. 3. 4.

Tn.Hj. Mohd. Razak b. Che Yaakob En. Wan Hussien b. Wan Ismail En. Che Aziz bin Mat Tn. Hj. Ismail @ Talib b. Said

( PK Pentadbiran) (PK Ko) ( PK Hem) ( Guru Kanan Sains Sosial)

6

Related Documents


More Documents from ""