Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 2/2009

  • Uploaded by: Zulkifle Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Sejarah 2/2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,617
  • Pages: 8
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN D.N.

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 2/2009

Tarikh

: 28 April 2009

Masa

: 02.05 Petang

Tempat

: Bilik Kurikulum

Kehadiran

: Seperti dalam Lampiran

Agenda : 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengerusi juga menjelaskan beberapa ahli panitia seperti PK1, PKHem, PKko tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini kerana mempunyai urusan yang lebih penting lagi. Cikgu Zaidi juga tidak dapat hadir kerana masih lagi dalam cuti sakit. 1.3 Sepatutnya mesyuarat panitia sejarah harus diadakan pada minggu lepas seperti mana dalam surat siaran yang diedarkan oleh unit kurikulum sekolah. Namun mesyuarat ini tidak dapat diadakan memandangkan banyak program utama sekolah diadakan pada minggu tersebut. 2.0 Ucapan Guru Kanan 2.1 Guru Kanan Sains Sosial mengucapkan syabas kepada ahli panitia kerana dapat hadir dalam mesyuarat kali kedua ini. Bagi beliau mesyuarat pada kali ini penting sebagai medan untuk berbincang mengenai kelemahan dan kekuatan P&P dalam kelas. 2.2 Proses pencerapan guru yang dijalankan berjalan dengan lancar. Beberapa orang guru telah dicerap dan beliau amat berpuas hati dengan P& P yang dijalankan oleh guru – guru tersebut. Beliau berharap semasa melakukan aktiviti P&P BBM haruslah disediakan. Dalam P&P juga penggunaan ICT amat dititikberatkan. 2.3 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada panitia sejarah kerana telah berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam dua peperiksaan awam 2008 iaitu PMR, dan SPM.

1

2.4 Selaku Guru Kanan Sains Sosial beliau meminta agar Fail Pengurusan Panitia sejarah dapat dikemaskinikan kerana pihak pemantau akan memantau dalam masa terdekat ini. 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 En. Zulkifle Bin Mohamed telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh Pn. Nasirah Bt. Ishak 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 Merujuk perkara (2.3) Pn. Rohana selaku selaku KP sejarah mengakui masih terdapat beberapa elemen kecil yang belum lengkap dalam fail pengurusan dan beliau akan memastikan fail Pengurusan Panitia akan lengkap sebelum pemantau dijalankan. Beliau juga menyatakan bahawa minit mesyuarat telah diedarkan selewat-lewatnya tiga hari selepas setiap kali mesyuarat diadakan Tindakan : KP Sejarah dan Setiausaha 4.2 Merujuk perkara (2.5 ) En. Abdul Rahman inginkan kepastian tentang stok buku kerja dan rujukan yang ada dalam simpanan panitia . Beliau juga ingin mengetahui bajet untuk panitia Sejarah kerana baginya agak mudah untuk membeli BBM sejarah.Tuan Haji Talib menegaskan bahawa pembelian buku rujukan haruslah mengikut prosedur yang ditetapkan Tindakan : semua ahli panitia Sejarah 4.3 Merujuk perkara (6.1) PBS untuk tingkatan 1 dan2 akan dilaksanakan walaupun tiada kata putus daripada PPD. Pelaksanaan dibuat atas kesesuaian guru-guru yang mengajar. Tindakan : Guru tingkatan 1 dan 2 4.4 Merujuk perkara (10.4) Sekiranya ahli panitia mempunyai BBM untuk dimasukkan ke dalam Blog sekolah bolehlah serahkannya kepada Cikgu Zulkifle atau Cikgu Arman Tindakan : Ahli Panitia sejarah dan En Zulkifle serta En. Arman 5.0 Post mortem UP1 5.1 Tingkatan 1 5.1.1 Secara keseluruhan keputusan UP1 untuk tingkatan 1 agak baik memandangkan mereka masih baru dengan suasana sekolah menengah. Purata gred secara keseluruhan adalah 2.55. Tingkatan 1PO mendapat

2

keputusan yang terbaik dengan nilai purata Gred 1.83 manakala kelas 1MH mendapat keputusan paling rendah dengan nilai gred purata 3.05. 5.2 Tingkatan 2 5.2.1 Keputusan tingkatan dua agak rendah berbanding dengan tingkatan lain. Terdapat 20 orang calon daripada 152 orang calon tingkatan 2 gagal dalam UP1 menyebabkan peratus kelulusan menjadi 92%. 5.2.2 Kelas 2ZL meyumbangkan peratus tertinggi kegagalan calon menjawab UP1 iaitu seramai 7 orang, 4 orang daripada calon kelas 2PO dan 4 orang calon daripada kelas 2ZH. 5.2.3 Hampir kesemua kelas di tingkatan dua memperoleh purata gred 3.0 ke atas. 5.2.4 Justeru itu KP sejarah meminta agar guru – guru kelas berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi dan mencari punca kegagalan pelajar kelas mereka.

