Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 1/2009

  • Uploaded by: Zulkifle Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 1/2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,152
  • Pages: 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL 16800 PASIR PUTEH KELANTAN

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL.1/2009

Tarikh

: 14 JANUARI 2009

Masa

: 02.05 Petang

Tempat

: Tingkatan 1 Pluto

Kehadiran

: Seperti dalam Lampiran

Agenda : 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengerusi juga mengalu –alukan kehadiran guru – guru baru dalam panitia sejarah sesi 2009 dan ini menjadikan bilangan ahli panitia semakin bertambah kepada 13 orang semuanya. Dengan adanya gandingan guru baru dan guru lama diharap dapat lagi meningkatkan prestasi sejarah di kalang pelajar pada tahun ini. 2.0 Ucapan Guru Kanan 2.1 Guru Kanan Sains Sosial mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Pn. Rohana Mohd. Noor selaku pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat panitia pada kali ini. 2.2 Beliau berharap agar kualiti sejarah tahun 2009 dapat dipertingkatkan lagi terutamanya dalam peperiksaan awam dan juga bagi tingkatan lain - lain. 2.3 Selaku Guru Kanan Sains Sosial beliau meminta agar fail Pengurusan panitia sejarah 2009 dapat diperkemaskan lagi memandangkan fail pengurusan pada tahun 2008 dianggap agak kurang kemas. Justeru itu beliau meminta laporan minit mesyuarat haruslah diedarkan kepada panitia masing-masing dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat diadakan. 2.4 Satu salinan Laporan Minit mesyuarat juga mestilah diserahkan kepada Guru Kanan untuk difailkan . 2.5 Guru kanan Sains Sosial juga meminta agar segala urusan pembelian buku kerja hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3.0 Ucapan PK Pentadbiran 3.1 PK Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada guru-guru baru kerana menjadi ahli panitia sejarah memandangkan panitia sejarah mengalami kekurangan guru yang opsyen sejarah sejak 2006 lagi 3.2 Beliau berharap agar P&P sejarah dapat diperkemaskan lagi dengan kehadiran guru-guru baru agar kualiti sejarah semakin meningkat pada tahun ini 4.0 Pelantikan Setiausaha 4.1 Ahli panitia sejarah sebulat suara melantik Pn. Norihah Mohd. Tan selaku setiausaha panitia sejarah bagi sesi 2009

5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 5.1 Pn. Hjh Zanirah telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh En. Zaidi 6.0 Perkara Berbangkit 6.1 Merujuk perkara (3.1) panitia sejarah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan PBS bagi tingkatan 1 dan 2. Tindakan : Guru Tingkatan 1 & 2 6.2 Namun demikian PK pentadbiran akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengawai PPD terlebih dahulu. 7.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran 7.1 Rancangan Pelajaran 7.1.1 Pengerusi meminta setiap panitia mesti memiliki sukatan pelajaran tahunan dan bagi ahli panita yang tidak mempunyai sukatan tersebut bolehlah mengambilnya daripada Ketua Panitia. 7.1.2 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama buku rekod mengajar kepada PK Pentadbiran pada hari Khamis nanti (18/1/09) 7.1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua tingkatan ada dalam simpanan Ketua Panitia kecuali sukatan pelajaran tingkatan 3 Tindakan : Guru-guru Tingkatan 3 7.1.4 Setiap panitia mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikut format yang betul ( Rujuk Lampiran 2 ) 7.2 Pengurusan Fail 7.2.1 Terdapat 7 item / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail pengurusan panitia

7.2.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa item 5.3 dalam pengurusan fail iaitu Kajian Tindakan belum dapat dilaksanakan kerana menunggu kursus dalaman tentang cara pelaksanaannya dari pihak pentadbiran terlebih dahulu. 8.0 Penilaian dan Pentaksiran 8.1 Pengerusi menjelaskan pada tahun 2009 terdapat 5 kali peperiksaan akan berlangsung iaitu UP1, Peperiksaan pertengahan tahun, percubaan PMR, Percubaan SPM, dan juga peperiksaan akhir tahun 8.2 Bagi kelas-kelas yang tidak terlibat dalam peperiksaan awam, soalan-soalan akan disediakan oleh guru –guru. ( Rujuk Lampiran 3 ) Manakala kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan awam, soalan-soalan peperiksaan akan dibeli oleh pihak sekolah. 8.3 Pengerusi meminta agar penyelaras bagi setiap tingkatan membuat analisa sebaik saja peperiksaan selesai dan membuat Headcount bagi setiap pelajar. 8.4 Setiap guru pelajaran wajib menulis markah pelajar dalam buku rekod mengajar masing-masing