5.3 Tingkatan 3 5.3.1 Purata gred tingkatan 3 ialah 2.49. Secara keseluruhan semua kelas mendapat purata gred di bawah nilai 3 kecuali kelas 3PO yang mendapat 3.08. Walau bagaimanapun kelas tersebut mendapat kelulusan 100% berbanding kelas 3US yang hanya mendapat 96.55%. 5.3.2 Bilangan calon mendapat 1A masih rendah iaitu seramai 31 orang dan diharap UP2 bilangan mendapat 1A semakin meningkat. 5.4 Tingkatan 4 5.4.1 Peratus kelulusan tingkatan 4 adalah 100%. Selain soalan objektif pelajar didedahkan dengan soalan struktur. 5.4.2 Tingkatan 4MH mendapat keputusan tertinggi iaitu seramai 6 orang calonnya mendapat 1A dengan purata gred sebanyak 2.93 5.4.3 Bagi kelas 4ST dan 4AL keputusan mereka agak merosot berbanding dengan kelas lain dengan masing – masing mendapat purata gred 4.05 dan 5.0. 5.5 Tingkatan 5 5.5.1 Bagi tingkatan 5 pula secara keseluruhan purata gred ialah 3.54. Dalam UP1 peratus kelulusan memperlihatkan keputusan 100% lulus. 5.5.2 5UD mempunyai calon teramai mendapat 1A iaitu 6 orang berbanding 3 orang dari kelas 5MH dan 5MI manakala 2 calon dari kelas 5PO.

3

6.0 Headcount 6.1 Pengerusi menjelaskan, setakat hari ini Headcount tingkatan 3 dan lima saja yang ada. Tingkatan 1,2,dan 4 akan dibuat apabila penyelaras tingkatan memanggil dan member taklimat kepada pengurus terbabit. 6.2 Guru hendaklah mengisi 8 item dalam Headcount kelas masing masing dan msatu salinan hendaklah ditampal dalam buku rekod mengajar 7.0 Semakan aktiviti Panitia 2009 7.1 Program Pengurusan Perancangan, Pelaksanaan dan Penyelarasan Aktiviti Panitia Sejarah 7.1.1 Mesyurat Kurikulum 7.1.2 Mesyuarat Jabatan 7.1.3 Mesyuarat Panitia - Telah diadakan sebanyak dua kali. 7.2 Program Perkembangan staf 7.2.1 Kursus Multi media i. Penyediaan soalan ii. Penyediaan Bahan iii. Blog Sejarah 7.2.2 Pencerapan - Hampir semua guru sejarah telah dicerap samada olehPengetua, Pk Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hem,Guru Kanan dan Guru Cemerlang. 7.2.3 Semakan Buku latihan dan nota - Semua guru hendaklah menyemak buku latihan dan nota pelajar - Guru Kanan juga akan membuat semakan terhadap buku nota dan latihan pelajar mengikut bilangan yang ditetapkan bagi setiap tingkatan 7.2.4 Kursus Teknik Penandaan dan Pemarkahan Sejarah Peringkat SPM - Pemeriksa kertas sejarah SPM akan diundang ke sekolah untuk memberi pendedahan kepada guru sejarah tingkatan 4 dan 5 tentang cara untuk menanda kertas peperiksaan mengikut format yang betul

4

7.3 Projek Meningkatkan Pencapaian Akedemik Pelajar 7.3.1 Pintar Sejarah i.

Ceramah kerja kursus - Julung - julung kali telah dilaksanakan di Dewan Bestari melibatkan pelajar tingkatan 3 - Guru –guru tingkatan tiga telah menerangkan skop penulisan kerja kursus secara mendalam kepada pelajar - Ianya dikendalikan olehKetua Panitia, Pn.Hjh Zanirah,Pn Zamzuri, En. Zulkifle dan En. Abdul Rahman