8.5 Analisa PMR 2008 PMR 2008 BIL PERATUS

A 106 58.6

B 67 37.0

C 7 3.9

D 1 0.6

A-D 181 100

E(Gagal) 0 0

Tokok GPMP -4.6 1.46

9.0 Aktiviti Panitia 2009 9.1 Pelantikan Penyelaras Tingkatan  Tingkatan 1 - En. Zulkifle b. Mohamad  Tingkatan 2 - En. Abd. Rahman Che Abdullah  Tingkatan 3 - Pn. Zamzuri Saupy  Tingkatan 4 - Pn. Norihah Mohd. Tan  Tingkatan 5 - Pn. Nashirah Ishak 9.2 Aktiviti yang dirancang sepanjang 2009 i. Ceramah dan Program Motivasi ii. Kelas Tambahan iii. Seminar iv. Program “face to face” v. Program Cakna Fakta vi. Pembentukan Modul soalan

vii. viii. ix.

Mengisi maklumat sejarah pada meja Kantin yang diperuntukkan kepada Persatuan sejarah Membina Dataran Sejarah Kuiz Sejarah

10.0Hal-hal Lain 10.1 En. Zulkiflie meminta pendapat PK Pentadbiran cara dan kaedah menulis rancangan Pelajaran Harian pada minggu pertama dan kedua memandangkan guru-guru baru sepertinya tidak lagi mempunyai jadual waktu mengajar 10.2 PK Pentadbiran menyarankan agar buku rekod mengajar wajib ditulis walaupun guru-guru baru tidak mempunyai jadual waktu pengajaran namun demikian haruslah disesuaikan dengan kerja guru pada masa itu seperti,mengisi dengan jadual Ganti, bercuti menyerahkan tugas atau sabagainya. Tindakan : Semua Guru 10.3 Guru Kanan menyarankan kepada panitia sekiranya guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan yang tidak dapat dielakkan maka guru tersebut haruslah menyediakan bahan pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar agar P&P sentiasa berjalan tanpa pelajar membuang masa begitu saja. Tindakan : Semua guru 10.4 PK1 juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog sejarah dan sebagainya. Tindakan : Semua Guru 10.5 Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan Huraian sukatan tahunan terkini. 10.6 PK1 juga meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan lebih dekat bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia sejarah dapat merancang program sejarah berdasarkan potensi pelajar Tindakan : Semua Guru 10.7 Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru akan dapat dilakukan oleh pihak pentadbir samada Pengetua, Penolong Kanan, Guru-guru Kanan atau Ketua Panitia. Tindakan : Pihak Pentadbir

10.8 Guru Kanan menyarankan agar buku pengurusan sentiasa dikemaskini dan diletakkan di bilik Gerakan supaya senang bagi pihak pentadbir untuk mendapatkan maklumat terutamanya semasa kunjungan pihak nazir Tindakan : KP & S/U Panitia 10.9 Pengerusi berharap agar Persatuan sejarah yang baru ditubuhkan akan bergiat aktif Tindakan : KP & Pn Zaridah Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan surah “al – Asr” Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

……………………. (PN. NORIHAH MOHD.TAN) Setiausaha Panitia Sejarah

…………………………… ( PN. ROHANA MOHD. NOOR) Ketua Panitia Sejarah

Lampiran 1

KEHADIRAN PANITIA SEJARAH PADA MESYUARAT KALI PERTAMA 2009

Hadir 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Tn. Hj. Mohd. Razak b. Che Yaakob ( PK Pentadbiran) Tn. Hj. Ismail @ Talib b. Said ( Guru Kanan Sains Sosial) Pn. Rohana bt. Mohd. Noor ( Ketua Panitia Sejarah) Pn. Hjh Zanirah bt. Ab. Samad Pn. Zaridah bt. Ibrahim Pn. Norihah bt. Mohd. Tan Pn. Nasirah bt. Ishak Pn. Zamzuri bt. Saupy En. Zaidi b. Yaacob En. Zulkifle b. Mohamed

Tidak Hadir Bersebab 1. 2. 3.

En. Wan Hussien b. Wan Ismail (PK Ko) En. Che Aziz bin Mat ( PK Hem) En. Abdul Rahman b. Che Abdullah

Related Documents


More Documents from ""