ii. Klinik sejarah - Memerlukan bilik khas - Mesti mempunyai jadual pengurusan lengkap - Guru-guru tertentu yang terlibat dalam program ini iii. Kelas Tambahan - Melibatkan pelajar tingkatan tiga dan lima sahaja - Telah berjalan mengikut jadual yang dirancang iii. Modul P&P iv. Peer Tutoring - Hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja. v. Seminar peperiksaan - Akan dibuat seperti tahun tahun lepas vi Motivasi 7.4 Program Cakna Fakta 7.4.1 Sebar Luas Maklumat i. Meja Sejarah di kantin - 2 buah meja kantin dikhaskan untuk panitia sejarah - Maklumat dengan fakta sejarah telah dimuat di meja tersebut hasil kerjasama pelajar dan guru – guru sejarah. ii. Papan Kenyataan Tiada papan kenyataan yang khusus buat panitia sejarah iii. Laluan Sejarah - Peringkat awal Guru Kanan Bahasa telah menyarankan laluan sejarah

5

yang dikhas ialah bermula dari blok bilik guru sehingga garaj basikal pelajar - Tuan Haji Talib akan berbincang dengan PK1 dan guru kanan yang lain bagi memastikan lokasi Laluan Sejarah yang sebenar.

iv. Kuiz 7.4.2 Kemudahan i. Bilik - Buat masa ini tiada bilik khas diperuntuk kepada panitia sejarah sebagai bilik sejarah - Panitia sejarah amat memerlukan sebuah bilik khas bagi menempatkan Klinik Sejarah dan juga bengkel sejarah ii. Buku rujukan (Perpustakaan dan Panitia) - Guru – guru sejarah diminta agar menyenaraikan buku buku sejarah yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di Pusat sumber sekolah - KP sejarah akan mengedarkan borang untuk guru menyenaraikan judul buku tersebut sebelum diserahkan kepada guru Pusat Sumber iii. Sumber P&P 7.5 Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan 7.5.1 7.5.2 7.5.3 7.5.4 7.5.5 7.5.6 

Pameran Kibar Jalur Gemilang Malam Merdeka Kuiz Penulisan esei Caramah

Akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada masa akan datang.

8.0 Hal-hal Lain 8.1 Pengerusi menyampaikan pesan daripada PK1 dan PK1 telah meminta agar ahli panitia: i. ii.

Membina soalan bertaip lengkap dan kemas Menggunakan halaman depan soalan yang seragam dan halaman depan tersebut bolehlah diminta daripada S/U peperiksaan sekolah

6

iii. iv.

Guru-guru perlu meminta kebenaran daripada Guru Kanan sebelum mencetak soalan yang digubal. Satu salinan soalan haruslah diserah kepada KP dan satu salinan kepada S/U peperiksaan untuk disimpan dalam bank soalan

8.2 En. Zulkifle meminta satu salinan minit mesyuarat untuk dimasukkan dalam laman web sekolah.Beliau juga meminta rancangan tahunan bagi setiap tingkatan untuk tujuan yang sama. 8.3 En. Azman Yaacob meminta penjelasan daripada Guru Kanan tentang tatacara mencetak BBM kepada pelajar memandangkan beliau baru saja berkhidmat di sekolah ini. 8.4 Guru Kanan Sains Sosial menjelaskan bahawa setiap guru yang ingin mencetak bahan pasti dahulu bahan tersebut berbentuk soalan dan latihan. Bahan nota tidak dibenarkan sama sekali. Setiap guru haruslah mendapatkan tandatangan terlebih dahulu daripada beliau sebelum diserahkan kepada En. Rospi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang dengan bacaan surah “al – Asr”

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

……………………. (PN. NORIHAH MOHD.TAN) Setiausaha Panitia Sejarah

…………………………… ( PN. ROHANA MOHD. NOOR) Ketua Panitia Sejarah

7

Lampiran 1

KEHADIRAN PANITIA SEJARAH PADA MESYUARAT KALI KEDUA 2009

Hadir 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. . 9.

Tn. Hj. Ismail @ Talib b. Said ( Guru Kanan Sains Sosial) Pn. Rohana bt. Mohd. Noor ( Ketua Panitia Sejarah) Pn. Zaridah bt. Ibrahim Pn. Norihah bt. Mohd. Tan Pn. Nasirah bt. Ishak En. Zulkifle b. Mohamad En. Ismail En. Abdul Rahman b. Che Abdullah En, Azman b. Yaacob

Tidak Hadir Bersebab 1. 2. 2. 3.

Tn.Hj. Mohd. Razak b. Che Yaakob En. Wan Hussien b. Wan Ismail En. Che Aziz bin Mat Pn. Zamzuri bt. Saupy

( PK Pentadbiran) (PK Ko) ( PK Hem)

8

Related Documents


More Documents from ""